Buka menu utama

Untuk negara yang kini memerintah Pulau Taiwan, sila rujuk Republik China di Taiwan. Rencana ini mengenai negara yang memerintah tanah besar China diantara tahun 1911-1949. Ini selaras dengan persetujuan untuk membahagikan rencana Republik China kepada dua, salah satunya merupakan rencana ini.

Republik China

中華民國
Chung-hua Min-kuo
1912–1949
Flag of China -->also used to resolve location within categories and name of flags and coat of arms -->
Flag of the Republic of China (alternate shade).svg
Atas: Lambang (1912–1928) Bawah: Lambang (1928–1949) of China -->also used to resolve location within categories and name of flags and coat of arms -->
Atas: Bendera (1912–1928)
Bawah: Bendera (1928–1949) (1928-1949)
Atas: Lambang (1912–1928)
Bawah: Lambang (1928–1949)
Lagu kebangsaan: San Min Chu-i
《中華民國國歌》
Lokasi Republik China      Wilayah yang dituntut, kawalan sebenar adalah lemah
Lokasi Republik China
  •      Wilayah yang dituntut, kawalan sebenar adalah lemah
  • Ibu kotaNanking (1912; 1927-1949)
    Peking (1912–1928)
    Chungking (wartime capital) (1937–1946)
    PemerintahanNegara satu parti, diktator ketenteraan, demokrasi berparlimen
    Presiden 
    • 1912
    Sun Yat-sen
    • 1912–1916
    Yuan Shikai
    • 1916–1917
    Li Yuanhong
    • 1917–1918
    Feng Guozhang
    • 1918–1922
    Xu Shichang
    • 1922–1923
    Li Yuanhong
    • 1923–1924
    Cao Kun
    • 1927–1928
    Zhang Zuolin
    • 1928
    Tan Yankai
    • 1928–1931
    Chiang Kai-shek
    • 1931–1943
    Lin Sen
    PerundanganPerhimpunan Kebangsaan
    Perhimpunan Kebangsaan
    Perundangan Yuan
    Era sejarahabad ke-20
    10 Oktober 1911
    • Diasaskan
    1 Januari 1912
    7 Julai 1937
    • Kerusi kerajaan berpindah ke Taipei
    Kerusi kerajaan berpindah ke Taipei
    Keluasan
    191211,077,380 km2 (4,277,000 bt2)
    192011,077,380 km2 (4,277,000 bt2)
    193011,077,380 km2 (4,277,000 bt2)
    194811,077,380 km2 (4,277,000 bt2)
    194911,077,380 km2 (4,277,000 bt2)
    Populasi
    • 1912
    432375000
    • 1920
    472000000
    • 1930
    489000000
    • 1948
    489000000
    • 1949
    541670000
    Mata wangYuan
    Dolar lama Taiwan
    Didahului oleh
    Diganti oleh
    dinasti Qing
    China
    Mongolia
    Taiwan
    Hari ini sebahagian daripada Afghanistan
     Bhutan
     Burma
     China
     India
     Japan
     Mongolia
     Pakistan
     Russia
     Taiwan
     Tajikistan

    Nama Republik China (Cina Tradisional: 中華民國, Cina Ringkas: 中华民国; Wade-Giles: Chung¹-hua² Min²-kuo², Tongyong Pinyin: JhongHuá MínGuó, Hanyu Pinyin: Zhōnghuá Mínguó, Dialek Taiwan: Tiong-hoâ Bîn-kok) merujuk pada sebuah negara yang, sebelum bermulanya Perang Saudara Cina pada tahun 1949, memerintah tanah besar China kesemuanya. Semenjak daripada itu, negara yang sama hanya memerintah kepulauan Taiwan, Kepulauan Pescadores, Quemoy, dan Kepulauan Matsu. Dalam Bahasa Melayu, seperti juga di dalam Bahasa Cina, nama "Taiwan" seringkali digunakan seiring dengan Republik China masa kini, manakala nama "China" biasanya merujuk Republik Rakyat China (PRC), atau tanah besar China termasuk Hong Kong dan Macau. Rencana ini menerangkan tentang era pemerintahan Republik China di tanah besar China dari tahun 1911 apabila ia diasaskan sehinggalah ke 1949 apabila ia berpindah ke Pulau Taiwan. Untuk mengetahui tentang era pemerintahannya di Taiwan, sila lihat rencana Republik China di Taiwan

    Republik China (ROC) bermula di tanah besar China, selepas penggulingan pemerintahan Dinasti Qing pada tahun 1912 menandakan penamatan 2,000 tahun pemerintahan bermaharaja. Kewujudan ia di tanah besar China adalah secara warlordisme, Pencerobohan Jepun, dan perang saudara. Ia berakhir pada tahun 1949 apabila Parti Komunis China menggulingkan pemerintahan Parti Negara China (juga dikenali sebagai Kuomintang). Walaupun pada mulanya ia merupakan pemerintahan berasaskan demokrasi, sepanjang tempoh pemerintahannya di tanah besar China, ia menjadi diktatorship.

