Perang China-Jepun Kedua

Perang China-Jepun Kedua (7 Julai 1937–9 September 1945) atau juga dikenali sebagai Perang Menentang Jepun ialah perang utama antara Republik China dan Empayar Jepun sebelum dan semasa Perang Dunia kedua. Walaupun kedua-dua pihak telah menyerang satu sama lain, mulai dari tahun 1931, perang telah berlaku secara besar-besaran pada tahun 1937 dan hanya diakhiri dengan penyerahan Jepun pada tahun 1945. Pencerobohan ini dirancang Tentera Empayar Jepun dengan tujuan untuk menguasai China.

Perang Cina-Jepun Kedua
Sebahagian daripada Perang Dunia II
Peta yang menunjukkan takat penguasaan Jepun pada tahun 1940
Peta yang menunjukkan takat penguasaan Jepun pada tahun 1940
Tarikh7 Julai 19379 September 1945
Lokasi
Keputusan Kemenangan China;
Empayar Jepun menyerah diri dalam Perang Dunia ke-2
Perubahan
wilayah
Pengambilan balik Manchuria(Timur-Laut) and Taiwan & Pescadores oleh China
Pihak yang terlibat
Flag of the Republic of China Republik China Empayar Jepun
Komandan dan pemimpin
Chiang Kai-shek,
Chen Cheng,
Yan Xishan,
Feng Yuxiang,
Li Zongren,
Xue Yue.
Hideki Tojo,
Matsui Iwane,
Jiro Minami,
Kesago Nakajima,
Toshizo Nishio,
Yasuji Okamura.
Kekuatan
5,600,000 askar 4,100,000 askar (termasuk 900,000 askar Pihak Berikat) [1]
Kerugian dan korban
3,200,000 tentera,
17,530,000 orang awam
2,100,000 askar

Sebelum tahun 1937, kedua-dua pihak telah melancarkan serangan yang digelar "peristiwa." Penaklukan Manchuria oleh Jepun pada tahun 1931 dikenali sebagai "Peristiwa Mukden". 'Peristiwa' terakhir pada tahun 1937 yang dikenali sebagai Peristiwa Jambatan Marco Polo menandakan permulaan peperangan antara kedua-dua negara. Sejak dari tahun 1937 hingga tahun 1941, China melawan tanpa bantuan. Selepas Serangan Pelabuhan Mutiara, perang ini menjadi salah satu medan utama dalam Perang Dunia II. Malah, ia perang terbesar bergolak di benua Asia terakam sepanjang abad kedua puluh dari segi skala.[2]


Fakta-fakta Perang sunting

Di negara China, Perang China-Jepun Kedua dikenali sebagai Perang Menentang Jepun (Cina Tradisional: 抗日戰爭, Cina Ringkas: 抗日战争, pinyin: Kàng Rì Zhànzhēng), atau Perang Penentangan 8 tahun (八年抗戰), atau lebih ringkas lagi, Perang Penentangan (抗戰).

Di Jepun, perang itu dinamai Perang Jepun-China (Jepun: 日中戦争, Hepburn: Nicchū Sensō) untuk memberikan nada berkecuali. Ketika perang bermula pada Julai 1937 dekat Beijing, kerajaan Jepun menggunakan nama Peristiwa China Utara (北支事変, Hokushi Jihen) tetapi dengan meletusnya perang, mereka menggunakan nama Peristiwa China (支那事変, Shina Jihen).

Perkataan peristiwa (事変, jihen) digunakan oleh Jepun kerana kedua-dua pihak belum mengisytiharkan perang antara satu sama lain. Jepun ingin mengelakkan campur tangan negara barat seperti Britain dan terutamanya Amerika Syarikat yang merupakan pengeksport utama besi kepada Jepun. Presiden Roosevelt akan mengenakan sekatan disebabkan Akta Keberkecualian jika ia adalah perang. Dalam propaganda Diraja, pencerobohan China merupakan 'jihad' (seisen), langkah pertama untuk hakko ichi'u (lapan sudut di bawah satu bumbung). Pada tahun 1940, Perdana Menteri Konoe melancarkan Liga anggota Diet yang mempercayai matlamat Jihad. Apabila kedua-dua kerajaan China dan Jepun mengisytiharkan perang pada Disember 1941, nama peperangan digantikan dengan Perang Asia Timur Raya (大東亜戦争, Daitōa Sensō).

