Buka menu utama

Wikipedia β

Piala Amerika atau Copa América merupakan kejohanan utama bolasepak yang diikuti oleh negara-negara CONMEBOL iaitu Brazil, Argentina, Uruguay, Paraguay, Chile, Peru, Ecuador, Bolivia, Colombia dan Venezuela. Kejohanan ini umumnya diadakan setiap dua tahun sekali.

Copa América
Copa América de Fútbol.png
Ditubuhkan 1916 (Kejohanan Bola Sepak Amerika Selatan)
1975 (Copa América)
Kawasan Amerika Selatan (CONMEBOL)
Jumlah pasukan 12
Juara semasa  Chile (Gelaran Ke-2)
Pasukan paling berjaya  Uruguay (15 Gelaran)
Laman web Copa América
Copa América 2016

Format terkini kejohanan ini melibatkan 12 pasukan negara bertanding di dalam sesebuah negara tuan rumah yang dipilih mengikut abjad. Disebabkan CONMEBOL hanya mempunyai 10 buah negara di bawah naungannya, dua buah pasukan jemputan daripada naungan lain akan dijemput untuk memenuhkan kriteria 12 buah pasukan. Pasukan Uruguay merupakan pasukan yang paling banyak memenangi kejohanan ini dengan 15 kali.

Isi kandungan

SejarahSunting

Perlawanan pertama yang membabitkan pasukan rasmi di Amerika Selatan telah diadakan di Argentina pada tahun 1867 oleh beberapa orang pekerja buruh Britain. Pada awal abad ke-20, sukan bola sepak di Amerika Selatan menjadi sangat popular dan kejohanan pertama yang diadakan khusus untuk pasukan kebangsaan di Amerika Selatan diadakan pada tahun 1910, pada ketika itu Argentina mengadakan kejohanan ini bagi memperingati peristiwa Revolusi Mei. Dalam kejohanan ini, pasukan Chile dan Uruguay, namun begitu kejohanan ini tidak diiktiraf rasmi oleh CONMEBOL.

Pada tahun 1916, Argentina sekali lagi mengadakan kejohanan ini bagi menyambut ulangtahun ke-100 kemerdekaan mereka. Kejohanan kali ini disertai oleh pasukan Chile, Uruguay dan Brazil. Kejohanan pada tahun 1916 ini merupakan edisi pertama Copa América, di mana pasukan Uruguay merupakan johan pertama setelah seri dengan pasukan Argentina.

 
Pasukan Uruguay yang memenangi 2 kejohanan, yang pertama di Buenos Aires pada tahun 1916 dan yang kedua pada tahun 1917, di Montevideo.

Pada tahun berikutnya, kejohanan ini diadakan di Uruguay, di mana pasukan Uruguay menewaskan pasukan Argentina dengan jaringan 1-0 untuk kejuaraaan kedua mereka. Pada tahun 1918, kejohanan ini tidak diadakan berikutan wabak flu yang merebak pada ketika itu. Namun begitu, pada tahun 1919, kejohanan ini diadakan kembali, bertempat di Brazil, pasukan Brazil berjaya menjadi johan untuk pertama kali dengan menewaskan pasukan Uruguay.

Pasukan Paraguay pertama kali menyertai kejohanan ini pada tahun 1921 selepas menyertai konfederasi CONMEBOL. Pada tahun itu, pasukan Argentina menang kejohanan buat pertama kali. Tahun-tahun berikutnya menyaksikan pasukan Uruguay mendominasi kejohanan ini. Namun begitu, kejohanan pada tahun 1929 menyaksikan pasukan Argentina sekali lagi memenangi kejohanan ini dengan menewaskan pasukan Uruguay. Pasukan Bolivia dan Peru masing-masing menyertai kejohanan ini buat pertama kali pada tahun 1926 dan 1927.


Format dan peraturanSunting

Kejohanan ini pada awalnya dinamakan sebagai Kejohanan Bola Sepak Amerika Selatan dan nama ini digunakan semenjak tahun 1975. Di antara tahun 1975 dan 1983, kejohanan ini tidak diadakan di sebuah negara sebagai tuan rumah sebaliknya kesemua perlawanan diadakan di tempat sendiri dan tempat lawan.

Format kejohanan pada masa kini menyaksikan 12 buah pasukan kebangsaan bertanding dalam masa sebulan bertempat di negara yang dipilih oleh CONMEBOL. Ia mempunyai dua peringkat; peringkat kumpulan dan peringkat kalah mati. Dalam peringkat kumpulan, 12 buah pasukan akan dipecahkan kepada 3 kumpulan yang setiap satunya mengandungi 4 buah pasukan. 2 buah pasukan dan pasukan tuan rumah akan dibahagikan di dalam balang mengikut formula berdasarkan Kedudukan Dunia FIFA. Manakala pasukan-pasukan yang lain akan diletakkan di dalam balang yang sudah mengandungi pasukan tadi juga mengikut formula yang sama. Pasukan-pasukan di dalam balang ini akan dipilih secara rawak untuk mengisi slot 3 kumpulan[1].