    SejarahSunting

    Rencana utama: Sejarah China

    Era China republik adalah hasil daripada Pemberontakan Wuchang terhadap Dinasti Qing yang bermula pada 10 Oktober 1911. Republik China telah diistiharkan pada tarikh 1 Januari 1912, dengan Sun Yat-sen dilantik sebagai Presiden Republik China pertama. Satu persetujuan dengan Yuan Shikai untuk memastikan pemerintah China imperial terakhir Puyi diusir daripada takhta, menjadikan dia dilantik sebagai presiden pada tahun 1913. Akan tetapi, Yuan Shikai tidak mengotakan janjinya dengan bertindak mengharamkan parti pemerintah KMT dan mengistiharkan dirinya sebagai pemerintah imperial China yang baru.

    Dalam pada itu, pengikut Yuan bertindak meniggalkannya, dan ramai provinsi mengistiharkan kemerdekaan mereka dan terjerumus kedalam keadaan kelam-kabut. Yuan Shikai meninggal dunia disebabkan keadaan semulajadi pada tahun 1916. Negara besar China yang pada suatu masanya gagah terus terjerumus kedalam keadaan tidak menentu. Sun Yat-sen, yang dipaksa melarikan diri, kembali ke provinsi Guangdong dengan bantuan warlord selatan pada tahun 1917, dan terus mendirikan pemerintahan saingan. Sun mengadakan semula parti KMT pada bulan Oktober 1919.

    Selepas kematian Sun pada tahun 1925, Jeneral Chiang Kai-shek mengambil alih pucuk kepemimpinan KMT dan, dengan bantuan Soviet, meredakan keadaan kelam-kabut di utara China dan meyatukan negara tercintanya itu. Akan tetapi, Chiang lantas bertindak menghampuskan pengaruh komunis dan golongan bersayap kiri dalam parti pimpinannya. Hasil daripada tindakkannya itu, Perang Saudara China tercetus. Tahun 1930-an merupakan dekad pembangunan di kawasan tahlukan KMT, manakala puak Komunis dipaksa berundur kedalam kawasan yang lebih interior kerana Chiang Kai-shek ingin memusnahkan mereka.

    Negara Jepun menceroboh Manchuria pada tahun 1931 dan melipat-gandakan kawasan jajahannya pada masa Perang China-Jepun (1937-1945). Dengan pengakuan kalah perang Jepun pada tahun 1945, Republik China menang besar dan menjadi salah suatu daripada negara pengasas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Perang saudara di China terus berlarutan dan menjadi lebih buruk selepas kekalahan Jepun, ia berakhir dengan kemenangan di tangan pihak Komunis pada tahun 1949.

    Lihat juga:

    Politik dan KerajaanSunting

    Rencana utama: Politik Republik China

    Republik China diasas berdasarkan Tiga Prinsip Rakyat (san min zhuyi) iaitu nasionalisme, demokrasi dan kesenangan hidup rakyat. Nasionalisme merangkumi penentangan terhadap Jepun dan pengacauan bangsa Eropah, demokrasi bermakna pemerintahan secara pilihanraya berasaskan parlimen Jepun, dan kesenangan hidup bererti socialisme, iaitu pengawalan kerajaan terhadap produksi sumber ekonomi. Satu lagi prinsip yang kurang dikenali adalah "prinsip lima bangsa dalam satu perikatan" (五族共和), yang menekankan kesepaduan 5 kaum etnik terbesar di China sepertimana yang dilambangkan di dalam jalur-jalur bendera asal Bendera Lima Jalur Republik. Akan tetapi, prinsip 5 bangsa sepadu ini telah ditinggalkan besama dengan benderanya pada tahun 1927.

    Sayangnya, tiga prinsip ini tidak dipraktikkan sama sekali. China yang menjadi Republik dibelenggu warlordisme, pencerobohan luar, dan perang sivil. Sekalipun telah ada wakil yang diutus terus oleh rakyat, daripada pengasasanya Republik China adalah pemerintahan satu parti yang memerintah dengan kuku besi. Parti pemerintah iaitu KMT juga menghadapi masalah pengaruh komunis dalam sayapnya. Desebabkan pemerintahan kerajaan pusat yang lemah, tidak banyak yang boleh dilakukan dari segi pengagihan tanah juga. Politik era ini secara amnya terdiri daripada pergelutan politik antara parti pemerintah KMT dan suatu parti baru Komunis yang diasaskan di Shanghai, Parti Komunis China (CCP) disamping pencerobohan yang dilaksanakan Jepun.


