Buka menu utama

SejarahSunting

Seawal penubuhan Tentera Darat, ianya ditadbir oleh pegawai-pegawai British dan mewarisi tradisi dan sistem British. Tentera Darat British menggunakan pangkat Brigadier bagi panglima yang memimpin sesebuah brigade atau briged. Pangkat ini menjadi Brigedier dalam perkhidmatan Rejimen Askar Melayu Diraja dan Tentera Darat Malaysia bagi pemimpin Briged Pertama Persekutuan. Dari segi tafsiran, Brigedier bukanlah pegawai jeneral, (bahasa Inggeris: General officer), sebaliknya ialah pegawai medan, (bahasa Inggeris:Field officer). Ia boleh disifatkan sebagai Kolonel Kanan atau Senior Colonel, sama seperti pangkat Komodor dalam tentera laut. Perbezaan di antara pegawai medan dan pegawai jeneral juga, mirip perbezaan di antara pegawai berbendera dan pegawai kanan tentera laut (bahasa Inggeris: Flag officer, senior officer). Pangkat ini kemudiannya menjadi Brigedier Jeneral untuk memasukannya ke dalam golongan pegawai jeneral.

InsigniaSunting

Insignia asal pada bahu Brigedier ialah seperti yang digunakan oleh Tentera British di sebelah kiri, dengan sedikit perubahan. Mahkota England (Mahkota St Edward) ditukar dengan mahkota persekutuan yang mengandungi "Allah" dan "Muhammad", tetapi masih mengekalkan aturan tiga "paku" atau nama sebenarnya bintang Order of Bath. Setelah mengalami perubahan nama kepada Brigedier Jeneral, pangkat ini menampilkan insignia satu bintang seperti yang dipakai sekarang. Insignia satu bintang memudahkannya dikenali setaraf dengan Laksamana Pertama dan Brigedier Jeneral TUDM.

Brigedier Jeneral juga memakai gorget merah beserta bunga padi di kolar baju. Pada pelindung topi beliau pula dihiasi dua baris kalungan padi.

 
Insignia Brigedier Jeneral TDM

Lihat jugaSunting

Pangkat Brigedier Jeneral yang sepadanSunting