1940
Tahun
- Rencana ini adalah berkenaan dengan tahun 1940. Bagi kegunaan lain, sila lihat 1940 (nombor).
1940 merupakan tahun lompat yang bermula pada hari Isnin. Ia berlangsung dari 20 Zulkaedah 1358 hingga 1 Zulhijah 1359.
Milenium: | milenium ke-2 |
---|---|
Abad: | |
Dekad: | |
Tahun: |
Peristiwa
suntingJanuari
sunting- 4 Januari - Perang Dunia II: Kuasa Paksi - Hermann Goering, Jeneral Angkatan Tentera Udara, menguasai semua industri perang di Jerman.
- 6 Januari - Perang Dunia II: Perang Musim Sejuk - Jeneral Semyon Timoshenko memegang kuasa dalam semua angkatan tentera Rusia.
- 8 Januari - Perang Dunia II: Perang Musim Sejuk - Divisyen Serangan Ke-44 Rusia dimusnahkan oleh angkatan tentera Finland dalam Pertempuran Suomussalmi.
- 26 Januari - Australia - Brisbane mengalami harinya yang terpanas pada 43.2 darjah Celsius.
- 27 Januari - Perang Dunia II: Afrika Selatan - Ketetapan kedamaian yang dikemukakan dalam Parlimen ditewaskan dengan undi 81:59.
- 29 Januari - Tiga unit berbilang gasolin yang mengangkut pekerja kilang berlanggar lalu meletup semasa mendekati stesen Ajikawaguchi, Landasan Yumesaki (Landasan Nishinari), Osaka, Jepun, dan membunuh sekurang-kurangnya 181 orang serta mencederakan sekurang-kurangnya 92 orang.
Februari
suntingMac
sunting- 2 Mac - Elmer Fudd muncul buat pertama kali dalam filem Elmer's Candid Camera (Kamera Kandid Elmer) yang singkat.
- 3 Mac - Di Sweden, sebuah bom jangka memusnahkan pejabat Norrskenflamman, akhbar komunis Sweden dan membunuh 5 orang.
- 5 Mac - Ahli politburo Soviet: Stalin, Molotov, Lazar Kaganovich, Mikhail Kalinin, Kliment Voroshilov dan Lavrenty Beria menandatangani perintah (yang disediakan oleh Beria) untuk menghukum mati 25,700 orang inteligensia, termasuk 14,700 orang tawanan perang Poland. Tindakan itu kini dikenali sebagai Pembunuhan beramai-ramai Katyn.
- 12 Mac - Kesatuan Soviet dan Finland mengikat perjanjian kedamaian di Moscow dan dengan itu, menamatkan Perang Musim Sejuk. Rakyat Finland dan seluruh dunia terkejut kerana syarat-syarat yang terlalu keras.
- 18 Mac - [[Perang Dunia II]: Kuasa Paksi - Adolf Hitler dan Benito Mussolini bertemu di Genting Brenner di Banjaran Alps dan bersetuju untuk membentuk perikatan terhadap Perancis dan United Kingdom.
- 21 Mac - Édouard Daladier meletakkan jawatannya sebagai perdana menteri Perancis, dengan jawatannya diambil alih oleh Paul Reynaud.
- 23 Mac - Ketetapan Pakistan disokong oleh All-India Muslim League (Liga Muslim Seluruh India): Penduduk Muslim dari seluruh pelosok negara India berhimpun di Iqbal Park, Lahore yang kini merupakan sebahagian Pakistan moden.
April
sunting- 5 April - Neville Chamberlain mengisytiharkan bahawa Hitler telah "ketinggalan bas". Kenyataan tersebut dalam sebuah ucapan umumnya yang utama kemudian terbukti merupakan suatu kesilapan pertimbangan yang begitu tragik.
- 7 April - Booker T. Washington menjadi orang Amerika Afrika yang pertama untuk ditampilkan dalam setem Amerika Syarikat.
- 9 April - Perang Dunia II: Jerman menyerang Denmark dan Norway dalam operasi Weserübung. Kempen British di Norway dimulakan dengan serentak.
- 12 April - Kepulauan Faroe diduduki oleh tentera British selepas Denmark diserang oleh Jerman Nazi. Tindakan ini diambil untuk mengelakkan pendudukan Jerman yang boleh amat menjejaskan nasib Pihak Berikat dalam Pertempuran Lautan Atlantik.
- 15 April - Hari pembukaan Balapan Lumba Jamaica menonjolkan penggunaan kelengkapan pertaruhan pari-mutuel, suatu penyimpangan daripada penyelenggaraan taruhan yang diamalkan sehingga hari itu. Setakat itu, kelengkapan tersebut hanya digunakan di negeri New York.
- 21 April - Take It or Leave It muncul buat pertama kali dalam CBS Radio, dengan Bob Hawk merupakan juruacaranya.
- 23 April - Rhythm Night Club (Kelab Malam Rhythm) terbakar di Natchez, Mississippi, dengan 198 orang terbunuh.
Mei
sunting- 10 Mei - Perang Dunia II:
- Pertempuran Perancis bermula - Angkatan tentera Jerman menyerang Negeri-negeri Pamah.
- Serangan Iceland oleh United Kingdom.
- Dengan peletakan jawatan Neville Chamberlain, Winston Churchill menjadi Perdana Menteri United Kingdom.
- 13 Mei
- Winston Churchill, dalam ucapan sulungnya sebagai Perdana Menteri, memberitahu Dewan Rakyat, "Saya tidak memiliki apa-apa untuk menawarkan kalian kecuali darah, kerja keras, air mata, dan peluh."