Setiap pasukan di dalam kumpulan masing-masing akan melawan menggunakan format pusingan robin (Bahasa Inggeris: Round-robin), di mana setiap pasukan akan bermain sebanyak 3 perlawanan menentang pasukan lain. Juara dan naib juara setiap kumpulan serta 2 buah pasukan di tangga ketiga terbaik akan mara ke peringkat kalah mati. Sistem mata digunakan untuk menentukan kedudukan pasukan di dalam kumpulan. Bermula tahun 1995, pasukan yang menang akan mendapat 3 mata, seri akan mendapat 1 mata manakala tiada mata bagi pasukan yang kalah, tidak seperti kejohanan pada tahun sebelum 1995, pasukan yang menang mendapat 2 mata.

Kedudukan setiap pasukan di dalam kumpulan akan ditentukan dengan menggunakan kriteria seperti berikut[1]:

  1. Jumlah mata terbanyak yang dikumpulkan sepanjang perlawanan peringkat kumpulan
  2. Perbezaan gol (Gol dijaringkan - gol bolos)
  3. Jumlah gol yang dijaringkan sepanjang perlawanan peringkat kumpulan

Jika terdapat 2 atau lebih pasukan yang mempunyai kriteria yang sama seperti yang dinyatakan di atas, kedudukan mereka akan ditentukan seperti berikut[1]:

  1. Jumlah mata terbanyak yang dikumpulkan oleh pasukan-pasukan yang terlibat.
  2. Perbezaan gol dalam perlawanan di antara pasukan-pasukan yang terlibat.
  3. Jumlah jaringan gol terbanyak dalam perlawanan peringkat kumpulan.
  4. Undian secara rawak oleh Jawatankuasa Penganjuran Kejohanan CONMEBOL

Lapan pasukan yang layak akan memasuki peringkat kalah mati di mana setiap pasukan akan menentang pasukan lain sebanyak sekali. Pemenang setiap perlawanan akan ditentukan menerusi jaringan gol, dan sepakan penalti akan diadakan jika perlawanan masih berkedudukan seri setelah tamat masa tambahan 120 minit. Peringkat kalah mati akan bermula dengan perlawanan suku akhir kemudiannya separuh akhir, perlawanan penentuan tempat ketiga (di antara pasukan yang kalah dalam peringkat separuh akhir), dan akhir sekali perlawanan akhir. Pasukan yang menang di perlawanan akhir akan menjuarai kejohanan ini.

KeputusanSunting

Era Kejohanan Bola Sepak Amerika SelatanSunting

Tahun Tuan Rumah Kedudukan Akhir
Juara Naib Juara Tempat Ketiga Tempat Keempat
1916
  Argentina  
Uruguay
 
