Pasukan bola sepak kebangsaan Jepun

Pasukan bola sepak kebangsaan Jepun (サッカー日本代表, Sakkā Nippon Daihyō) mewakili Jepun untuk sukan bola sepak dan dikawal oleh Persatuan Bola Sepak Jepun (JFA), badan pentadbir bagi bola sepak di Jepun. Ketua jurulatih mereka ialah Hajime Moriyasu.

 Jepun
Shirt badge/Association crest
Gelaranサムライ・ブルー
(Samurai Biru)
Persatuan日本サッカー協会
(Persatuan Bola Sepak Jepun)
Sub-konfederasiEAFF (Asia Timur)
KonfederasiAFC (Asia)
Ketua jurulatihHajime Moriyasu
KaptenMaya Yoshida
Kaps terbanyakYasuhito Endō (152)
Penjaring terbanyakKunishige Kamamoto (75)
Kod FIFAJPN
Kedudukan FIFA 20 (29 Jun 2023)[1]
Kedudukan tertinggi FIFA9 (Februari 1998)
Kedudukan terendah FIFA66 (Disember 1992)
Kedudukan Elo 15 14 (31 Julai 2023)[2]
Kedudukan tertinggi Elo8 (Ogos 2001, Mac 2002)
Kedudukan terendah Elo112 (September 1962)
Warna utama
Warna kedua
Antarabangsa pertama
 Jepun 0–5 Republik China Republik China
(Tokyo; 9 Mei 1917)
Kemenangan terbesar
Jepun Jepun 15–0 Filipina Bendera Filipina
(Tokyo; 27 September 1967)
Kekalahan terbesar
Jepun Jepun 2–15 Filipina Bendera Filipina
(Tokyo; 10 Mei 1917)
Piala Dunia
Kemunculan7 (Kali pertama pada 1998)
Keputusan terbaikPusingan 2 (2002, 2010, 2018, 2022)
Piala Asia
Kemunculan10 (Kali pertama pada 1988)
Keputusan terbaikJuara (1992, 2000, 2004, 2011)
Copa América
Kemunculan2 (Kali pertama pada 1999)
Keputusan terbaikPusingan 1 (1999)
Piala Konfederasi FIFA
Kemunculan4 (Kali pertama pada 1995)
Keputusan terbaikNaib Juara (2001)
Anugerah

Jepun merupakan salah satu pasukan yang paling berjaya di Asia, setelah layak ke lima kejohanan Piala Dunia FIFA terakhir berturut-turut dan layak ke pusingan kedua pada tahun 2002 & 2010. Jepun juga telah memenangi Piala Asia dengan rekod empat kali pada tahun 1992, 2000, 2004 & 2011. Pasukan Jepun juga muncul naib juara Piala Konfederasi FIFA 2001.

Pasukan Jepun dikenali oleh peminat dan media sebagai Soccer Nippon Daihyō (サッカー日本代表), Nippon Daihyō (日本代表), atau Daihyō (代表) sebagai singkatan ungkapan. Walaupun pasukan Jepun tidak mempunyai gelaran rasmi, pasukan ini sering kali dikenali dengan nama pengurus. Contohnya, dibawah pengurusan Takeshi Okada, pasukan ini dikenali sebagai Okada Jepun (岡田ジャパン, Okada Jepun).[3] Baru-baru ini pasukan Jepun telah digelar sebagai "Samurai Biru", manakala media berita Jepun masih merujuk pasukan dengan nama akhir pengurus, dengan nama "Zaccheroni Jepun" (ザッケローニジャパン, Zakkerōni Jepun), atau "Zac Jepun" (ザックジャパン, Zakku Jepun) sebagai singkatan.