- Perang Dunia II: Angkatan tentera Jerman menempuh Barisan Maginot dan membuka rekahan selebar 60 batu di Sedan, Perancis.
- 14 Mei
- Ratu Wilhelmina dari Belanda dan kerajaannya melarikan diri ke London; Rotterdam mengalami pengeboman yang teruk oleh Luftwaffe, angkatan tentera udara Jerman, dengan 980 orang terbunuh dan 20,000 buah bangunan dimusnahkan.
- Perekrutan bermula di Britain untuk membentuk angkatan pertahanan dalam negeri, Local Defence Volunteers (Sukarelawan Pertahanan Tempatan) yang kemudian dikenali sebagai Home Guard (Pengawal Tanah Air).
- 15 Mei
- Perang Dunia II: Angkatan Tentera Belanda Diraja menyerah kalah.
- 16 Mei - Franklin D. Roosevelt, Presiden Amerika Syarikat, semasa berucap kepada sidang bersama Kongres, meminta pinjaman luar biasa sebanyak kira-kira AS$900 juta untuk membiayai pembinaan sekurang-kurangnya 50,000 buah kapal terbang setiap tahun.
- 17 Mei - Brussel jatuh kepada angkatan tentera Jerman. Kerajaan Belgium melarikan diri ke Ostend.
- 18 Mei - Marsyal Henri Petain dinamakan sebagai Timbalan Perdana Menteri Perancis.
- 19 Mei - Jeneral Maxime Weygand menggantikan Maurice Gamelin sebagai Panglima Agung kepada seluruh angkatan tentera Perancis.
- 20 Mei:
- Perang Dunia II: Angkatan tentera Jerman di bawah Jeneral Erwin Rommel tiba di Selat Inggeris.
- Holokus: Kem tumpuan Auschwitz-Birkenau dibuka di Poland.
- 22 Mei - Perang Dunia II: Parlimen British meluluskan Akta Kuasa Darurat yang memberikan kerajaannya kuasa penuh terhadap semua orang dan harta.
- 26 Mei - Perang Dunia II: Pengunduran pasukan ekspedisi British dari Dunkirk, Perancis, bermula.
- 28 Mei:
- Perang Dunia II: Raja Leopold III memerintah angkatan tentera Belgium supaya menghentikan pertempuran. Para pemimpin kerajaan Belgium di wilayah Perancis mengisytiharkan penggulingan Leopold.
- Winston Churchill memberi amaran kepada Dewan Rakyat British supaya "... menyediakan diri untuk khabar yang dahsyat."
- 29 Mei - Penerbangan pertama Vought XF4U-1, prototaip kapal terbang pejuang F4U Corsair yang kemudiannya digunakan dalam Perang Dunia II.
Jun
sunting- 3 Jun
- Holokus: Franz Rademacher mencadangkan Rancangan Madagascar.
- Perang Dunia II: Paris dibom oleh Luftwaffe, angkatan tentera udara Jerman, buat pertama kali.
- 4 Jun
- Pengunduran dari Dunkirk tamat - Tentera British siap mengundurkan 300,000 askar dari Dunkirk di Perancis.
- Winston Churchill memberitahu Dewan Rakyat British, "Kita tidak akan mengendur atau gagal. Kita akan bertempur di pantai... di pangkalan... di padang dan di tepi jalan... Kami tidak akan menyerah kalah."
- 9 Jun - Perang Dunia II: Komando British dibentuk.
- 10 Jun - Perang Dunia II:
- Itali mengisytiharkan perang ke atas Perancis dan United Kingdom.
- Franklin D. Roosevelt, Presiden Amerika Syarikat, mengutuk tindakan Itali sebagai "Tikaman dari Belakang"[pautan mati kekal] dalam ucapan upacara penyampaian ijazah di University of Virginia.
- Kanada mengisytiharkan perang ke atas Itali.
- Norway menyerah kepada angkatan tentera Jerman.
- Kerajaan Perancis melarikan diri ke Tours.
- 12 Jun - Perang Dunia II: 13,000 askar British dan Perancis menyerah kepada Marsyal Tentera Darat Erwin Rommel di St. Valery-en-Caux.
- 13 Jun - Perang Dunia II: Paris diisytiharkan sebagai kota terbuka.
- 14 Jun - Perang Dunia II:
- Kerajaan Perancis melarikan diri ke Bordeaux.
- Paris jatuh dan diduduki oleh Jerman.
- Franklin D. Roosevelt, Presiden Amerika Syarikat, memeterai Akta Perluasan Angkatan Tentera Laut yang bertujuan untuk meningkatkan tanan Angkatan Tentera Laut Amerika Syarikat sebanyak 11 %.
- Holokus: Sekumpulan yang terdiri daripada 728 tawanan politik Poland menjadi penghuni pertama di kem tumpuan Auschwitz.
- 15 Jun - Perang Dunia II: Verdun jatuh kepada angkatan tentera Jerman.
- 16 Jun : Rali Motosikal Sturgis diadakan buat pertama kali di Sturgis, Dakota Selatan.
- 17 Jun
- Philippe Petain menjadi Perdana Menteri Perancis dan dengan serta-merta meminta syarat kedamaian dari Jerman.
- Angkatan tentera Soviet memasuki Estonia, Latvia.
- Operasi Ariel bermula - Angkatan tentera Pihak Berikat berundur dari Perancis selepas Paris dan kebanyakan kawasan negara tersebut diambil alih oleh Jerman.