Walaupun kerajaan Jepun menggunakan frasa "Peristiwa Shina" dalam dokumen-dokumen rasminya kerana perkataan Shina dianggap sebagai perkataan menghina oleh China, media-media di Jepun sering memparafrasakannya dengan ungkapan-ungkapan lain seperti Peristiwa Jepun-China (日華事変 [Nikka Jihen], 日支事変 [Nisshi Jihen] yang digunakan oleh media sejak dari dekad 1930-an lagi.

Malah nama Perang China-Jepun Kedua biasanya tidak digunakan di Jepun kerana mengikut Jepun, perangnya dengan Empayar Qing (Perang China-Jepun Pertama; 日清戦争, Nisshin-Sensō) pada tahun 1894 langsung tidak berkait dengan perang ini.

Latar belakang sunting

Perang China-Jepun Kedua bermula dengan Perang China-Jepun I pada tahun 1894-95, dengan China di bawah Dinasti Qing dikalahkan oleh Jepun dan dipaksa menyerahkan Taiwan serta juga mengiktiraf 'kemerdekaan' Korea melalui Perjanjian Shimonoseki. Dinasti Qing berada dalam zaman kejatuhannya, akibat imperialisme barat serta pemberontakan dalaman, manakala Jepun menjadi kuasa besar melalui proses pemodenan yang berkesan.

Republik China ditubuhkan pada tahun 1912 selepas Revolusi Xinhai yang menggulingkan Dinasti Qing. Walau bagaimanpun, Republik tersebut adalah lemah, akibat penguasaan para hulubalang. Prospek menyatukan negara dan menghalau kuasa imperialis adalah tipis, dengan sesetengah hulubalang memihak kepada berbagai-bagai kuasa asing dalam usaha-usaha untuk menghapuskan satu sama lain. Umpamanya, hulubalang Zhang Zuolin dari Manchuria secara terbuka bekerjasama dengan Jepun supaya ingin menerima bantuan ketenteraan dan ekonomi.

Adalah semasa tempoh awal Republik China bahawa Jepun menjadi ancaman asing yang terbesar kepadanya. Pada tahun 1915, Jepun mengisytiharkan Dua Puluh Dua Tuntutan untuk melanjutkan kepentingan politik dan perdagangan di China. Selepas Perang Dunia I, Jepun mengambil alih lingkungan pengaruh Jerman di Shandong. China di bawah kerajaan Beiyang masih berpecah belah dan tidak berupaya menentang sebarang serangan asing sehingga pelancaran Ekspedisi Utara pada tahun 1926-28 oleh Kuomintang (KMT, atau Parti Nasionalis Cina), kerajaan pesaingnya yang berpusat di Guangzhou.

Ekspedisi Utara merentasi China dengan mudah sehingga disekat di Shandong apabila Zhang Zongchang, hulubalang Beiyang yang disokong oleh Jepun, cuba menghentikan Tentera Kuomintang daripada menyatukan China. Keadaan ini memuncak dengan Peristiwa Jinan pada tahun 1928 yang mengakibatkan pertempuran singkat antara tentera Kuomintang dengan tentera Jepun. Pada tahun yang sama, Zhang Zuolin, hulubalang Manchuria, dibunuh oleh Jepun apabila beliau enggan bekerjasama dengannya. Menyusul peristiwa-peristiwa ini, kerajaan Kuomintang di bawah Chiang Kai-shek akhirnya berjaya menyatukan China pada tahun 1928.

 
Tentera Jepun memasuki Shenyang semasa Peristiwa Mukden.

Walaupun demikian, banyak pertempuran antara China dan Jepun masih berlarutan dengan kebangkitan nasionalisme China yang memiliki salah satu maklumat Tiga Prinsip Rakyat yang bertujuan untuk menghapuskan imperialisme asing sama sekali dari China. Bagaimanapun, Ekspedisi Utara hanya dapat menyatukan China pada nama sahaja, dengan perang-perang saudara tercetus antara bekas hulubalang-hulubalang dan puak-puak Kuomintang. Tambahan pula, para komunis Cina memberontak terhadap kerajaan pusat. Kerana keadaan-kedadaan ini, kerajaan pusat China banyak mengalihkan perhatian mereka kepada perang-perang saudara dan mengikut dasar "pendamaian dalaman dahulu sebelum penentangan kuasa asing". Keadaan ini memberikan peluang yang mudah kepada Jepun untuk melanjutkan keganasannya.

