Glukosa ialah sejenis gula ringkas dengan formula molekul C6H12O6. Ia merupakan salah satu monomer bagi karbohidrat. Glukosa adalah monosakarida yang paling banyak terdapat secara semulajadinya.

d-Glukosa

Unjuran Haworth α-d-glukopiranosa

Unjuran Fischer d-glukosa
Nama
Nama IUPAC
  • Nama sistematik:
    • (2R,3S,4R,5R)-2,3,4,5,6-Pentahidroksiheksanal
  • Nama trivia dibenarkan:
    • ᴅ-Glukosa
    • ᴅ-gluko-Heksosa
Nama IUPAC pilihan
PIN tidak ditetapkan bagi bahan semula jadi.
Nama lain
  • Gula darah
  • Dekstrosa
  • d-Glukosa
Pengecam
Imej model 3D Jmol
3DMet
Singkatan Glc
1281604
ChEBI
ChEMBL
ChemSpider
Nombor EC
  • 200-075-1
83256
KEGG
MeSH Glucose
Nombor RTECS
  • LZ6600000
UNII
  • InChI=1S/C6H12O6/c7-1-2-3(8)4(9)5(10)6(11)12-2/h2-11H,1H2/t2-,3-,4+,5-,6?/m1/s1 ☑Y
    Key: WQZGKKKJIJFFOK-GASJEMHNSA-N ☑Y
  • OC[C@H]1OC(O)[C@H](O)[C@@H](O)[C@@H]1O
  • C([C@@H]1[C@H]([C@@H]([C@H]([C@H](O1)O)O)O)O)O
Sifat
C6H12O6
Jisim molar 180.16 g/mol
Rupa bentuk Serbuk putih
Ketumpatan 1.54 g/cm3
Takat lebur α-d-Glukosa: 146 °C (295 °F; 419 K) β-d-Glukosa: 150 °C (302 °F; 423 K)
909 g/L (25 °C (77 °F))
−101.5×10−6 cm3/mol
Momen dwikutub 8.6827
Termokimia
Muatan haba tentu, C 218.6 J/(K·mol)[1]
Entropi molar
piawai
So298
209.2 J/(K·mol)[1]
−1271 kJ/mol[2]
2,805 kJ/mol (670 kcal/mol)
Farmakologi
Kod ATC B05CX01
V04CA02, V06DC01
Bahaya
MSDS ICSC 08655
NFPA 704 (berlian api)
NFPA 704 berlian 4 warnaKemudahbakaran kod 1: Mesti dipanaskan dahulu sebelum pencucuhan boleh berlaku. Takat kilat lebih 93°C (200°F). Cth, minyak canolaKesihatan kod 0: Pendedahan dalam keadaan api tiada bahaya akan berlaku berbanding bahan bakar yang biasa. Cth, natrium kloridaKereaktifan kod 0: Biasanya stabil, walaupun di bawah keadaan pendedahan api, dan tidak reaktif dengan air. Cth, nitrogen cecairBahaya khas (putih): tiada kod
1
0
0
Kecuali jika dinyatakan sebaliknya, data diberikan untuk bahan-bahan dalam keadaan piawainya (pada 25 °C [77 °F], 100 kPa).
 ☑Y pengesahan (apa yang perlu☑Y/N?)
Rujukan kotak info

Terdapat dua jenis glukosa iaitu D-glukosa dan L-glukosa yang dibezakan oleh konfigurasi pada atom karbon kelima. Glukosa kemudiannya dapat disusun strukturnya dari satu rantai memanjang ("unjuran Fischer") kepada satu struktur siklik ("unjuran Haworth") seperti yang ditunjukkan dalam rajah di sebelah.

Peralihan struktur glukosa daripada mengikut unjuran Fischer (bentuk rantai) kepada unjuran Haworth (bentuk siklik).

Nama "glukosa" ini diambil melalui bahasa Perancis ("glucose") daripada istilah akar bahasa Yunani iaitu γλυκός, "manis" yang merujuk kepada bahan mentah asal bahan ini iaitu pemerasan anggur pertama yang dihasilkan dalam pembuatan wain.[3] Ia pertama kalinya diasingkan sebagai bahan sendirinya oleh Andreas Sigismund Marggraf, seorang saintis Jerman, pada tahun 1747.[4]