- Pengebom Junkers 88 Luftwaffe menenggelamkan RMS Lancastria, kapal British yang sedang mengundurkan askar-askarnya dari tempat yang berhampiran dengan Saint-Nazaire, Perancis. Jumlah kematian melebihi 2,500 orang. Penapisan masa perang melarang berita tersebut diumumkan.
- 18 Jun
- Winston Churchill berucap kepada Dewan Rakyat British: "... Pertempuran Perancis telah tamat. Pertempuran Britain akan bermula tidak lama lagi."
- Siaran Jeneral Charles de Gaulle dari London menyuruh semua orang Perancis agar meneruskan pertempuran terhadap Jerman Nazi: "Perancis telah dikalahkan dalam satu pertempuran. Akan tetapi Perancis masih belum dikalahkan dalam perang ini."
- 21 Jun - Perang Dunia II: Perancis Vici dan Jerman memeterai perjanjian gencatan senjata di Compiegne di dalam gerabak kereta api yang digunakan oleh Marsyal Ferdinand Foch untuk menerima penyerahan kalah Jerman pada tahun 1918.
- 23 Jun - Perang Dunia II: Adolf Hitler, ketua Jerman, meninjau Paris yang baru ditewaskan di Perancis yang kini didudukinya. [1]
- 24 Jun
- Politik Amerika Syarikat: Parti Republikan memulakan konvensyen nasionalnya di Philadelphia dan memilih Wendell Willkie sebagai calonn untuk jawatan presiden.
- Perang Dunia II: Perancis Vici memeterai perjanjian gencatan senjata dengan Itali.
- 28 Jun - Jeneral Charles DeGaulle diisytiharkan oleh Britain sebagai "Pemimpin kepada semua Orang Perancis Bebas di mana sahaja mereka tinggal."
- 30 Jun - Perang Dunia II: Angkatan tentera Jerman mendarat di Guernsey dan dengan itu, menandakan permulaan Pendudukan Kepulauan Channel selama lima tahun.
Julai
sunting- 3 Julai - Perang Dunia II: Armada British menenggelamkan atau merampas armada Perancis yang berpangkalan di pelabuhan Oran dan Mers-el-Kebir di Algeria. Pada hari yang berikut, Perancis Vici memutuskan sebarang hubungan diplomatik dengan Britain.
- 7 Julai - Ringo Starr, ahli muzik British, dilahirkan dengan nama Richard Starkey di Liverpool, England.
- 10 Julai - Perang Dunia II: Perancis Vici bermula dengan undang-undang perlembagaan yang hanya ditentang oleh 80 orang ahli parlimen.
- 15 Julai - Politik Amerika Syarikat: Parti Demokrat memulakan konvensyen nasionalnya di Chicago dan memilih Franklin D. Roosevelt untuk menjawat penggal presiden yang ketiga, suatu peristiwa yang tidak pernah berlaku.
- 19 Julai - Perang Dunia II: Adolf Hitler membuat rayuan kedamaian kepada Britain dalam ucapannya kepada Reichstag. Lord Halifax, Menteri Luar Negeri British, menolak syarat kedamaian bulat-bulat dalam jawapannya yang disiarkan pada 22 Julai.
- 21 Julai - Republik Sosialis Soviet Estonia, Republik Sosialis Soviet Latvia dan Republik Sosialis Soviet Lithuania diisytiharkan.
- 27 Julai - Filem A Wild Hare (Arnab Liar) yang memperkenalkan watak Bugs Bunny ditayangkan buat pertama kali.
Ogos
sunting- 3 Ogos - Republik Sosialis Soviet Lithuania, Republik Sosialis Soviet Latvia (5 Ogos) dan Republik Sosialis Soviet Estonia (6 Ogos) digabungkan ke dalam Kesatuan Soviet.
- 4 Ogos - Jeneral John J. Pershing menggesa supaya bantuan habis-habisan diberikan kepada Britain demi mempertahankan benua Amerika dalam sebuah siaran radio ke seluruh negara semasa Charles Lindbergh berucap kepada perhimpunan penyokong dasar pemencilan di Soldier Field, Chicago.
- 8 Ogos - Wilhelm Keitel memeterai arahan "Aufbau Ost".
- 20 Ogos:
- Winston Churchill memberi penghargaan kepada Royal Air Force (Angkatan Tentera Udara Diraja) di dalam Dewan Rakyat British: "Tidak pernah dalam bidang pertempuran manusia yang terdapat terlalu banyak orang terhutang budi kepada sekumpulan orang yang amat kecil."
- Leon Trotsky dibunuh di Mexico dengan kapak ais oleh Ramón Mercader, pengintip Soviet.
- 26 Ogos - Chad menjadi tanah jajahan Perancis yang pertama untuk mengisytiharkan sokongannya kepada Pihak Berikat.
September
sunting- September - Divisyen Infantri Ke-45 Tentera Amerika Syarikat (dahulunya sebahagian Divisyen Pengawal Tanah Air di Arizona, Colorado, New Mexico, dan Oklahoma), dihidupkan semula dan diperintah menyertai perkhidmatan persekutuan selama setahun untuk menjalani program latihan di Ft. Sill dan Louisiana sebelum berkhidmat dalam Perang Dunia II.
