Guatemala
Guatemala atau secara rasminya Republik Guatemala (Sepanyol: República de GuatemalaAmerika Tengah yang disempadani Mexico di barat laut, Lautan Pasifik di barat laut, Belize dan Laut Caribbean di timur laut, Honduras dan El Salvador di tenggara. Negara ini paling banyak kependudukannya di rantau Amerika Tengah dengan jumlah penduduk melebihi 17.2 juta orang,[5] ia berperanan utama dari segi sejarah sebagai sebuah pusat utama kebudayaan Pra-Columbia, khususnya kebudayaan Maya. Banyak tapak yang mempunyai kepentingan arkeologi utama telah ditemui, termasuk puing-puing kota kuno di Tikal. Bilangan tapak yang besar ini menyebabkan BBC menamakan Guatemala sebagai sebuah destinasi kebudayaan yang teratas di dunia, dan membantunya mendapatkan arus pelancong yang sihat (1.4 juta pada tahun 2006). Selain daripada pelancongan, ekonomi Guatemala bergantung terutamanya kepada pertanian, dengan kopi dan gula merupakan antara eksport utamanya.
) ialah sebuah negara diRepublik Guatemala ريڤوبليك ݢواتيمالا República de Guatemala | |||||
---|---|---|---|---|---|
| |||||
Cogan kata: El País de la Eterna Primavera (bahasa Inggeris: "Tanah Musim Bunga Kekal") | |||||
Lagu kebangsaan: Himno Nacional de Guatemala | |||||
Ibu negara | Bandar Raya Guatemala | ||||
Bahasa rasmi | Bahasa Sepanyol | ||||
Kumpulan etnik (2018[1]) |
| ||||
Kerajaan | Republik kepresidenan | ||||
• Presiden | Bernardo Arévalo | ||||
Karin Herrera | |||||
Keluasan | |||||
• Jumlah | 108,889 km2 (42,042 bt2) (ke-105) | ||||
0.4 | |||||
Populasi | |||||
• Perkiraan 2018 | ▲ 17,263,239[2] (ke-67) | ||||
129/km2 (334.1/sq mi) (85th) | |||||
KDNK (PPP) | 2018 | ||||
• Jumlah | $145.249 billion[2] (75th) | ||||
$8,413[2] (ke-118) | |||||
KDNK (nominal) | 2018 | ||||
• Jumlah | $79.109 bilion[2] (ke-68) | ||||
$4,582[2] (ke-103) | |||||
Gini (2014) | 48.3[3] tinggi | ||||
HDI (2019) | ▲ 0.663[4] sederhana · ke-127 | ||||
Mata wang | Quetzal AS$1= Q 7.60 ( GTQ ) | ||||
Zon waktu | () | ||||
Kod panggilan | 502 | ||||
Kod ISO 3166 | GT | ||||
DPT internet | .gt |
Guatemala ialah sebuah demokrasi perwakilan, dengan ibu negaranya di Bandar Raya Guatemala. Sungguhpun negara ini agak stabil sejak tahun 1996, sejarah Guatemala baru-baru ini telah dilanda oleh perang saudara dan rampasan kuasa ketenteraan yang telah melembapkan proses pembangunan negara. Banyak kawasan dalaman Guatemala masih tidak dibangun sama sekali, termasuk banyak hutan hujan dan tanah lembap. Guatemala yang mempunyai banyak ekosistem yang unik dan penting dari segi biologi telah menyumbangkan kepada penentuan Mesoamerika sebagai sebuah kawasan biokepelbagaian titik panas yang penting. [6]
Penamaan
suntingNama "Guatemala" berasal daripada perkataan Cuauhtemallan yang membawa pengertian "tanah banyak pokok". Inilah nama yang diberikan kepada ibu kota puak Cakchiquel oleh askar-askar bertuturan bahasa Nahuatl dari Tlaxcalla yang tiba dengan orang-orang Sepanyol. Nama itu kemudian dibuat lebih umum oleh orang-orang Sepanyol untuk digunakan sebagai nama negara ini.
