Monaco (Jawi: موناکو) ialah sebuah negara kota diperintah putera terletak di Riviera Perancis berhampiran kawasan Liguria di pesisiran Laut Mediterranean Eropah Barat dikelilingi Perancis, serta beberapa batu dari sempadan bersama Perancis dengan Itali. Ia merupakan negara berdaulat kedua terkecil di Eropah selepas Kota Vatican dengan sempadan darat berukuran sepanjang 5.47 km serta pesisiran paling terpendek dunia sepanjang 3.83 km.[9] Monaco mempunyai kepadatan penduduk yang tertinggi1 serta mempunyai pasukan dan kehadiran polis yang terbesar di dunia, baik dari segi per kapita mahupun dari segi keluasan.

Prinsipaliti Monaco
ڤرينسيڤليتي موناکو
Principauté de Monaco (Perancis)
Principato di Monaco (Itali)
Principatu de Mùnegu (Liguria)
Bendera Monaco
Jata Monaco
Bendera Jata
Cogan kata"Deo Juvante"  (Latin)
"Dengan Pertolongan Tuhan"
Lagu kebangsaanHymne Monégasque
Lokasi  Monaco  (dalam bulatan) di Eropah  (putih)
Lokasi  Monaco  (dalam bulatan)

di Eropah  (putih)

Ibu negaraMonaco[1]
Most populated quartier
Monte Carlo
Bahasa rasmiBahasa Perancis[2]
KerajaanRaja berperlembagaan dan Wilayah prinsipaliti beraja
• Putera Monaco
Putera Albert II
• Menteri Negara
Pierre Dartout
• Presiden Majlis Kebangsaan
Stéphane Valeri (UPM)
Independence
• Wangsa Grimaldi (di bawah daulat Republik Genoa)
8 Januari 1297
• dari Perancis
17 Mei 1814
• from occupation of the Sixth Coalition
17 Jun 1814
2 Februari 1861
• Penggubalan perlembagaan
5 Januari 1911
Keluasan
• Jumlah
2.1 km2 (0.81 bt2) (193rd)
• Perairan (%)
negligible[3]
Populasi
• Perkiraan 2019
38,300[4] (ke-190)
• Bancian Penduduk 2016
37,308[5]
18,713/km2 (48,466.4/sq mi) (pertama)
KDNK (PPP)2015
• Jumlah
$7.672 bilion (aggrn 2015)[6] (ke-158)
$115,700 (aggrn 2015)[6] (ke-3)
KDNK (nominal)2018[b]
•  Jumlah
$7.185 billion[7] (ke-145)
$185,741[8] (pertama)
Mata wangEuro
(EUR)
Zon waktuUTC+1 (CET)
• Musim panas (DST)
UTC+2 (CEST)
Kod panggilan377
Kod ISO 3166MC
DPT internet.mc

Pembangunan ekonomi di negara ini banyak bergantung kepada perjudian khususnya di Kasino Monte Carlo yang didirikan lewat abad ke-19 serta pembinaan jalan kereta api MarseilleVentimiglia yang menghubungkan ke rangkaian berpusat di Paris,[10] Negara ini tidak melaksanakan pencukaian pendapatan dan perniagaan malah menjadi tumpuan kerana kurangnya pelaksanaan cukai berkaitan; sebanyak 30% penduduk yang mendiami negara ini adalah jutawan[11] dengan pemilikan estet terkumpul mencecah sebanyak €100,000 ($142,000) setiap meter persegi pada tahun 2018.

Sejarah sunting

Zaman purba sunting

Suatu petempatan mula wujud dihuni orang-orang Yunani Phókaia pada abad ke-6 SM dengan nama Monoikos (μόνοικος, "satu rumah", dari μόνος monos "tunggal"[12] + οἶκος oikos "rumah".[13] Tempat ini dipercayai berlabuhnya Herakles mengasingkan diri dari dewa-dewi yang mengejarnya,[14] suatu kuil dikhsusukan untuknya terbina di situ yang mendorong pembinaan Monoikos ini.[15][16]

Kemunculan wangsa Grimaldi sunting

Geografi sunting

 
Peta Monaco

Monaco ialah negara yang kedua terkecil di dunia, selepas Bandaraya Vatikan. Monaco terletak 18 kilometer di timur bandar raya Nice, berhampiran dengan sempadan Itali, dan dikelilingi pada tiga sisinya oleh Kawasan Provence-Alpes-Côte d'Azur di Perancis. Ia terdiri daripada satu jalur pantai yang sempit antara Laut Mediterranean dan bukit-bukit kaki Banjaran Alp, dengan titik tertingginya di "Le Rocher" yang setinggi 141 meter (459 kaki).

