Buka menu utama

PengenalanSunting

Ketika era British, pangkat setara yang digunakan ialah Air Marshal. Sistem pangkat ini diwarisi sebahagian negara Komanwel dan lazimnya diterjemah menjadi Marsyal Udara. Kadangkala berlaku kekeliruan apabila ia dianggap setaraf empat bintang oleh wartawan tempatan. Barangkali disebabkan penggunaan Marsekal iaitu Marsyal oleh Tentara Nasional Indonesia-Angkatan Udara (TNI-AU) yang bertaraf empat bintang. Pangkat yang setaraf dalam TNI-AU iaitu tiga bintang ialah Marsekal Madya.

TUDM menukar sistem pangkat mereka kepada sistem mirip Tentera Darat Malaysia bagi mengurangkan kekeliruan dikalangan pegawai-pegawai ketiga-tiga perkhidmatan. Serentak dengan itu insignia atau lambang pangkat turut mengalami perubahan. Pada asalnya sistem yang diwarisi dari British merangkumi bilangan jalur-jalur yang seakan-akan sama dengan pasukan tentera laut. Pada era Dato' Mohamad bin Taib, Panglima Tentera Udara ke 7, keseluruhan insignia TUDM ditukar menyamai insignia Tentera Darat Malaysia. Perubahan ini berlanjutan sehingga era pemerintahan Dato' Seri Haji Mohd Yunus bin Tasi apabila beliau kembali memperkenalkan sistem lama ala Tentera Udara Diraja British. Hanya pada 2005, ketika pemerintahan Jeneral Tan Sri Nik Ismail Nik Mohamed barulah pegawai tinggi TUDM kembali mengenakan insignia bermahkota dan bintang. Pegawai-pegawai TUDM yang lain pula kekal menggunakan insignia asal mereka.

InsigniaSunting

Seperti yang dimaklumkan, pegawai tinggi TUDM ketika ini mengenakan insignia yang mengandungi susunan bintang-bintang dan mahkota. Ianya seragam untuk ketiga-tiga perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia. Pegawai-pegawai TUDM juga memakai gorget bunga padi emas sama seperti pegawai-pegawai Tentera Darat dari Kolonel TUDM ke atas. Tetapi gorget TUDM berlatar belakang biru muda.

Leftenan Jeneral
TUDM
Pakaian Istiadat Pakaian No 3
Insignia Kini    
Insignia Alternatif