Argentina
 
Brazil
 
Chile
1917   Uruguay  
Uruguay
 
Argentina
 
Brazil
 
Chile
1919   Brazil  
Brazil
 
Uruguay
 
Argentina
 
Chile
1920   Chile  
Uruguay
 
Argentina
 
Brazil
 
Chile
1921   Argentina  
Argentina
 
Brazil
 
Uruguay
 
Paraguay
1922   Brazil  
Brazil
 
Paraguay
 
Uruguay
 
Argentina
1923   Uruguay  
Uruguay
 
Argentina
 
Paraguay
 
Brazil
1924   Uruguay  
Uruguay
 
Argentina
 
Paraguay
 
Chile
1925
  Argentina  
Argentina
 
Brazil
 
Paraguay
N/A
1926   Chile  
Uruguay
 
Argentina
 
Chile
 
Paraguay
1927   Peru  
Argentina
 
Uruguay
 
Peru
 
Bolivia
1929   Argentina  
Argentina
 
Paraguay
 
Uruguay
 
Peru
1935   Peru  
Uruguay
 
Argentina
 
Peru
 
Chile
1937   Argentina  
Argentina
 
Brazil
 
Uruguay
 
Paraguay
1939   Peru  
Peru
 
Uruguay
 
Paraguay
 
Chile
1941   Chile  
Argentina
 
Uruguay
 
Chile
 
Peru
1942   Uruguay  
Uruguay
 
Argentina
 
Brazil
 
Paraguay
1945   Chile  
Argentina
 
Brazil
 
Chile
 
Uruguay
1946   Argentina  
Argentina
 
Brazil
 
Paraguay
 
Uruguay
1947   Ecuador  
Argentina
 
Paraguay
 
Uruguay
 
Chile
1949   Brazil  
Brazil
 
Paraguay
 
Peru
 
Bolivia
1953   Peru  
Paraguay
 
Brazil
 
Uruguay
 
Chile
1955   Chile  
Argentina
 
Chile
 
Peru
 
Uruguay
1956   Uruguay  
Uruguay
 
Chile
 
Argentina
 
Brazil
1957   Peru  
Argentina
 
Brazil
 
Uruguay
 
Peru
1959   Argentina  
Argentina
 
Brazil
 
Paraguay
 
Peru
1959   Ecuador  
Uruguay
 
Argentina
 
Brazil
 
Ecuador
1963   Bolivia  
Bolivia
 
Paraguay
 
Argentina
 
Brazil
1967   Uruguay  
Uruguay
 
Argentina
 
Chile
 
Paraguay

Era Copa AméricaSunting

Tahun Tuan Rumah Perlawanan Akhir Penentuan Tempat Ketiga
Juara Jaringan Naib Juara Tempat Ketiga Jaringan Tempat Keempat
1975 Tiada tuan rumah  
Peru
0 – 1 / 2 – 0
(Timbal balik)
1 – 0
 
Colombia
  Brazil
  Uruguay
N/A
1979 Tiada tuan rumah  
Paraguay
3 – 0 / 0 – 1
(Timbal balik)
0 – 0
(Masa tambahan)
 
Chile
  Brazil
  Peru
N/A
1983 Tiada tuan rumah  
Uruguay
2 – 0 / 1 – 1  
Brazil
  Paraguay
  Peru
N/A
1987   Argentina  
Uruguay
1 – 0  
Chile
 
Colombia
2 – 1  
Argentina
1989   Brazil  
Brazil
 
Uruguay
 
Argentina
 
Paraguay
1991   Chile  
Argentina
 
Brazil
 
Chile
 
Colombia
1993   Ecuador  
Argentina
2 – 1  
Mexico
 
Colombia
1 – 0  
Ecuador
1995   Uruguay  
Uruguay
1 – 1
(5–3)
(Penalti)
 
Brazil
 
Colombia
4 – 1  
Amerika Syarikat
1997   Bolivia  
Brazil
3 – 1  
Bolivia
 
Mexico
1 – 0  
Peru
1999   Paraguay  
Brazil
3 – 0  
Uruguay
 
Mexico
2 – 1  
Chile
2001   Colombia  
Colombia
1 – 0  
Mexico
 
Honduras
2 – 2
(5–4)
(Penalti)
 
Uruguay
2004   Peru  
Brazil
2 – 2
(4–2)
(Penalti)
 
Argentina
 
Uruguay
2 – 1  
Colombia
2007   Venezuela  
Brazil
3 – 0  
Argentina
 
Mexico
3 – 1  
Uruguay
2011   Argentina  
Uruguay
3 – 0  
Paraguay
 
Peru
4 – 1  
Venezuela
2015   Chile[2]:  
Chile
0 – 0
(4–1)
(Penalti)
 
Argentina
 
Peru
2 – 0  
Paraguay
2016   Amerika Syarikat  
Chile
0 – 0
(4–2)
(Penalti)
 
Argentina
 
Colombia
1 – 0  
Amerika Syarikat
2019   Brazil[2]
2023   Ecuador
  • Petunjuk
    • Pasukan jemputan dalam perkataan condong

