Tsar (bahasa Bulgaria, Serbia serta Macedonia: цар; bahasa Rusia: Mengenai audio iniцарь ; transliterasi saintifik: car dan car' untuk masing-masing) ialah gelaran Slavik yang rasmi untuk "Maharaja" di negara-negara berikut:

Pemerintah-pemerintah Bulgaria dari 1908 hingga 1946 juga menggunakan "tsar", gelaran kemaharajaan tradisional, walaupun mereka hanya diiktiraf sebagai raja (roi des bulgares) oleh seluruh dunia, iaitu serupa dengan pemerintah-pemerintah moden di Yunani yang menggunakan basileus, gelaran kemaharajaan tradisional, walaupun mereka juga hanya diiktiraf sebagai raja Yunani oleh seluruh dunia. Bagaimanapun, serupa dengan kes Yunani, ini tidak menjejaskan maksud yang benar bagi istilah "tsar".

Di Rusia, istilah "tsar" telah digunakan secara tidak tepat untuk dipertuan-dipertuan Mongolia (Tatar) yang menguasai kerajaan-kerajaan kecil Rusia, dan juga sejak sekitar 1480 oleh Ivan III dari Moscow selepas penegasan kemerdekaannya daripada Angkatan Kencana dan mungkin juga selepas perkahwinannya dengan pewaris wanita Empayar Byzantine.

Pemerintah Muskovit telah diiktiraf sebagai maharaja oleh Maharaja Empayar Suci Rom pada tahun 1514, semasa pemerintahan Vasili III, walaupun pemerintah Rusia pertama yang dimahkotai sebagai tsar secara rasmi ialah Ivan IV yang Dahsyat pada tahun 1547. Pada tahun 1721, sebuah edik daripada Pyotr I Agung memutuskan bahawa imperator yang merupakan gelaran berdasarkan bahasa Latin harus digunakan sebagai ganti, tetapi tsar yang merupakan padanan Slaviknya, masih biasa digunakan secara rasmi untuk pelbagai gelaran yang menandakan penguasaan bekas kekhanan Mongolia yang diserapkan oleh negara Muskovit itu. Oleh itu, transliterasi untuk gelaran ini dalam bahasa-bahasa asing seperti bahasa Inggeris biasa juga digunakan, terutamanya untuk maharaja-maharaja Rusia sehingga tahun 1917.

Istilah "Tsar" ialah padanan tepat untuk "Maharaja", tetapi ini dikaburkan sebahagian oleh pembaharuan 1721 oleh Peter Agung. Perubahan gayanya dari tsar ke imperator tidak menunjukkan kenaikan pangkat ke taraf kemaharajaan, tetapi merupakan perubahan yang selaras dengan dasar-dasar pembaratannya. Tanggapan bahawa gelaran tsar adalah sama dengan raja atau taraf pertengahan antara "raja" dengan "maharaja" merupakan satu tanggapan salah yang biasa dilakukan oleh kebanyakan orang, termasuk penutur-penutur bahasa Slavik yang moden, khususnya oleh para penulis bukan pakar yang menulis dalam bahasa-bahasa asing.

Harus diperhatikan bahawa penggunaan istilah "tsar" secara tidak formal kekadang digunakan dalam bahasa-bahasa Slavik untuk raja-raja yang mempunyai status yang lebih rendah. Ini sebahagian disebabkan oleh terbitannya daripada basileus, istilah Yunani asal yang fleksibel (basileus kemudian beransur-ansur membawa maksud yang hampir sama dengan "raja" dalam Zaman Keyunanian, dan sama sahaja dengan "maharaja" dari permulaan Empayar Rom), dan sebahagian disebabkan gelaran ini telah biasa kepada orang taklukannya. Umpamanya, raja-raja Bible yang lazim digelarkan "king" (raja) dalam bahasa Inggeris digelarkan basileus dalam bahasa Greek dan tsar dalam bahasa Bulgaria dan Rusia, bukan kerana baginda-baginda itu merupakan maharaja (gelaran kemaharajaan tidak muncul sehingga zaman Rom), tetapi gelaran itu digunakan oleh pemerintah-pemerintah itu sendiri dan kitab Bible diterjemahkan dalam bahasa Greek dan Slavik semasa pemerintahan mereka.

Dengan sebab yang sama, terbitan-terbitan bahasa Slavik moden menggunakan istilah 'tsar' secara salah masa untuk Assyria, Babylonia, dan Parsi. Dalam konteks ini, raja yang merupakan gelaran asing (kecuali di Serbia) dikhaskan untuk raja-raja Eropah yang mempunyai status raja, berbanding maharaja. Lagi satu amalan yang informal dan mengelirukan ialah pengolahan gelaran maharaja-maharaja asing oleh para penulis bahasa Slavik moden. Sumber-sumber zaman pertengahan bahasa Bulgaria, Rusia, dan Serbia menterjemahkan maharaja sebagai tsar secara sembarangan; begitu juga dengan penulis Serbia moden. Bagaimanapun, bahasa Bulgaria dan Rusia moden menggunakan imperator (император) untuk maharaja asing (umpamanya maharaja Rom kuno, Empayar Byzantine, Empayar Suci Rom serta 'pewaris-pewaris' Katoliknya, dan sebagainya).


Pautan luar sunting