Pasukan bola sepak kebangsaan Mexico

Pasukan bola sepak kebangsaan Mexico (Sepanyol: Selección de fútbol de México) adalah pasukan bola sepak kebangsaan Mexico dan dikawal oleh Persekutuan Bola Sepak Mexico (FEMEXFUT).[3][4]

Mexico
Shirt badge/Association crest
GelaranEl Tri (The Tri)
El Tricolor (The Tricolor)
PersatuanPersekutuan Bola Sepak Mexico
Sub-konfederasiNAFU (Amerika Utara)
KonfederasiCONCACAF
Ketua jurulatihGerardo Martino
KaptenAndrés Guardado
Kaps terbanyakAndrés Guardado (179)
Penjaring terbanyakJavier Hernández (52)
Stadium tuan rumahEstadio Azteca
Kod FIFAMEX
Kedudukan FIFA 15 1 (20 Jun 2024)[1]
Kedudukan tertinggi FIFA4 (Mei 1998, Mei 2006)
Kedudukan terendah FIFA26 (Jun 2007)
Kedudukan Elo 21 7 (21 Jun 2024)[2]
Kedudukan tertinggi Elo6 (Jun 2005)
Kedudukan terendah Elo47 (Februari 1979)
Warna utama
Warna kedua
Antarabangsa pertama
 Guatemala 2–3 Mexico Mexico
(Guatemala, Guatemala; 1 Januari, 1923)
Kemenangan terbesar
Mexico Mexico 13–0 Bahamas Flag of the Bahamas
(Toluca, Mexico; April 28 1987)
Kekalahan terbesar
 England 8–0 Mexico Mexico
(London, England; Mei 10 1961)
Piala Dunia
Kemunculan16 (Kali pertama pada 1930)
Keputusan terbaikSuku Akhir (1970, 1986)
Piala Emas CONCACAF
Kemunculan20 (Kali pertama pada 1963)
Keputusan terbaikJuara (1965, 1971,
1977, 1993, 1996,1998,
2003, 2009, 2011, 2015)
Piala Konfederasi FIFA
Kemunculan6 (Kali pertama pada 1995)
Keputusan terbaikJuara (1999)

Sejarah

sunting

Mexico menyertai Piala Dunia pertama pada tahun 1930 tetapi tidak muncul lagi dalam pertandingan sehingga tahun 1950. Sejak 1950 (dibantu oleh kekurangan penyertaan wilayah Amerika Utara), Mexico melayakkan diri untuk enam Piala Dunia berturut-turut, termasuk menjadi tuan rumah pertandingan pada tahun 1970.

Sebelum tahun 1970, Mexico berjuang dengan susah payah apabila dibandingkan dengan pasukan-pasukan Eropah dan Amerika Selatan, dan hanya memenangi sekali dalam lima pertandingan (pada 1962, dengan kemenangan 3-1 menentang Czechoslovakia). Oleh sebab itu, pasukan ini kekadang dirujuk sebagai "Los Ratones Verdes" ("Tikus Hijau"). Bagaimanapun mereka semakin menampilkan pembaikan yang ketara dengan setiap pertandingan, hanya satu mata dicapai pada 1958, 2 mata pada 1962 dan 1966. Penjaga gol, Antonio Carbajal, merupakan seorang yang unggul kerana menjadi pemain pertama untuk muncul dalam lima Piala Dunia berturut-turut, dan mengasaskan diri sebagai legenda dalam permainan antarabangsa ini. Pemain tengah, Salvador Reyes, bermain dalam pertandingan-pertandingan 1958, 1962 dan 1966.

Pada tahun 1970, Mexico mencapai kejayaan yang cemerlang di negara sendiri. Dimasukkan ke dalam Kumpulan 1, mereka memulakan pertandingan dengan kedudukan seri tanpa mata menentang Republik Soviet, diikuti oleh kemenangan-kemenangan menentang El Salvador (4-0) dan Belgium (1-0). Menghadapi Itali di suku akhir, mereka mulanya menang tetapi akhirnya ditewaskan 4-1.

