Buka menu utama
Halaman akhbar Min Bao pada tahun 1905 di mana prinsip-prinsip ini pertama kali muncul sebagai "Tiga Prinsip Besar" (三大主義).[1]

Tiga Prinsip Rakyat (三民主義, Sān Mín Zhǔyì) [2] merupakan sebuah falsafah politik yang diasaskan Sun Yat-sen yang bertujuan mendorong China menjadi sebuah negara yang bebas, makmur dan berkuasa. Falsafah ini dapat diringkaskan sebagai nasionalisme, demokrasi serta taraf hidup rakyat yang didasarkan kepada fahaman Henry George, seorang ahli ekonomi dari Amerika Syarikat. Malah, ia turut mendapat pengaruhnya daripada pergerakan progresivisme yang dipelopori Abraham Lincoln.

Pengaruhnya begitu kuat dalam daya pemerintahan Republik China yang merangkumi pulau Taiwan, Penghu, Kinmen dan Kepulauan Matsu; di mana ia dianggap Kuomintang sebagai batu asas kepada dasar-dasar pemerintahan negara tersebut.

Prinsip-prinsipSunting

Mínzú (民族, pemerintahan rakyat)Sunting

Perkara ini difahamkan sebagai nasionalisme yakni semangat membebaskan diri daripada kuasa imperialisme, di mana ia dipercayai boleh dicapai melalui penumpuan terhadap seluruh rakyat China daripada terhadap etnik tertentu semata-mata.

Mínquán (民權, kuasa rakyat)Sunting

Kehidupan politik yang dibayangkan untuk pembentukan sebuah negara China yang ideal bagi Sun dibahagikan kepada kuasa politik dan kuasa pemerintahan. Konsep kuasa pemerintahan yang dibayangkan beliau untuk republik China yang baru menggabungkan gaya pemerintahan orang Cina pada zaman dahulu dengan acuan teori pemerintahan bercabang tiga Barat untuk membentuk lima cabang yang unik: Yuan Perundangan, Yuan Eksekutif, Yuan Kehakiman, Yuan Pemerhati, dan Yuan Peperiksaan.

Mínshēng (民生 kebajikan rakyat)Sunting

Konsep ini difahamkan sebagai kebajikan sosial serta menyentuh kekurangan kedua-dua sistem sosialisme dan kapitalisme dalam aspek membangunkan rakyat. Beliau tidak sempat menerangkan visi ini secara terperincinya apabila beliau meninggal dunia, maka aspek ini banyak dihujahkan oleh kedua-dua pihak Nasionalis dan Komunis. Chiang Kai-shek misalnya berpendapat prinsip ini lebih dihubungkan kepada kesejahteraan sosial yang sihat untuk suatu China moden pada 1953 di Taiwan.[3]

Lihat jugaSunting

RujukanSunting

  1. ^ Li Chien-Nung, translated by Teng, Ssu-yu, Jeremy Ingalls. The political history of China, 1840–1928. Princeton, NJ: Van Nostrand, 1956; dicetak semula Stanford University Press. ISBN 0-8047-0602-6, ISBN 978-0-8047-0602-5. m/s. 203–206.
  2. ^ Stéphane Corcuff (editor) Memories of the Future: National Identity Issues and the Search for a New Taiwan. ISBN 0765607921
  3. ^ "〔民生主義育樂兩篇補述〕". terms.naer.edu.tw. Dicapai 24 Disember 2015. 

BibliografiSunting

  • Sun Yat-sen, translated by Pasquale d'Elia.The Triple Demism of Sun Yat-Sen. New York: AMS Press, Inc., 1974.