Sejarah Sunting

 
Jepun menentang Brazil di Signal Iduna Park, Dortmund, Jerman semasa Piala Dunia FIFA 2006

Pencapaian besar pertama Jepun di peringkat antarabangsa datang ketika Sukan Olimpik Musim Panas 1968 di Mexico City, dimana mereka menang pingat gangsa. Walaupun keputusan ini membolehkan sukan bola sepak meningkat di Jepun, ketiadaan liga domestik profesional menghalang peningkatan dan Jepun tidak layak ke Piala Dunia FIFA sehingga 30 tahun kemudian. .[4]

Pada tahun 1991, pemilik liga semi-pro Japan Soccer League bersetuju untuk membubarkan liga dan membentuk semula liga profesional Liga J., untuk meningkatkan profil sukan dan mengukuhkan program pasukan kebangsaan. Dengan pelancaran liga baru pada tahun 1993, minat terhadap bola sepak dan pasukan kebangsaan bertambah.

Walau bagaimanapun, dalam percubaan pertama untuk layak dengan menggunakan pemain profesional, Jepun terlepas tiket ke Piala Dunia FIFA 1994 selepas seri dengan Iraq dalam perlawanan akhir pusingan kelayakan, diingati oleh peminat sebagai Kesakitan Doha.

Penampilan pertama Jepun di Piala Dunia FIFA berlaku pada tahun 1998. Dua perlawanan pertama Jepun berakhir dengan kekalahan 1–0 kepada Argentina dan Croatia, walaupun beraksi dengan baik dalam kedua-dua perlawanan. Kempen mereka berakhir dengan kekalahan 2–1 kepada Jamaica.

Empat tahun kemudian, Jepun menjadi tuan rumah bersama Piala Dunia FIFA 2002 dengan Korea Selatan. Selepas seri 2–2 dengan Belgium dalam perlawanan pembukaan, pasukan Jepun layak ke pusingan kedua selepas kemenangan 1–0 ke atas Rusia dan 2–0 ke atas Tunisia. Walau bagaimanapun, mereka kemudiannya terkeluar daripada kejohanan itu ketik Pusingan 16 terakhir, selepas tewas 1-0 kepada pemenang tempat ketiga, Turki.

Pada 8 Jun 2005, Jepun layak ke Piala Dunia FIFA 2006 di Jerman, Piala Dunia ketiga berturut-turut mereka, dengan menewaskn Korea Utara 2–0 di tempat berkecuali. Walau bagaimanapun, Jepun gagal layak ke Pusingn 16 terakhir, tewas kepada Australia 1–3, seri dengan Croatia 0–0 dan tewas kepada Brazil 1–4.

Jepun memperoleh banyak kejayaan dalam Piala Asia, membawa pulang trofi pemenang dalam empat daripada enam kejohanan terakhir, di 1992, 2000, 2004 dan 2011. Pesaing benua utama mereka ialah Korea Selatan, diikuti oleh Arab Saudi dan yang terbaru Australia.

Jepun merupakan satu-satunya pasukan daripada luar Amerika untuk mengambil bahagian dalam Copa América, setelah dijemput pada tahun 1999 dan 2011.[5]

Ketika pusingan Kelayakan Piala Dunia FIFA 2010, dalam pusingan keempat kelayakan Asia, Jepun menjadi pasukan pertama selain daripada tuan rumah Afrika Selatan untuk layak selepas menewaskan Uzbekistan 1–0 di tempat lawan. Jepun diletakkan dalam kumpulan E bersama Belanda, Denmark and Cameroon.[6] Jepun menang perlawanan pembukaan mereka semasa Piala Dunia FIFA 2010 mengalahkan Cameroon 1–0 tetapi tews kepada Belanda 0–1 sebelum menewaskan Denmark 3–1 untuk layak ke pusingan seterusnya menentang Paraguay. Dalam perlawanan pertama pusingan kalah mati, Jepun tersingkir daripada pertandingan susulan penalti selepas seri 0–0 dengan Paraguay.

Selepas Piala Dunia, ketua jurulatih Takeshi Okada meletak jawatan. Beliau diganti oleh beks jurulatih Juventus dan AC Milan, Alberto Zaccheroni. Dalam beberapa perlawanan pertamanya, Jepun merekodkan kemenangan ke atas Guatemala (2–1) dan Paraguay (1–0), termasuk keputusan terbaik mereka – kemenangan 1–0 ke atas Argentina.

