Brigedier Jeneral TUDM

Angkatan Tentera Malaysia
Angkatan Tentera Malaysia
Tentera Darat Tentera Laut Tentera Udara
Pangkat Pegawai Angkatan Tentera
Fil Marsyal Laksamana Armada Marsyal TUDM
Jeneral Laksamana Jeneral TUDM
Leftenan Jeneral Laksamana Madya Leftenan Jeneral TUDM
Mejar Jeneral Laksamana Muda Mejar Jeneral TUDM
Brigedier Jeneral Laksamana Pertama Brigedier Jeneral TUDM
Kolonel Kepten Kolonel TUDM
Leftenan Kolonel Komander Leftenan Kolonel TUDM
Mejar Leftenan Komander Mejar TUDM
Kapten Leftenan Kapten TUDM
Leftenan Leftenan Madya Leftenan TUDM
Leftenan Muda Leftenan Muda Leftenan Muda TUDM
Pegawai Kadet Kanan
Kadet
Lain-lain Pangkat Angkatan Tentera
Pegawai Waran I Pegawai Waran I Pegawai Waran Udara I
Pegawai Waran II Pegawai Waran II Pegawai Waran Udara II
Staf Sarjan Bintara Kanan Flait Sarjan
Sarjan Bintara Muda Sarjan Udara
Koperal Laskar Kanan Koperal Udara
Lans Koperal Laskar Kelas I Laskar Udara Kanan
Prebet Laskar Kelas II Laskar Udara I
Prebet Laskar Muda Laskar Udara II
Perajurit Muda Perajurit Muda Perajurit Muda

Brigedier Jeneral TUDM ialah pangkat pegawai tinggi Tentera Udara Diraja Malaysia yang paling rendah atau yang paling junior. Ianya setaraf dengan Brigedier Jeneral Tentera Darat dan Laksamana Pertama. Pangkat ini diperkenalkan pada tahun 1983, menggantikan pangkat Air Commodore seperti yang terdapat di dalam perkhidmatan tentera udara negara-negara Komanwel lain. Perubahan berlaku apabila TUDM menukar kepada sistem pangkat mirip Tentera Darat Malaysia menyamai sistem yang terdapat dalam Tentera Udara Amerika Syarikat. Ketika awal penggunaan pangkat ini, perkataan (Udara) ditambah bagi membezakan diantara pegawai tinggi TUDM dengan TDM. Kini (Udara) tidak digunakan lagi, malah menjadi kelaziman akronim TUDM ditambah dibelakang nama seseorang pegawai tersebut. Tidak pula menjadi kesalahan besar jika akronim TUDM ditinggalkan kerana pemahaman umum, pangkat sama ada Brigedier Jeneral TUDM atau Brigedier Jeneral Tentera Darat, adalah setara.

Insignia sunting

Pada 1983, serentak dengan pengenalan sistem pangkat yang baharu, insignia ala tentera darat turut diperkenalkan. Namun insignia asal Air Commodore telah diperkenalkan semula pada Ogos 1992 untuk pangkat ini. Walaupun begitu, insignia ini juga mengalami penukaran sekali lagi kepada insignia mirip TDM yang kekal ke hari ini.

Brigedier Jeneral
TUDM
Pakaian Istiadat Pakaian No 3
Insignia Kini    
Insignia Alternatif