Buka menu utama

PengenalanSunting

Ketika awal penubuhan TUDM, pangkat ini tidak digunakan, kerana ketika itu sistem yang digunakan mirip sistem pangkat Tentera Udara Diraja British. Pangkat yang setara ketika itu, Air Vice Marshall, digunakan oleh Dato' Sulaiman bin Sujak, Panglima Tentera Udara pertama dari kalangan anak tempatan. Sekitar tahun 1983, Panglima Tentera Udara ketika itu, Dato' Mohamad bin Taib, mengubah sistem pangkat TUDM kepada sistem yang mirip Tentera Darat Malaysia. Beliau merupakan pegawai yang asalnya diserap dari Tentera Darat, malah turut mengubah insignia yang dipakai dari jejalur kepada mahkota dan paku pip seperti yang terdapat pada pangkat TDM. Pangkat yang setaraf dengan Air Vice Marshall ialah Mejar Jeneral, dan perkataan (Udara) ditambah bagi membezakannya dengan Mejar Jeneral Tentera Darat.

Pengganti beliau, Tan Sri Mohamad bin Ngah Said memperkenalkan semula insignia asal (British) untuk pegawai-pegawai rendah dan pegawai-pegawai kanan. Namun, bagi pegawai tinggi, insignia yang merangkumi bintang-bintang dan mahkota seperti TDM dikekalkan. Beliau turut memperkenalkan akronim (TUDM) sebagai tambahan di belakang nama seseorang pegawai sebagai ganti kepada (Udara). Pengunaan insignia mahkota dan bintang-bintang berterusan sehingga era 90an, apabila pegawai-pegawai tinggi TUDM sekali lagi menggayakan insignia jejalur ala British. Mutakhir sekali, insignia berupa mahkota dan susunan bintang-bintang sekali lagi diperkenalkan oleh Tan Sri Nik Ismail Nik Mohamed, Panglima Tentera Udara ke 14.

InsigniaSunting

Insignia yang digunakan kini oleh TUDM, hampir serupa dengan insignia TDM. Ini mengurangkan kekeliruan diantara ketiga-tiga perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia. Disertakan juga insignia alternatif mirip British dan pernah digunakan TUDM sebelum ini.

Mejar Jeneral
TUDM
Pakaian Istiadat Pakaian No 3
Insignia Kini    
Insignia Alternatif