Piala Konfederasi FIFA 2003


Piala Konfederasi FIFA 2003 merupakan sebuah kejohanan bola sepak yang telah dianjurkan oleh FIFA. Ini merupakan kejohanan kali keenam dalam sejarah penganjuran Piala Konfederasi termasuk Piala Raja Fahd yang telah dianjurkan pada tahun 1992 dan 1995. Pasukan Perancis mengekalkan kejuaraan yang mereka menangi pada tahun 2001.

Piala Konfederasi FIFA 2003
Coupe des Confédérations 2003
Perincian kejohanan
Negara tuan rumah Perancis
Tarikh18 Jun – 29 Jun
Pasukan(dari 6 konfederasi)
Tempat(di 3 bandar)
Kedudukan Akhir
Juara Perancis (Kejuaraan Ke-2)
Naib Juara Cameroon
Tempat Ketiga Turki
Tempat Keempat Colombia
Statistik kejohanan
Jumlah perlawanan16
Jaringan gol37 (2.31 per perlawanan)
Kehadiran491,700 (30,731 per perlawanan)
Penjaring terbanyakPerancis Thierry Henry (4 gol)
Pemain terbaikPerancis Thierry Henry
Anugerah Permainan Bersih Jepun
2001
2005

Kejohanan ini juga menyaksikan insiden tragis di mana salah seorang pemain pasukan Cameroon, Marc-Vivien Foé meninggal dunia akibat serangan jantung semasa perlawanan separuh akhir menentang pasukan Colombia[1].


Pasukan yang layak

sunting
Pasukan Konfederasi Cara kelayakan
  Turki UEFA Tempat ketiga Piala Dunia FIFA 20021
  Brazil CONMEBOL Juara Piala Dunia FIFA 2002
  Cameroon CAF Juara Piala Negara-Negara Afrika 2002
  Perancis UEFA Juara UEFA Euro 2000
Tuan rumah
  Amerika Syarikat CONCACAF Juara Piala Emas CONCACAF 2002
  New Zealand OFC Juara Piala Negara-Negara Oceania 2002
  Jepun AFC Juara Piala Asia 2000
  Colombia CONMEBOL Juara Copa América 2001

1 Pasukan Jerman, naib juara Piala Dunia FIFA 2002 dan Itali, naib juara UEFA Euro 2000 menolak untuk menyertai kejohanan ini. Pasukan Sepanyol yang berkedudukan kedua dunia dalam senarai FIFA juga menolak untuk menyertai kejohanan kali ini.


Peringkat kumpulan

sunting

Kumpulan A

sunting
Pasukan BP M S K JG GB PG Mt
  Perancis 3 3 0 0 8 1 +7 9
  Colombia 3 2 0 1 4 2 +2 6
  Jepun 3 1 0 2 4 3 +1 3
  New Zealand 3 0 0 3 1 11 −10 0
New Zealand  0–3  Jepun
Laporan Nakamura   12'75'
Nakata   65'
Kehadiran: 36,038
Pengadil:   Coffi Codjia

Perancis  1–0  Colombia
Henry   39' (pen.) Laporan
Kehadiran: 38,541
Pengadil:   Lucílio Batista

Colombia  3–1  New Zealand
López   58'
Yepes   75'
Hernández   85'
Laporan de Gregorio   27'
Kehadiran: 22,811
Pengadil:   Carlos Batres

Perancis  2–1  Jepun
Pirès   43' (pen.)
Govou   65'
Laporan Nakamura   59'
Kehadiran: 33,070
Pengadil:   Mark Shield

Perancis  5–0  New Zealand
Kapo   17'
Henry   20'
Cissé   71'
Giuly   90+1'
Pirès   90+3'
Laporan
Kehadiran: 36,842
Pengadil:   Masoud Moradi

Jepun  0–1  Colombia
Laporan Hernández   68'
Kehadiran: 24,541
Pengadil:   Jorge Larrionda

Kumpulan B

sunting
Pasukan BP M S K JG GB PG Mt
  Cameroon 3 2 1 0 2 0 +2 7
  Turki 3 1 1 1 4 4 0 4
  Brazil 3 1 1 1 3 3 0 4
  Amerika Syarikat 3 0 1 2 1 3 −2 1
Turki  2–1  Amerika Syarikat
Okan Y.   40' (pen.)
Tuncay   73'
Laporan Beasley   37'
Kehadiran: 16,944
Pengadil:   Jorge Larrionda

