Ecuador

merupakan negara demokratik di benua Amerika Selatan

Ecuador (disebut [é.kwa.dor], bahasa Quechua: Ikwayur; bahasa Shuar: Ekuatur),[11][12] atau nama rasminya Republik Ecuador (Sepanyol: República del Ecuador, Quechua: Ikwadur Ripuwlika; bahasa Shuar: Ekuatur Nunka),[13][14] merupakan negara demokratik di benua Amerika Selatan, bersempadan dengan negara Colombia utara, Peru di timur dan utara, Lautan Pasifik di barat. Ia bertentangan dengan Indonesia[15].

Republik Ecuador
ريڤوبليك ايكوادور
República del Ecuador
Ikwadur Ripuwlik
Ekuatur Nunkaa
Bendera Ecuador
Jata Ecuador
Bendera Jata
Cogan kata"Dios, patria y libertad"[perlu rujukan]  
"Tuhan, tanah air, & pembebasan"
Lagu kebangsaanSalve, Oh Patria
Lokasi Ecuador
Ibu negara Quito
00°9′S 78°21′W / 0.150°S 78.350°W / -0.150; -78.350
Bandar terbesar Guayaquil
Bahasa rasmiBahasa Sepanyol, Bahasa Quechua
Kumpulan etnik
(2010 Census[1])
  • 71.9% Mestizo (kacukan peribumi putih)
  • 7.4% Montubio (Mestizo pesisiran)
  • 7.2% kulit hitam
  • 7% peribumi
  • 6.1% kulit putih
  • 0.3% lain-lain
Agama
(2012)[2][3]
93.1% Kristian
—80.4% Katolik
—11.3% Protestan
—1.4% aliran lain
6.1% tiada
0.8% anutan lain
KerajaanRepublik kesatuan berpresiden
• Presiden
Daniel Noboa
Verónica Abad Rojas
Badan perundanganPerhimpunan Kebangsaan Ecuador
Kemerdekaan
• diisytiharkan
August 10, 1809
• dari Sepanyol
24 Mei 1822
• dari Gran Colombia
13 Mei 1830
• Diiktiraf Sepanyol
February 16, 1840[4]
• Perlembagaan terkini digubal
28 September 2008
Keluasan
• Jumlah
283,561[5] km2 (109,484 bt2)a (ke-73)
• Perairan (%)
5
Populasi
• Perkiraan 2016
16,385,068[6] (ke-67)
• Bancian penduduk
17,300,000[7]
61/km2 (158.0/sq mi) (ke-151)
KDNK (PPP)2019
• Jumlah
USD202.043 bilion
$11,701[8]
KDNK (nominal)2019
•  Jumlah
USD106.289 bilion
$6,155[8]
Gini (2014)positive decrease 45.4[9]
sederhana
HDI (2018) 0.758[10]
tinggi · ke-85
Mata wangUnited States dollarb
(USD)
Zon waktu()
Kod panggilan593
Kod ISO 3166EC
DPT internet.ec
1 Kichwa dan bahasa-bahasa Amerindia yang dituturkan oleh masyarakat asli.
2 Sucre sehingga tahun 2000.
3 Kepulauan Galápagos.

Negara ini termasuk Kepulauan Galápagos (Archipiélago de Colón) di Pasifik, seluas 965 kilometer di barat tanah besar. Negara ini berkeluasan 256,370 kilometer persegi. Ibu kota ia adalah Quito.[16][17]

Penamaan sunting

Nama "Ecuador" datang daripada perkataan Sepanyol: ecuador yang bermaksud "khatulistiwa" (bandingkan dengan kognat bahasa Inggeris equator) merujuk kepada kedudukan banyak kawasan dirangkum dalam pentadbiran negara ini berbanding negara-negara tetangga lain dalam benua Amerika Selatan.

