Pemerintah kedua atau penolong pegawai memerintah, (second-in-command, singkatan 2i/c atau 2IC) adalah timbalan komander apa saja unit Tentera Darat British atau Marin Diraja, dari batalion atau rejimen ke bawah. Oleh itu, penyandang tersebut bersamaan dengan pegawai eksekutif di dalam Tentera Darat Amerika Syarikat. Terminologi ini juga digunakan dalam kebanyakan tentera Komanwel yang lain.

Pemerintah kedua batalion atau rejimen biasanya berpangkat Mejar. Pemerintah kedua kompeni, skuadron, atau bateri artileri (dimana pegawai itu dipanggil kapten bateri) biasanya berpangkat Kapten (walaupun pemerintah kedua kompeni infantri biasanya berpangkat Leftenan sehingga selepas Perang Dunia II), pemerintah kedua platun atau trup adalah Sarjan platun atau trup, dan pemerintah kedua seksyen biasanya berpangkat Lans Koperal.

Di dalam Royal Navy, pemerintah kedua sesebuah kapal, tanpa mengira pangkat, dikenali sebagai Leftenan Pertama atau pegawai eksekutif.

Makna dan kegunaan lain

sunting

Dalam pengunaan biasa, istilah ini merujuk kepada jawatan timbalan. Makna asasnya adalah "seseorang yang menggantikan ketua".