29 Januari
tarikh
<< | Januari | >> | ||||
---|---|---|---|---|---|---|
Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | |
7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 |
14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 |
21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 |
28 | 29 | 30 | 31 | |||
2024 |
29 Januari merupakan hari ke-29 dalam kalendar Gregory. Tinggal 336 hari (atau 337 hari bagi tahun lompat) sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan Hari Perlembagaan di Gibraltar.
Peristiwa
sunting- 904 - Sergius III keluar daripada persaraan untuk mengambil alih jawatan Paus daripada antipaus Christopher yang digulingkan.
- 1676 - Feodor III menjadi Tsar Rusia.
- 1814 - Perancis menewaskan Rusia dan Prusia di Pertempuran Brienne.
- 1819 - Thomas Stamford Raffles mendarat di Pulau Singapura.
- 1834 - Presiden Andrew Jackson mengerahkan askar persekutuan untuk membendung perbalahan buruh buat julung kali dalam sejarah A.S.
- 1845 - Puisi naratif The Raven oleh Edgar Allan Poe, diterbitkan buat pertama kali dalam akhbar New York Evening Mirror.
- 1856 - Ratu Victoria dari United Kingdom mengeluarkan waran yang mewujudkan Salib Victoria, bagi menghargai tindakan berani anggota tentera British semasa Perang Krimea.
- 1861 - Kansas diterima sebagai negeri Amerika Syarikat yang ke-34.
- 1886 - Karl Benz memfailkan paten untuk Motorwagen (gambar), kereta berkuasa petrol pertama yang berjaya.
- 1891 - Liliuokalani dinobatkan sebagai Ratu Hawaii, iaitu raja terakhir pulau tersebut.
- 1916 - Perang Dunia Pertama: Paris dibedil oleh kapal zeppelin Jerman.
- 1943 - Kempen Guadalcanal: Hari pertama Pertempuran Pulau Rennell, penjajap A.S. Chicago rosak teruk akibat serangan torpedo udara Jepun.
- 1944 - USS Missouri, kapal perang terakhir yang digunakan oleh Tentera Laut Amerika Syarikat, dilancarkan.
- 1944 - Perang Dunia Kedua: Pertempuran Cisterna berlaku di kawasan tengah Itali.
- 1944 - Perang Dunia Kedua: Seramai 38 orang termasuk kanak-kanak mati dalam pembunuhan beramai-ramai Koniuchy di Poland.
- 1944 - Di Bologna, Itali, Dewan Anatomi Archiginnasio musnah akibat serangan udara.
- 1959 - Filem animasi Disney Sleeping Beauty diterbitkan buat pertama kali.
- 1964 - Jeneral Nguyen Khanh menggulingkan junta tentera Jeneral Duong Van Minh daripada tampuk pimpinan Vietnam Selatan.
- 1978 - Sweden menjadi negara pertama yang mengharamkan penyembur aerosol kerana memudaratkan lapisan ozon.
- 1989 - Hungary menjadi negara blok Komunis pertama yang menjalin hubungan diplomatik dengan Korea Selatan.
- 1996 - Presiden Jacques Chirac mengumumkan tamatnya ujian nuklear Perancis.
- 2001 - Ribuan penunjuk perasaan menyerbu Parlimen Indonesia dan menuntut perletakan jawatan Presiden Abdurrahman Wahid atas tuduhan terlibat dalam skandal rasuah.
- 2002 - Dalam Ucapan Keadaan Kesatuannya, Presiden A.S. George W. Bush memerihalkan Iran, Iraq dan Korea Utara sebagai "paksi kuasa jahat".
- 2005 - Penerbangan terus komersil pertama dari Tanah Besar China (Guangzhou) ke Taiwan sejak tahun 1949 mendarat di Taipei, diikuti ketibaan pesawat China Airlines di Beijing.
- 2010 - Toyota mengumumkan penarikan balik 8.5 juta kenderaan di seluruh dunia akibat masalah pecutan tidak disengajakan dan pepijat perisian.
- 2011 - Dalam bola sepak, Jepun memenangi Piala Asia setelah menewaskan Australia dalam perlawanan akhir.
- 2011 - Bantahan anti-kerajaan seluruh Mesir semakin tegang, ditambah dengan tindakan kerajaan menggantung capaian ke rangkaian Internet dan SMS seluruh negara.
- 2012 - Dalam tenis, Victoria Azarenka dan Novak Djokovic memenangi gelaran lelaki dan wanita perseorangan Terbuka Australia.
- 2012 - Kejohanan Bola Baling Lelaki Eropah berakhir dengan Denmark menewaskan tuan rumah Serbia dalam perlawanan akhir.
Kelahiran
sunting- 1843 - William McKinley, Presiden Amerika Syarikat ke-25
- 1963 - Ismail Haniyeh, Perdana Menteri Palestin ke-3
- 1982 - Ernest Prakasa, pelakon lelaki Indonesia
- 1984 - Mohd Safee Mohd Sali, pemain bola sepak Pelita Jaya.
- 2004 - Raja Izzuddin Shah
- 2005 - Muhammad Nadzran, instafamous terkenal di Malaysia