Nama tersebut mula-mula muncul dalam buku Noticias secretas de América tahun 1826 yang menghimpunkan pelbagai kajian serantau dilakukan sepanjang abad ke-18, ia turut melampirkan suatu kajian dilakukan Misi Geodesik Perancis (Expéditions géodésiques françaises, misión geodésica francesa) yang melakukan pengukuran jarak satu darjah latitud di bawah kedudukan khatulistiwa serta bentuk bulat Bumi atas undangan Pemerintahan Quito kelolaan Kewizuraian Granada Baru; kawasan yang terangkum dalam negara moden kini bertulis nama las tierras de Ecuador ("tanah Khatulistiwa").[18] Nama "Ecuador" ini mula dipakai secara tersendiri dalam pentadbiran Daerah Selatan (Distrito del Sur) Colombia Raya yang merdeka pada 13 Mei 1830.

Sejarah sunting

Empayar Inka sunting

Kawasan yang merangkumi Ecuador moden hari ini asalnya merupakan sebahagian dari Empayar Inka pada abad ke-15. Pembentukan entiti yang tersendiri bermula akibat pertelingkahan antara Atahualpa, putera Huayna Capac yang lahir di Quito dengan adindanya Huascar yang dahir di Cusco - ibu kota Empayar Inka - dalam merebut takhta kuasa keseluruhan kerajaan ini. Oleh itu, Empayar Inka mula dibahagi kepada 2 kawasan pemerintahan: Atahualpa memerintah kawasan pesisiran Pasifik dan utara Piruw di Quito manakala kawasan selebihnya diperintah Waskar (Huáscar) di Cusco.

Pendaratan orang Sepanyol sunting

Rombongan peneroka dan penakluk Sepanyol pimpinan Francisco Pizarro tiba di Empayar Inka dan bermulalah perang saudara. Atahualpa setuju menerima bantuan Sepanyol untuk menghadapi saingannya Huáscar. Melalui tipu muslihat, Sepanyol menguasai pelabuhan di Cajamarca, dan menangkap Atahualpa saat Perang Cajamarca dan menjadikannya sebagai tebusan dan menuntut sejumlah emas jika mau dibebaskan. Ketika masih ditahan, Atahualpa merencanakan pembunuhan kakandanya Huascar di Cusco. Kemudian Sepanyol berhasil menguasai Empayar Inka .Tentara Sepanyol telah membayar semua meriam tentara Empayar Inka dan sebuah koloni dibangun sebagai pusat pemerintahan yang terletak di Peru.

Semasa penaklukan ini juga ribuan orang peribumi mati akibat jangkitan cacar dibawa para penakluk ini kerana ketiadaan daya lali badan terhadap penyakit-penyakit bawaan Dunia Lama yang langsung tidak menjejaskan pihak conquistador.

Kemerdekaan sunting

Semua penduduk asli dipaksa menjadi pekerja rodi bagi tuan tanah keturunan Sepanyolini. Tahun 1563, Quito mempunyai wakil di Sepanyoldan sebagian Peru dilantik Gubernur/Wuzurai. Ibu kotanya terletak di kota Lima kini.Hampir 300 tahun penjajahan Spanyol, Quito mempunyai penduduk sebanyak 10.000 dan tahun 1822 Ecuador menyertai Simón Bolívar membentuk Republik Besar Kolombia. Kemudian Ecuador berpisah pada tahun 1830.Pada abad ke-19 Gabriel Garcia Moreno membentuk negara ini tahun 1860 dengan bantuan Gereja Katolik Roma.

Pada akhir 1800-an permintaan buah cokelat mendadak naik di seluruh dunia dan menjadi ekspor utama Ecuador, yang banyak mengundang penduduk dari tanah tinggi ke tepian pantai untuk menjadi pekerja ladang-ladang tuan tanah Sepanyolini.Revolusi 1895 yang dipimpin Eloy Alfaro telah mengurangi kekuasaan pemerintah. Perebutan kekuasaan militer berlaku pada tahun 1925. Tahun-tahun 1930-an dan 1940-an diperintah oleh José María Velasco Ibarra.Antara 1904 dan 1942, Ecuador kehilangan wilayah dalam rentetan konflik dengan tetangganya.