Pada tahun 1931, tentera Jepun menyerang Manchuria sejurus selepas Peristiwa Mukden. Selepas lima bulan bertempur pada tahun 1932, negara boneka Manchukuo diasaskan dengan Puyi, maharaja terakhir China, dilantik sebagai ketua negara. Tidak berupaya mencabar Jepun secara langsung, China merayu kepada Liga Bangsa untuk bantuan. Penyiasatan Liga menerbitkan Laporan Lytton yang mengutuk Jepun untuk serangan Manchurianya, dan mengakibatkan Jepun menarik diri daripada pertubuhan antarabangsa tersebut. Sejak dari akhir dekad 1920-an dan pada sepanjang dekad 1930-an, dasar beralah merupakan dasar komuniti antarabangsa, dengan tiadanya sebarang negara yang rela mengambil pendirian yang aktif selain daripada celaan lemah. Jepun melihatkan Manchuria sebagai suatu bekalan bahan-bahan mentah yang tidak terhad serta juga sebagai sebuah negara penampan terhadap Kesatuan Soviet.

Pertempuran-pertempuran tidak henti-henti menyusul Peristiwa Mukden. Pada tahun 1932, askar-askar Cina dan Jepun bertempur dalam pertempuran singkat dalam Peristiwa 28 Januari. Perang itu menyebabkan penyahtenteraan Shanghai yang melarang China menempatkan sebarang askar di dalam bandar raya sendiri. Di Manchukuo, sebuah kempen berterusan dijalankan untuk menewaskan tentera sukarelawan yang muncul, akibat kekecewaan umum terhadap dasar ketaktentangan Jepun. Pada tahun 1933, Jepun menyerang wilayah Tembok Besar dan ekoran daripada pertempuran itu, Kedamaian Sementara Tanggu dimeterai yang memberikan Jepun penguasaan ke atas provinsi Rehe serta sebuah kawasan bebas tentera antara Tembok Besar dan wilayah Beiping-Tianjin. Jepun juga bertujuan untuk mencipta lagi sebuah wilayah penampan, kini antara Manchukuo dan Nanjing, ibu negara kerajaan Nasionalis Cina.

Selain itu, Jepun semakin mempergunakan pertikaian-pertikaian dalaman antara puak-puak Cina untuk mengurangkan kekuatan mereka satu demi satu. Oleh itu, walaupun beberapa tahun telah berlalu selepas Ekspedisi Utara, kuasa politik kerajaan Nasionalis masih hanya berkisar di sekitar wilayah Delta Sungai Yangtze, dengan wilayah-wilayah China yang lain pada dasarnya dipegang oleh kuasa-kuasa tempatan.

Jepun sering membayar atau mencipta hubungan khas dengan kuasa-kuasa wilayah supaya dapat menjejaskan usaha-usaha kerajaan pusat Nasionalis untuk menyatukan China. Untuk berbuat demikian, Jepun mencari-cari berbagai-bagai pengkhianat Cina untuk bekerjasama dan membantu mereka mengetuai sebilangan kerajaan "autonomi" yang menyokong Jepun. Dasar ini dipanggil "Pengkhususan" China Utara (Bahasa Cina: 華北特殊化; pinyin: húaběitèshūhùa), atau lebih dikenali sebagai "Gerakan Autonomi China Utara". Provinsi-provinsi utara yang terjejas oleh dasar ini ialah Chahar, Suiyuan, Hebei, Shanxi, dan Shandong.

