Kerajaan

sunting

Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, adalah ketua negara dengan kuasa eksekutif penuh, termasuk kuasa darurat semenjak 1962. Peranan sultan di abadikan dalam falsafah kebangsaan yang dikenali sebagai Melayu Islam Beraja (MIB), atau Raja Melayu Islam.

Eksekutif

sunting

Sultan dibantu dan dinasihat oleh lima ahli majlis, yang dilantiknya. Majlis Menteri, atau kabinet, yang kini mengandungi sembilan ahli (termasuk Sultan), membantu dalam pentadbiraan kerajaan. Sultan merupakan menerajui kabinet sebagai Perdana Menteri dan juga memegang jawatan Menteri Pertahanan serta Menteri Kewangan. Salah seorang adik-beradiknya, Putera Mohamed, berkhidmat sebagai Menteri Hal Ehwal Luar Negara. Selain itu, baginda adalah berkuasa untuk melantik ahli-ahli ke dalam tiga majlis kebangsaan: Majlis Agama, badan penasihat yang berkaitan agama; Majlis Privy, berkaitan isu-isu perlembagaan;

Parti-parti Politik

sunting

Hanya ada satu sahaja parti politik berdaftar di Brunei. iaitu Parti Pembangunan Bangsa.