UNIX

(Dilencongkan daripada Unix)

UNIX merupakan satu sistem pengendalian boleh pindah, penugasan berbilang dan pengguna berbilang yang pada asalnya dibangunkan oleh sekumpulan pekerja di AT&T Bell Labs termasuk Ken Thompson, Dennis Ritchie dan Douglas McIlroy.

Salasilah sistem pengendalian UNIX dan yang serupa dengannya

Sejarah

sunting

1960-an dan 1970-an

sunting

Pada 1960an, Massachusetts Institute of Technology (MIT), AT&T Bell Labs dan General Electric bekerjasama dalam satu sistem pengendalian percubaan yang dipanggil Multics (Multiplexed Information and Computing Service), yang telah direkabentuk untuk digunakan ke atas komputer kerangka utama GE-645. Tujuannya adalah untuk mencipta sistem pengendalian interaktif yang mempunyai banyak kemampuan yang luarbiasa, termasuk peningkatan ciri-ciri keselamatan. Projek tersebut berjaya menghasilkan pengeluaran yang boleh digunakan, tetapi pada awalnya, pengeluaran ini mempunyai prestasi yang agak mengecewakan.

AT&T Bell Labs telah menarik diri dan mengalihkan sumber-sumbernya ke tempat lain. Salah seorang dari pemaju dari kumpulan AT&T Bell Labs, iaitu Ken Thompson, terus memajukannya untuk komputer kerangka utama GE-645, dan menulis permainan komputer yang dipanggil "Space Travel". Walau bagaimanapun, dia mendapati permainan tersebut sangat perlahan pada komputer GE. Dengan kos $75 sekali lalu dalam masa perkomputeran yang amat terhad, ian juga amat mahal.

Thompson menulis semula permainan tersebut di dalam DEC PDP-7 menggunakan bahasa perhimpunan dengan bantuan Dennis Ritchie. Pengalaman tersebut digabung pula dengan kerjanya dalam projek Multics, mengilhamkan Thompson untuk memulakan sistem pengendalian yang baru untuk DEC PDP-7. Thompson dan Ritchie yang mengetuai sekumpulan pemaju, termasuk Rudd Canaday, di Bell Labs, membangunkan sistem fail dan juga sistem pengendalian penugasan berbilang yang baru. Mereka memasukkan pentafsir arahan dan beberapa atur cara utiliti yang kecil. Projek tersebut digelarkan UNICS oleh Brian Kernighan, singkatan bagi "Uniplexed Information and Computing System", kerana ia boleh menyokong dua pengguna pada masa yang sama. Disebabkan UNICS mempunyai makna yang tidak elok, ia kemudian telah ditukar kepada UNIX dan sejarah kelahirannya pun bermula.

Pada 1973, keputusan telah dibuat untuk menulis semula UNIX di dalam bahasa pengaturcaraan C. Perubahan ini bermakna UNIX pada masa hadapan akan lebih mudah diubahsuai untuk digunakan pada komputer yang berlainan (dengan itu menjadi boleh pindah), dan variasi yang berlainan boleh dibangunkan oleh pemaju yang lain. Kodnya sekarang yang kini lebih padat dan ringkas menyebabkan perkembangan pesat dalam pembangunan UNIX. AT&T menjual UNIX secara perlesenan kepada universiti dan firma komersial, termasuknya kerajaan Amerika Syarikat. Perlesenan ini merangkumi kesemua kod sumber kecuali kernel untuk komputer yang tertentu, yang mana ia ditulis menggunakan kod perhimpunan PDP-11.

Pembangunannya diteruskan, dengan versi 4, 5 dan 6 telah dikeluarkan sehingga 1975. Kemudian versi ini menambah 'paip', menjadikan pembangunan kod asas yang lebih modular, pertumbuhan pembangunnya sentiasa bertambah. Sehingga 1978, lebih 600 komputer telah menggunakan UNIX dalam pelbagai keadaan. Versi 7, versi terakhir Penyelidikan UNIX akan dikeluarkan secara meluas, ia telah dikeluarkan pada 1979. Versi 8, 9 dan 10 telah dibangunkan sepanjang 1980-an tetapi ia hanya dikeluarkan kepada beberapa universiti, walaupun ia menghasilkan beberapa kertas yang menjelaskan cara kerjanya yang baru. Penyelidikan ini telah memacu pembangunan Pelan 9, satu sistem pengagihan yang baru.

1980-an

sunting

AT&T membina UNIX Sistem III, berasaskan Versi 7, sebagai versi komersial dan menjual produk tersebut secara terus. Versi pertamanya telah dilancarkan pada 1982. Walau bagaimanapun subsidiarinya, Western Electric, terus menjual versi UNIX lama, berasaskan sistem UNIX (versi 1 hingga 7). Untuk menamatkan kekeliruan diantara semua versi yang berbeza, AT&T telah mencantumkan pelbagai versi yang dibina di lain-lain universiti dan syarikat kedalam UNIX Sistem V Terbitan 1. Versi ini memperkenalkan perbagai ciri seperti 'penyunting vi' dan 'curses' ("curses" ialah perpustakaan perisian untuk sistem Unix dan serupanya yang dikawal oleh terminal), dari "UNIX Berkeley Software Distribution" yang dibangunkan oleh University of California, Berkeley (UCB). Ia juga menyokong komputer DEC VAX.

