Laksamana
Laksamana (Jawi: لقسامان , singkatan: Laks) ialah pangkat tinggi yang terdapat dalam perkhidmatan tentera laut negara-negara tertentu.
SejarahSunting
Gelaran ini mendapat namanya sempena Lakshmana, dewa yang berperanan utama dalam ceritera Ramayana.
Jawatan ini pernah wujud dalam sistem ketenteraan Kesultanan Melaka pada abad ke-15 serta mendapat keutamaan tinggi selaras peranan kerajaan tersebut yang maju dalam bidang pelaut dan ahli dalam pelayaran. Mereka yang berpangkat Laksamana dalam Kerajaan Melayu Melaka itu digelar Orang Kaya. Hang Tuah dikatakan antara pembesar Melayu pertama yang dikurniakan gelaran Laksamana.
ProtokolSunting
Di MalaysiaSunting
Dalam Tentera Laut Diraja Malaysia. Ia bertaraf empat bintang dan setara dengan pangkat Jeneral dalam Tentera Darat dan Jeneral TUDM Tentera Udara Diraja Malaysia. Pangkat Laksamana disusun lebih rendah dari Laksamana Armada tetapi lebih tinggi dari Laksamana Madya.
Seorang laksamana biasanya memegang jawatan Panglima Tentera Laut atau Panglima Angkatan Tentera.
Di IndonesiaSunting
Angkatan Laut Nasional Indonesia juga menggunakan pangkat Laksamana dalam barisan pangkat mereka.
InsigniaSunting
Tentera laut biasanya mempunyai dua gaya lencana, satu yang dipakai di bahu (shoulder board)dan satu lagi gaya untuk dipakai di pergelangan tangan. Insignia yang biasa dipakai di bahu ialah susunan empat bintang beserta mahkota. Di pergelangan pula, sistem yang hampir serupa digunakan di kebanyakan angkatan laut di dunia. Satu baris lebar, diikuti di atasnya dengan tiga baris sederhana. Kebanyakan negara Komanwel, baris yang di atas sekali mempunyai gelung. Negara-negara seperti Amerika Syarikat, Indonesia, Jerman dan Jepun mempunyai variasi tersendiri. Perancis pula berbeza dari bilangan bintang yang dipakai.
Di NusantaraSunting
Lencana bahu Laksamana Tentera Laut Diraja Brunei
Lencana bahu Laksamana Tentera Laut Diraja Malaysia
Lencana bahu Laksamana Angkatan Laut Nasional Indonesia
Di negara lainSunting
Pegawai berbenderaSunting
Laksamana juga sebahagian dari pegawai berbendera (bahasa Inggeris: Flag Officer) kerana berpeluang mengibarkan benderanya tersendiri sama ada ketika pelayaran atau pada kenderaan rasmi.