Nanjing (南京 Pinyin: Nánjīng, Wade-Giles: Nan-ching; Pinyin Sistem Pos: Nanking) adalah ibu kota wilayah Jiangsu di Republik Rakyat China. Ia terletak di bahagian bawah Sungai Yangtze di 32°03'U, 118°47'T. Nanjing adalah bandar kedua terpenting (selepas Shanghai) di China.

Nanjing
南京市
Arah jam dari atas: 1. Kota, Tasik Xuanwu dan Gunung Ungu; 2. arca batu "bixie"; 3. Tokong Jiming; 4. Pintu Yijiang dengan Tembok Kota Nanjing; 5. Sungai Qinhuai dan Fuzi Miao; 6. Pusat Sukan Olimpik Nanjing; 7. Jalan Roh di Makam Ming Xiaoling; 8. Makam Sun Yat-sen
Lokasi perbandaran Kota Nanjing di Jiangsu
Lokasi perbandaran Kota Nanjing di Jiangsu
Negara Republik Rakyat China
WilayahJiangsu
Tahap kaunti11
Tahap Perbandaran129
SettledTidak diketahui (Yecheng, 495 SM. Kota Jinling, 333 SM)
Pentadbiran
 • JenisKota sub-wilayah
 • Setiausaha PartiHuang Lixin
 • Datuk BandarMiao Ruilin
Keluasan
 • Jumlah6,598 km2 (2,548 batu persegi)
Aras
20 m (50 ft)
Penduduk
 (2015)
 • Jumlah8,230,000
 • Kepadatan1,237/km2 (3,183/batu persegi)
DemonimOrang Nankin[1]
Zon waktuUTC+8 (Standard China)
Poskod
210000–211300
Kod kawasan25
GDP (Nominal)2015
 - JumlahAS$ 147.8 bilion
 - Per kapitaAS$ 18,241
 - Perkembangan 9.3%
GDP (PPP)2015
 - JumlahAS$ 253.2 bilion
 - Per kapitaAS$ 31,263
Awalan plat lesenA
Laman sesawangCity of Nanjing
City trees
Deodar Cedar (Cedrus deodara),
Platanus × acerifolia[2]
City flowers
Méi (Prunus mume)

Nanjin dikenali sebagai "Ibukota Ilmu, Sains, Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan". Ia terkenal sebagai pusat kebudayaan dan ilmu di China selama lebih seribu tahun. Ia adalah salah satu dari empat ibukota kuno negara China dan menjadi ibukota kepada sepuluh dinasti dan/atau kerajaan. Ia juga dikenali sebagai "Ibukota Syurga". Ia telah menjadi pusat politik dan ekonomi bagi daerah delta sungai Yangtze selama beratus-ratus tahun. Nanjing juga adalah hub pengangkutan di bahagian timur China dan kawasan muara sungai Yangtze. Nanjing ialah sebuah bandar pelancongan yang terkenal, dan memiliki banyak tempat bersejarah.

Ekonomi

sunting

Nanjing telah menjadi pusat ekonomi di kawasan muara sungai Yangtze selama beratus-ratus tahun. Pada tahun 2003, Pendapatan Domestik Kasar (PDK) per kapita adalah ¥27128 (kira-kira AS$3,280.00 pada dan berada di kedudukan 31 daripada 659 buah bandar di China.

Sejarah

sunting

Pada tahun 495 SM, dinasti Wu mengasaskan Yecheng (冶城) pada masa sekarang kawasan bandar Nanjing.

Dinasti Yue menakluk Wu dan menubuhkan Yuecheng 越城 pada 473 SM.

Dinasti Chu menubuhkan Jīnlíng (金陵) di kawasan ini pada 333 SM.

Bandar ini telah dimusnahkan dan dibangunkan beberapa kali.

Sekurang-kurangnya tiga buah bandar telah dibina: Jiànkāng (建康) pada 229 AD (dimusnahkan sepenuhnya pada 589 AD dan menjadi kawasan perladangan), Jinling dibina kemudian pada 914, dan ibu kota awal Ming, Nánjīng dibina dalam tahun 1366.

Nanjing juga merupakan ibu kota Pemberontakan Taiping pada pertengahan kurun 19.