Pada permulaan tahun 2011, Jepun telah mengambil bahagian dalam Piala Asia 2011 di Qatar. Pada 29 Januari, mereka mengalahkan Australia 1–0 dalam perlawanan akhir selepas masa tambahan, memenangi Piala Asia keempat mereka dan layak ke Piala Konfederasi FIFA.[7]

Jepun kemudiannya memulakan kempen mereka untuk layak ke Piala Dunia 2014 Brazil dengan beberapa siri kelayakan. Mereka hany mengalami dua kekalahan kepada Uzbekistan dan Jordan, dan seri dengan Australia. Selepas itu pada 12 Oktober, Jepun mencatat kemengan bersejarah 1-0 ke ats Perancis, pasukan yang mereka tidak pernah kalahkan sebelum ini. Selepas seri 1-1 dengan Australia mereka layak ke Piala Dunia FIFA 2014, menjadi pasukan pertama selain tuan rumah Brazil untuk layak.

Jepun memulakan kempen Piala Konfederasi FIFA 2013 mereka dengan kekalahan 3–0 kepada Brazil. Mereka disingkirkan daripada pertandingan selepas kalah kepada Itali 3–4 tetapi mendapat pujian kerana gaya permainan mereka dalam perlawanan. Mereka kalah perlawanan terakhir mereka 1-2 kepada Mexico dan menduduki tempat ke-4 dalam kumpulan A Piala Konfederasi FIFA 2013. Sebulan kemudian, dalam Piala Asia Timur EAFF, mereka bermula dengan seri 3-3 dengan China. Mereka kemudiannya mengalahkan Australia 3-2 dan mengalahkan Korea Selatan 2-1 dalam perlawanan ketiga dan akhir Piala Asia Timur EAFF 2013 untuk memenangi kejohanan itu.

Mereka diletakkan dalam kumpulan bersama Ivory Coast, Greece dan Colombia ketika Piala Dunia FIFA 2014. Mereka kalah perlawanan pertama mereka kepada Ivory Coast 2-1 walaupun mendahului perlawanan, bolos du gol dalam jarak dua minit. Mereka seri dengan Greece 0-0 dalam perlawanan kedua mereka. Untuk layak ke pusingan kedua mereka perlu menang ke atas Colombia dan Greece perlu mengalahkan Ivory Coast. Greece mengalahkan Ivory Coast 2-1 tetapi Jepun gagal beraksi cemerlang menentang Colombia dan kalah 4-1, menyingkirkan mereka dari Piala Dunia. Alberto Zaccheroni meletak jawatan sebagai ketua jurulatih selepas Piala Dunia. Pada bulan Julai 2014, bekas jurulatih Mexico dan pengurus Espanyol, Javier Aguirre mengambil alih dan Jepun kalah 0-2 kepada Uruguay dalam perlawanan pertamanya.

Imej pasukan Sunting

Laungan penyokong Sunting

Penyokong pasukan kebangsaan Jepun dikenali kerana melaungkan "Nippon Ole" (Nippon ialah istilah orang Jepun untuk Jepun) di tempat sendiri.[8]

Kit dan warna Sunting

Kit semasa Jepun disediakan oleh syarikat Jerman, Adidas, penaja rasmi pakaian pasukan sejak tahun 1986.

Kit semasa tuan rumah terdiri daripada jersi biru dengan lambang dan bendera Jepun di dada, seluar pendek biru dengan tompok merah jambu cerah di tepi dan sarung kaki berwarna merah jambu di atas. Kit tempat lawan adalah berwarna neon kuning, dengan aksen biru tentera laut dan oren. Pada tahun 2011, Jepun menukar warna nombor daripada putih kepada emas untuk sementara waktu.

