Politik Republik China
Politik Republik China berlaku dalam suatu republik demokratik semi-presiden.
Perlembagaan Republik China digubal sebelum kejatuhan pemerintah Kuomintang kepada Parti Komunis China dan ditujukan ke arah mewujudkan kerajaan campuran KMT dan CCP untuk memerintah keseluruhan negara China termasuk Taiwan. Walau bagaimanapun, pihak komunis CCP bertindak memboikot Dewan Undangan Nasional. Juga, para pewakilan daripada pulau Taiwan tidak dilantik pada ketika itu. Perlembagaan Republik China berkuatkuasa pada tarikh 25 haribulan Disember 1947.
Disebabkan Taiwan terus berada dibawah undang-undang darurat daripada 1948 sehingga 1987, kebanyakan provisyen dalam perlembagaan Republik China tidak terlaksana di Taiwan. Semenjak undang-undang darurat ditamatkan pada tahun 1987, Republik China telah melalui pelbagai perubahan dan reformasi yang melihat perihal perlembagaannya yang berkait tanah besar China dibuang. Sisa-sisa perihal yang tinggal tidak lagi berfungsi. Proses pengubalan ini terus berlangsung hingga ke hari ini, dan terbukti apabila pada bulan Mei 2005, sebuah dewan undangan baru terbetuk apalila bilangan kerusi perwakilan dikurangkan dan sebuah suruhanjaya dibentuk bagi mengkaji perubahan perlembagaan. Hasil kajian daripadanya telah pun diluluskan dengan Dewan Undangan Nasional mengundi untuk memansuhkan dirinya dan memindahkan kuasa penggubalan perlembagaan terus ke tangan rakyat sejagat.
Status politik Taiwan ستاتوس ڤوليتيك تايوان
suntingSatu masalah utama adalah berkait rapat dengan status politik Taiwan itu sendiri. Dengan keadaan iklim politik dunia yang berubah kearah pengiktirafan Republik Rakyat China pada era tahun 1970-an dan 80-an, keinginan untuk mengambil kembali tanah besar China semakin pudar dan semangat nasionalisme cinta terhadap pulau Taiwan itu sendiri semakin kukuh. Hubungan antara Republik Rakyat China di tanah besar China dan isu-isu berkait kemerdekaan Taiwan dan penyatuan semula dengan China terus mendominasi politik di Taiwan.
Senario politik Republik China di Taiwan sekarang terbahagi antara dua gabungan di mana Gabungan Se-Biru diketuai parti Kuomintang dan dianggotai Parti Dekat dengan Rakyat dan Parti Baru yang berpendirian pro-penyatuan semula dengan China sementara pihak Gabungan Se-Hijau diketuai Parti Progresif Demokratik dan dianggotai Perikatan Bersekutu Taiwan yang berpendirian pro-Merdeka.
Para penyokong pihak Pan-Hijau menuntut kemerdekaaan Taiwan secara total dan formal dan menekankan Taiwan sebagai entiti berlainan daripada China. Nama 'Republik China' juga dicemuh dan dikatakan tidak wujud. Kendatipun begitu, ahli Se-Hijau yang lebih progresif mengatakan tidak perlu untuk mengistiharkan kemerdekaan secara formal kerana Taiwan sekarang 'telahpun menjadi sebuah negara yang merdeka dan berdaulat'. Sesetengah ahli puak Se-Hijau ini telah bertindak dengan lebih extrim dan menerbitkan pasport untuk negara yang didakwa bernama "Republik Taiwan" itu.
Pada masa yang sama, pihak Se-Biru mahukan penyatuan semula dengan tanah besar China dan menyokong konsep Republik China sebagai satu simbol kait dengan China. Penyatuan semula dengan tanah besar China sebagai satu negara dianggap akan berlaku pada masa depan yang dekat, dan sehingga itu status quo kini, dimana Taiwan tidak merdeka secara formal, lebih disenangi. Dalam lawatan ketua parti KMT Lien Chan ke tanah besar pada bulan April 2005 baru-baru ini, beliau telah menggariskan kepercayaan partinya dalam konsep Satu China dan ia merangkumi keseluruhan China termasuk Taiwan. Ketua Parti Dekat dengan Rakyat James Soong juga menyatakan sentimen yang sama semasa lawatannya ke tanah besar pada bulan Mei.
Kerajaan PRC di tanah besar China menyatakan pendiriannya bahawa konsep Republik China lebih mudah diterima berbanding suatu negara bebas "Republik Taiwan". Yang menjadi ironi adalah, sekalipun kerajaan PRC menganggap ROC sebagai entiti tidak sah, ia telah mengancam sebarang tindakan untuk memerdekakan Taiwan dan menghampuskan ROC sebagai sama dengan suatu declarasi perang.
