Gula melaka
Gula melaka (Jawi: ݢولا ملاک ) merupakan sejenis gula yang diperbuat daripada air nira kelapa yang berasal daripada negeri Melaka. Gula ini lebih pekat berbanding nisan kerek di Kelantan atau gula kabung.
Gula melaka | |
---|---|
Jenis | Gula |
Tempat asal | Malaysia |
Kawasan/rantau | Melaka |
Dicipta oleh | Orang Melayu |
Bahan utama | Nira |
Maklumat lain | Nisan kerek, gula kabung, gula apong |
sunting · sunting di Wikidata |
Kemanisan dan kehalusan gula melaka asli adalah berbeza dengan gula melaka tiruan yang banyak terdapat di pasaran kini.
Proses pembuatan
suntingProses membuat gula melaka mempunyai tiga peringkat. Seseorang yang pakar dalam membuat gula melaka dapat mengenal pasti kelapa yang menghasilkan air nira yang baik. Ini penting bagi mendapatkan gula melaka yang bermutu tinggi.
Pemerolehan
suntingNira kelapa yang merupakan bahan asas didapatkan ditakung ke dalam sebuah tabung buluh yang sepanjang sekaki (30.48 cm). Di dalam tabung tersebut diletakkan sedikit kapur untuk mencegah air nira daripada menapai (menjadi tuak).
Air nira ini kemudiannya dimasukkan dalam suatu kawah yang dimasak di atas dapur yang dikenali sebagai "sabak". Pada peringkat ini, pengawasan dan pengalaman adalah amat penting bagi menghasilkan gula yang baik. Api sabak mesti dijaga agar tidak terlalu besar ketika gula mencapai peringkat "bunga sena" dan menjadi pekat serta mengeluarkan buih-buih yang berwap panas. Dalam peringkat ini, gula dikacau dengan perlahan-lahan dan beberapa minit kemudian, kancah diturunkan dan gula itu terus dikacau bagi menghasilkan gula yang halus.
Proses memasak nira menjadi gula mengambil masa selama empat jam.
Peringkat ketiga
suntingDalam peringkat terakhir, gula yang dipastikan cukup pekat dan masih panas dituangkan ke dalam acuan yang diperbuat daripada buluh setinggi tiga inci yang tidak tertutup di kedua-dua hujung. Acuan diletakkan di atas lantai khas. Setelah beku, gula tersebut dikeluarkan daripada bekas tersebut.