Malangnya, kemajuan ini tidak dapat dikekalkan dan Mexico gagal melayakkan diri pada tahun 1974 (tidak disangka, Haiti melayakkan diri untuk wilayahnya) tetapi mereka kembali pada tahun 1978 hanya untuk ditewaskan oleh Jerman Barat, Tunisia dan Poland. Hugo Sanchez yang muda bermain dalam pasukan 1978 dan kemudian mencapai kejayaan di Real Madrid. Mereka gagal melayakkan diri pada tahun 1982, tetapi menjadi tuan rumah untuk pertandingan 1986 dan sekali lagi mencapai suku akhir dalam pertandingan tersebut.

Mexico tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam pusingan kelayakan pada tahun 1990 kerana didapati memasukkan seorang pemain lewat umur dalam pertandingan kelayakan belia Olimpik CONCACAF bagi Sukan Olimpik 1988 di Guatemala. Sejak itu, Mexico telah melayakkan diri untuk empat Piala Dunia berturut-turut.

Perlawanan Terkini

sunting

Bermula dari 1990an, bola sepak Mexico mulai mengalami kejayaan antarabangsa yang konsisten. Saat peruabahan yang paling penting adalah ketika penyertaan mereka dalam Copa America 1993, di mana mereka mengejutkan ramai dengan mendapat tempat kedua dalam penyertaan sulung mereka, kalah tipis kepada Argentina 2-1 di perlawanan akhir. Dirangsang oleh kejayaan tersebut, Mexico meneruskan kecemerlangan mereka dengan memenangi kumpulannya pada Piala Dunia 1994, iaitu "Kumpulan Maut" dimana ia terdiri daripada mereka sendiri, Itali, Ireland, dan Norway. Sungguhpun Mexico tewas akhirnya pada pusingan kedua di tangan Bulgaria, persembahan tersebut memulakan satu siri kejayaan di pentas utama bolasepak, di mana pasukan Mexico juga layak ke pusingan kedua di kedua-dua Piala Dunia 1998 dan Piala Dunia 2002.

Semenjak mendapat Naib Juara di Copa America 1993, Mexico telah kerap menjadi peserta di kejohanan Amerika Selatan itu dan memberi persembahan yang memberangsangkan. Mereka mendapat tempat ketiga pada kejohanan 1997 dan 1999 dan sekali lagi tempat kedua pada 2001. Malah, Mexica tidak pernah gagal untuk sampai ke peringkat suku akhir Copa America dan dua kali mempunyai penjaring terbanyak kejohanan, Luis Garcia pada 1995 (berkongsi gelaran tersebut dengan Gabriel Batistuta) dan Luis Hernandez pada 1997. Kejayaan yang mengejutkan pasukan ini mencapai kemuncaknya pada tahun 1990 apabila Mexico menganjurkan dan menjuarai Piala Konfederasi FIFA 1999. Mexico memenangi trofi kejohanan FIFA rasmi pertamanya dengan menewaskan Brazil, dalam perlawanan akhir yang menarik dengan berkeputusan 4-3. Bintang Mexico, Cuauhtemoc Blanco, berkongsi gelaran Kasut Emas sebagai penjaring terbanyak dengan seorang lagi bakal bintang Brazil, Ronaldinho.

Pada dekad 2000, Amerika Syarikat telah terbukti menjadi pencabar kepada dominsai Mexico dalam bola sepak peringkat benua, dengan memenangi Piala Emas 2002 dan menyingkirkan Mexico daripada pusingan kedua di Piala Dunia FIFA 2002. Sungguhpun mengalami kekalahan yang mengecewakan itu, Mexico sekali lagi menganjurkan Piala Emas pada 2003. Malah, Mexico membalas dendam ke atas Amerika Syarikat dengan menyingkirkan mereka pada kelayakan untuk Sukan Olimpik 2004. Bagaimanapun, pada kejohanan Piala Emas 2005, Mexico mengalami kekecewaan apabila tersingkir pada peringkat awal, di mana mereka disingkirkan oleh tetamu Colombia di peringkat suku akhir dengan gol liar apabila perlawanan berbaki lima belas minit lagi.