Sejarah
suntingZaman Pra-Columbia
suntingTerdapat bukti pertama yang menunjukkan bahawa peneroka di Guatemala telah wujud sejak 10,000 SM lagi, walaupun sebilangan bukti yang lain, seperti mata panah obsidian yang ditemui di pelbagai tempat di negara itu, mentarikhkan peristiwa itu sebagai pada tahun 18,000 SM. Terdapat juga bukti arkeologi yang menunjukkan bahawa para peneroka Guatemala yang awal merupakan pemburu dan pengumpul, tetapi sampel-sampel debunga dari Petén dan pantai Pasifik menunjukkan bahawa penanaman jagung telah dikembangkan menjelang 3500 SM. Tapak-tapak kuno telah didokumenkan di Quiché dan di Sipacate, Escuintla yang terletak di pantai Pasifik tengah (6500 SM).
Para ahli arkeologi membahagikan sejarah Mesoamerika pra-Columbia kepada tiga zaman:
- Zaman Pra-Klasik dari 2000 SM hingga 250 Masihi
- Zaman Klasik dari 250 hingga 900 Masihi
- Zaman Pasca Klasik dari 900 hingga 1500.
Sehingga baru-baru ini, Zaman Pra-Klasik dianggap sebagai tempoh pembentukan, dengan petani-petani tinggal di desa-desa yang kecil yang tidak mempunyai banyak bangunan tetap. Bagaimanapun, tanggapan ini telah dicabar oleh penemuan-penemuan seni bina yang tersergam dan bersejarah baru-baru ini. Contoh-contohnya termasuk:
- mazbah di La Blanca, San Marcos yang lebih kurang 3 mt. diameternya yang wujud sejak 1000 SM;
- tapak-tapak istiadat di Miraflores dan El Naranjo yang wujud sejak 800 SM;
- topeng-topeng terawal yang tersergam dan bersejarah;
- kota-kota di Lembangan Mirador di Nakbé, Xulnal, Tintal, Wakná, dan El Mirador.
El Mirador merupakan kota yang mempunyai paling banyak penduduk di Amerika Pra-Columbia, dan mengandungi piramid yang terbesar di dunia, dengan isi padu sebanyak 2,800,000 meter padu (lebih kurang 200,000 lebih banyak, berbanding dengan Piramid Agung Kufu di Mesir). Mirador ialah negara pertama di Amerika yang terurus dari segi politik, dan dinamai "Kemaharajaan Kan" dalam teks-teks kuno. Adanya 26 buah kota dengan kesemuanya dikaitkan dengan Sacbeob (lebuh raya) yang banyak kilometer panjangnya, sehingga 40 meter lebarnya, dan 2 - 4 meter tingginya. Lebuh-lebuh raya itu diturap dengan simen halus yang dapat juga dilihat dengan jelas dari udara di antara hutan-hutan hujan dara tropika yang meluas di Mesoamerika.
Zaman Klasik bagi tamadun Mesoamerika merupakan kemuncak Tamadun Maya, dan dibayangkan oleh tapak-tapak tidak terkira banyaknya di seluruh Guatemala, walaupun tumpuan yang terbesar ialah di Petén. Zaman ini dicirikan oleh pembangunan kota yang bersungguh-sungguh, perkembangan negara-negara kota yang merdeka, serta hubungan dengan kebudayaan-kebudayaan Mesoamerika yang lain. Zaman ini berlangsung sehingga sekitar 900 Masihi ketika, tanpa sebarang alasan yang dapat difahami oleh para ahli arkeologi, tamadun Maya merosot dan meninggalkan banyak daripada kota-kotanya di tanah pamah tengah.
Zaman Pasca Klasik dibayangkan oleh kemaharajaan-kemaharajaan wilayah seperti Itzá dan Ko'woj di kawasan-kawasan tasik di Petén, Mam, Ki'ch'es, Kack'chiquel, Tz'utuh'il, Pokom'chí, Kek'chi, serta Chortí di Tanah Tinggi. Kota-kota ini memeliharakan banyak aspek kebudayaan Maya tetapi tidak pernah berupaya untuk mencapai saiz dan kuasa yang setanding dengan kota-kota klasik.