UNIX komersial yang baru dikeluarkan tidak lagi mengandungi kod sumber dan juga UCB masih terus membangunkan BSD UNIX sebagai alternatif kepada UNIX Sistem III dan V, yang pada asalnya atas senibina PDP-11 (keluaran BSD 2.x, berakhir dengan versi 2.10). Apapun aspek yang paling penting dalam usaha pembangunan BSD adalah penambahan kod rangkaian TCP/IP kepada kernel UNIX yang dipakaiguna umum. Usaha BSD menghasilkan lapan keluaran yang ketara yang mengandungi kod rangkaian: 4.1c, 4.2, 4.3, 4.3-Tahoe ("Tahoe" merupakan nama panggilan senibina CCI Power 6/32 yang merupakan port bukan-DEC bagi kernel BSD, 4.3-Reno (untuk menyamakan penamaan "Tahoe", dan merupakan keluaran yang diperjudikan), Net2, 4.4, and 4.4-lite. Kod rangkaian yang terdapat dalam keluaran ini merupakan asal usul kepada boleh dikatakan semua kod rangkaian TCP/IP yang digunakan pada hari ini, termasuk kod yang kemudiannya dikeluarkan oleh AT&T dan Microsoft Windows.

Lain-lain syarikat mula menawarkan versi komersial UNIX untuk komputer mini atau stesen kerja komputer mereka. Kebanyakan UNIX komersial ini dibangunkan dari asas Sistem V dibawah lesen AT&T. Yang lainnya memilih BSD. Seorang dari pemaju utama BSD, Bill Joey, menubuhkan Sun Microsystems pada 1982 dan mencipta SunOS (sekarang Solaris) untuk stesen kerja komputer mereka. Pada 1980, Microsoft mengumumkan UNIX pertama mereka untuk pemproses 16-bit yang dipanggil Xenix, dimana Santa Cruz Operation (SCO) mencambahkannya kedalam pemproses Intel dalam tahun 1983, dan pada akhirnya mencawangkan Xenix kedalam SCO UNIX dalam tahun 1989.

AT&T menambah pelbagai ciri kedalam UNIX Sistem V, seperti penguncian fail, pentadbiran sistem, kawalan kerja (berdasarkan ITS), strim, sistem fail jauh dan TLI. Bagaimanapun diantara tahun 1987 dan 1988, AT&T membuat keputusan untuk menggabungkan Xenix, CSD, SunOS dan Sistem V kedalam Sistem V Terbitan 4 (SVR4). Keluaran baru menggabungkan kesemua ciri-ciri terdahulu kedalam satu bungkusan, dan menyuarakan berakhirnya persaingan versi. Ia juga meningkatkan bayaran lesen yang amat ketara.

1990-an

sunting

Pada 1991, sekumpulan pemaju BSD (Donn Seeley, Mike Karels, Bill Jolitz, and Trent Hein) telah meninggalkan University of California untuk menubuhkan Berkeley Software Design, Inc. (BSDI). BSDI merupakan syarikat yang pertama mengeluarkan versi BSD UNIX yang berfungsi sepenuhnya untuk pelantara Intel yang mudah dan boleh didapati dimana saja, ia telah memulakan gelombang dalam penggunaan perkakasan yang murah dalam penghasilan perkomputeran. Tidak lama selepas ia ditubuhkan, Bill Jolitz telah meninggalkan BSDI untuk menghasilkan edaran 386BSD, yang secara amnya dikenali sebagai usul asal perisian-percuma FreeBSD, OpenBSD, and NetBSD.

Sehingga 1993 kesemua dari vendor komersial UNIX telah menukar variasi komersial mereka berasaskan SVR4, dan banyak ciri-ciri BSD ditambah ke atasnya.

Tidak lama selepas UNIX Sistem V Terbitan 4 dikeluarkan AT&T telah menjual segala hak mereka atas UNIX kepada Novell. Novell membangun kan versinya sendiri yang dipanggil UnixWare, mencantumkan Netwarenya dengan UNIX Sistem V Terbitan 4. Novell cuba menggunakan ini untuk menentang Windows NT, tetapi pasaran utama mereka terjejas dengan teruknya.

Pada 1994, Novell mengambil keputusan untuk memecahkan longgokan aset UNIX dan menjual sebahagian daripadanya. Cap dagangan UNIX dan hak persijilan dijual kepada X/Open Consortium, yang merupakan kumpulan industri yang menetapkan "Piawaian UNIX". Akhirnya, X/OPEN and OSF (pesaing piawaian SVR4) bergabung dan membentuk Open Group. Beberapa piawaian oleh Open Group kini menetapkan apa yang merupakan dan apa yang tidak merupakan sistem pengendalian 'UNIX'.