    Dasar luarSunting

    Republik China yang diasaskan di tanah besar China telah pada mulanya diiktiraf oleh dunia kendatipun ketidakcekapan pemerintahannya semasa ia dibelenggu warlordisme dan perang sivil dengan CPP. Republik China juga adalah salah suatu pengasas kepada badan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan memegang kerusi negara China di PBB sehingga ia ditendang keluar oleh Resolusi PPB 2758 dan diganti dalam semua organ dalaman pertubuhan itu oleh Republik Rakyat China (PRC).

    Bersama dengan masalah dengan PRC berkenaan tanah besar China, ROC juga menghadapi hubungan yang kontroversial dengan Mongolia. Sehingga tahun 1945, ROC menuntuk hak memerintah Mongolia akan tetapi desakan Soviet memaksa ia mengiktiraf kemerdekaan Mongolia. Sejerus selepas itu, ROC telah berpaling dan menuntut semula wilayah Mongolia.

    Struktur politikSunting

    Ketua kerajaan ROC merupakan Presiden Republik China, yang dipilih selama penggal empat tahun dengan tiket bersama Naib Presiden. Presiden mempunyai kuasa keatas lima cabang (Yuan) iaitu Yuan Eksekutif, Yuan Perwakilan, Yuan Kehakiman, dan Yuan Peperiksaan. Presiden melantik ahli Yuan Eksekutif sebagai ahli kabinetnya termasuk suatu Perdana Menteri Republik China yang bertanggungjawab terhadap polisi dan pengendalian. Badan utama perwakilan merupakan Yuan Perwakilan.

    Lihat juga: Perlembagaan Republik China (1911-1949)

    Divisi Politik TempatanSunting

    Organisasi politik Republik China pada asalnya didasarkan perlembagaan yang ditulis pada tahun 1947 di tanah besar China sebelum tumpasnya Republik di sana ke tangan Komunis.

    TenteraSunting

    Tentera Republik China yang bersejarah kebanyakannya digunakan untuk memastikan kesepaduan negara China. Untuk mencapai matlamat mulia ini, ia pada mulanya menentang warlord yang memecah-belahkan China dengan jayanya dan kemudiannya mementang tentera Parti Komunis. Ia juga menentang pencerobohan Jepun pada era Perang Dunia II(Perang China-Jepun ke-2) (1931/1937-1945) dan kepimpinan tentera pada masa ini menguatkan lagi kepimpinan politik negara China.

    EkonomiSunting

    Rencana utama: Ekonomi China

    (sejarah)

    Semasa belah pertama abad ke-20 ekonomi ROC adalah berbentuk kapitalis (bebas) dengan campur tangan pihak luar. Dengan kejatuhan maharaja dan penamatan dasar tutup pintu juga bermakna penamatan ekonomi tertutup. Kerajaan pusat yang lemah tidak dapat mengawal inflasi yang memuncak pada ketika itu. Ekonomi pada masa itu lebih berbentukkan pertanian. Oleh itu, tanah yang menjadi sumber produksi utama telah dimiliki oleh beberapa orang pemilik tanah yang kaya dengan majoriti petani tidak memiliki tanah. Situasi ketidaksamaan ini adalah salah suatu perkara yang dijanjikan Komunis dan ahli Republikan akan ditukarkan nanti.

    BudayaSunting

    Artikel utama: Budaya China

    Dengan penggulingan maharaja di China, tahun-tahun berikutnya menampakkan Republik China mengadakan libralisasi dalam masyarakatnya, dengan amalan-amalan adat lama seperti memaksa wanita memakai kasut yang menyempitkan ruang jari-jari kaki dihampuskan. Seiring dengan menukar cara pemakaian baju menunjukkan pemerintahan dinasti baru, San Yat-sen mengpopularkan pakaian changshan dan qipao. Mao Zedong memakai pakaian ini dibahagian atasnya dan gaya ini pada kemudiannya dikenali sebagai suit Mao di Barat.

    Sistem kalendarSunting

    Mengikut tradisi imperial menggunakan nama maharaja China sebagai rujukan era dan tahun pemerintahan, dokumen-dokumen rasmi ROC dan kebayakan orang Taiwan masih mengguna Min Guo (Bahasa Cina: 民國, pinyin: míngúo, yang bermaksud: "Negara Rakyat" atau dalam kes ini, "Republik") sistem mengnomborkan tahun diri tahun 1912 iaitu tahun kewujudan Republik China.

    Lihat juga:

    Lain-lainSunting

    RujukanSunting

    1.  "Taiwan assembly passes changes". BBC News, 7 Jun 2005.
    2. Feuerwerker, Albert. 1968. The Chinese Economy, 1912-1949. Ann Arbor: University of Michigan Press.

    Pautan luarSunting