Kapal persiaran

(Dilencongkan dari Kapal pesiaran)

Sebuah kapal pesiaran atau kapal pesiar ialah sejenis kapal penumpang yang digunakan untuk perjalanan kenikmatan, yang mana perjalanan itu sendiri dan kemudahan kapal ialah sebahagian pengalaman, dan juga destinasi-destinasi lain di sepanjang jalan. Angkutan bukanlah tujuan perdana, kerana kapal pesiar berjalan kebanyakannya di jalan-jalan yang para penumpang kembali ke pelabuhan asal mereka, jadi pelabuhan-pelabuhan panggilan biasanya dalam suatu rantau dikhaskan sebuah benua.

MS Majesty of the Seas, dilengkapkan pada tahun 1992

Prasarana sunting

Kapal pesiaran dibina dan diuruskan seumpama suatu hotel terapung, dengan kakitangan hospitaliti yang lengkap sebagai tambahan kepada anak-anak kapal biasa. Ia bukan sesuatu yang luar biasa bagi kapal-kapal yang paling mewah untuk mempunyai lebih ramai krew dan kakitangan daripada penumpang.

Tempat makanan sunting

Terdapat seberapa tempat makan yang khusus menghidangkan pelbagai jamuan di mana harga ditampung bayaran pelayaran.

Kemudahan lain sunting

Sesetengah kapal mempunyai lorong boling, dinding panjat batu, padang golf miniatur, arked permainan video serta gelanggang khusus sukan tertentu (termasuk luncur ais, bola keranjang dan tenis).

Pengendalian sunting

Anak kapal sunting

Anak kapal yang dipilih sering bekerja melalui suatu kontrak persetujuan yang meliputi dari tiga hingga sebelas bulan sebelum pekerjaan mereka diulas berdasarkan tahap prestasi atau keadaan semasa lalu diputuskan sama ada tempoh bekerja mereka boleh diteruskan seperti yang dimahukan kedua-dua pihak. Banyak kakitangan yang diupah bekerja selama 77 jam seminggu dalam tempoh 10 bulan sebelum mereka diberikan dua bulan cuti.[1][2] Cuti bergaji atau pencen adakalanya tidak diberikan kepada kakitangan yang terlibat dalam perkhidmatan dalaman bergantung kepada jenis kontrak.

Risiko dihadapi sunting

Kesihatan sunting

Norovirus, sejenis penyakit gastroenteritis yang dialami selama antara 1 hingga 3 hari serta tidak perlu rawatan lanjut[3] merupakan antara penyakit lazim paling berkemungkinan dihadapi para penumpang dalam tempoh 7 hari di mana dianggarkan sebanyak 1% kes yang berlaku.[4]

Ancaman lanun sunting

Penumpangan kapal-kapal sebegini oleh orang yang berharta serta barangan milik mereka yang tersimpan dalam penginapan kapal menarik perhatian para lanun. Atas sebab inilah pihak pengurusan kapal-kapal ini mempunyai simpanan senjata api kecil (lazimnya pistol semi-automatik) yang dijaga kapten untuk diberikan kepada pasukan keselamatan kapal atau master-at-arms.

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "High Seas, Low Pay; Working on Cruise Ships". Cruisejunkie.com. Dicapai pada 6 Februari 2013.
  2. ^ Ross A. Klein (13 April 2010). "The cost of cruising | The Vancouver Observer - Page 1". The Vancouver Observer. Dicapai pada 6 Februari 2013.
  3. ^ Travelers Health YellowBook, Norovirus: http://wwwnc.cdc.gov/travel/yellowbook/2010/chapter-5/norovirus.aspx
  4. ^ CDC Travel Yellowbook, Cruise Ship Travel http://wwwnc.cdc.gov/travel/yellowbook/2010/chapter-6/cruise-ship-travel.aspx

Sumber utama sunting

  • Douglas Ward, Berlitz Ocean Cruising and Cruise Ships, diterbit secara tahunan
  • Monarchs of the Sea: The Great Ocean Liners; Ulrich, Kurt; Tausir Parke; 1999; ISBN 1-86064-373-6