Pada 1941 sebuah konflik wilayah dimulai antara Ecuador dan Peru. Pada bulan Juli 1941, 11.681 tentara Peru berperang dengan tentara Ecuador sebanyak 5.300 orang di selatan. Pada tanggal 5 Juli 1941 tentara Peru menyeberangi Sungai Zarumilla di Ecuador. Pada tanggal 23 Juli 1941, sekali lagi tentara Peru menyeberangi Sungai Zarumilla dan memasuki wilayah El Oro. Seterusnya menguasai wilayah Loja. Peru menyegel Pelabuhan Guayaquil dan menyegel perbekalan kepada pasukan Ecuador. Atas tekanan Amerika Serikat dan beberapa negara Amerika Latin, Peru dan Ecuador menandatangani Protokol Rio pada 29 Januari 1942 dalam usaha berhadapan dengan Blok Poros semasa Perang Dunia Kedua. Beberapa wilayah telah diserahkan kepada Peru. Lihat Insiden Paquisha dan Perang Cenepa.

ka|jmpl|240px|Tugu Simón Bolívar dan José de San Martín

Pada tahun 1960-an pekerja asing membangun industri minyak di wilayah Amazon kcuador. Komunitas Andes memasang pipa minyak dari timur ke pelabuhan dan menjadikan Ecuador penghasil minyak kedua besar di Amerika Selatan.Pada tahun 1960-an junta tentara mengadakan perebutan kekuasaan. Pada tahun 1979 demokrasi dipulihkan kembali. Pada tahun 1982 pemerintahan berhadapan dengan krisis ekonomi, inflasi, penyusutan belanja, nilai mata uang merosot, industri lumpuh dan pemerintahan tidak lagi stabil.

Salah urus oleh regim tentara pada tahun 1970-an menyebabkan Ecuador ketinggalan dibandingkan negara-negara tetangganya.Beberapa perang kembali terjadi hingga 26 Oktober 1999 ketika para presiden, Jamil Mahuad (Ecuador) dan Alberto Fujimori (Peru) menanda tangani "Acta de Brasilia". Peru memberikan 1 kilometer persegi (yang disebut "Tiwintza") kepada Ecuador dalam wilayahnya di mana 14 tentara dimakamkan; selain itu keduanya juga menanda tangani persetujuan perdagangan dan navigasi di mana Ecuador mendapatkan hak navigasi tak terbatas di Sungai Amazon.

Pada April 2005, Kongres Ecuador memilih Lucio Edwin Gutiérrez Borbúa sebagai presiden. Kemudian Wakil Presiden Luis Alfredo Palacio González mengambil alih jabatannya hingga pemilihan tahun 2006.

Politik sunting

Maklumat lanjut mengenai politik dan kerajaan Ecuador boleh didapati di Siri politik dan kerajaan Ecuador.

Politik Ecuador terbahagi kepada sistem presiden dan demokrasi perwakilan . Presiden Ecuador mengetuai ketua negara republik dan ketua kerajaan di mana sistem pelbagai parti diamalkan. Kuasa ekselutif bertindak sebagai kerajaan. Kuasa perundangan dibentuk oleh kerajaan dan Kongres Nasional Ecuador.

Presiden terkini ialah Daniel Noboa (sejak 23 November 2023).

Barisan Kabinet: Terdiri daripada 24 barisan menteri (sejak 27 November 2023).

Pilihan raya: Presiden dan Timbalan Presiden dipilih berdasarkan tiket yang sama , universal dan undi popular melalui pilihan raya 4 tahun sekali. Pilihan raya seterusnya akan diadakan pada Mac–April 2025.

Hubungan diplomatik sunting

Ecuador ahli Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu , Kumpulan Rio , Sistem Ekonomi Amerika Latin , Pertubuhan Perpaduan Amerika Latin dan Barisan Pact.