- 2 September - Perang Dunia II: Persetujuan antara Amerika Syarikat dengan Great Britain diumumkan. 50 buah kapal pembinasa Amerika Syarikat yang diperlukan untuk tugas pengiringan dipindahkan ke Great Britain. Sebagai balasan, Amerika Syarikat memperoleh pajakan pangkalan tentera laut British selama 99 tahun di Lautan Atlantik Utara, Hindia Barat dan Bermuda.
- 7 September:
- Perjanjian Craiova: Romania menyerahkan Dobrudja Selatan kepada Bulgaria.
- Perang Dunia II: The Blitz - Jerman Nazi mula menghujani bom di London. Ini merupakan malam pertama antara 57 malam pengeboman strategi yang berturut-turut.
- 12 September:
- Lascaux, Pernacis - Lukisan gua Zaman Batu ditemui oleh sekumpulan pemuda Perancis yang mengembara berjalan kaki di Perancis Selatan. Lukisan-lukisan tersebut yang berusia 17,000 tahun menggambarkan haiwan.
- Hercules Munitions Plant (Loji Senjata Hercules) di Kenvil, New Jersey meletup dan membunuh 55 orang.
- 16 September - Perang Dunia II: Akta Latihan dan Perkhidmatan Selektif 1940 diluluskan oleh Franklin D. Roosevelt, dan merupakan pengerahan masa aman yang pertama dalam sejarah Amerika Syarikat.
- 26 September - Perang Dunia II: Amerika Syarikat mengenakan sekatan terhadap semua penghantaran logam sekerap ke Jepun.
- 27 September - Perang Dunia II: Jerman, Itali, dan Jepun memeterai Pakatan Tiga Pihak.
November
sunting- 3 November - Pemilihan presiden Amerika Syarikat, 1940: Franklin D. Roosevelt, penyandang Presiden Amerika Syarikat daripada Parti Demokrat, menewaskan Wendell Willkie, pencabar Republikan untuk menjadi presiden penggal ketiga Amerika Syarikat yang pertama.
- 7 November - Di Washington, bahagian tengah Tacoma Narrows Bridge (Jambatan Tacoma Narrows) runtuh semasa ribut angin, hanya empat bulan selepas disiapkan (dibuka untuk lalu lintas pada 1 Julai 1940 sebagai jambatan gantung yang ketiga terpanjang di dunia).
- 9 November - Pertunjukan perdana Concierto de Aranjuez diadakan oleh Joaquin Rodrigo di Barcelona, Sepanyol.
- 10 November - Gempa bumi berlaku di Bucharest, Romania dan mengakibatkan kematian 1,000 orang.
- 11 November - Perang Dunia II:
- Pertempuran Taranto - Royal Navy (Tentera Laut Diraja) melancarkan serangan kapal induk pesawat udara yang pertama dalam sejarah ke atas armada Itali di Taranto.
- Penjajap Atlantis Jerman menyekat mel rahsia besar British dan menghantarnya ke Jepun.
- Ribut Salji Hari Armistis: Suatu ribut salji yang tidak dijangka membunuh 144 orang di U.S. Midwest.
- 13 November - Filem Fantasia ditayangkan oleh Walt Disney dan merupakan kegagalan jualan Disney yang pertama. Walaupun demikian, ia dapat menutup kerugiannya beberapa tahun kemudian dan kemudian menjadi salah satu filem Disney yang amat dihargai.
- 14 November - Perang Dunia II: Di England, bandar raya Coventry dimusnahkan oleh 500 buah pengebom Luftwaffe Jerman. 150,000 bom api, 503 tan bahan letupan, dan 130 periuk api payung terjun meratakan 60,000 daripada 75,000 bangunan, dengan 568 orang dibunuh.
- 16 November:
- Perang Dunia II: Sebagai balasan kepada perataan Coventry oleh Jerman dua hari yang lalu, Royal Air Force (Angkatan Tentera Udara Diraja) mengebom Hamburg, dengan 50,000 penghuni Hamburg dibunuh menjelang akhir perang, akibat serangan Kuasa Berikat.
- Bom paip yang tidak meletup dijumpai di bangunan pejabat Consolidated Edison. (Hanya beberapa tahun kemudian bahawa George Metesky, orang yang melakukan kesalahan tersebut, ditangkap.)
- Jamaica Association of Local Government Officers (Persatuan Pegawai Kerajaan Tempatan Jamaica) diasaskan.
- 18 November - Perang Dunia II: Adolf Hitler, ketua Jerman, dan Galeazzo Ciano, Menteri Luar Negeri Itali, bertemu untuk membincangkan serangan Greece yang gagal dengan begitu teruk. Serangan itu dilancarkan oleh Benito Mussolini.
- 20 November - Perang Dunia II: Hungary, Romania, dan Slovakia menyertai Kuasa Paksi.
- 27 November:
- Di Romania, Iron Guard (Pengawal Besi) yang diketuai oleh ketua rampasan kuasa, Jeneral Ion Antonescu, menangkap dan menghukum mati melebihi 60 orang pembantu Carol II dari Romania, raja dalam buangan. Antara mereka yang maut termasuk Nicolae Iorga, bekas menteri dan ahli sejarah yang termasyhur.
- Perang Dunia II: Royal Navy (Angkatan Tentera Laut Diraja) dan Regia Marina bertempur dalam Pertempuran Cape Spartivento.
Disember
sunting- 8 Disember - Chicago Bears menewaskan Washington Redskins dengan mata 73-0 dalam Permainan Kejohanan NFL 1940 dan dengan itu, mencapai kemenangan yang paling berat sebelah dalam sejarah National Football League (Liga Bola Sepak Kebangsaan).
