Kapten
Kapten atau kapitan[1][2] merupakan satu pangkat atau gelaran dengan pelbagai makna berpincang mengikut konteks disentuh baik dalam bidang pelayaran, tentera, penerbangan, polis, perkhidmatan kecemasan dan sukan, namun umumnya difahamkan menandakan peranan penjawat mengetuai atau memimpin sesebuah pasukan.

Gelaran ini datangnya dari bahasa Perancis capitain turunan Bahasa Latin capitaneus ("ketua") yang mana ia berakar daripada perkataan caput yakni "kepala" - ia boleh diibaratkan dengan penggunaan perkataan "kepala" merujuk kepada gelaran ketua sesebuah kelompok.[3]:takrifan I, no. 3
Dalam ketenteraanSunting
Seseorang kapten tentera dipilih untuk memimpin dan memberi perintah ke atas kompeni askar-askar. Pangkat ini juga lebih umum bertindak sebagai pemerintah kedua pasukan artileri dalam sesebuah angkatan tentera.
Dalam pelayaranSunting
Kapten atau nakhoda sesebuah kapal dipertanggungjawabkan atas keselamatan kapal yang dikemudikan dalam pelayaran[4]:4 serta isi yang diangkutkan,[4]:7 kebajikan anak-anak kapal[4]:7-11 serta pematuhan pelayaran kapal dikemudikan mengikut undang-undang perairan setempat dan antarabangsa.[4]:3
Dalam sukanSunting
- Lihat juga: Kapten (bola sepak)
Kapten sesebuah pasukan sukan dilantik jurulatih dengan tanggungjawab diamanahkan mengatur strategi dan kerjasama sesama rakan sepasukan semasa sesuatu perlawanan itu berlangsung. Pemilihan seseorang kapten boleh ditentukan tahap keupayaan bermain mahupun kepimpinan.[5]
Lihat jugaSunting
RujukanSunting
- ^ "Kapitan" di Kamus Besar Bahasa Indonesia
- ^ Wilkinson, Richard James (1901). A Malay-English dictionary. Hong Kong: Kelly & Walsh, limited. m/s. 523. Rencana ini mengandungi teks dari sumber yang berada dalam domain awam.
- ^ kepala. Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.Selenggaraan CS1: tarikh dan tahun (link)
- ^ a b c d Aragon, James R.; Messer, Tuuli Anna (2001). Master's handbook on ship's business. Cambridge, Md: Cornell Maritime Press. ISBN 0-87033-531-6.
- ^ "Oy, oy captain! Picking captains can give coaches headaches". USA Today. August 19, 2017.