Sebelum Adidas, Asics dan Puma telah menjadi penaja rasmi pakaian pasukan. Reka bentuk kit pasukan telah melalui beberapa perubahan pada masa lalu. Semasa awal tahun 80an, kit pasukan berwarna putih dengan trim biru. Semasa Jepun dilatih oleh Kenzo Yokoyama (1988–1991) kit berwarna merah dan putih, menyamai warna bendera negara Jepun. Kit yang dipakai untuk Piala Asia 1992 terdiri daripada jalur putih (diolah untuk membentuk sayap) dengan berlian merah. Semasa penampilan pertama Jepun di Piala Duni pada tahun 1998, kit pasukan kebangsaan merupakan jersi biru dengan dengan reka bentuk api merah dan putih di lengan. Kit telah direka oleh JFA (dengan penaja berselang-seli setiap tahun antara Asics, Puma dan Adidas).

Jepun menggunkan warna biru dan merah dan bukannya merah dan putih kerana kepercayaan karut. Ketika pertandingan antarabangsa besar pertama, Sukan Olimpik Musim Panas 1936, Jepun menggunakan kit biru ketika perlawanan menentang Sweden dan Jepun menang perlawanan itu dengan keputusan 3–2.[9]

Tajaan Sunting

Jepun merupakan salah satu pasukan dengan pendapatan penajaan yang paling tinggi untuk skuad kebangsaan. Pada tahun 2006, pendapatan penajaan mereka berjumlah lebih £ 16.5 juta.

Penaja utama termasuklah Adidas, Kirin, Saison Card International, FamilyMart, JAL, Mitsui Sumitomo Insurance, Sony, Asahi Shinbun, Konami, Mizuho Financial dan Audi.[10]

Maskot Sunting

Maskot pasukan ialah "Karappe" dan "Karara" , dua Yatagarasu memakai seragam pasukan kebangsaan Jepun. Maskot ini telah direka oleh artis manga Jepun, Susumu Matsushita. Setiap tahun apabila kit baru dilancarkan, maskot ini menukar seragam.

Rekod Kejohanan Sunting

Piala Dunia FIFA Sunting

Rekod Piala Dunia
Tahun Pusingan Posisi BP M S* K JG GB
  1930 Tidak menyertai
  1934
  1938 Menarik diri
  1950
  1954 Tidak layak
  1958 Tidak menyertai
  1962 Tidak layak
  1966 Tidak menyertai
  1970 Tidak layak
  1974
  1978
  1982
  1986
  1990
  1994
  1998 Pusingan 1 31/32 3 0 0 3 1 4
   2002 Pusingan 2 9/32 4 2 1 1 5 3
  2006 Pusingan 1 28/32 3 0 1 2 2 7
  2010 Pusingan 2 9/32 4 2 1 1 4 2
  2014 Pusingan 1 29/32 3 0 1 2 2 6
  2018 Pusingan 2 15/32 4 1 1 2 6 7
  2022 9/32 4 2 1 1 5 4
Jumlah Terbaik: Pusingan 2 7/22 25 7 6 12 25 33

Piala Konfederasi FIFA Sunting

Rekod Piala Konfederasi FIFA
Tahun Pusingan Posisi BP M S* K JG GB
  1992 Tidak layak
  1995 Pusingan 1 6/6 2 0 0 2 1 8
  1997 Tidak layak
  1999
   2001 Naib Juara 2/8 5 3 1 1 6 1
  2003 Pusingan 1 6/8 3 1 0 2 4 3
  2005 5/8 3 1 1 1 4 4
  2009 Tidak layak
  2013 Pusingan 1 6/8 3 0 0 3 4 9
  2017 Tidak layak
Jumlah Terbaik: Naib Juara 4/8 16 5 2 9 18 25

Piala Asia Sunting

Rekod Piala Asia
Tahun Pusingan Posisi BP M S* K JG GB
  1956 Tidak menyertai
  1960
  1964
  1968 Tidak layak
  1972 Tidak menyertai
  1976 Tidak layak
  1980 Tidak menyertai
  1984
  1988 Pusingan 1 10/10 4 0 1 3 0 6
  1992 Juara 1/8 5 3 2 0 6 3
  1996 Suku Akhir 7/12 4 3 0 1 7 3
  2000 Juara 1/12 6 5 1 0 21 6
  2004 1/16 6 4 2 0 13 6
  