Di bawah tekanan Jepun pada tahun 1935, China memeterai Perjanjian He-Umezu yang melarang Kuomintang (KMT) daripada menjalankan operasi partinya di Hebei dan secara berkesan, menamatkan penguasaan Cina terhadap China Utara. Pada tahun yang sama, Perjanjian China-Doihara dimeterai dan mengakibatkan KMT disingkirkan dari Provinsi Chahar. Dengan itu, kerajaan pusat Cina disingkirkan sama sekali daripada China Utara menjelang akhir tahun 1935. Sebagai ganti, Majlis Autonomi Hebei Timur (disokong oleh Jepun), dan Majlis Politik Hebei-Chahar diasaskan.

Untuk memahami kerumitan penglibatan Rusia, United Kingdom, dan Amerika Syarikat yang kemudian dalam Perang China-Jepun Kedua, alasan-alasan dan niat-niat yang mendasari penglibatan masing-masing dalam perang ini harus diperhatikan:

Jepun: Niat-niat Jepun adalah jelas: untuk mencipta kemakmuran Jepun melalui memperoleh sumber-sumber China untuk tujuan tersebut. Jepun tidak bertujuan untuk memerintah China secara langsung, tetapi ingin mengasaskan kerajaan-kerajaan boneka yang menyokong kepentingannya. Untuk mendukung matlamat-matlamatnya, Jepun harus menguasai banyak sumber semula jadi, seperti yang terdapat di Malaysia, Indonesia, dan Filipina yang ketika itu masing-masing dikuasai oleh Britain, Belanda, dan Amerika Syarikat.

China (Nationalis): China Nationalis mempunyai banyak matlamat: untuk menentang keganasan Jepun, menyatukan China di bawah sebuah kerajaan pusat, menghapuskan pengaruh asing dari China, menewaskan komunisme, serta juga untuk muncul semula sebagai sebuah negara yang kuat.

China (Komunis): Pihak komunis membiarkan tentera Nasionalis melakukan kebanyakan pertempuran dengan Jepun, sementara menjalankan perang gerila terhadap tentera Jepun. Parti Komunis Cina cuba mengelakkan sebarang pertempuran langsung dengan tentera Jepun kerana berharap dapat muncul daripada peperangan lebih kuat daripada tentera Nasionalis. Dengan itu, pihak komunis akan menjadi pemenang dalam pertempuran yang tidak dapat dielakkan dengan pihak Nasionalis untuk penguasaan China.

Kesatuan Soviet: Kesatuan Soviet membiarkan Jepun melampaui keupayaannya di China supaya ia dapat bertempur dengan tentera Jerman di Barat tanpa menurunkan banyak askar di Timur terhadap serangan Jepun yang mungkin. Tambahan pula, sebuah China yang dilemahkan akan membenarkan pihak komunis China berkembang dan akhirnya mengambil alih negara itu, dan memberikannya suatu sekutu yang berpotensi serta sebuah zon penampan terhadap dasar peluasan kuasa Barat dan Jepun.

United Kingdom: United Kingdom terpaksa bertempur dengan Jerman di Eropah sementara membenarkan China bertempur dengan Jepun sehingga menemui jalan buntu, kerana hendak mendapatkan lebih banyak masa untuk memperoleh semula tanah-tanah jajahan Pasifiknya di Malaysia kini, Burma, dan Singapura. Kebanyakan askar British dipergunakan untuk bertempur di Eropah dan oleh itu, tidak banyak yang dapat diturunkan dalam perang di Pasifik.

Amerika Syarikat: Amerika Syarikat umumnya mengamalkan dasar pemencilan sebelum serangan Pelabuhan Mutiara dan tidak ingin memprovokasi Jepun secara langsung. Menyusul kemasukan Amerika ke dalam Perang Dunia II, Amerika Syarikat harus menewaskan tentera Jepun di Pasifik sementara bertempur juga dengan tentera Jerman di Kancah Eropah. Keutamaannya adalah untuk menewaskan tentera Jerman terlebih dahulu. Amerika Syarikat memulakan kempen pelompatan dari pulau ke pulau untuk mencapai pangkalan-pangkalan yang cukup dekat dengan Jepun untuk menyokong serangan-serangan pengeboman dan akhirnya serangan langsung. Apabila tentera Jerman menyerah, perang di Timur harus ditamatkan dengan secepat mungkin tanpa banyak pengorbanan tentera Amerika Syarikat.