Zaman penjajahan
suntingSelepas menemui Dunia Baru, Sepanyol melancarkan banyak ekspedisi yang aman ke Guatemala, mulai dari tahun 1518. Tidak lama kemudian, hubungan Sepanyol mengakibatkan wabak yang memusnahkan masyarakat asli (dipercayai sebagai penyakit Viruela, cacar Sepanyol), berdasarkan huraian dalam buku "Memorial de Sololá".
Hernán Cortés yang mengetuai penaklukan Mexico memberikan kebenaran kepada Kapten Pedro de Alvarado untuk menaklukkan tanah ini. Alvarado pada mula-mulanya bersekutu dengan negara Cakchiquel untuk bertempur melawan negara Quiché, pesaing tradisionalnya. Alvarado kemudian mengkhianati Cakchiquel, dan membawa seluruh kawasan itu di bawah penguasaan Sepanyol.
Semasa zaman penjajahan, Guatemala merupakan sebuah kawasan Kapten Jeneral (Capitanía General de Goathemala) Sepanyol, dan sebahagian Sepanyol Baru (Mexico). Wilayah itu terbentang dari kawasan Soconusco - kini di Mexico selatan (negeri-negeri Chiapas, dan Tabasco) - sehingga Costa Rica. Kawasan ini tidak kaya dengan galian (emas dan perak) berbanding dengan Mexico dan Peru, dan oleh itu, tidak dianggap penting. Keluaran-keluarannya yang utama termasuk tebu, koko, pewarna añil biru, pewarna merah daripada serangga kokineal, serta kayu-kayu berharga yang digunakan untuk kerja seni gereja dan istana di Sepanyol.
Ibu kotanya yang pertama, Tecpan Goatemalan, yang diasaskan pada 25 Julai 1524 dengan nama Villa de Santiado de Goathemala, terletak berdekatan Iximché, ibu kota Kak'chik'el. Ia dipindah ke Ciudad Vieja pada 22 November 1527 apabila Kak'chik'el menyerang kota itu. Pada 11 September 1541, kota itu banjir ketika lagun di kawah Gunung Berapi Agua runtuh, akibat hujan lebat serta gempa bumi, dan dipindah 4 batu ke Antigua Guatemala di Lembah Panchoy, kini salah satu Tapak Warisan Dunia UNESCO. Kota ini dimusnahkan oleh beberapa gempa bumi pada tahun-tahun 1773-1774, dan Raja Sepanyol memberikan kebenaran untuk memindahkan kawasan Kapten Jeneral itu ke kawasan kini di Virgen de El Carmen yang terletak di Lembah Ermita (dinamai sempena nama sebuah Gereja Katolik). Kawasan yang baru ini diasaskan pada 2 Januari 1776.
Kemerdekaan
suntingPada 15 September 1821, Guatemala mengisytiharkan kemerdekaan daripada Sepanyol. Republik Guatemala yang baru ini merangkumi kawasan Soconusco, kebanyakan Belize, serta apa yang kini merupakan negara-negara El Salvador, Honduras, Nicaragua, dan Costa Rica. Penduduk-penduduknya sebanyak 1.5 juta orang tertumpu di pusat-pusat bandar.
Pada 3 Oktober 1821, kawasan Kapten Jeneral Guatemala, (terdiri daripada Chiapas, Guatemala, El Salvador, Nicaragua, Costa Rica, dan Honduras) mengisytiharkan kemerdekaan daripada Sepanyol dan penggabungannya ke dalam Empayar Mexico. Kawasan tersebut telah ditaklukkan oleh Sepanyol Baru pada sepanjang zaman penjajahan tetapi dari segi praktik, ditadbirkan secara berasingan. Kesemua kawasan ini kecuali Chiapas tidak lama kemudian berpisah daripada Mexico selepas Agustín I dari Mexico dipaksa turun takhta.
Kesemua provinsi Guatemala membentuk Provinsi-provinsi Bersatu Amerika Tengah yang juga dikenali sebagai Persekutuan Amerika Tengah (Federacion de Estados Centroamericanos). Ibu negaranya dikekalkan di Bandar Raya Guatemala yang masih merupakan bandar raya yang mempunyai paling banyak penduduk di Amerika Tengah pada hari ini.
