Shunsuke Nakamura

Pemain bola sepak

Shunsuke Nakamura (Jepun: 中村 俊輔, Hepburn: Nakamura Shunsuke, lahir 24 Jun 1978) merupakan bekas pemain bola sepak professional Jepun kali terakhir bermain untuk Espanyol. Beliau merupakan pemain pertama dan satu-satunya untuk dinamakan Pemain Paling Bernilai Liga J. dua kali, menerima anugerah itu pada tahun 2000.[2] Beliau dikenali kerana visi, sentuhan, dan keupayaan mengambil sepakan percuma; Steve Perryman pernah berkata bahawa Nakamura "boleh membuka tin kacang menggunakan kaki kirinya".[3]

Shunsuke Nakamura
Maklumat peribadi
Nama penuh Shunsuke Nakamura[1]
Tarikh lahir (1978-06-24) 24 Jun 1978 (umur 45)
Tempat lahir Yokohama, Jepun
Ketinggian 1.78 m (5 ka ​10 18 in)
Posisi permainan Pemain tengah
Maklumat kelab
Kelab terkini
Bersara
Kerjaya remaja
1986–1995 Nissan Junior Youth
1995–1998 Tōkō Gakuen High School
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
1997–2002 Yokohama F. Marinos 148 (33)
2002–2005 Reggina 81 (16)
2005–2009 Celtic 128 (29)
2009–2010 Espanyol 12 (0)
Pasukan kebangsaan
1997 Jepun B20 5 (1)
2000 Jepun B23 4 (0)
2000–2010 Jepun 98 (24)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 28 October 2013
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 1 July 2010

Bekas kelabnya termasuk Espanyol, Celtic, dan Reggina. Ketika tempohnya bersama Celtic, beliau menjadi salah seorang pemain Asia paling menonjol yang beraksi di Eropah; beliau dicalonkan untuk Ballon d'Or 2007,[4] dinamakan Pemain Terbaik Tahunan Pilihan Pemain SPFA[5] dan Pemain Bola Sepak Terbaik Tahunan SFWA[6] pada tahun 2007, dan menjadi pemain Jepun pertama untuk menjaringkan gol dalam Liga Juara-Juara Eropah.[7] Pencapaian pasukannya di Celtic termasuklah memenangi Liga Perdana Scotland pada tahun 2006, 2007, dan 2008, Piala Liga Scotland pada tahun 2006 dan 2009, dan Piala Scotland pada tahun 2007.

Nakamura mempunyai 98 kap dan 24 gol untuk Pasukan bola sepak kebangsaan Jepun, termasuklah penampilannya ketika peringkat akhir Piala Dunia FIFA pada tahun 2006 dan 2010.[8] Beliau juga memenangi Piala Asia pada tahun 2000 dan 2004; beliau dinamakan Pemain Paling Bernilai semasa pertandingan tahun 2004. Beliau juga beraksi ketika Piala Dunia B-20 FIFA 1997 sebagai ahli pasukan Jepun bawah-20 dan ketika Sukan Olimpik Musim Panas 2000 sebagai ahli pasukan Jepun bawah-23.

Asteroid 29986 Shunsuke juga dinamakan sempena namanya.

Kejayaan sunting

Individu sunting

Statistik karier pasukan kebangsaan sunting

Penampilan pasukan kebangsaan sunting

[8]

Pasukan kebangsaan Jepun
Tahun Kmncln Gol
2000 16 3
2001 1 0
2002 6 2
2003 8 4
2004 15 3
2005 11 3
2006 6 1
2007 10 4
2008 9 2
2009 11 2
2010 5 0
Jumlah 98 24

Rujukan sunting

  1. ^ "FIFA World Cup South Africa 2010: List of Players" (PDF). FIFA. 4 June 2010. m/s. 16. Dicapai pada 20 April 2014.
  2. ^ "11/12/2013 Marinos midfielder Nakamura named J. League MVP". Japanese Football Association.
  3. ^ "Shunsuke Nakamura: Japan star player at World Cup 2010". The Telegraph.
  4. ^ "Ballon d'Or nominees". Sky Sports. 22 October 2007. Dicapai pada 20 April 2014.
  5. ^ "Nakamura takes top player award". BBC Sport. BBC. 22 April 2007. Dicapai pada 27 September 2013.
  6. ^ "Nakamura gets top writers' prize". BBC Sport. BBC. 2 May 2007. Dicapai pada 27 September 2013.
  7. ^ "Japan - A Team-by-Team Guide to the 2010 World Cup". TIME.
  8. ^ a b "Nakamura Shunsuke". Japan National Football Team Database.
  9. ^ "SPFA's team of the 2006/07 season". BBC Sport. BBC. 23 April 2007. Dicapai pada 27 September 2013.
  10. ^ a b Clean sweep for Nakamura

Pautan luar sunting