- 12 Disember & 15 Disember - Perang Dunia II: Serangan udara Sheffield yang bertubi-tubi: Bandar raya Sheffield dimusnahkan dengan begitu teruk oleh serangan udara Jerman.
- 14 Disember - Plutonium diasingkan secara kimia buat pertama kali dalam makmal.
- 23 Disember - Winston Churchill, dalam ucapannya yang disiarkan kepada para penduduk Itali, betul-betul menyalahkan Benito Mussolini kerana mengakibatkan negara mereka berperang dengan Britain, bertentangan dengan persahabatan bersejarah mereka.
- 26 Disember - Tayangan perdana filem The Philadelphia Story (Kisah Philadelphia) yang dibintangi oleh Katharine Hepburn, Cary Grant, James Stewart, dan Ruth Hussey, diadakan di Radio City Music Hall di New York City.
- 29 Disember:
- Franklin D. Roosevelt mengisytiharkan bahawa Amerika Syarikat harus menjadi "... gedung demokrasi yang agung" dalam sebuah sembang tepi perapian kepada negara.
- Perang Dunia II: "Kebakaran Agung Kedua London" - Angkatan tentera udara Luftwaffe melancarkan serangan pengeboman yang mengakibatkan 1,500 kebakaran. Banyak bangunan termasyhur, termasuk Guildhall dan Trinity House dimusnahkan atau dirosakkan.
- 30 Disember - Lebuh raya moden yang pertama di California, bakal State Route 110 (Laluan Negeri California 110), dibuka untuk lalu lintas di Pasadena, California dengan nama Arroyo Seco Parkway. Ia kini dikenali sebagai Pasadena Freeway.
Tarikh tepat tidak pasti
sunting- Guilin, China memperoleh nama terkini.
- Tibet, provinsi Amdo: Tenzin Gyatso yang berumur lima tahun diisytiharkan sebagai tulku (kelahiran kembali) Dalai Lama Ke-13.
- Korea Hunmin Jeong-eum Haerye (1446) yang menerangkan asas abjad Hangul ditemui.
- Rancangan Truth or Consequences (Kebenaran atau Akibat) disiarkan buat pertama kali oleh Radio NBC.
- Komputer elektronik pertama yang menggunakan teknologi hampagas dicipta oleh John V. Atanasoff dan Clifford Berry dari Kolej Negeri Iowa (kini Universiti Negeri Iowa).
Sedang berlangsung
suntingKelahiran
suntingJanuari - Februari
sunting- 4 Januari - Brian David Josephson, ahli fizik dan pemenang Hadiah Nobel Wales
- 4 Januari -Gao Xingjian, penulis dan pemenang Hadiah Nobel yang dilahirkan di China
- 6 Januari - Penny Lernoux, wartawan dan penulis Amerika Syarikat (maut 1989)
- 9 Januari - Miguel Ángel Rodríguez, ahli politik, peguam, ahli ekonomi dan ahli perniagaan Costa Rica
- 14 Januari - Julian Bond, aktivis hak awam Amerika Syarikat
- 19 Januari - Mike Reid, pelakon Inggeris (maut 2007)
- 20 Januari - Carol Heiss, pemain luncur Amerika Syarikat
- 21 Januari - Jack Nicklaus, pemain golf Amerika Syarikat
- 22 Januari - John Hurt, pelakon Inggeris
- 27 Januari - James Cromwell, pelakon Amerika Syarikat
- 31 Januari - Kitch Christie, jurulatih ragbi Afrika Selatan (lahir 1998)
- 2 Februari - David Jason, pelakon Inggeris
- 3 Februari - Fran Tarkenton, pemain bola sepak Amerika Syarikat
- 4 Februari - George Romero, penulis filem, pengeluar filem, dan pengarah filem Amerika Syarikat
- 5 Februari - H.R. Giger, pelukis Switzerland
- 6 Februari - Tom Brokaw, pemberita televisyen Amerika Syarikat
- 6 Februari - Jimmy Tarbuck, pelawak Inggeris
- 8 Februari - Ted Koppel, wartawan Amerika Syarikat
- 8 Februari - Joe South, penyanyi dan penulis lagu Amerika Syarikat
- 9 Februari - J. M. Coetzee, penulis dan pemenang Hadiah Nobel Afrika Selatan
- 12 Februari - Richard Lynch, pelakon Amerika Syarikat
- 17 Februari - Gene Pitney, penyanyi Amerika Syarikat (maut 2006)
- 19 Februari - Smokey Robinson, ahli muzik Amerika Syarikat
- 20 Februari - Jimmy Greaves, pemain bola sepak Inggeris
- 21 Februari - James Wong, penggubah Hong Kong (maut 2004)
- 22 Februari - Johnson Mlambo, ahli politik Afrika Selatan
- 22 Februari - Billy Name, jurugambar dan juruarkib Warhol Amerika Syarikat
- 23 Februari - Peter Fonda, pelakon Amerika Syarikat
- 24 Februari - Denis Law, pemain bola sepak Scotland
- 25 Februari - Ron Santo, pemain besbol Amerika Syarikat
- 28 Februari - Mario Andretti, pelumba kereta Amerika Syarikat
