Gula
Gula (Jawi: ݢولا ; pinjaman Sanskrit: गुल gula, guḍa[1][2]:maksud ke-3) atau sakar[3][4] (pinjaman Arab: سکر, rumi: sukkar ) ialah satu istilah bagi sekelas kristal karbohidrat yang boleh dimakan terutamanya sukrosa, laktosa, dan fruktosa[5] dicirikan oleh suatu rasa manis. Di dalam makanan, gula kebanyakan dirujuk hampir-hampir ekslusif kepada sukrosa, yang utamanya datang dari gula tebu dan gula bit. Gula lain digunakan di dalam industri penyediaan makanan, tetapi biasanya diketahui oleh nama-nama yang lebih spesifik seperti glukosa, fruktosa atau gula buah, air gula jagung fruktosa tinggi, dll.

Nilai pemakanan per 100 g (3.5 oz) | |
---|---|
Tenaga | 1,619 kJ (387 kcal) |
Karbohidrat | 99.98 g |
- Gula | 99.91 g |
- Serabut diet | 0 g |
Lemak | 0 g |
Protein | 0 g |
Air | 0.03 g |
Riboflavin (vit. B2) | 0.019 mg (2%) |
Kalsium | 1 mg (0%) |
Besi | 0.01 mg (0%) |
Kalium | 2 mg (0%) |
Peratusan dianggarkan menggunakan syor A.S. untuk orang dewasa. Sumber: USDA Nutrient Database |
Nilai pemakanan per 100 g (3.5 oz) | |
---|---|
Tenaga | 1,576 kJ (377 kcal) |
Karbohidrat | 97.33 g |
- Gula | 96.21 g |
- Serabut diet | 0 g |
Lemak | 0 g |
Protein | 0 g |
Air | 1.77 g |
Tiamina (vit. B1) | 0.008 mg (1%) |
Riboflavin (vit. B2) | 0.007 mg (1%) |
Niasin (vit. B3) | 0.082 mg (1%) |
Vitamin B6 | 0.026 mg (2%) |
Folat (vit. B9) | 1 μg (0%) |
Kalsium | 85 mg (9%) |
Besi | 1.91 mg (15%) |
Magnesium | 29 mg (8%) |
Fosforus | 22 mg (3%) |
Kalium | 346 mg (7%) |
Natrium | 39 mg (3%) |
Zink | 0.18 mg (2%) |
Peratusan dianggarkan menggunakan syor A.S. untuk orang dewasa. Sumber: USDA Nutrient Database |
(Pada masa kini, Brazil mempunyai penghasilan gula per kapita paling banyak.[6] Manusia secara keseluruhannya mengambil berat 24 kg setiap tahun: warga di benua-benua Amerika Utara dan Selatan mengambil lebih 50 kg paling banyak manakala warga benua Afrika hanya mengambil bawah 20 kg gula.[7]
Sifat kimia Sunting
Gula jika dipanaskan haba akan mengurai lalu bertindak balas melepaskan sebatian meruap seperti asetil serta menampakkan tekstur unik, fenomena ini disebut sebagai pengkaramelan.
Jenis gula Sunting
Monosakarida Sunting
Monosakarida atau gula ringkas menyimpan tenaga yang boleh digunakan oleh sel-sel biologi. Gula ini mempunyai satu molekul sahaja.
- Glukosa terdapat dalam dekstrosa dan gula darah.
- Fruktosa atau levulosa terdapat dalam gula buah.
- Galaktosa terdapat dalam susu.
Disakarida Sunting
Disakarida merupakan dua molekul yang diikat melalui pemeluwapan:
Penghasilan Sunting
- Lihat juga: Industri gula
Kesan terhadap kesihatan Sunting
Pada 2003, Pertubuhan Kesihatan Sedunia dalam suatu laporan teknikal mengemukakan bukti hubungan peminuman air bergula (termasuk jus buah) dengan kebuncitan disebabkan pertambahan tenaga perlu yang diambil:[8] gula sendirinya bukan penyebabk kegemukan tetapi mampu mendorong kepada tabitan pemakanan tidak sihat jika diambil secara berlebihan.[8] Metaanalisis lanjut juga menunjukkan bahawa pengambilan berlebihan minuman dimaniskan gula meningkatkan risiko kencing manis tahap 2 dan sindrom metabolik pada kedua-dua lingkungan anak-anak dan dewasa.[9][10]
Gula turut menjejaskan kesihatan gigi kerana kerosakan yang boleh disebabkan pemakanan gula yang berlebihan.[8]
Lihat juga Sunting
Pautan luar Sunting
Pecahkan monopoli kilang gula?
Rujukan Sunting
- ^ Monier-Williams, Monier (1981). A Sanskrit-English Dictionary. Delhi, Varanasi, Patna: Motilal Banarsidass. m/s. 368. - melalui Edi Sedyawati dkk. (1994). Kosakata Bahasa Sanskerta dalam Bahasa Melayu Masa Kini. Jakarta, Indonesia: Pusat Pembinaan dan Pengembangan Bahasa Departemen Pendidikan dan Kebudayaan Republik Indonesia. m/s. 73–74.
- ^ "gula". Sanskrit Dictionary for Spoken Sanskrit. Dicapai pada 8 April 2020.
- ^ sakar. Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia – melalui Pusat Rujukan Persuratan Melayu.
- ^ sakar. Kamus Besar Bahasa Indonesia Daring. Badan Pengembangan dan Pembinaan Bahasa, Kementerian Pendidikan dan Kebudayaan Republik Indonesia.
- ^ "IUPAC Gold Book - sugars". Goldbook.iupac.org. 2009-09-07. Dicapai pada 2009-12-20.
- ^ International sugar statisticshttp://www.illovosugar.com/World_of_sugar/Sugar_Statistics/International.aspx
- ^ "OECD-FAO Agricultural Outlook 2020-2029" (PDF) (dalam bahasa Inggeris). Pertubuhan Makanan dan Pertanian. 2019. Dicapai pada 15 Februari 2021.
- ^ a b c Penasihatan Pakar Bersama WHO/FAO (2003). "WHO Technical Report Series 916: Diet, Nutrition and the Prevention of Chronic Diseases" (PDF). Dicapai pada 25 Disember 2013.
- ^ Malik, V. S.; Popkin, B. M.; Bray, G. A.; Despres, J.-P.; Willett, W. C.; Hu, F. B. (2010). "Sugar-Sweetened Beverages and Risk of Metabolic Syndrome and Type 2 Diabetes: A meta-analysis". Diabetes Care. 33 (11): 2477–83. doi:10.2337/dc10-1079. PMC 2963518. PMID 20693348.
- ^ Malik, Vasanti S.; Pan, An; Willett, Walter C.; Hu, Frank B. (2013-10-01). "Sugar-sweetened beverages and weight gain in children and adults: a systematic review and meta-analysis". The American Journal of Clinical Nutrition (dalam bahasa Inggeris). 98 (4): 1084–1102. doi:10.3945/ajcn.113.058362. ISSN 0002-9165. PMC 3778861. PMID 23966427.