Adalah jelas ketika itu bahawa China Nasionalis menghadapi tugas yang amat sukar kerana sekutu-sekutunya memiliki kepentingan yang tidak semestinya sepadan dengan kepentingan China. Jika fakta-fakta ini diingati, sesetengah keputusan Pihak Berikat akan lebih mudah difahami.

Tokoh utama sunting

China: Pihak Nationalis sunting

  • Bai Chongxi ([白崇禧] Error: {{Lang}}: teg bahasa tidak diiktiraf: zh-t (bantuan))
  • Chen Cheng ([陳誠] Error: {{Lang}}: teg bahasa tidak diiktiraf: zh-t (bantuan), [陈诚] Error: {{Lang}}: teg bahasa tidak diiktiraf: zh-s (bantuan))
  • Chiang Kai-Shek ([蔣介石] Error: {{Lang}}: teg bahasa tidak diiktiraf: zh-t (bantuan), [蒋介石] Error: {{Lang}}: teg bahasa tidak diiktiraf: zh-s (bantuan))
  • Du Yuming ([杜聿明] Error: {{Lang}}: teg bahasa tidak diiktiraf: zh-t (bantuan))
  • Fang Xianjue ([方先覺] Error: {{Lang}}: teg bahasa tidak diiktiraf: zh-t (bantuan), [方先觉] Error: {{Lang}}: teg bahasa tidak diiktiraf: zh-s (bantuan))
  • Feng Yuxiang ([馮玉祥] Error: {{Lang}}: teg bahasa tidak diiktiraf: zh-t (bantuan), [冯玉祥] Error: {{Lang}}: teg bahasa tidak diiktiraf: zh-s (bantuan))
  • Gu Zhutong ([顧祝同] Error: {{Lang}}: teg bahasa tidak diiktiraf: zh-t (bantuan), [顾祝同] Error: {{Lang}}: teg bahasa tidak diiktiraf: zh-s (bantuan))
  • He Yingqin ([何應欽] Error: {{Lang}}: teg bahasa tidak diiktiraf: zh-t (bantuan), [何应钦] Error: {{Lang}}: teg bahasa tidak diiktiraf: zh-s (bantuan))
  • H. H. Kung ([孔祥熙] Error: {{Lang}}: teg bahasa tidak diiktiraf: zh-t (bantuan))
  • Hu Zongnan ([胡宗南] Error: {{Lang}}: teg bahasa tidak diiktiraf: zh-t (bantuan))
  • Li Zongren ([李宗仁] Error: {{Lang}}: teg bahasa tidak diiktiraf: zh-t (bantuan))
  • Long Yun ([龍雲] Error: {{Lang}}: teg bahasa tidak diiktiraf: zh-t (bantuan), [龙云] Error: {{Lang}}: teg bahasa tidak diiktiraf: zh-s (bantuan))
  • Ma Zhanshan ([馬占山] Error: {{Lang}}: teg bahasa tidak diiktiraf: zh-s (bantuan))
  • Song Zheyuan ([宋哲元] Error: {{Lang}}: teg bahasa tidak diiktiraf: zh-t (bantuan))
  • Soong May-ling ([宋美齡] Error: {{Lang}}: teg bahasa tidak diiktiraf: zh-t (bantuan), [宋美龄] Error: {{Lang}}: teg bahasa tidak diiktiraf: zh-s (bantuan))
  • T. V. Soong ([宋子文] Error: {{Lang}}: teg bahasa tidak diiktiraf: zh-t (bantuan))
  • Sun Lianzhong ([孫連仲] Error: {{Lang}}: teg bahasa tidak diiktiraf: zh-t (bantuan), [孙连仲] Error: {{Lang}}: teg bahasa tidak diiktiraf: zh-s (bantuan))
  • Sun Liren ([孫立人] Error: {{Lang}}: teg bahasa tidak diiktiraf: zh-t (bantuan), [孙立人] Error: {{Lang}}: teg bahasa tidak diiktiraf: zh-s (bantuan))
  • Tang Enbai ([湯恩伯] Error: {{Lang}}: teg bahasa tidak diiktiraf: zh-t (bantuan), [汤恩伯] Error: {{Lang}}: teg bahasa tidak diiktiraf: zh-s (bantuan))
  • Tang Shengzhi ([唐生智] Error: {{Lang}}: teg bahasa tidak diiktiraf: zh-t (bantuan))
  • Wang Jingwei ([汪精衛] Error: {{Lang}}: teg bahasa tidak diiktiraf: zh-t (bantuan), [汪精卫] Error: {{Lang}}: teg bahasa tidak diiktiraf: zh-s (bantuan))
  • Wei Lihuang ([衛立煌] Error: {{Lang}}: teg bahasa tidak diiktiraf: zh-t (bantuan), [卫立煌] Error: {{Lang}}: teg bahasa tidak diiktiraf: zh-s (bantuan))
  • Xue Yue ([薛岳] Error: {{Lang}}: teg bahasa tidak diiktiraf: zh-t (bantuan))
  • Yan Xishan ([閻錫山] Error: {{Lang}}: teg bahasa tidak diiktiraf: zh-t (bantuan), [阎锡山] Error: {{Lang}}: teg bahasa tidak diiktiraf: zh-s (bantuan))
  • Xie Jinyuan ([謝晉元] Error: {{Lang}}: teg bahasa tidak diiktiraf: zh-t (bantuan), [谢晋元] Error: {{Lang}}: teg bahasa tidak diiktiraf: zh-s (bantuan))
  • Ye Ting ([叶挺] Error: {{Lang}}: teg bahasa tidak diiktiraf: zh-t (bantuan))
  • Zhang Fakui ([張發奎] Error: {{Lang}}: teg bahasa tidak diiktiraf: zh-t (bantuan))
  • Zhang Zhizhong ([張治中] Error: {{Lang}}: teg bahasa tidak diiktiraf: zh-t (bantuan), [张治中] Error: {{Lang}}: teg bahasa tidak diiktiraf: zh-s (bantuan))
  • Zhang Zizhong ([張自忠] Error: {{Lang}}: teg bahasa tidak diiktiraf: zh-t (bantuan), [张自忠] Error: {{Lang}}: teg bahasa tidak diiktiraf: zh-s (bantuan))
  • Zhu Shaoliang ([朱紹良] Error: {{Lang}}: teg bahasa tidak diiktiraf: zh-t (bantuan))