- 29 Februari - Edward Frederic Benson, penulis Amerika Syarikat
Mac-April
sunting- 3 Mac - Germán Castro Caycedo, penulis dan wartawan Colombia
- 3 Mac - Owen Spencer-Thomas, penyiar, wartawan, dan paderi Inggeris
- 6 Mac - Willie Stargell, pemain besbol (maut 2001)
- 7 Mac - Rudi Dutschke, pemimpin pelajar Jerman (maut 1979)
- 9 Mac - Raúl Juliá, pelakon Puerto Rico (maut 1994)
- 10 Mac - Chuck Norris, pelakon dan ahli seni mempertahankan diri Amerika Syarikat
- 12 Mac - Al Jarreau, penyanyi Amerika Syarikat
- 15 Mac - Phil Lesh, ahli muzik Amerika Syarikat (pancaragam Grateful Dead)
- 16 Mac - Bernardo Bertolucci, penulis dan pengarah filem Itali
- 16 Mac - Jan Pronk, ahli politik dan diplomat Belanda
- 17 Mac - Mark White, Gabenor Texas
- 22 Mac - Haing S. Ngor, pelakon Kemboja (maut 1996)
- 25 Mac - Anita Bryant, penghibur Amerika Syarikat
- 26 Mac - James Caan, pelakon Amerika Syarikat
- 27 Mac - Austin Pendleton, pelakon Amerika Syarikat
- 27 Mac - Cale Yarborough, pelumba kereta Amerika Syarikat
- 29 Mac - Ray Davis, ahli muzik Amerika Syarikat (P-Funk)
- 30 Mac - Astrud Gilberto, penyanyi yang dilahirkan di Brazil
- 1 April - Wangari Maathai, pencinta alam sekitar dan penerima Hadiah Nobel Kedamaian Kenya
- 2 April - Penelope Keith, pelakon wanita Inggeris
- 12 April - Herbie Hancock, ahli muzik Amerika Syarikat
- 12 April - John Hagee, mubaligh televisyen Kristian Amerika Syarikat
- 16 April - Ratu Margrethe II dari Denmark
- 18 April - Joseph L. Goldstein, ahli sains dan penerima Hadiah Nobel Fisiologi atau Perubatan Amerika Syarikat
- 25 April - Al Pacino, pelakon Amerika Syarikat
- 26 April - Giorgio Moroder, penggubah filem Itali
Mei-Jun
sunting- 1 Mei - Elsa Peretti, pereka bentuk barang kemas Itali
- 8 Mei - Peter Benchley, penulis Amerika Syarikat (maut 2006)
- 8 Mei - Angela Carter, penulis dan editor Inggeris (maut 1992)
- 8 Mei - Ricky Nelson, penyanyi Amerika Syarikat (maut 1985)
- 8 Mei - Toni Tennille, penyanyi Amerika Syarikat
- 9 Mei - James L. Brooks, penerbit dan penulis filem Amerika Syarikat
- 11 Mei - Juan Downey, artis video yang dilahirkan di Chile (maut 1993)
- 14 Mei - 'H'. Jones, askar British (penerima VC) (maut 1982)
- 15 Mei - Don Nelson, pemain dan jurulatih bola keranjang Amerika Syarikat
- 17 Mei - Alan Kay, ahli sains komputer Amerika Syarikat
- 18 Mei - Lenny Lipton, pereka Amerika Syarikat
- 20 Mei - Stan Mikita, pemain hoki yang dilahirkan di Slovakia
- 20 Mei - Sadaharu Oh, pemain besbol Jepun
- 22 Mei - Bernard Shaw, wartawan dan pemberita televisyen Amerika Syarikat
- 24 Mei - Joseph Brodsky, pemuisi dan pemenang Hadiah Nobel yang dilahirkan di Rusia (maut 1996)
- 29 Mei - Farooq Leghari, Presiden Pakistan
- 1 Jun - René Auberjonois, pelakon Amerika Syarikat
- 2 Jun - Raja Constantine II dari Greece
- 6 Jun - Richard Paul, pelakon Amerika Syarikat (maut 1998)
- 7 Jun - Tom Jones, penyanyi Wales
- 8 Jun - Carole Ann Ford, pelakon wanita British
- 8 Jun - Nancy Sinatra, penyanyi Amerika Syarikat
- 16 Jun - Neil Goldschmidt, Gabenor Oregon
- 17 Jun - George Akerlof, ahli ekonomi dan pemenang Hadiah Nobel Amerika Syarikat
- 20 Jun - John Mahoney, pelakon yang dilahirkan di England
- 21 Jun - Mariette Hartley, pelakon wanita Amerika Syarikat
- 22 Jun - Abbas Kiarostami, pengarah filem, penulis skrip lakon layar, dan penerbit filem Iran
- 22 Jun - Esther Rantzen, penyiar British
- 23 Jun - Adam Faith, penyanyi dan pelakon Inggeris (maut 2003)
- 23 Jun - Lord Irvine dari Lairg, Lord Chancellor dari England
- 23 Jun - Wilma Rudolph, ahli olahraga Amerika Syarikat (maut 1994)
- 25 Jun - A.J. Quinnell, penulis Inggeris (maut 2005)
- 29 Jun - Vyacheslav Artyomov, penggubah Rusia
Julai - Ogos
sunting- 3 Julai - César Tovar, pemain Major League Baseball (Besbol Liga Utama) Venezuela (maut 1994)
- 7 Julai - Ringo Starr, pemain dram British (The Beatles)
- 10 Julai - Gene Alley, pemain besbol
- 10 Julai - Tom Farmer, usahawan Scotland
- 10 Julai - Helen Donath, soprano Amerika Syarikat
- 13 Julai - Patrick Stewart, pelakon Inggeris