Kenaikan serentak Amerika Syarikat dan Mexico di arena antarabangsa telah membantu melonjakkan status rantau CONCACAF. Apa yang lebih penting, ia telah membentuk permusuhan yang semula jadi yang membantu perkembangan kedua-dua pasukan kebangsaan itu. Malah, Mexico dan Amerika Syarikat bersaing sengit sewaktu kelayakan untuk Piala Dunia 2006. Mexico mengalahkan Amerika Syarikat 2-1 di Bandar Mexico pada 27 Mac 2005. Pasukan Amerika kemudiannya membalas dendam dengan menumpaskan Mexico 2-0 di Colombus, Ohio, pada 3 September 2005. justeru menempah tempat mereka di Jerman. Sungguhpun begitu, Mexico mengesahkan tempat mereka di Piala Dunia empat hari kemudiannya dengan menewaskan Panama 5-0 di Bandar Mexico. Akhirnya, kedua-dua negara menghabiskan kempen kelayakan mereka dengan rekod yang serupa, 7-1-2, dengan Amerika Syarikat mendapat sedikit kelebihan di atas perbezaaan gol.

Rekod Kejohanan

sunting
Rekod Piala Dunia
Tahun Pusingan Kedudukan BP M S* K JG GB
  1930 Pusingan 1 13 3 0 0 3 4 13
  1934 Tidak layak
  1938 Menarik diri
  1950 Pusingan 1 12 3 0 0 3 2 10
  1954 13 2 0 0 2 2 8
  1958 16 3 0 1 2 1 8
  1962 11 3 1 0 2 3 4
  1966 12 3 0 2 1 1 3
  1970 Suku Akhir 6 4 2 1 1 6 4
  1974 Tidak layak
  1978 Pusingan 1 16 3 0 0 3 2 12
  1982 Tidak layak
  1986 Suku Akhir 6 5 3 2 0 6 2
  1990 diharamkan
  1994 Pusingan 2 13 4 1 2 1 4 4
  1998 13 4 1 2 1 8 7
   2002 11 4 2 1 1 4 4
  2006 15 4 1 1 2 5 5
  2010 14 4 1 1 2 4 5
  2014 10 4 2 1 1 5 3
  2018 Pusingan 2 12 4 2 0 2 3 6
  2022 Pusingan 1 22 3 1 1 1 2 3
Jumlah Terbaik: Suku Akhir 16/22 56 15 14 27 57 98
Rekod Piala Konfederasi FIFA
Tahun Pusingan Kedudukan BP M S* K JG GB
  1992 Tidak layak
  1995 Tempat Ketiga 3 3 1 2 0 4 2
  1997 Pusingan 1 5 3 1 0 2 8 6
  1999 Juara 1 5 4 1 0 13 6
    2001 Pusingan 1 8 3 0 0 3 1 8
  2003 Tidak layak
  2005 Tempat Keempat 4 5 2 2 1 7 6
  2009 Tidak layak
  2013 Pusingan 1 6 3 1 0 2 3 5
  2017 Tempat Keempat 4 5 2 1 2 8 10
Jumlah Terbaik: Juara 7/10 27 11 6 10 43 43
Rekod Piala Emas CONCACAF
Tahun Pusingan BP M S* K JG GB
  1963 Pusingan 1 3 1 1 1 9 2
  1965 Juara 5 4 1 0 13 2
  1967 Naib Juara 5 4 0 1 10 1
  1969 Tempat Keempat 5 1 2 2 4 5
  1971 Juara 5 4 1 0 6 1
  1973 Tempat Ketiga 5 2 2 1 10 5
  1977 Juara 5 5 0 0 20 5
  1981 Tempat Ketiga 5 1 3 1 6 3
1985 Menjadi tuan rumah Piala Dunia 1986