Sebuah tempoh politik yang tidak stabil menyusul, diburukkan oleh kejatuhan pasaran dunia untuk pewarna añil (nila), keluaran eksport Guatemala yang utama ke Eropah, disebabkan oleh rekaan pewarna tiruan. Ini mengakibatkan setiap provinsi meninggalkan Persekutuan antara tahun-tahun 1838 dan 1840, mulai dengan Costa Rica. Oleh itu, Guatemala menjadi sebuah negara merdeka.
Guatemala telah lama menuntut seluruh atau sebahagian kawasan Belize yang berjiran, dahulu sebahagian tanah jajahan Sepanyol dan kemudian diduduki oleh United Kingdom secara haram. Guatemala mengakui kemerdekaan Belize pada tahun 1991, tetapi pertikaian wilayah mereka tidak dapat diatasi. Perundingan-perundingan kini masih diadakan di bawah naungan Pertubuhan Negara-negara Amerika untuk menyelesaikannya. Sila lihat laman-laman web Asil dan OAS. (Sumber utama: Historia General de Guatemala. ISBN 84-88622-07-4)
Politik
sunting- Maklumat lanjut mengenai politik dan kerajaan Guatemala boleh didapati di Siri politik dan kerajaan Guatemala.
Politik Guatemala berlaku di dalam rangka republik demokrasi perwakilan sistem kepresidenan, dengan presidennya merupakan kedua-dua ketua negara serta ketua kerajaan, dan dalam rangka sistem berbilang parti politik. Kuasa eksekutif dipegang oleh kerajaan, manakala kuasa perundangan dipegang oleh kedua-dua kerajaan dan Kongres Republik. Badan kehakiman adalah bebas daripada badan eksekutif dan perundangan.
Bahagian pentadbiran
suntingGuatemala dibahagikan kepada 22 buah departmen (departamentos) yang dibahagikan pula kepada lebih kurang 332 buah kawasan perbandaran (municipios).
Departmen-departmen Guatemala termasuk:
Guatemala amat terpusat. Pengangkutan, komunikasi, perniagaan, politik, serta kebanyakan kegiatan bandar yang relevan berlaku di Bandar Raya Guatemala, bandar raya yang terbesar di Amerika Tengah.
Bandar Raya Guatemala mempunyai lebih kurang 2 juta orang penduduk di dalam had kawasan bandar rayanya dan melebihi 5 juta orang di kawasan bandar. Ini merupakan peratusan penduduk negara yang agak besar (12 juta orang).
Geografi
suntingTerletak paling utara di antara negara-negara Amerika Tengah. Luas daratannya sedikit lebih kecil dari Provinsi Kalimantan Barat ini, berjiran dengan Mexico di utara, barat dan timur, Belize, Honduras, dan El Salvador di timur. Kecuali daerah pesisir selatan dan dataran rendah Petern yang luas di utara, daerah Guatemala kebanyakan bergunung, dengan iklim tropika panas - lebih mesra di dataran tinggi, dan lebih kering di jabatan yang paling timur. Seluruh bandar besar terletak di setengah bahagian selatan dari negara tersebut; bandar besarnya adalah ibu kota Guatemala City, Quetzaltenango dan Escuintla. Tasik besar Lago de Izabal terletak di berhampiran pesisir Caribbean.