China: Pihak Komunis sunting

  • Chen Yi ([陳毅] Error: {{Lang}}: teg bahasa tidak diiktiraf: zh-t (bantuan), [陈毅] Error: {{Lang}}: teg bahasa tidak diiktiraf: zh-s (bantuan))
  • Deng Xiaoping ([鄧小平] Error: {{Lang}}: teg bahasa tidak diiktiraf: zh-t (bantuan), [邓小平] Error: {{Lang}}: teg bahasa tidak diiktiraf: zh-s (bantuan))
  • He Long ([賀龍] Error: {{Lang}}: teg bahasa tidak diiktiraf: zh-t (bantuan), [贺龙] Error: {{Lang}}: teg bahasa tidak diiktiraf: zh-s (bantuan))
  • Lin Biao ([林彪] Error: {{Lang}}: teg bahasa tidak diiktiraf: zh-t (bantuan))
  • Liu Bocheng ([劉伯承] Error: {{Lang}}: teg bahasa tidak diiktiraf: zh-t (bantuan), [刘伯承] Error: {{Lang}}: teg bahasa tidak diiktiraf: zh-s (bantuan))
  • Liu Shaoqi ([劉少奇] Error: {{Lang}}: teg bahasa tidak diiktiraf: zh-t (bantuan), [刘少奇] Error: {{Lang}}: teg bahasa tidak diiktiraf: zh-s (bantuan))
  • Luo Ronghuan ([羅榮桓] Error: {{Lang}}: teg bahasa tidak diiktiraf: zh-t (bantuan), [罗荣桓] Error: {{Lang}}: teg bahasa tidak diiktiraf: zh-s (bantuan))
  • Mao Zedong ([毛澤東] Error: {{Lang}}: teg bahasa tidak diiktiraf: zh-t (bantuan), [毛泽东] Error: {{Lang}}: teg bahasa tidak diiktiraf: zh-s (bantuan))
  • Nie Rongzhen ([聶榮臻] Error: {{Lang}}: teg bahasa tidak diiktiraf: zh-t (bantuan), [聂荣臻] Error: {{Lang}}: teg bahasa tidak diiktiraf: zh-s (bantuan))
  • Peng Dehuai ([彭德懷] Error: {{Lang}}: teg bahasa tidak diiktiraf: zh-t (bantuan), [彭德怀] Error: {{Lang}}: teg bahasa tidak diiktiraf: zh-s (bantuan))
  • Su Yu ([粟裕] Error: {{Lang}}: teg bahasa tidak diiktiraf: zh-t (bantuan))
  • Xu Xiangqian ([徐向前] Error: {{Lang}}: teg bahasa tidak diiktiraf: zh-t (bantuan))
  • Ye Jianying ([葉劍英] Error: {{Lang}}: teg bahasa tidak diiktiraf: zh-t (bantuan), [叶剑英] Error: {{Lang}}: teg bahasa tidak diiktiraf: zh-s (bantuan))
  • Zhang Aiping ([张爱萍] Error: {{Lang}}: teg bahasa tidak diiktiraf: zh-t (bantuan))
  • Zhou Enlai ([周恩來] Error: {{Lang}}: teg bahasa tidak diiktiraf: zh-t (bantuan), [周恩来] Error: {{Lang}}: teg bahasa tidak diiktiraf: zh-s (bantuan))
  • Zhu De ([朱德] Error: {{Lang}}: teg bahasa tidak diiktiraf: zh-t (bantuan))