Pada 1995, pentadbiran perniagaan dan sokongan lesen UNIX yang wujud serta hak untuk meneruskan pembangunan kod asas Sistem V telah dipindahkan kepada Santa Cruz Operation. Novell mengekalkan hakcipta, hak veto terhadap aktiviti pelesenan SCO, dan 95% hasil-hasil lesen.

2000-an

sunting

Pada 2000, Santa Cruz Operation menjual kesemua aset dan perniagaan UNIX kepada Caldera Systems, yang kemudian menukar namanya kepada SCO Group. Pemain baru ini memulakan kempen perundangan keatas beberapa pengguna dan vendor Linux. SCO Group telah menawarkan beberapa teori perundangan terhadap beberapa kes. Selain mendakwa pelanggaran rahsia perniagaan oleh IBM, atau pelanggaran kontrak oleh bekas Santa Cruz yang telah bertukar kepada Linux. Teori yang paling jauh adalah kerja pembangunan yang dibuat oleh IBM keatas AIX dianggap kerja sampingan dan dengan sebab itu ia dianggap milik SCO. Jika ini benar, ia juga akan memberi kesan kepada semua lesen UNIX.

Walau bagaimanapun, Novell telah membantah kenyataan SCO group sebagai pemegang hakcipta sumber asas UNIX. Menurut Novell, SCO (begitu juga SCO group) hanya sebagai pemegang francais Novell. SCO group tidak bersetuju dengan ini, dan pertelingkahan ini menghasilkan kes saman SCO lawan Novell.

Sesungguhnya pada tika dan saat ini, SCO Group memegang hak ke atas kod sumber UNIX, Open Group memegang hak ke atas cap dagangan UNIX.

Sistem pengendalian klon UNIX yang bebas

sunting

Pada tahun 1983, Richard Stallman mengumumkan Projek GNU, ia merupakan satu usaha bercita-cita tinggi iaitu untuk membina satu sistem pengendalian klon UNIX yang boleh diedarkan atau digunakan secara bebas. GNU telah dapat mencipta banyak utiliti untuk UNIX seperti "Alatan GNU", "Perpustakaan Perisian C GNU" dan sebagainya. Namun begitu percubaan GNU untuk memenuhi manifesto Stallman dengan menyediakan inti gantian untuk UNIX bergerak sangat perlahan.

Masalah inti gantian telah diselesaikan apabila Linus Torvalds mencipta inti Linux dan memberikan kepada awam. Kombinasi inti Linux dan "Alatan GNU" menjadikannya sebagai satu sistem pengendalian lengkap yang bebas dan dipanggil GNU/Linux atau secara amnya, Linux.

Walau bagaimanapun, GNU dan Linux bukan yang tunggal. Dengan penyelesaian saman pada 1994 diantara UNIX Systems Laboratories menentang University of California dan Berkeley Software Design Inc. (USL v. BSDi), BSD UNIX mengalamai pembaharuan. Saman tersebut telah mengesahkan Berkeley mempunyai hak untuk mengedarkan BSD UNIX — secara percuma, jika ia menginginknnya. Kemudian, keluaran BSD telah dibangunkan ke beberapa arah yang berlainan, menjadi projek yang sekarang dikenali sebagai FreeBSD, NetBSD dan OpenBSD. FreeBSD merupakan pilihan gantian bagi Linux, mempunyai sokongan yang kuat dan merupakan hasil sampingan BSD yang paling popular. OpenBSD terkenal dengan ciri-ciri keselamatannya, sementara NetBSD menjurus kepada mencambahkan sistem pengendalian ke dalam banyak pelantara.

Piawaian

sunting
  • POSIX
  • Penentuan Tunggal UNIX
  • Piawaian Hierarki Sistem Fail

Arahan-arahan dalam UNIX

sunting

Berikut adalah arahan/utiliti UNIX yang paling asas:

  • Direktori/penciptaan fail/navigasi: ls cd pwd mkdir rm rmdir cp find
  • Melihat fail, menyunting: touch less more ed vi emacs sam ex
  • Pemprosesan teks: echo cat grep sort uniq sed awk tail tee head cut tr split printf
  • Pembandingan fail: comm cmp diff patch
  • Alatan cangkerang pelbagai: yes test xargs
  • Pentadbiran sistem: chmod chown ps su w who
  • Komunikasi: mail telnet ssh ftp finger
  • Cangkerang-cangkerang: sh csh ksh bash rc tcsh zsh

Berikut adalah 60 arahan pengguna dari bahagian satu pada Edisi Pertama:

ar as b bas (Unix) bcd boot cat (Unix) chdir check (Unix) chmod chown cmp cp (Unix) date db (Unix) dbppt dc df (Unix) dsw dtf du (Unix) ed find (Unix) for (Unix) form (Unix) hup (Unix) lbppt ld (Unix) ln (Unix) ls mail (Unix) mesg mkdir mkfs mount mv (Unix) nm (Unix) od (Unix) pr (Unix) rew rkd rkf rkl rm rmdir roff sdate sh stat strip su (Unix) sum (Unix) tap (Unix) tm (Unix) tty type (Unix) un wc who (Unix) write (Unix)