Koordinat: 17°48′S 63°10′W / 17.800°S 63.167°W / -17.800; -63.167

Bolivia atau secara rasminya Negara Plurinasi Bolivia (Sepanyol: Estado Plurinacional de Bolivia) ialah sebuah negara di Amerika Selatan.

Negara Plurinasi Bolivia

Estado Plurinacional de Bolivia
Puliwya Mamallaqta
Wuliwya Suyu
Bendera Bolivia
{{{coat_alt}}}
Bendera Lambang
Cogan kata: ¡La unión es la fuerza!  (Bahasa Sepanyol)
"Perpaduan adalah Kekuatan!"
Location of Bolivia
Ibu negaraSucre
Bandar terbesarSanta Cruz de la Sierra
Bahasa rasmiBahasa Sepanyol, Quechua dan Bahasa Aymara
KerajaanRepublik berpresiden
• Presiden
Jeanine Áñez (pemangku)
Kemerdekaan
• daripada Sepanyol
6 Ogos 1825
• Air (%)
1.29
Penduduk
• Bancian Bancian
8,857,870
KDNK (PPP)Anggaran 2005 
• Jumlah
$25.684 bilion (101)
• Per kapita
$2,817 (125)
HDI (2017) 0.693[1]
sederhana · 118
Mata wangBoliviano (BOB)
Zon masaUTC-4
Kod panggilan591
DPT Internet.bo

Antara semua negara di Amerika Selatan, wilayah Bolivia merupakan yang tertinggi dan terpencil. Negara ini ialah salah sebuah penghasil koko dan bijih timah terbesar di dunia.

Asal namaSunting

Bolivia diberi nama sempena Simón Bolívar, pemimpin Venezuela-Colombia dalam peperangan kemerdekaan Amerika Selatan.[2] Pemimpin Venezuela, Antonio José de Sucre, telah diberikan pilihan oleh Bolívar untuk menyatukan Charcas (sekarang Bolivia) dengan Republik Peru yang baru terbentuk, untuk bersatu dengan Wilayah Rio de la Plata, atau secara formal mengisytiharkan kemerdekaannya daripada Sepanyol sebagai negara yang sepenuhnya bebas. Sucre memilih untuk mewujudkan sebuah negara baharu dan pada 6 Ogos 1825, dengan sokongan rakyat tempatan, menamakan negaranya sebagai penghormatan kepada Simón Bolívar.[3]

Nama asalnya ialah Republik Bolívar. Beberapa hari kemudian, kongres Manuel Martín Cruz mencadangkan: "Jika dengan Romulus, Rom; maka dengan Bolívar, Bolivia" (Sepanyol: Si de Rómulo, Roma; de Bolívar, Bolivia). Nama itu diluluskan oleh Republik pada 3 Oktober 1825.[4] Pada tahun 2009, sebuah perlembagaan baharu mengubah nama rasmi negara itu kepada "Negara Plurinasi Bolivia" sebagai pengiktirafan terhadap karakter dan identiti berbilang kaum di negara itu dan kedudukan orang Bolivia yang dipertingkatkan di bawah perlembagaan baharu.[4]

SejarahSunting

Pada suatu masa dahulu, Bolivia ialah sebuah koloni Sepanyol. Perlombongan perak di Bolivia memberi keuntungan kepada kewangan Sepanyol, dan Sepanyol menggajikan orang Bolivia sebagai buruh untuk bekerja di perlombongan. Setelah beberapa buah perang berlaku, Simon Bolivar membantu Bolivia memerdekakan negara tersebut.

BudayaSunting

Budaya Bolivia mempunyai banyak pengaruh seperti Inca, Aymara dan pengaruh setempat lain dalam keagamaan, muzik, dan pakaian. Terdapat perayaan besar di Oruro, yang disebut "El carnaval de Oruro". Orang Bolivia suka bermain bola sepak. Ladang haiwan juga popular, namun tidak mampu mengaut keuntungan.


JajahanSunting

Bolivia dibahagikan kepada sembilan jajahan dikenali sebagai departamentos.

  1. Beni
  2. Chuquisaca
  3. Cochabamba
  4. Oruro
  5. Pando
  6. La Paz
  7. Potosi
  8. Santa Cruz, Bolivia
  9. Tarija

RujukanSunting

  1. ^ "2018 Human Development Report" (PDF). United Nations Development Programme. 2018. Diarkib daripada yang asal (PDF) pada 22 Mac 2017. Dicapai pada 14 September 2018.
  2. ^ "Simón Bolívar". Salem Press. Diarkib daripada yang asal pada 25 Ogos 2013. Dicapai pada 28 Januari 2014.
  3. ^ "6 de Agosto: Independencia de Bolivia". Historia-bolivia.com. Diarkib daripada yang asal pada 20 Ogos 2011. Dicapai pada 14 Julai 2013.
  4. ^ a b "What countries are named after individuals or families?". Blogs.law.harvard.edu. 11 Januari 2009. Diarkib daripada yang asal pada 19 Julai 2011. Dicapai pada 14 Julai 2013.

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.