Monaco terbahagi kepada tujuh bahagian atau quartiers, iaitu:

  1. Monaco-Ville, ibu negara dan bandar raya lama, yang terletak di Batu Monaco, tanjung tinggi yang berbatu-batan dan yang menganjur ke Mediterranean;
  2. La Condamine, bahagian di sepanjang pelabuhan;
  3. Monte Carlo, kawasan kediaman serta tempat peranginan yang memiliki sebuah kasino;
  4. Fontvieille, kawasan baru yang ditebus guna dari laut;
  5. Moneghetti yang menyempadani Cap d'Ail di barat;
  6. Larvotto - Tenao yang merangkumi kawasan pantai di timur kawasan kerajaan;
  7. Santo Roman yang menyempadani Tenao dan yang merupakan hujung yang paling timur.

Monaco terkenal kerana pemandangan semula jadinya yang sungguh indah, dengan iklim yang sederhana dan cerah. Bulan-bulan yang paling dingin ialah Januari dan Februari dengan suhu minimum purata serendah 8 °C (47 °F), manakala bulan-bulan yang paling panas ialah Julai dan Ogos, dengan suhu maksimum purata setinggi 26 °C (78 °F).

Demografi sunting

 
Pemandangan Monacoville.

Komposisi penduduk Monaco adalah luar biasa dari segi bahawa orang-orang Monegasque yang asli merupakan golongan minoriti dalam negara sendiri. Golongan terbesar ialah rakyat Perancis (47%), diikuti oleh orang Monegasque (16%), dan rakyat Itali (16%), dengan 21% yang tinggal terdiri daripada 125 bangsa yang merupakan penduduk antarabangsa.

Bahasa Perancis ialah bahasa rasmi Monaco yang tunggal, tetapi bahasa-bahasa Inggeris, Itali dan Monegasque tempatan (keturunan bahasa Genoa) juga dituturkan. Kadar kenal huruf ialah 99%.

Agama Roman Katolik ialah agama rasmi, dengan kebebasan menganuti agama-agama yang lain dijamin oleh perlembagaan.

Politik sunting

Monaco telah diperintah sebagai sebuah negara raja berperlembagaan sejak dari tahun 1911, dengan Putera Berdaulat Monaco sebagai ketua negara. Cabang eksekutifnya terdiri daripada seorang Menteri Negara (ketua kerajaan) yang mempengerusikan Majlis Kerajaan empat-ahli yang merupakan kabinet Monaco.

Menteri Negara adalah warganegara Perancis yang dilantik oleh Putera Monaco daripada calon-calon yang dicadangkan oleh Kerajaan Perancis. Di bawah perlembagaan 1962, Putera Monaco berkongsi kuasanya dengan Majlis Negara (parlimen) ekadewan yang terdiri daripada 24 orang ahli. Ahli-ahli badan perundangan ini dipilih melalui pilihan raya umum untuk tempoh-tempoh lima tahun. Hal-ehwal tempatan dikendalikan oleh Majlis Komunal yang terdiri daripada 15 orang ahli yang dipilih melalui pilihan raya dan yang diketuai oleh Datuk Bandar.

Ekonomi sunting

 
Pemandangan bandar raya dan pelabuhan Monaco.

Salah satu sumber pendapatan Monaco yang utama ialah pelancongan; setiap tahun, banyak pelancong tertarik kepada kasino dan iklimnya yang menyenangkan. Satu projek pembinaan utama pada tahun 2001 memanjangkan tambangan yang digunakan oleh kapal-kapal pesiaran di pelabuhan utama. Dalam usahanya untuk mempelbagaikan ekonomi, Monaco telah mencapai setakat kejayaan dalam menceburi bidang perkhidmatan dan industri-industri kecil bernilai ditambah tinggi yang bukan pencemar, seperti kosmetik dan biotermik.

Monaco tidak mengenakan cukai pendapatan perseorangan, tetapi mengekalkan monopoli-monopoli dalam banyak sektor, termasuk tembakau dan perkhidmatan pos. Kerajaan Monaco yang dahulu memiliki sepenuhnya Telekom Monacoelecom, rangkaian telefon negara, kini memiliki 45%, dengan 55% yang tinggal dimiliki oleh Kabel dan Wayarles (49%) dan Compagnie Monégasque de Banque (6%). Walaupun demikian, Telekom Monacoelecom masih tetap merupakan sebuah monopoli. Taraf hidup penduduk Monaco adalah tinggi, dan lebih kurang setanding dengan para penduduk di kawasan-kawasan metropolitan Perancis yang kaya.

Ketiadaan cukai pendapatan perseorangan di Monaco telah menarik banyak "pelarian cukai" yang kaya dari negara-negara Eropah yang lain ke negara ini. Orang-orang termasyhur seperti pemandu-pemandu Formula Satu menarik paling banyak perhatian, tetapi kebanyakan mereka adalah usahawan. "Pelarian-pelarian" tersebut memperoleh kebanyakan pendapatan mereka daripada kegiatan-kegiatan di luar Monaco.