   2007
Tempat Keempat 4/16 6 2 3 1 11 7
  2011 Juara 1/16 6 4 2 0 14 6
  2015 Suku Akhir 5/16 4 3 1 0 8 1
  2019 Naib Juara 2/24 7 6 0 1 12 6
  2023 Layak
Jumlah Terbaik: Juara 10/18 48 30 12 6 92 44

Sukan Olimpik Sunting

Rekod Sukan Olimpik
Tahun Pusingan Posisi BP M S* K JG GB
  1900 Tidak layak
  1904
  1908
  1912
  1920
  1924
  1928
  1936 Suku Akhir 8/16 2 1 0 1 3 10
  1948 Digantung
  1952 Tidak menyertai
  1956 Pusingan 1 10/11 1 0 0 1 0 2
  1960 Tidak layak
  1964 Suku Akhir 8/14 3 1 0 2 5 9
  1968 Tempat Ketiga 3/16 6 3 2 1 9 8
  1972 Tidak layak
  1976
  1980
  1984
  1988
Jumlah Terbaik: Tempat Ketiga 8/24 25 10 3 12 34 49

Copa América Sunting

Jepun adalah satu-satunya pasukan dari luar Amerika mengambil bahagian dalam Copa América, yang telah dijemput dalam kedua-dua kejohanan pada 1999 dan 2011.[5] Walau bagaimanapun, Jepun menolak jemputan mereka pada 16 Mei 2011 selepas acara berkaitan dengan kesukaran untuk melepaskan beberapa pemain Jepun dari pasukan Eropah untuk bermain sebagai pengganti. Pada 17 Mei, 2011, CONMEBOL menjemput Costa Rica untuk menggantikan Jepun pada pertandingan itu, Persekutuan Bola Sepak Costa Rica menerima jemputan mereka pada hari yang sama.

Rekod CONMEBOL Copa América
Tahun Pusingan Posisi BP M S* K JG GB
  1999 Pusingan 1 10 3 0 1 2 3 8
  2011 Menarik diri
  2015
  2019 Pusingan 1 9 3 0 2 1 3 7
Jumlah Terbaik: Pusingan 1 2/46 6 0 3 3 6 15

Piala Asia Timur EAFF Sunting

Rekod Piala Asia Timur EAFF
Tahun Pusingan BP M S* K JG GB
  2003 Naib Juara 3 2 1 0 4 1
  2005 Naib Juara 3 1 1 1 3 3
  2008 Naib Juara 3 1 2 0 3 2
  2010 Tempat Ketiga 3 1 1 1 4 3
  2013 Juara 3 2 1 0 8 6
  2015 Tempat Keempat 3 0 2 1 3 4
  2017 Naib Juara 3 2 0 1 4 5
Jumlah Terbaik: Juara 24 9 10 5 32 26
*Dianggap seri termasuk perlawanan yang ditentukan menerusi sepakan penalti.

Pemain Sunting

Skuad semasa Sunting

Berikut adalah senarai pemain yang dipanggil untuk menyertai skuad di Piala Dunia FIFA 2022.

