Rasa, pengamatan gustatori, or pengecapan[1] merupakan salah satu dari lima deria tradisional. Rasa merupakan sensasi yang dihasilkan apabila sesuatu bahan dalam mulut bertindak balas secara kimia dengan deria penerima kudup rasa.

Kudup rasa

Rasa bersama dengan bau (olfaction) dan ransangan saraf trigeminal (dengan sentuhan bagi tekstur, juga sakit, dan suhu), menentukan perisa, dan gambaran deria bagi makanan atau bahan lain.

Manusia mendapat rasa melalui organ deria yang dikenali sebagai kudup rasa,[2] atau gustatory calyculi, tertumpu pada atas lidah.[3] Terdapat sekitar 100,000 kudup rasa yang terletak di belakang dan hadapan lidah. Yang lain terletak di lelangit, sisi dan belakang mulut, dan di tekak.

Sensasi rasa dalam bangsa Melayu boleh dikelaskan pada beberapa rasa asas: manis, pahit, masam, masin, pedas, maung[4], pedar, lemak[5] dan umami. Media rasa mampu membezakan antara rasa berbeza melalui interaksi dengan molekul berbeza atau ion. rasa manis, umami, dan pahit dipicu oleh ikatan molekul pada penerima pasangan-protin G pada selaput sel pada kudup rasa. Masin dan masam dirasai apabila logam alkali atau ion hidrogen memasuki kudup rasa, berturutan.[6]

Oleh kerana rasa mengesan kedua-dua bahan merbahaya dan berguna, kesemua rasa asas dikelaskan samaada memual atau menarik, bergantung pada kesan bahan yang ia kesan pada tubuh kita.[7] Rasa manis membantu mengenal pasti makanan kaya tenaga, sementara pahit bertindak sebagai tanda amaran racun.[8]


Rujukan sunting

  1. ^ Adjectival form: gustatory
  2. ^ What Are Taste Buds? kidshealth.org
  3. ^ Human biology (Page 201/464) Daniel D. Chiras. Jones & Bartlett Learning, 2005.
  4. ^ Growing Up in Trengganu By Awang Goneng
  5. ^ Dewan sastera, Volume 32, Issues 7-12, Dewan Bahasa dan Pustaka, 2002
  6. ^ Human Physiology: An integrated approach 5th Edition -Silverthorn, Chapter-10, Page-354
  7. ^ Why do two great tastes sometimes not taste great together? scientificamerican.com. Dr. Tim Jacob, Cardiff University. May 22, 2009.
  8. ^ Miller, Greg (2). "Sweet here, salty there: Evidence of a taste map in the mammilian brain". Science. 333 (6047): 1213. doi:10.1126/science.333.6047.1213. Unknown parameter |month= ignored (bantuan); Check date values in: |date= dan |year= / |date= tidak padan (bantuan)

Bacaan lanjut sunting

Pautan luar sunting