1989 diharamkan
  1991 Tempat Ketiga 5 3 1 1 10 5
   1993 Juara 5 4 1 0 28 2
  1996 4 4 0 0 9 0
  1998 4 4 0 0 8 2
  2000 Suku Akhir 3 1 1 1 6 3
  2002 Suku Akhir 3 2 1 0 4 1
   2003 Juara 5 4 1 0 9 0
  2005 Suku Akhir 4 2 0 2 7 4
  2007 Naib Juara 6 4 0 2 7 5
  2009 Juara 6 5 1 0 15 2
  2011 6 6 0 0 22 4
  2013 Separuh Akhir 5 3 0 2 8 5
   2015 Juara 6 4 2 0 16 6
Jumlah Terbaik: Juara 100 68 18 14 227 63
Rekod Copa América CONMEBOL
Tahun Pusingan BP M S* K JG GB
  1993 Naib Juara 6 2 2 2 8 7
  1995 Suku Akhir 4 1 2 1 5 4
  1997 Tempat Ketiga 6 2 2 2 8 9
  1999 6 3 1 2 10 9
  2001 Naib Juara 6 3 1 2 7 5
  2004 Suku Akhir 4 2 1 1 5 7
  2007 Tempat Ketiga 6 4 1 1 13 5
  2011 Pusingan 1 3 0 0 3 1 4
  2015 3 0 2 1 4 5
  2016 Suku Akhir 4 2 1 1 6 9
Jumlah Terbaik: Naib Juara 45 19 13 13 65 58
rekod Sukan Olimpik
Tahun Pusingan Kedudukan BP M S* K JG GB
  1900 Tidak Menyertai
  1904
  1908
  1912
  1920
  1924
  1928 Pusingan 1 14 2 0 0 2 2 10
  1936 Tidak Memasuki
  1948 Pusingan 1 11 1 0 0 1 3 5
 1952 Tidak layak
 1956
 1960
 1964 Pusingan 1 11 3 0 1 2 2 6
 1968 Tempat Keempat 4 5 3 0 2 10 7
 1972 Pusingan 2 7 6 2 1 3 4 14
 1976 Pusingan 1 9 3 0 2 1 4 7
 1980 Tidak layak
 1984
 1988 diharamkan
  1992 Pusingan 1 10 3 0 3 0 3 3
  1996 Suku Akhir 7 4 1 2 1 2 3
  2000 Tidak layak
  2004 Pusingan 1 10 3 1 1 1 3 3
  2008 Tidak layak
  2012 Juara 1 6 5 1 0 12 4
Jumlah Terbaik: Juara 10/18 37 12 11 14 45 64
Rekod Sukan Benua Amerika
Tahun Pusingan Kedudukan BP M S* K JG GB
  1951 Tidak memasuki
  1955 Naib Juara 2 6 1 3 2 10 13
  1959 Pusingan 1 6 6 1 1 4 13 20
  1963 Tidak memasuki
  1967 Juara 1 5 3 2 0 12 4
  1971 Pusingan 1 7 3 1 1 1 3 3
  1975 Juara 1 6 4 2 0 27 5
  1979 Tidak memasuki
  1983 Pusingan 1 6 2 1 0 1 2 1
  1987 Tempat Keempat 4 4 3 0 1 10 2
  1991 Naib Juara 2 5 3 1 1 19 4
  1995 2 6 5 1 0 13 5
  1999 Juara 1 6 4 2 0 14 5
  2003 Tempat Ketiga 3 5 1 2 2 7 7
  2007 3 5 3 2 0 6 1
  2011 Juara 1 5 4 1 0 12 4
  2015 Naib Juara 2 5 3 1 1 8 5
Jumlah Terbaik: Juara 14/17 69 37 19 13 156 79
Rekod Sukan Amerika Tengah dan Caribbean
Tahun Pusingan BP M S* K JG GB
  1930 Tidak Menyertai
  1935 Juara 5 5 0 0 29 6
  1938 5 4 1 0 14 4
  1946 Tidak Menyertai
  1950 5 6 1 3 2 8 10
  1954 Naib Juara 4 3 0 1 11 3
  1959 Juara 4 4 0 0 10 3
  1962 Naib Juara 5 4 0 1 17 4
  1966 Juara 5 5 0 0 11 2
  1970 Tidak Menyertai
  1974 Tempat Keempat 6 3 1 2 7 6
  1978 6 2 2 2 11 7
  1982 Naib Juara 5 3 1 1 8 3
  1986 Tempat Ketiga 5 4 0 1 6 3
  1990 Juara 5 5 0 0 20 1
  1993 Naib Juara 5 3 0 2 11 4
  1998 6 5 0 1 11 4
  2002 5 2 3 0 8 4
  2006 7 3 1 0 2 2 4
  2010 Tiada Kejohanan Bola Sepak
Jumlah Terbaik: Juara 80 54 8 18 184 68

Pemain

sunting

Skuad terkini

sunting

Berikut adalah senarai pemain yang dipanggil untuk menyertai skuad di Piala Dunia FIFA 2022.