- 17 Julai - Tim Brooke-Taylor, pelakon komedi Inggeris
- 17 Julai - Verne Lundquist, pemberita sukan Amerika Syarikat
- 18 Julai - Joe Torre, pemain dan pengurus besbol
- 18 Julai - James Brolin, pelakon dan pengarah filem Amerika Syarikat
- 22 Julai - George Clinton, ahli muzik Amerika Syarikat
- 22 Julai - Alex Trebek, juruacara pertunjukan permainan Kanada
- 24 Julai - Stanley Hauerwas, ahli teologi Amerika Syarikat
- 24 Julai - Mary Jo Kopechne, pembantu Ted Kennedy yang berkebangsaan Amerika Syarikat (maut 1969)
- 27 Julai - Bharati Mukherjee, penulis novel yang dilahirkan di India
- 31 Julai - Roy Walker, pelakon komedi dan penyampai Catchphrase (1986-1999), rancangan televisyen yang ditayangkan oleh ITV
- 3 Ogos - Martin Sheen, pelakon Amerika Syarikat
- 7 Ogos - Jean-Luc Dehaene, Perdana Menteri Belgium
- 8 Ogos - Dilip Sardesai, bekas pemain kriket Ujian India (maut 2007)
- 9 Ogos - Beverlee McKinsey, pelakon wanita Amerika
- 10 Ogos - Bobby Hatfield, penyanyi Amerika (pasangan penyanyi Righteous Brothers) (maut 2003)
- 19 Ogos - Jill St. John, pelakon wanita Amerika Syarikat
- 20 Ogos - [Musa Geshaev]], pemuisi dan ahli sejarah Chechen
- 20 Ogos - Rubén Hinojosa, ahli politik Amerika Syarikat
- 22 Ogos - Valerie Harper, pelakon wanita Amerika Syarikat
- 25 Ogos - José Van Dam, bariton bes Belgium
- 28 Ogos - Tom Baker, pelakon Amerika Syarikat (maut 1982)
- 29 Ogos - Johnny Paris, ahli muzik Amerika Syarikat (kumpulan Johnny and the Hurricanes) (maut 2006)
- 29 Ogos - Bennie Maupin, ahli muzik Amerika Syarikat
September-Oktober
sunting- 5 September - Raquel Welch, pelakon wanita Amerika Syarikat
- 10 September - David Mann, pelukis Amerika Syarikat (maut 2004)
- 12 September - Skip Hinnant, pelakon Amerika Syarikat
- 12 September - Mickey Lolich, pemain besbol
- 13 September - Óscar Arias, ahli politik dan penerima Hadiah Keamanan Nobel Costa Rica
- 14 September - Larry Brown, jurulatih bola keranjang Amerika Syarikat
- 23 September - Mohammad-Reza Shajarian, penyanyi tradisional Iran yang unggul
- 24 September - Michiko Suganuma, pelukis lakuer Jepun Urushi
- 9 Oktober - John Lennon, ahli muzik dan penyanyi British (The Beatles) (maut 1980)
- 13 Oktober - Pharoah Sanders, pemain saksofon Amerika Syarikat
- 14 Oktober - Cliff Richard, penyanyi Inggeris
- 15 Oktober - Peter Doherty, ahli imunologi dan penerima Hadiah Nobel dalam Fisiologi atau Perubatan Australia
- 19 Oktober - Michael Gambon, pelakon Ireland
- 20 Oktober - Robert Pinsky, Penyair Negara Amerika Syarikat
- 21 Oktober - Manfred Mann (Manfred Lubowitz), ahli muzik Afrika Selatan (pancaragam Manfred Mann)
- 21 Oktober - Geoffrey Boycott, pemain kriket Inggeris
- 23 Oktober - Pelé, pemain bola sepak Brazil
- 25 Oktober - Bobby Knight, jurulatih bola keranjang Amerika Syarikat
- 27 Oktober - John Gotti, gengster Amerika Syarikat (maut 2002)
November-Disember
sunting- 1 November - Ramesh Chandra Lahoti, Hakim Besar India
- 15 November - Sam Waterston, pelakon Amerika Syarikat
- 17 November - Luke Kelly, penyanyi balada Ireland daripada The Dubliners
- 21 November - Richard Marcinko, penulis dan anggota pasukan SEAL Tentera Laut Amerika Syarikat
- 25 November - Joe Gibbs, jurulatih bola sepak Amerika Syarikat
- 27 November - Bruce Lee, pelakon dan ahli seni mempertahankan diri Amerika Syarikat Cina (maut 1973)
- 29 November - Chuck Mangione, pemain flugelhorn Amerika Syarikat yang termasyhur
- 1 Disember - Richard Pryor, seniman dan pelakon komedi Amerika Syarikat (maut 2005)
- 4 Disember - Freddy Cannon, penyanyi Amerika Syarikat
- 4 Disember - Gary Gilmore, pembunuh Amerika Syarikat (maut 1977)
- 5 Disember - Peter Pohl, penulis Sweden
- 12 Disember - Sharad Pawar, ahli politik India
- 12 Disember - Dionne Warwick, penyanyi Amerika Syarikat
- 21 Disember - Frank Zappa, pemain muzik, penggubah, dan penulis satira Amerika Syarikat (maut 1993)
- 22 Disember - Noel Jones, duta besar British di Kazakhstan (maut 1995)
- 23 Disember - Jorma Kaukonen, ahli muzik Amerika Syarikat (Jefferson Airplane, Hot Tuna)
