CONMEBOL

Koordinat: 25°15′38″S 57°30′58″W / 25.26056°S 57.51611°W / -25.26056; -57.51611


CONMEBOL atau CSF (Confederación Sudamericana de Fútbol,[1] Konfederasi Sepak bola Amerika Selatan) merupakan gabungan persatuan bolasepak negara-negara di Amerika Selatan. Organisasi ini ditubuhkan pada 9 Julai 1916, di atas usaha Héctor Rivadavia Gómez (dari Uruguay) untuk menyatukan persatuan bolasepak di benua ini. CONMEBOL merupakan ahli gabungan FIFA dan bermarkas di Luque, Paraguay (dekat Asunción). Presiden CONMEBOL sekarang (2006) adalah Dr. Nicolás Leoz.

Konfederasi Bola Sepak Amerika Selatan
Conmebol-Letra.png
CONMEBOL member associations map.svg
SingkatanCONMEBOL
Pembentukan9 Julai 1916; 106 tahun yang lalu (1916-07-09)
JenisPersekutuan persatuan kebangsaan
Ibu pejabatLuque, Paraguay
Koordinat25°15′38″S 57°30′58″W / 25.26056°S 57.51611°W / -25.26056; -57.51611
Kawasan berkhidmatAmerika Selatan
Ahli10 Ahli Pesatuan
Bahasa rasmiSepanyol, Portugis
Setiausaha agungAlejandro Gustavo Marón
PresidenAlejandro Domínguez
Laman web rasmiwww.CONMEBOL.com

Argentina, Uruguay, Brazil, dan Chile merupakan negara-negara awal yang menyertai CONMEBOL melalui satu kejohanan bolasepak Amerika Selatan pada tahun 1915 di Buenos Aires, Argentina. Tahun penyertaan negara-negara ke dalam CONMEBOL ialah Paraguay (1921), Peru (1925), Bolivia (1926), Ecuador (1927), Colombia(1936) dan yang terakhir ialah Venezuela (1952). Walau bagaimanapun 3 negara yang berada di Amerika Selatan, Guyana, Suriname, dan Guyana Perancis tidak bergabung dengan CONMEBOL, tetapi sebaliknya menyertai CONCACAF.[2][3]

Kejohanan yang dianjurkan oleh CONMEBOL antara lain adalah Copa Libertadores, Copa Sudamericana, dan Copa América.

AhliSunting

Negara Persatuan Ditubuhkan Menyertai Pasukan Negara Divisyen Teratas
  Argentina AFA 1893 1916 ARG (L, W) Primera División
  Bolivia FBF 1925 1926 BOL (L, W) Liga Profesional
  Brazil CBF 1914 1916 BRA (L, W) Campeonato Brasileiro Série A
  Chile FFC 1895 1916 CHI (L, W) Primera División
  Colombia FCF 1924 1936 COL (L, W) Primera A
  Ecuador FEF 1925 1927 ECU (L, W) Serie A
  Paraguay APF 1906 1921 PRY (L, W) División Profesional
  Peru FPF 1922 1925 PER (L, W) Primera División
  Uruguay AUF 1899 1916 URU (L, W) Primera División
  Venezuela FVF 1926 1952 VEN (L, W) Primera División

Presiden CONMEBOLSunting

 
Ibu pejabat CONMEBOL di Luque, Paraguay

RujukanSunting

Pautan luarSunting



Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.