Ecuador sangat rapat dengan Amerika Syarikat. Tapi 2006,syarikat Occidental iaitu pengeluar petroleum Utara Amerika telah menyebabkan hubungan tegang anatara Ecuador - Amerika . Kerajaan Ecuador menyatakan perjanjian pengeluaran minyak selama ini tidak sah dan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) tidak dapat dilaksanakan.Perjanjian Atpdea mungkin dapat mengurangkan pergantungan kepada Amerika.

Geografi sunting

 
Pergunungan Tungurahua, Ecuador

Ecuador terbahagi kepada wilayah Lautana Pasifik.

  1. La Costa, di sepanjang pantai.
  2. La Sierra di mana Sierra bermaksud gergaji , merupakan kawasan pergunungan termasuk Banjaran Andes.
  3. El Oriente (bermaksud timur) meliputi Hutan Hujan Amazon di timur , mempunyai 5 % penduduk Ecuador.
  4. Kepulauan Galápagos seluas 1000 kilometer persegi terletak di barat , dalam Lautan Pasifik.

Ibu negara Ecuador Quito terletak di negeri , wilayah Sierra. region. Bandar terbesar ialah Guayaquil yang terletak di Guayas dalam pantai Cotopaxi.

Daerah Pentadbiran sunting

 
Peta Ecuador

Ecuador dibahagi kepada 22 provinsi yang setiap satu ada ibu kota.

Agama sunting

 
Iglesia de San Francisco, Quito, Ecuador

Lebih-kurang 68% dari penduduk Ecuador berugama Roman Catholic dan ramai yang mengamalkan ugama itu. Di kawasan-kawasan pendalaman amalan-amalan kepercayaan lama bercampur-aduk dengan amalan ugama Kristian.

Seperti di setiap negera Amerika Latin yang lain, penganutan ugama Protestan telah meningkat dengan tinggi, terutamanya di kawasan-kawasan pendalaman yang miskin. Golongon-golongan yang mengikut ugama lain seperti Jehovah's Witness dan The Church of Jesus Christ of Latter-day Saints (Mormons) juga didapati sedang meningkat.

Terdapat penganut ugama Islam tetapi jumlah mereka hanya beberapa ribu sahaja. Masyarakat Yahudi adalah dalam lingkungan 1000 orang dan kebanyakannya berasal dari Jerman dan Itali.

Terdapat juga sebilangan kecil yang masih berugama Sephardic Jews (Judeo-Spanish Jews). Kebanyakan nenek-moyang mereka ini sudah memeluk ugama Kristian.

Makanan sunting

Makanan di Ecuador adalah sangat berbeza mengikut ketinggian dan juga keadaan pertanian. Babi, ayam, daging dan “cuy” (guinea pig) yang dihidangkan dengan berbagai jenis bijirin dan ubi kentang atau nasi adalah makanan yang digemari di kawasan pergunungan. Babi panggang (hornado) dengan ubi kentang sering dijual di kawasan ini. Fanesca, sup yang terkenal di Ecuador dibuat dengan berbagai jenis kekacang mengikut musim seperti kacang hijau, kacang lima, kacang lupini, kacang fava atau chochos yang mengandungi susu dan sering dihidangkan dengan ikan kering sejuk.

Terdapat berbagai jenis buah-buahan terutama sekali di kawasan-kawasan rendah. Makanan laut sangat digemari di kawasan pantai, terutamanya udang dan udang galah segar. Makanan yang dibuat dari Plantain dan kacang tanah adalah asas kebanyakan makanan di kawasan pantai. Biasanya jamuan makanan dimulakan dengan hidangan sama ada sup cair (caldo) yang boleh mengandungi daging ataupun sup sayur berkrim (caldo de leche). Selepas itu makanan kedua segundo yang selalunya mengandungi nasi, masakan kuah pekat (menestra) daging atau ikan serta sayur-sayuran. Patacones sangat digemari sebagai makanan sampingan di kawasan pantai.