Dasar luar داسر لوار
suntingRepublik China yang diasaskan di tanah besar China telah pada mulanya diiktiraf oleh dunia kendatipun ketidakcekapan pemerintahannya semasa ia dibelenggu warlordisme dan perang sivil dengan CPP.
Pada hari ini, Republik China di Taiwan terus diiktiraf 25 negara yang kebanyakannya negara kecil di Amerika Selatan dan Afrika serta pemerintah Katolik (Paus) di Rom. Republik Rakyat China menadakan suatu polisi tidak mengadakan hubungan diplomatik dengan mana-mana negara yang mengiktiraf Republik China dan memaksa mereka mengeluarkan kenyataan menyokong tuntutan mereka terhadap Taiwan. Akan tetapi realitinya adalah kebanyakan negara masih menjalinkan hubungan diplomatik dengan ROC walaupun ia adalah secara tidak rasmi. Kerajaan PRC secara telus membenarkan pengiktirafan ini dengan fahaman bahawa ia merupakan sesuatu yang perlu tetapi sementara. Di negara-negara yang tidak mengiktiraf ROC secara rasmi, seringkali terdapat perwakilan Taiwan yang mengunapakai nama Pejabat Perwakilan Perdagangan dan Kebudayaan Taipei ataupun "Pejabat Perwakilan Taipei" sebagai singkatan. Pejabat ini memberi servis membuat visa dan lain-lain perihal yang biasanya dikaitkan dengan Pejabat Duta. Negara-negara ini juga mempunyai perwakilan di Taiwan dibawah nama-nama aneh seperti Institut Amerika Di Taiwan yang merupakan pejabat perwakilan de facto Amerika Syarikat di ROC.
Republik China adalah salah suatu pengasas kepada badan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan memegang kerusi negara China di PBB sehingga ia ditendang keluar oleh Resolusi PPB 2758 dan diganti dalam semua organ dalaman pertubuhan itu oleh Republik Rakyat China (PRC). Cubaan Republik China untuk mengangotai semula badan dunia itu ditolak sekalipun telah dicuba berkali-kali.
Bersama dengan masalah dengan PRC berkenaan tanah besar China, ROC juga menghadapi hubungan yang kontroversial dengan Mongolia. Sehingga tahun 1945, ROC menuntuk hak memerintah Mongolia akan tetapi desakan Soviet memaksa ia mengiktiraf kemerdekaan Mongolia. Sejerus selepas itu, ROC telah berpaling dan menuntut semula wilayah Mongolia sehingga tahun 1990-an. Sebarang tindakan ROC membatalkan penuntutannya terhadap wilayah Mongolia sekarang amat rumit keranya kerajaan PRC akan menginterpretasikannya sebagai cubaan untuk merdeka.
Struktur politik ستروكتور ڤوليتيك
suntingKetua kerajaan ROC merupakan Presiden Republik China , yang dipilih selama penggal empat tahun dengan tiket bersama Naib Presiden. Presiden mempunyai kuasa keatas lima cabang (Yuan) iaitu Yuan Eksekutif, Yuan Perwakilan, Yuan Kehakiman, dan Yuan Peperiksaan. Presiden melantik ahli Yuan Eksekutif sebagai ahli kabinetnya termasuk Premier Republik China yang bertanggungjawab terhadap polisi dan pengendalian.
Badan utama perwakilan merupakan Yuan Perwakilan dengan 225 kerusi dimana 168 diisi dengan undi popular. Yang bakinya pula diagihkan antara proporsyen jumlah undi keseluruhan yang diterima parti (41 kerusi), wilayah jajahan seberang laut Cina (8 kerusi) dan kerusi khas penduduk asli Taiwan (8 kerusi). Ahli-ahli dewan ini berpenggal 3 tahun. Pada asalnya Dewan Undangan Nasional, sebagai badan berpelembagaan dan wakil rakyat amnya, mempunyai sedikit kuasa perwakilan, akan tetapi Dewan ini telah dimansuhkan pada tahun 2005 dan kuasa menggubal perlembagaan diserah kepada Yuan Perwakilan dan pengundi rakyat sejagat.
{{Navbox | name = Politik Asia | title = Politik Asia | titlestyle = | state = autocollapse | border = | navbar = | image = | groupstyle = | liststyle = | listclass = hlist
| group1 = Negara berdaulat | list1 =