Pada tahun 1928, setelah permulaan Ekspedisi Utara, kerajaan Kuomintang di bawah pimpinan Chiang Kai-shek menjadikan Nanjing sebagai ibu kota untuk menentang cabaran daripada kerajaan ketua-ketua perang yang menguasai Beijing dan kerajaan alternatif pimpinan Wang Jingwei di Wuhan. Setelah kejayaan Ekspedisi Utara pada tahun 1931, Kerajaan Chiang menjadi kerajaan Negara China tunggal yang sah.

Pada tahun 1937, Nanjing diduduki tentera Jepun, dan melakukan pembunuhan beramai-ramai para penduduk bandar, orang pelarian dan tahanan perang. Kejadian ini dikenali sebagai Pembunuhan beramai-ramai Nanjing. Kerajaan Chiang terpaksa dipindahkan ke Chongqing, dan Jepun menubuhkan kerajaan boneka di Nanjing di bawah pimpinan Wang Jingwei. Selepas tamatnya Perang Dunia II, Nanjing sekali lagi dipilih sebagai ibu kota Republik China. Pada tahun 1949, setelah kemenangan Komunis, Beijing dipilih sebagai ibu kota Republik Rakyat China. Nanjing terus diakui sebagai "ibu kota" Republik China yang berada di Taiwan sementara Taipei adalah ibu kota sementara.

Pengangkutan

sunting
 
Permandangan bandar Nanjing
 
Kawasan bandar di Yangtze, di pertengahan Wuhan dan Shanghai

Nanjing merupakan pusat pengangkutan di timur China dan dihilir kawasan Sungai Yangtze. Lima sistem pengangkutan utama adalah landasan keretapi, laluan air, penerbangan membentuk jaringan trafik tiga dimensi dan pengangkutan awam menyeluruh.

Pelabuhan Nanjing adalah pelabuhan bagi perdagangan asing membawa kepada Lautan Pasifik dan negara barat. Kawasan pelabuhan adalah 98 km panjang dan mempunyai 64 buah jeti termasuk 16 buah jeti bagi kapal dengan muatan melebihi 10,000 tan.

Nanjing juga memiliki lebih 60 buah lebuh raya yang melintasi seluruh wilayah Jiangsu. Tiga landasan keratapi bertumpu di Nanjing, menjadikan bandar ini satu pusat perkhidmatan keratapi yang penting, menjalini landasan keretapi utara, timur dan pusat China. Lebih daripada 20 buah syarikat penerbangan beroperasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Nanjing. Sebuah lapangan terbang yang baru sedang dibina. Perkhidmatan bas dan teksi di Nanjing juga memuaskan.

Nanjing jugalah salah satu daripada enam pusat telekomunikasi di China.

Pelancongan

sunting

Nanjing terkenal sebagai destinasi pelancongan yang memiliki mungkin paling banyak tempat bersejarah di China. Tempat-tempat tarikan pelancongan termasuk:

Pendidikan

sunting

Nanjing telah menjadi pusat pendidikan negara China untuk lebih dari seribu tahun. Pada masa ini, ia mempunyai institusi pendidikan yang terunggul di rantau ini yang tersenarai di bawah;

Nasional

sunting

Swasta

sunting

Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ Nankinese, sometimes may be translated as Nanjinese, Nanjingese, Nankingese, Nanjinger, Nankiner, etc.. In Nanjing dialect there is no difference between Nanjing and Nanjin or between Nanking and Nankin. This means the two pronunciations Jing and Jin in Mandarin Chinese pronounce the same in Nanjing dialect, and king and kin are also the same.
  2. ^ "A Grass Roots Fight to Save a 'Super Tree'". The New York Times. Dicapai pada 2013-12-10.

Pautan luar

sunting
Didahului oleh
Beijing
Ibukota China
1368–1420
Diikuti oleh:
Beijing
Ibukota China
1928–1937
Diikuti oleh:
Wuhan (masa perang)
Didahului oleh
Chongqing (masa perang)
Ibukota China
1945-kini (de jure)
1945–1949 (de facto)
Diikuti oleh:
Guangzhou (selepas 23 April)
Taipei (de facto)
bagi Republik China
Diikuti oleh:
Beijing
bagi Republik Rakyat China