Brazil  0–1  Cameroon
Laporan Eto'o   83'
Kehadiran: 46,719
Pengadil:   Valentin Ivanov

Cameroon  1–0  Turki
Geremi   90+1' (pen.) Laporan
Kehadiran: 43,743
Pengadil:   Carlos Amarilla

Brazil  1–0  Amerika Syarikat
Adriano   22' Laporan
Kehadiran: 20,306
Pengadil:   Lucílio Batista

Brazil  2–2  Turki
Adriano   23'
Alex   90+3'
Laporan Gökdeniz   53'
Okan Y.   81'
Kehadiran: 29,170
Pengadil:   Markus Merk

Amerika Syarikat  0–0  Cameroon
Laporan
Kehadiran: 19,206
Pengadil:   Mark Shield


Peringkat kalah mati

sunting
  Separuh Akhir Pentas Akhir
             
26 Jun - Lyon
   Cameroon 1  
   Colombia 0  
 
29 Jun - Saint-Denis
       Cameroon 0
     Perancis (Gol Emas) 1
Tempat ketiga
26 Jun - Saint-Denis 28 Jun - Saint-Etienne
   Perancis 3    Colombia  1
   Turki 2      Turki  2

Separuh akhir

sunting
Cameroon  1–0  Colombia
Ndiefi   9' Laporan
Kehadiran: 12,352
Pengadil:   Markus Merk

Perancis  3–2  Turki
Henry   11'
Pirès   26'
Wiltord   43'
Laporan Gökdeniz   42'
Tuncay   48'
Kehadiran: 41,195
Pengadil:   Jorge Larrionda

Tempat ketiga

sunting
Colombia  1–2  Turki
Hernández   63' Laporan Tuncay   2'
Okan Y.   86'
Kehadiran: 18,237
Pengadil:   Mark Shield
Cameroon  0–1
(Gol Emas)
  Perancis
Laporan Henry   97'
Kehadiran: 51,985
Pengadil:   Valentin Ivanov


Penjaring gol

sunting

4 gol
3 gol
2 gol

1 gol


Kematian Marc-Vivien Foé

sunting
 
Plak penghormatan di Stadium Bandaraya Manchester

Dalam perlawanan separuh akhir di antara pasukan Cameroon dan Colombia berlangsung, seorang pemain pasukan Cameroon, Marc-Vivien Foé dilaporkan pengsan di atas padang pada minit ke-75[2]. Rakaman televisyen memaparkan tiada seorang pemain yang berada berdekatan Foé semasa beliau rebah berdekatan kawasan tengah padang[3]. Foé kemudian dibawa ke tepi padang dan pasukan perubatan berusaha untuk menyedarkannya selama lebih setengah jam sebelum disahkan meninggal dunia[3][1]. Kesemua pemain pasukan Cameroon hanya mengetahui mengenai berita kematian Foé semasa mereka berada di bilik persalinan dan sedang meraikan kemenangan ke atas pasukan Colombia[1].

Bedah siasat kali pertama gagal mengesan sebarang sebab kematian Foé, namun begitu bedah siasat kali kedua dijalankan dan Foé dikesan mengalami kegagalan jantung[4]. Ujian air kencing yang dijalankan oleh Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) juga membuktikan Foé bebas dari pengaruh dadah[4].

Rujukan

sunting
  1. ^ a b c "Marc-Vivien Foe death: His legacy 10 years after collapsing on pitch". BBC. 26 Jun 2013. Dicapai pada 19 Mac 2017.
  2. ^ "Marc-Vivien Foe: FIFA.com remembers". FIFA. 26 Jun 2013. Dicapai pada 19 Mac 2017.
  3. ^ a b "Footballer Foe dies during game". The Guardian. 26 Jun 2003. Dicapai pada 19 Mac 2017.
  4. ^ a b "Autopsy reveals Foe died of 'natural causes'". The Telegraph. 8 Julai 2003. Dicapai pada 19 Mac 2017.