- 23 Disember - Robert Labine, bekas datuk bandar Gatineau, Quebec
- 26 Disember - Edward C. Prescott, ahli ekonomi dan pemenang Hadiah Nobel Amerika Syarikat
Tarikh tidak diketahui
sunting- Seamus Deane, pemuisi dan penulis novel Ireland
- António Roseiro, pengasas dan presiden VITAE
Kematian
suntingJanuari - Jun
sunting- 4 Januari - Flora Finch, seniwati dan pelakon komedi yang dilahirkan di England (lahir 1869)
- 18 Januari - Kazimierz Tetmajer, pemuisi dan penulis Poland (lahir 1865)
- 27 Januari - Isaac Babel, penulis Ukraine (lahir 1894)
- Fusajiro Yamauchi, eksekutif perniagaan Jepun
- 11 Februari - John Buchan, Baron Pertama Tweedsmuir, Gabenor Jeneral Kanada (lahir 1875)
- 26 Februari - Michael Hainisch, Presiden Austria yang ke-2 (llahir 1858)
- 5 Mac - Cai Yuanpei, pendidik Cina (lahir 1868)
- 10 Mac - Mikhaïl Boulgakov, penulis Rusia (lahir. 1891)
- 16 Mac - Selma Lagerlöf, penulis dan pemenang Hadiah Nobel Sweden (lahir 1858)
- 20 Mac - Alfred Ploetz, ahli fizik, ahli biologi, dan ahli engenik Jerman (lahir 1860)
- 26 Mac - Spiridon Louis, pelari Greece
- 31 Mac - Tinsley Lindley, pemain bola sepak Inggeris (lahir 1865)
- 26 April - Carl Bosch, ahli kimia dan pemenang Hadiah Nobel Jerman (lahir 1874)
- 14 Mei - Emma Goldman, penganut faham anarki yang dilahirkan di Lithuania (lahir 1869)
- 15 Mei - Menno ter Braak, penulis Belanda (lahir 1902)
- 20 Mei - Verner von Heidenstam, penulis dan pemenang Hadiah Nobel Sweden (lahir 1859)
- 25 Mei - Joe De Grasse, pengarah filem Kanada (lahir 1873)
- 28 Mei - Putera Frederick Charles dari Hesse (lahir 1868)
- 10 Jun - Marcus Garvey, penerbit, usahawan, dan negarawan kulit hitam yang dilahirkan di Jamaica (lahir 1887)
- 11 Jun - Alfred S. Alschuler, arkitek Amerika Syarikat (lahir 1876)
- 17 Jun - Arthur Harden, ahli kimia dan pemenang Hadiah Nobel Inggeris (lahir 1865)
- 21 Jun - Smedley Butler, jeneral Amerika Syarikat (lahir 1881)
- 29 Jun - Paul Klee, pelukis Switzerland (lahir 1879)
Julai - Disember
sunting- 4 Julai - Robert Pershing Wadlow, lelaki yang tertinggi di dunia (akibat jangkitan) (lahir 1918)
- 8 Ogos - Johnny Dodds, pemain klarinet jaz Amerika Syarikat (lahir 1892)
- 18 Ogos - Walter Chrysler, perintis automobil Amerika Syarikat (lahir 1875)
- 21 Ogos - Leon Trotsky, pemberontak Rusia (lahir 1879)
- 21 Ogos - Hermann Obrecht, ahli Dewan Undangan Persekutuan Switzerland (lahir 1882)
- 22 Ogos - Mary Vaux Walcott, pelukis dan ahli alamiah Amerika Syarikat (lahir 1860)
- 30 Ogos - J.J. Thomson, ahli fizik dan pemenang Hadiah Nobel Inggeris (lahir 1856)
- 5 September - Charles de Broqueville, Perdana Menteri Belgium (lahir 1860)
- 27 September - Julius Wagner-Jauregg, ahli neurosains dan pemenang Hadiah Nobel Fisiologi atau Perubatan Austria (lahir 1857)
- 5 Oktober - Ballington Booth, pengasas bersama Volunteers of America (Sukarelawan Amerika Syarikat) dari Amerika Syarikat (lahir 1857)
- 9 Oktober - Wilfred Grenfell, mubaligh perubatan Inggeris ke Newfoundland dan Labrador (lahir 1865)
- 10 Oktober - Berton Churchill, pelakon Kanada (lahir 1876)
- 9 November - Neville Chamberlain, Perdana Menteri United Kingdom (lahir 1869)
- 9 November - John Henry Kirby, penggubal undang-undang Texas dan ahli perniagaan Amerika Syarikat (lahir 1860)
- 17 November - Eric Gill, pengarca dan penulis British (lahir 1882)
- 17 November - Raymond Pearl, ahli biologi Amerika Syarikat (lahir 1879)
- 5 Disember - Jan Kubelík, pemain violin Czech (lahir 1880)
- 15 Disember atau 16 Disember - Billy Hamilton, pemadang kawasan jauh Dewan Kemasyhuran Besbol (lahir 1866)
- 19 Disember - Kyösti Kallio, Presiden Finland (lahir 1873)
- 21 Disember - F. Scott Fitzgerald, penulis Amerika Syarikat (lahir 1896)
- 25 Disember - Agnes Ayres, pelakon wanita Amerika Syarikat (lahir 1898)
Hadiah Nobel
sunting- Fizik - tidak dianugerahkan
- Kimia - tidak dianugerahkan
- Fisiologi atau Perubatan - tidak dianugerahkan
- Kesusasteraan - tidak dianugerahkan
- Keamanan - tidak dianugerahkan