Hotel
Hotel (Jawi:هوتيل) atau sebuah rumah rehat merupakan sebuah institusi yang menawarkan tempat penginapan berbayar untuk para pelancong tidur apabila mereka tidak berada di rumah, biasanya untuk jangka pendek. Dari cuma satu bilik yang mempunyai katil, almari, meja kecil dan singki pada masa dahulu, hotel moden menawarkan kemudahan lain seperti televisyen, bilik mandi en-suite dan penghawa dingin. Selain itu, kebanyakan hotel turut mempunyai telefon, jam loceng dan sambungan Internet; selain kemudahan untuk membuat minuman panas dalam bilik. Hotel yang lebih besar mungkin mempunyai kemudahan tambahan seperti restoran, kolam mandi atau taman kanak-kanak, dan menyediakan perkhidmatan persidangan dan majlis sosial.

Ini berbeza dengan hostel, yang biasanya lebih murah. Tempat tidur hostel juga boleh jadi berbentuk seperti asrama dan bilik biasanya dikongsi. Motel pula ialah hotel terutamanya bagi pemandu motokar - di mana bilik motel itu pintunya biasanya menghadap tempat letak kereta. Di Jepun, hotel kapsul menyediakan ruang bilik yang minimum dan kemudahan yang dikongsi.[1][2]
EtimologiSunting
Perkataan hotel terbit daripada perkataan Perancis hôtel (kata asal hôte bermaksud tuan rumah), yang sering dirujuk kepada versi Perancis untuk rumah bandar atau apa-apa bangunan yang sering menerima pengunjung, berbanding sebuah tempat yang menyediakan penginapan. Dalam penggunaan Perancis secara kontemporari, hôtel kini mempunyai sama makna dengan istilah Inggeris, dan hôtel particulier pula digunakan untuk maksud yang lama.
Lihat jugaSunting
Industri dan kerjayaSunting
- Pekerja rencam
- Kerani meja depan, sejenis kerani
- Pengurus awam
- Industri keraian
- Pelancongan
Jenis kediaman manusiaSunting
RujukanSunting
- ^ "Hotels: A Brief History". Dicapai pada 2012-12-17.
- ^ "Researching the history of pubs, inns and hotels". Dicapai pada 2012-12-17.
Pautan luarSunting
- Lundberg, Donald E. (1994). The Hotel and Restaurant Business (ed. 6th). New York: John Wiley & Sons. ISBN 0471285080.
- "A short history of hotels: Be my guest". The Economist. 21 December 2013. Dicapai pada 26 March 2014.