Jepun: Tentera Empayar Jepun sunting

Kerajaan Boneka sunting

Manchukuo

Mengjiang

Majilis Autonomi Hebei Timur

Kerajaan Sementara Republik China

Kerajaan Nasionalis Nanjing

Tokoh asing yang menyebelahi China sunting

Pertempuran dalam Perang China-Jepun Kedua sunting

Kempen sunting

Pertempuran sunting

Pertempuran dengan rencana. Bendera menunjukkan pihak pemenang, manakala tarikh menunjukkan permulaan, kecuali Changsa yang bermula pada Disember 1941.

Pertempuran udara sunting

Serangan dan operasi terancang Jepun sunting

Senarai peristiwa politik dan tentera Jepun sunting

Serangan ke atas orang awam sunting


Unit-unit penyelidikan khas Tentera Empayar Jepun
Unit 100 (Shenyang) | Unit 516 (Qiqihar) | Unit 543 (Hailar) | Unit 731 (Pingfang) / Unit 200 (Manchuria) / Unit 8604 atau Unit Nami (Guangzhou) | Unit 773 (Songo) | Unit Ei 1644 (Nanjing) | Unit 1855 (Nanjing) | Unit 2646 atau Unit 80 (Hailar) | Unit 9420 atau Unit Oka (Singapura)

Lihat juga sunting

Nota sunting

  1. ^ Jowett, Phillip, Rays of the Rising Sun, m.s. 72.
  2. ^ The Second Sino-Japanese War (1937-1945)

Rujukan sunting

  • Laman web Taipei Times: Penulisan semula tidak mengendahkan kebenaran sejarah (12 Julai 2005) – ditulis oleh Chang, Flora dan Ming, Chu-cheng
  • Gordon, David M. "Perang China-Jepun, 1931–1945" Jurnal Sejarah Ketenteraan (Januari 2006), 70#1, m.s. 137–82 – gambar keseluruhan historiografi buku-buku utama
  • Jung Chang dan Jon Halliday, Mao: The Unknown Story (London, 2005); Jonathan Cape, ISBN 0-679-42271-4
  • Annalee Jacoby dan Theodore H. White, Thunder out of China, New York: William Sloane Associates, 1946
  • Jowett, Phillip (2005). Rays of the Rising Sun: Japan's Asian Allies 1931-45 Jilid 1: China and Manchukuo. Helion and Company Ltd. ISBN 1-874622-21-3. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan) - buku tentang orang-orang Cina dan Mongol yang bertempur untuk pihak Jepun semasa perang.
  • Long-hsuen, Hsu (1972). History of the Sino-Japanese war (1937-1945). Penerbitan Chung Wu. ASIN B00005W210. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)

Pautan luar sunting

Kategori;Perang China-Jepun