Sebahagian daripada jenis makanan yang biasa di kawasan pantai adalah: ceviche, pan de almidón, corviche, guatita, encebollado dan empanadas; dan di kawasan pergunungan termasuk: hornado, fritada, tamales, llapingachos, dll.

Di kawasan hutan hujan makanan biasa ialah ubi kayu (yuca). Ubi dikupas kulitnya dan direbus atau digoreng atau digunakan dalam berbagai jenis masakan. Terdapat banyak jenis buah-buahan di kawasan ini.

Pengangkutan sunting

Ecuador mempunyai rangkaian lebuh raya nasional yang di selenggarai oleh agensi kerajaan Ministerio de Obras Públicas y Comunicaciones (Kementerian Kerja Umum dan Kommunikasi). Lebuh raya Pan-America menghubungkan bahagian utara dan selatan negara ini dan juga menghubungkan Ecuador dengan Colombia di utara dan dengan Peru di selatan. Kualiti jalan-jalan, termasuk jalan-jalan utama, amat berbeza.

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan ethn tidak disediakan
  2. ^ "INEC presenta por primera vez estadísticas sobre religión". Instituto Nacional de Estadisticas y Censos.
  3. ^ "ECUADOR 2018 INTERNATIONAL RELIGIOUS FREEDOM REPORT" (PDF). According to a 2012 survey by the National Institute of Statistics and Census, the most recent government survey available, approximately 92 percent of the population professes a religious affiliation or belief. Of those, 80.4 percent is Roman Catholic; 11.3 percent evangelical Christian, including Pentecostals; and 1.3 percent Jehovah’s Witnesses. Seven percent belongs to other religious groups.
  4. ^ España. "Tratado de paz y amistad celebrado entre España y la República del Ecuador: en 16 de febrero de 1840". en la Imprenta Nacional. Diarkibkan daripada yang asal pada November 16, 2016 – melalui Google Books.
  5. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan CIA tidak disediakan
  6. ^ "World Population Prospects: The 2017 Revision". ESA.UN.org (data tersuai diperlukan melalui tapak sesawang). Jabatan Hal Ehwal Ekonomi dan Sosial Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Bahagian Populasi. Dicapai pada 10 September 2017.
  7. ^ "Institut".
  8. ^ a b "Report for Selected Countries and Subjects: Ecuador GDP". Internatinal Monetary Fund.
  9. ^ "Gini Index". World Bank. Diarkibkan daripada yang asal pada November 10, 2016. Dicapai pada November 9, 2016.
  10. ^ "2019 Human Development Report" (PDF). United Nations Development Programme. 2019. Dicapai pada 9 December 2019.
  11. ^ "Constitución de la República del Ecuador en Shuar". Issuu. Diarkibkan daripada yang asal pada April 4, 2019. Dicapai pada Februari 21, 2019.
  12. ^ "¡Iniuri seamkur!, Ayamrumamu nuyá Iniankasrik Ayamruma Papi" (PDF). INREDH. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada Februari 21, 2019. Dicapai pada Februari 21, 2019.
  13. ^ "Chicham atiakur metek atin turakur, pénke takakainiachu tuke enentaimtusartiniaitji" (PDF). (in Shuar). Secretaría Nacional de Planificación y Desarrollo. 2014. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2019-12-20.
  14. ^ Pellizzaro, Siro M.; Nàwech, Fàusto Oswaldo (2003). Chicham: Dictionario Enciclopédico Shuar-Castellano. Wea Nekaptai.
  15. ^ Vavi
  16. ^ "Proyecciones Poblacionales". (in Spanish). National Institute of Statistics and Censuses (INEC). Diarkibkan daripada yang asal pada Oktober 18, 2013. Dicapai pada April 25, 2020.
  17. ^ "Quito se convirtió en la ciudad más poblada del Ecuador con más de 2,7 millones de habitantes en el 2018". Diarkibkan daripada yang asal pada Januari 10, 2019. Dicapai pada Januari 11, 2019.
  18. ^ "Noticias Secretas de América". Ediciones Itsmo. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 September 2013.

Pautan luar sunting