Ekonomi
suntingGuatemala mempunyai KDNK per kapita sebanyak US $ 5.000, namun negara-negara membangun ini masih menghadapi masalah - masalah sosial dan termasuk dalam 10 negara termiskin di Amerika Latin.Angka endapatan per kapita dan jurang sosial menunjukkan bahawa hampir separuh daripada populasi penduduk berada di dalam angka kemiskinan dan lebih dari 400.000 penduduk berada dalam pengangguran. CIA World Fact Book menganggarkan sekitar 56.2% daripada penduduk Guatemala berada dalam kemiskinan.Hasil eksport Guatemala berupa buah - buahan, sayur mayur, bunga, kerajinan tangan, pakaian. Sektor pertanian membentuk 1 / 4 dari KDNK Guatemala, 2 / 3 eksport, dan 1 / 2 dari tenaga kerja. Kopi, gula, dan pisang adalah produk utama. Pengeluaran dan pembinaan membentuk 1 / 5 KDNK. Menandatangani perjanjian perdamaian pada Disember 1996, yang menamatkan 36 tahun perang saudara, menyingkirkan rintangan utama bagi pelaburan asing. Pada 1998, Hurikan Mitch menyebabkan sedikit kerosakan bagi Guatemala berbanding dengan negara-negara jirannya. Cabaran yang masih perlu dihadapi adalah meningkatkan pendapatan kerajaan, meningkatkan bantuan dari penderma antarabangsa, dan meningkatkan kecekapan dan keterbukaan baik kerajaan dan operasi peribadi sektor kewangan.
Demografi
suntingUntuk rencana lanjutan, lihat Demografi Guatemala
Budaya
suntingUntuk rencana lanjutan, lihat Budaya Guatemala
Lihat juga
sunting- ^ https://www.censopoblacion.gt/mapas
- ^ a b c d e "World Economic Outlook Database, October 2018". IMF.org. International Monetary Fund. Dicapai pada 7 March 2019.
- ^ "GINI index (World Bank estimate)". data.worldbank.org. Bank Dunia. Dicapai pada 7 Mac 2019.
- ^ Human Development Report 2020 The Next Frontier: Human Development and the Anthropocene (PDF). United Nations Development Programme. 15 Disember 2020. m/s. 343–346. ISBN 978-92-1-126442-5. Dicapai pada 16 December 2020.
- ^ "World Population Prospects: The 2017 Revision". ESA.UN.org (data tersuai diperlukan melalui tapak sesawang). Jabatan Hal Ehwal Ekonomi dan Sosial Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Bahagian Populasi. Dicapai pada 10 September 2017.
- ^ "Gambaran Keseluruhan Titik Panas Biokepelbagaiaan Mesoamerika". Pemuliharaan Antarabangsa. Dicapai pada 2007-02-01.
Pautan luar
sunting- Ensiklopedia Britannica: Guatemala - Halaman Fakta Negara
- Kementerian Luar Negeri United Kingdom: Profil Negara untuk Guatemala
Kerajaan
sunting- (Sepanyol) Congreso de la República – Kongres Republik Guatemala
- (Sepanyol) Organismo Judicial de Guatemala – Cabang kehakiman Guatemala
- (Sepanyol) Gobierno de Guatemala – Halaman Kerajaan Guatemala
Tamadun Pra-Columbia
suntingLain-lain
sunting- Galeri Biokepelbagaian, Ekologi dan Pandangan Darat
- Laporan Tahunan Amnesti Anatarabangsa 2006 – Guatemala
Andorra • Angola • Argentina • Bolivia • Brazil • Chile • Costa Rica • Cuba • Ecuador • Filipina • Guatemala • Guinea-Bissau • Honduras • Itali • Ivory Coast • Malta • Mexico • Republik Dominika • Moldova • Monaco • Mozambique • Nicaragua • Panama •Paraguay • Perancis • Peru • Portugal • Romania • San Marino • São Tomé dan Príncipe • Senegal • Sepanyol • Takhta Suci • Tanjung Verde • Uruguay • Venezuela
Negara-negara di Amerika Tengah |
---|
Belize | Costa Rica | El Salvador | Guatemala | Honduras | Nicaragua | Panama |
Amerika: Kanada • Colombia • Costa Rica • Ecuador • El Salvador • Guatemala • Honduras • Mexico • Nicaragua • Panama • Amerika Syarikat
Eurasia-Oceania: Brunei • Kemboja • Mainland China • Guam • Hong Kong • Indonesia • Jepun • Kiribati • Korea Utara • Korea Selatan • Makau • Malaysia • Kepulauan Marshall • Micronesia • Templat:MNP • Palau • Filipina • Rusia • Singapura • Republik China (Taiwan) • Thailand • Vietnam
Di antara: tiada (Hawaii: sebuah negeri Amerika Syarikat)