Jmol ialah sebuah perisian bagi pemodelan molekul struktur kimia dalam 3 dimensi.[2] Jmol menampilkan model-model 3D daripada sebatian kimia yang dapat digunakan sebagai alat pengajaran,[3] atau kajian ilmiah seperti bidang kimia dan biokimia. Perisian ini ditulis dalam bahasa pengaturcaraan Java, dan dapat beroperasi dalam sistem operasi Windows, macOS, Linux, serta Unix sekiranya Java telah dipasang. Perisian ini bersifat bebas dan bersumber terbuka yang dilancarkan di bawah GNU Lesser General Public License (LGPL) versi 2.0. Terdapat aplikasi dan kit pembangunan perisian (SDK) yang dapat dipasang ke dalam aplikasi Java lain seperti Bioclipse dan Taverna.

Jmol
Pembuat asalDan Gezelter
PembangunKumpulan pembangun Jmol
Pelancaran pertama2001; 23 tahun yang lalu (2001)
Versi terkini/stabil
16.1.59 (26 Februari 2024)
Ditulis dalamJava
Sistem pengendalianRentas-pelantar
PelantarSistem dengan Java dan pelayar web tanpa Java
Tersedia dalamBelanda, Catala, Cina, Czech, Denmark, Inggeris, Perancis, Jerman, Hungary, Indonesia, Itali, Korea, Portugis, Sepanyol, Turki, Ukraine[1]
Senarai bahasa
Belanda, Catala, Cina, Czech, Denmark, Inggeris, Perancis, Jerman, Hungary, Indonesia, Itali, Korea, Portugis, Sepanyol, Turki, Ukraine[1]
JenisPerisian bebasscience software
GenrePemodelan molekul
LesenLGPL 2.0
Format fail boleh dibaca
Pautan berkaitan
Tapak webwww.jmol.org
Repositorisourceforge.net/projects/jmol
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Ciri yang terkenal ialah aplet yang dapat diintegrasikan ke dalam laman web untuk memaparkan struktur molekul dalam pelbagai cara. Misalnya, molekul dapat ditampilkan sebagai model bola-batang, ruang terisi dan diagram pita.[4] Jmol mendukung pelbagai format fail kimia, termasuk Protein Data Bank (pdb), Crystallographic Information File (cif), MDL Molfile (mol) dan Chemical Markup Language (CML). Perisian ini juga memiliki versi khas JavaScript (HTML5), JSmol yang dapat digunakan pada komputer yang tidak memiliki Java.[5]

Rujukan

sunting
  1. ^ "Translations : Jmol". translations.launchpad.net.
  2. ^ Chen, Jim X. (2008), Springer (penyunting), Guide to Graphics Software Tools (dalam bahasa Inggeris), m/s. 471, ISBN 978-1-84800-900-4
  3. ^ Herráez, A (2006), "Biomolecules in the Computer: Jmol to the Rescue", Biochemistry and Molecular Biology Education (dalam bahasa Inggeris), 34 (4): 7, doi:10.1002/bmb.2006.494034042644
  4. ^ Herráez, A (2007), Lulu (penyunting), How to Use Jmol to Study and Present Molecular Structures, Volume 1, m/s. 21, ISBN 978-1-84799-259-8
  5. ^ "JSmol" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2 November 2015.

Pautan luar

sunting