Pasukan negara yang berjayaSunting

Pasukan Juara Naib Juara Tempat Ketiga Tempat Keempat
  Uruguay 15 (1916, 1917*, 1920, 1923*, 1924*, 1926, 1935, 1942*, 1956*, 1959 (Ecuador) , 1967*, 1983, 1987, 1995*, 2011) 6 (1919, 1927, 1939, 1941, 1989, 1999) 9 (1921, 1922, 1929, 1937, 1947, 1953, 1957, 1975, 2004) 5 (1945, 1946, 1955, 2001, 2007)
  Argentina 14 (1921*, 1925*, 1927, 1929*, 1937*, 1941, 1945, 1946*, 1947, 1955, 1957, 1959 (Argentina)*, 1991, 1993) 14 (1916*, 1917, 1920, 1923, 1924, 1926, 1935, 1942, 1959 (Ecuador), 1967, 2004, 2007, 2015, 2016) 4 (1919, 1956, 1963, 1989) 2 (1922, 1987*)
  Brazil 8 (1919*, 1922*, 1949*, 1989*, 1997, 1999, 2004, 2007) 11 (1921, 1925, 1937, 1945, 1946, 1953, 1957, 1959 (Argentina), 1983, 1991, 1995) 7 (1916, 1917, 1920, 1942, 1959 (Ecuador), 1975, 1979) 3 (1923, 1956, 1963)
  Paraguay 2 (1953, 1979) 6 (1922, 1929, 1947, 1949, 1963, 2011) 7 (1923, 1924, 1925, 1939, 1946, 1959 (Argentina), 1983) 7 (1921, 1926, 1937, 1942, 1967, 1989, 2015)
  Chile 2 (2015*, 2016) 4 (1955*, 1956, 1979, 1987) 5 (1926*, 1941*, 1945*, 1967, 1991*) 10 (1916, 1917, 1919, 1920*, 1924, 1935, 1939, 1947, 1953, 1999)
  Peru 2 (1939*, 1975) 8 (1927*, 1935*, 1949, 1955, 1979, 1983, 2011, 2015) 5 (1929, 1941, 1957*, 1959 (Argentina), 1997)
  Colombia 1 (2001*) 1 (1975) 4 (1987, 1993, 1995, 2016) 2 (1991, 2004)
  Bolivia 1 (1963*) 1 (1997*) 2 (1927, 1949)
  Mexico^ 2 (1993, 2001) 3 (1997, 1999, 2007)
  Honduras^ 1 (2001)
  Ecuador 2 (1959 (Ecuador)*, 1993*)
  Amerika Syarikat^ 2 (1995, 2016)
  Venezuela 1 (2011)
*=tuan rumah
^=undangan
  • Terdapat hanya 2 edisi di mana sama ada Brazil mahupun Uruguay telah selesai dalam empat teratas (1993, 2015).
  • Terdapat hanya 3 edisi di mana sama ada Argentina atau Brazil telah selesai dalam empat teratas (1939, 2001, 2011).
  • Terdapat hanya 3 edisi di mana sama ada Argentina mahupun Uruguay selesai dalam empat teratas (1949, 1979, 1997).
  • Tidak pernah ada satu edisi pun dimana ketiga-tiga negara Uruguay, Argentina, dan Brazil berjaya ke empat teratas.
  • Semua kejohanan Copa América diadakan di Brazil dan Uruguay telah dimenangi oleh negara tuan rumah, manakala Argentina telah memenangi 6 Kejohanan Amerika Selatan sebagai tuan rumah dan Uruguay telah memenangi 3 daripada 15 Copa América mereka di Argentina (1916, 1987, 2011).[Penjelasan diperlukan]

PenampilanSunting

Penampilan Negara
43   Uruguay
41   Argentina
37   Chile
35   Paraguay
35   Brazil
30   Peru
26   Ecuador
25   Bolivia
20   Colombia
16   Venezuela
9   Mexico
4   Costa Rica
3   Amerika Syarikat
1   Honduras
  Jepun
  Jamaica

StatistikSunting

Dari Edisi pertama (Kejohanan Bola Sepak Amerika Selatan 1916) hingga termasuk Copa América 2015.

Pasukan Pemenang Edisi Mt BP M S K JG GB PG Pur / GP
1   Argentina 14 41 397 188 120 37 31 455 173 +282 2,11
2   Uruguay 15 43 358 197 108 34 55 399 218 +181 1,82
3   Brazil 8 35 332 178 99 35 44 405 200 +205 1,87
4   Paraguay 2 35 224 165 62 38 65 252 290 -38 1,36
5   Chile 1 37 209 171 60 29 82 265 299 -34 1,22
6   Peru 2 30 189 144 52 33 59 209 230 -21 1,31
7   Colombia 1 20 140 107 39 23 45 124 178 -54 1,31
8   Bolivia 1 25 86 109 20 26 63 102 272 -170 0,78
9   Ecuador 0 26 65 114 15 20 79 120 307 -187 0,57
10   Mexico 0 9 63 44 17 12 15 60 53 +7 1,43
11   Venezuela 0 16 27 58 5 12 41 43 166 -123 0,46
12   Costa Rica 0 4 14 14 4 2 8 14 25 -11 1,00
13   Honduras 0 1 10 6 3 1 2 7 5 +2 1,66
14   Amerika Syarikat 0 3 8 12 2 2 8 11 21 -10 0,66
15   Jepun 0 1 1 3 0 1 2 3 8 -5 0,33
16   Jamaica 0 1 0 3 0 0 3 0 3 -3 0,00

Lihat jugaSunting

RujukanSunting

  1. ^ a b c Stewart Coggin. "Copa America Format". About.com. Dicapai pada 02 Februari 2014. 
  2. ^ a b Luis Mira. "Chile set to host 2015 Copa America". Goal.com. Dicapai pada 02 Februari 2014. 

Pautan luarSunting