Bijirin

buah daripada tumbuhan yang diguna sebagai bijirin

Bijirin merupakan tanaman yang kebanyakannya merupakan jenis rumput yang ditanam untuk biji benihnya yang boleh dimakan.

Bijirin ditanam dalam jumlah yang banyak diseluruh dunia melebihi dari semua jenis tanaman lain dan menghasilkan lebih banyak kalori kepada manusia. Dalam sesetengah negara membangun, bijirin merupakan satu-satunya makanan orang biasa.

Di negara maju, pengambilan bijirin adalah sederhana walaupun masih banyak.