No. Pos. Pemain Tarikh Lahir (Umur) Kaps Gol Kelab
1 GK Alfredo Talavera (1982-09-18) 18 September 1982 (umur 42) 40 0   Juárez
12 GK Rodolfo Cota (1987-07-03) 3 Julai 1987 (umur 37) 8 0   León
13 GK Guillermo Ochoa (1985-07-13) 13 Julai 1985 (umur 39) 133 0   América
2 DF Néstor Araujo (1991-08-29) 29 Ogos 1991 (umur 33) 64 3   América
3 DF César Montes (1997-02-24) 24 Februari 1997 (umur 27) 32 1   Monterrey
5 DF Johan Vásquez (1998-10-22) 22 Oktober 1998 (umur 26) 7 0   Cremonese
6 DF Gerardo Arteaga (1998-09-07) 7 September 1998 (umur 26) 17 1   Genk
15 DF Héctor Moreno (1988-01-17) 17 Januari 1988 (umur 36) 130 5   Monterrey
19 DF Jorge Sánchez (1997-12-10) 10 Disember 1997 (umur 27) 27 1   Ajax
23 DF Jesús Gallardo (1994-08-15) 15 Ogos 1994 (umur 30) 80 1   Monterrey
26 DF Kevin Álvarez (1999-01-15) 15 Januari 1999 (umur 25) 9 0   Pachuca
4 MF Edson Álvarez (1997-10-24) 24 Oktober 1997 (umur 27) 59 3   Ajax
7 MF Luis Romo (1995-06-05) 5 Jun 1995 (umur 29) 27 1   Monterrey
8 MF Carlos Rodríguez (1997-01-03) 3 Januari 1997 (umur 27) 37 0   Cruz Azul
14 MF Érick Gutiérrez (1995-06-15) 15 Jun 1995 (umur 29) 35 1   PSV
16 MF Héctor Herrera (1990-04-19) 19 April 1990 (umur 34) 104 10   Houston Dynamo
17 MF Orbelín Pineda (1996-03-24) 24 Mac 1996 (umur 28) 50 6   AEK Athens
18 MF Andrés Guardado (kapten) (1986-09-28) 28 September 1986 (umur 38) 179 28   Betis
21 MF Uriel Antuna (1997-08-21) 21 Ogos 1997 (umur 27) 38 9   Cruz Azul
24 MF Luis Chávez (1996-01-15) 15 Januari 1996 (umur 28) 11 0   Pachuca
25 MF Roberto Alvarado (1998-09-07) 7 September 1998 (umur 26) 32 4   Guadalajara
9 FW Raúl Jiménez (1991-05-05) 5 Mei 1991 (umur 33) 97 29   Wolverhampton Wanderers
10 FW Alexis Vega (1997-11-25) 25 November 1997 (umur 27) 24 6   Guadalajara
11 FW Rogelio Funes Mori (1991-03-05) 5 Mac 1991 (umur 33) 16 6   Monterrey
20 FW Henry Martín (1992-11-18) 18 November 1992 (umur 32) 28 6   América
22 FW Hirving Lozano (1995-07-30) 30 Julai 1995 (umur 29) 62 16   Napoli

Pemain terkenal

sunting


Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ "The FIFA/Coca-Cola World Ranking". FIFA. 20 Jun 2024. Dicapai pada 20 Jun 2024.
  2. ^ Elo rankings change compared to one year ago. "World Football Elo Ratings". eloratings.net. 21 Jun 2024. Dicapai pada 21 Jun 2024.
  3. ^ "FIFA World Rankings". FIFA. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-11-03. Dicapai pada 2015-03-15.
  4. ^ "World Football Elo Ratings". World Football Elo Ratings. Diarkibkan daripada yang asal pada 2006-07-20. Dicapai pada 2013-08-13.

Pautan luar

sunting