Buka menu utama

"Lagu Kebangsaan Republik China" (Cina Tradisional: 中華民國國歌, Cina Ringkas: 中华民国国歌, pinyin: Zhōnghuá Mínguógúogē) adalah lagu kebangsaan Republik China, yang turut dikenali sebagai San Min Chu-i[1] / Sān Mín Zhǔyì[2] (三民主義) yang beererti "Tiga Prinsip Rakyat". "Tiga Prinsip Rakyat" merujuk kepada idea-idea diilham Sun Yat-sen (1866-1925) yang merupakan asas ideologi politik beliau memerintah China dengan memperjuangkan prinsip-prinsip nasionalisme, demokrasi dan sosialisme.

Lagu Kebangsaan Republik China

中華民國國歌
Sun whampoa speech anthem.gif
Maklumat am
NegaraTaiwan Republik China (Taiwan)
PenulisDari pidato Sun Yat-sen (1924)
Penggubah (1928)
Diterima pakai1928 (de facto)
1943 (de jure)
Sampel muzik

sunting
Lihat pendokumenan templat ini

Prinsip-prinsip tersebut telah dirumuskan sebagai slogan untuk kumpulan revolusi pelajar yang diketuai oleh Sun, salah satu kumpulan yang bertanggungjawab menamatkan kuasa Dinasti Manchu di China.

Isi kandungan

LirikSunting

三民主義,吾黨所宗,
以建民國,以進大同。
咨爾多士,為民前鋒;
夙夜匪懈,主義是從。
矢勤矢勇,必信必忠;
一心一德,貫徹始終。

Hanyu PinyinSunting

Sānmín Zhǔyì, wú dǎng suǒ zōng,
Yǐ jiàn Mínguó, yǐ jìn Dàtóng.
Zī, ěr duó shì, wèi mín qiánfēng;
Sù yè fěi xiè, Zhǔyì shì cóng.
Shǐ qín shǐ yǒng, bì xìn bì zhōng;
Yì xīn yì dé, guànchè shǐ zhōng.

TerjemahanSunting

Tiga Prinsip Rakyat adalah matlamat kami
Untuk mencapai tanah merdeka,
Keamanan dunia, prinsip kami.
Teruskan, sahabat,
Andalah contoh rakyat
Berpegang kukuh kepada matlamat,
Demi matahari dan bintang.
Bersungguh dan berani,
Demi negara anda,
Satu hati, satu semangat,
Satu fikiran, satu matlamat.

Pautan luar (Audio)Sunting