Pada tahun 2000, sebuah laporan oleh Arnaud Montebourg dan Vincent Peillon, ahli-ahli parlimen Perancis, mendakwa bahawa Monaco mempunyai dasar-dasar yang longgar terhadap pelaburan wang haram, termasuk kasinonya yang terkenal, dan bahawa Kerajaan Monaco mengenakan tekanan politik ke atas badan kehakimannya supaya jenayah-jenayah tidak disiasat dengan wajar. Sebagai balasan, Kerajaan Monaco mengemukakan laporan-laporannya kepada OECD dan Pasukan Petugas Tindakan Kewangan mengenai Pelaburan Wang Haram untuk membuat siasatan. Laporan-laporan itu menunjukkan bahawa kebanyakan dakwaan yang ditimbulkan adalah tidak benar.

Monaco bukannya salah satu ahli Kesatuan Eropah, tetapi amat rapat dengan Kesatuan itu melalui penyatuan kastamnya dengan Perancis. Oleh itu, mata wang Monaco adalah sama dengan Perancis, iaitu euro. Monaco juga memperoleh hak untuk menempa duit syiling euro dengan reka bentuk Monegasque pada sebelah negara.Pada tahun 2005,Monaco menghadapi masalah ekonomi tetapi datuk bandar Monaco,Sir William Azfar Congress Musharaf Sellapan George memberi idea yang bernas dengan menyuruh semua rakyat Monaco menjual seluar dalam,Bra,Kotex,G-String dan kondom.

Eksport-eksport Monaco yang utama ialah tembikar, kerja logam, tekstil, plastik, dan alat.

Lihat juga sunting

Daftar negara

Nota sunting

1 Macau, yang tidak mempunyai hak kedaulatan, mempunyai bilangan penduduk yang lebih padat.

  1. ^ "Sejarah dan Warisan" (dalam bahasa Inggeris). Majlis Kerajaan Monaco. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-03-01. Dicapai pada 2008-05-22.
  2. ^ "Constitution de la Principauté (Perlembagaan Wilayah Beraja)" (dalam bahasa Perancis). Majlis Kerajaan Monaco. Dicapai pada 2008-05-22.
  3. ^ "Monaco en Chiffres" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal pada 15 November 2009. Dicapai pada 15 November 2009.CS1 maint: bot: original URL status unknown (link), Principauté de Monaco. Retrieved 7 June 2010.
  4. ^ "Population on 1 January and is one of the smallest country. It is 2nd most smallest country". ec.europa.eu/eurostat. Eurostat. Dicapai pada 4 February 2020.
  5. ^ "Recensement de la Population 2016" (PDF) (dalam bahasa Perancis). Institut Monégasque de la Statistique et des Études Économiques (IMSEE). February 2018. Dicapai pada 10 February 2020.
  6. ^ a b "EUROPE :: MONACO". CIA.gov. Central Intelligence Agency. Dicapai pada 4 February 2020.
  7. ^ "GDP (current US$) - Monaco". data.worldbank.org. World Bank. Dicapai pada 4 February 2020.
  8. ^ "GDP per capita (current US$) - Monaco". data.worldbank.org. World Bank. Dicapai pada 4 February 2020.
  9. ^ "Monaco Statistics / IMSEE — Monaco IMSEE" (dalam bahasa Perancis). Imsee.mc. Dicapai pada 3 August 2016.
  10. ^ "Monte Carlo: The Birth of a Legend". SBM Group. Dicapai pada 23 Ogos 2013.
  11. ^ Beck, Katie. "The country running out of space for its millionaires". Worklife (dalam bahasa Inggeris). BBC. Dicapai pada 25 September 2020.
  12. ^ "μόνος". Diarkibkan daripada yang asal pada 29 June 2011. Dicapai pada 29 Jun 2011.CS1 maint: bot: original URL status unknown (link), Henry George Liddell, Robert Scott, A Greek-English Lexicon, on Perseus Digital Library
  13. ^ "οἶκος". Diarkibkan daripada yang asal pada 29 June 2011. Dicapai pada 29 Jun 2011.CS1 maint: bot: original URL status unknown (link), Henry George Liddell, Robert Scott, A Greek-English Lexicon, on Perseus Digital Library
  14. ^ "History of Monaco". Monaco-montecarlo.com. Dicapai pada 28 May 2012.
  15. ^ Strabo, Geography, Gaul, 4.6.3 at LacusCurtious
  16. ^ "μόνοικος". Diarkibkan daripada yang asal pada 29 June 2011. Dicapai pada 29 June 2011.CS1 maint: bot: original URL status unknown (link), Henry George Liddell, Robert Scott, A Greek-English Lexicon, on Perseus Digital Library


Rujukan sunting


Pautan luar sunting

Koordinat: 43°43′58″N 7°25′11″E / 43.73278°N 7.41972°E / 43.73278; 7.41972