No. Pos. Pemain Tarikh Lahir (Umur) Kaps Gol Kelab
1 GK Eiji Kawashima (1983-03-20) 20 Mac 1983 (umur 40) 95 0   Strasbourg
12 GK Shūichi Gonda (1989-03-03) 3 Mac 1989 (umur 34) 36 0   Shimizu S-Pulse
23 GK Daniel Schmidt (1992-02-03) 3 Februari 1992 (umur 31) 11 0   Sint-Truiden
2 DF Miki Yamane (1993-12-22) 22 Disember 1993 (umur 29) 16 2   Kawasaki Frontale
3 DF Shogo Taniguchi (1991-07-15) 15 Julai 1991 (umur 32) 14 0   Kawasaki Frontale
4 DF Ko Itakura (1997-01-27) 27 Januari 1997 (umur 26) 15 1   Borussia Mönchengladbach
5 DF Yuto Nagatomo (1986-09-12) 12 September 1986 (umur 37) 140 4   FC Tokyo
16 DF Takehiro Tomiyasu (1998-11-05) 5 November 1998 (umur 24) 30 1   Arsenal
19 DF Hiroki Sakai (1990-04-12) 12 April 1990 (umur 33) 73 1   Urawa Red Diamonds
22 DF Maya Yoshida (kapten) (1988-08-24) 24 Ogos 1988 (umur 35) 124 12   Schalke 04
26 DF Hiroki Ito (1999-05-12) 12 Mei 1999 (umur 24) 7 0   VfB Stuttgart
6 MF Wataru Endo (1993-02-09) 9 Februari 1993 (umur 30) 45 2   VfB Stuttgart
7 MF Gaku Shibasaki (1992-05-28) 28 Mei 1992 (umur 31) 60 3   Leganés
8 MF Ritsu Dōan (1998-06-16) 16 Jun 1998 (umur 25) 31 4   SC Freiburg
9 MF Kaoru Mitoma (1997-05-20) 20 Mei 1997 (umur 26) 11 5   Brighton & Hove Albion
10 MF Takumi Minamino (1995-01-16) 16 Januari 1995 (umur 28) 46 17   Monaco[a]
11 MF Takefusa Kubo (2001-06-04) 4 Jun 2001 (umur 22) 21 1   Real Sociedad
13 MF Hidemasa Morita (1995-05-10) 10 Mei 1995 (umur 28) 18 2   Sporting CP
14 MF Junya Ito (1993-03-09) 9 Mac 1993 (umur 30) 40 9   Reims
15 MF Daichi Kamada (1996-08-05) 5 Ogos 1996 (umur 27) 24 6   Eintracht Frankfurt
17 MF Ao Tanaka (1998-09-10) 10 September 1998 (umur 25) 16 2   Fortuna Düsseldorf
24 MF Yuki Soma (1997-02-25) 25 Februari 1997 (umur 26) 9 4   Nagoya Grampus
18 FW Takuma Asano (1994-11-10) 10 November 1994 (umur 28) 39 8   VfL Bochum
20 FW Shuto Machino (1999-09-30) 30 September 1999 (umur 23) 4 3   Shonan Bellmare
21 FW Ayase Ueda (1998-08-28) 28 Ogos 1998 (umur 25) 12 0   Cercle Brugge
25 FW Daizen Maeda (1997-10-20) 20 Oktober 1997 (umur 25) 9 1   Celtic

Lihat juga Sunting

Nota Sunting

  1. ^ Monaco ialah sebuah kelab Monégasque yang bermain di Sistem liga bola sepak Perancis.

Rujukan Sunting

  1. ^ "The FIFA/Coca-Cola World Ranking". FIFA. 29 Jun 2023. Dicapai pada 29 Jun 2023.
  2. ^ Elo rankings change compared to one year ago. "World Football Elo Ratings". eloratings.net. 31 Julai 2023. Dicapai pada 31 Julai 2023.
  3. ^ Nama samaran dilakukan dengan mengambil nama akhir penyandang ketua jurulatih diikuti dengan "Jepun". Pasukan lalu telah dirujuk sebagai, "Osim Jepun" (オシムジャパン, Oshimu Jepun), "Zico Jepun" (ジーコジャパン, Jīko Jepun), "Troussier Jepun" (トルシエジャパン, Torushie Jepun)
  4. ^ Matsushima, Ken. "History of the J. League". Rising Sun News. Diarkibkan daripada yang asal pada 2006-05-12. Dicapai pada 2006-07-07.
  5. ^ a b Japan Invited To Copa America 2011 Along With Mexico Goal.com 2 Jun 2009
  6. ^ Hongo, Jun, "SOCCER IN JAPAN: Japan team has foot in World Cup door but can it kick?", Japan Times, February 9, 2010, p. 3.
  7. ^ "Australia 0–1 Japan (AET". Daily Telegraph. 2011-01-29. Dicapai pada 2011-02-02.
  8. ^ Chant of JAPAN National Team "NIPPON Ole" YT
  9. ^ "Why does Japan wear blue soccer uniforms?". The Wichita Eagle.
  10. ^ "Audi Japan signs with JFA". Japan Football Association. 25 May 2011. Dicapai pada 6 June 2011.

Pautan luar Sunting