Sumber dan penghasilan sunting

Biosintesis sunting

Dalam tumbuh-tumbuhan dan sesetengah prokariot, glukosa merupakan hasil proses fotosintesis. Ia juga dihasilkan (terutamanya dalam haiwan dan kulat) daripada peruraian bentuk-bentuk glukosa yang berpolimer—glikogen (haiwan, kulat) atau kanji (bijirin seperti beras, jagung, barli dan sebagainya); pembelahan glikogen dirujuk sebagai glikogenolisis,[perlu rujukan] kanji, atau peruraian kanji.[5] Dalam haiwan pula, glukosa disintesiskan dalam hati dan buah pinggang daripada bahan perantara bukan karbohidrat seperti piruvat, laktat dan gliserol melalui proses glukoneogenesis.[perlu rujukan] Dalam sesetengah spesies bakteria dasar laut, glukosa dihasilkan melalui kemosintesis.[perlu rujukan]

Komersial sunting

Glukosa dihasilkan secara komersialnya melalui hidrolisis kanji berpemangkin enzim. Pelbagai jenis tanaman boleh digunakan sebagai sumber kanji di mana jagung, beras, gandum, ubi kayu, hampas jagung dan sagu digunakan di pelbagai tempat di seluruh dunia. Kebanyakan glukosa komersial wujud dalam bentuk komponen gula songsang (invert sugar) iaitu campuran kasar glukosa dan fruktosa bernisbah 1:1. Pokoknya, selulosa boleh dihidrolisiskan menjadi glukosa, namun proses ini belum lagi boleh dipergunakan secara komersialnya.[6] Sirap glukosa (juga dikenali sebagai sirap jagung) secara asasnya merupakan larutan akueus sakarida tulen dihasilkan daripada kanji boleh dimakan, yang mempunyai nilai kesetaraan dekstrosa (dextrose equivalency, DE) sebanyak 20 atau lebih; sirap jagung yang dikeringkan adalah sirap glukosa yang dikeluarkan airnya. Glukosa mempunyai nilai DE sebanyak 100 manakala maltodekstrin kering mempunyai nilai DE kurang daripada 20. Sirap jagung dengan sendirinya mempunyai nilai DE antara 20 dan 95.[7]

Ciri fizikal sunting

Larutan sunting

Kesemua jenis bentuk glukosa diperhatikan tidak berwarna dan mudah larut dalam air, asid asetik dan beberapa larutan yang lain. Jenis-jenis glukosa ini sedikit larut dalam metanol dan etanol.

Bentuk pepejal sunting

Tiga bentuk pepejal glukosa dapat dihablurkan daripada larutan air bergantung kepada keadaan persekitaran, iaitu α-glukopiranosa, β-glukopiranosa, dan β-glukopiranosa hidrat.[6]

Dalam biologi manusia sunting

Jumlah glukosa yang diperlukan oleh tubuh setiap hari ialah 160g. 120g daripadanya diperlukan oleh otak setiap hari bagi orang dewasa. Jumlah glukosa yang terdapat dalam cecair tubuh ialah 20g dan yang sedia ada daripada penguraian glikogen simpanan ialah 190g. Justeru, glikogen simpanan dapat membekalkan glukosa kepada tubuh secara mencukupi untuk tempoh satu hari sahaja. Dalam keadaan kebuluran yang berpanjangan, glukosa mesti dibentukkan daripada sumber bukan karbohidrat.

Rujukan sunting

  1. ^ a b Boerio-Goates, Juliana (1991), "Heat-capacity measurements and thermodynamic functions of crystalline α-D-glucose at temperatures from 10K to 340K", J. Chem. Thermodyn., 23 (5): 403–09, doi:10.1016/S0021-9614(05)80128-4
  2. ^ Ponomarev, V. V.; Migarskaya, L. B. (1960), "Heats of combustion of some amino-acids", Russ. J. Phys. Chem. (Engl. Transl.), 34: 1182–83
  3. ^ "Online Etymology Dictionary". Etymonline.com. Dicapai pada 25 November 2016.
  4. ^ Encyclopedia of Food and Health (dalam bahasa Inggeris). Academic Press. 2015. m/s. 239. ISBN 9780123849533.
  5. ^ Smith, Alison M.; Zeeman, Samuel C.; Smith, Steven M. (2005). "Starch Degradation". Annu. Rev. Plant Biol. 56: 73–98. doi:10.1146/annurev.arplant.56.032604.144257.
  6. ^ a b Fred W. Schenck "Glucose and Glucose-Containing Syrups" in Ullmann's Encyclopedia of Industrial Chemistry 2006, Wiley-VCH, Weinheim. DOI:10.1002/14356007.a12_457.pub2 10.1002/14356007.a12_457.pub2
  7. ^ Starch: Chemistry and Technology. Food Science and Technology (ed. 3rd). New York: Academic Press. 2009. ISBN 008092655X. Dicapai pada 25 November 2016. Unknown parameter |editors= ignored (bantuan)

Pautan luar sunting