PSV Eindhoven


Philips Sport Vereniging (Bahasa Inggeris: Philips Sports Union), dikenali sama ada PSV atau PSV Eindhoven, merupakan kelab bola sepak dari Eindhoven, Belanda. Asas kelab PSV masa kini iaitu Philips Elftal ditubuhkan pada 1910 oleh sekumpulan perunding syarikat janakuasa untuk mengisi masa berkualiti untuk keluarga pekerja Philips dan menimbulkan semangat kekitaan dalam kalangan penduduk Eindhoven. Namun pada 1912, kelab tersebut dibubarkan akibat mogok yang dilakukan pekerja. Kemudian, sebuah kelab baru iaitu kelab PSV sekarang diwujudkan ketika sebuah karnival sukan selama dua hari yang sangat berjaya. Bahagian kelab bola sepak pula ditubuhkan pada 31 Ogos 1913. Kelab ini mempunyai kaitan yang sungguh rapat dengan syarikat Philips, syarikat yang menghasilkan mentol ketika itu sehingga kedua-dua entiti tersebut menjadi identiti kebanggaan bandar di mata dunia.[2]PSV ialah antara gergasi dalam liga Eredivisie bersama Feyenoord dan Ajax.[3]

PSV
PSV logo
Nama penuh Philips Sport Vereniging NV
Gelaran Boeren (Peasants)
Rood-witten (Red-whites)
Ditubuhkan 31 Ogos 1913
Stadium/Padang Philips Stadion
Eindhoven
Kapasiti 35,000
Pengerusi Belanda Tiny Sanders[1]
Pengurus Belanda Phillip Cocu[1]
Liga Eredivisie
2021/22 Eredivisie, ke-2
Warna tuan rumah
Warna tempat lawan

SejarahSunting

Era Philips ElftalSunting

Pada tahun 1910, syarikat Philips ingin mewujudkan lebih banyak masa berkualiti kepada para pekerjanya. Maka, 8 orang perunding syarikat janakuasa menubuhkan Philips Elftal atau Pasukan Philips. Kelab tersebut ditubuhkan dengan hasrat untuk menyaingi pasukan-pasukan bola sepak lain di Belanda. Dalam perlawanan pertama pada musim bunga 1911, pasukan Elftal berjaya memenangi perlawanan dengan jaringan 4-0. Kemudian, beberapa siri perlawanan bersama pasukan setempat, EVV Eindhoven turut diadakan. Mereka juga mengadakan perlawanan bersama pasukan dari Hasselt, Horn dan Mönchengladbach. Namun, akibat mogok pekerja pada 1912, kelab Elftal terpaksa dibubarkan.[2]

LatihanSunting

Pasukan utama menjalankan latihan mereka di De Herdgang.[4]

GelaranSunting

Gelaran
Kejuaraan Tahun
Eredivisie

1929, 1935, 1951, 1963, 1975, 1976, 1978, 1986, 1987, 1988, 1989, 1991, 1992, 1997, 2000, 2001, 2003, 2005, 2006, 2007, 2008

Piala KNVB 1950, 1974, 1976, 1988, 1989, 1990, 1996, 2005, 2012
Piala Super Belanda 1992, 1996, 1997, 1998, 2000, 2001, 2003, 2009, 2012
Liga Juara-Juara Eropah 1988
Piala UEFA 1978

SkuadSunting

Skuad utamaSunting

Sehingga 31 Ogos 2022[5]
No. Posisi Pemain
1   GK Walter Benítez
2   DF Ki-Jana Hoever (dipinjam dari Wolverhampton)
3   DF Jordan Teze
4   DF Armando Obispo
5   DF André Ramalho
6   MF Ibrahim Sangaré
7   MF Xavi Simons
8   MF Marco van Ginkel
9   FW Luuk de Jong (kapten)
10   MF Noni Madueke
11   FW Cody Gakpo
15   MF Érick Gutiérrez
16   GK Joël Drommel
17   MF Mauro Júnior
18   DF Olivier Boscagli
No. Posisi Pemain
20   MF Guus Til
21   FW Anwar El Ghazi
22   DF Jarrad Branthwaite (dipinjam dari Everton)
23   MF Joey Veerman
24   GK Boy Waterman
27   FW Johan Bakayoko
28   MF Ismael Saibari
29   DF Phillipp Mwene
31   DF Philipp Max
32   FW Yorbe Vertessen
33   FW Sávio (dipinjam dari Troyes)
35   DF Fredrik Oppegård
37   MF Richard Ledezma
41   GK Kjell Peersman

Pemain dipinjamSunting

No. Posisi Pemain
  DF Timo Baumgartl (di Union Berlin sehingga 30 Jun 2023)
  DF Shurandy Sambo (di Sparta Rotterdam sehingga 30 Jun 2023)
No. Posisi Pemain
  FW Bruma (di Fenerbahçe sehingga 30 Jun 2023)
  FW Maximiliano Romero (di Racing sehingga 30 June 2023)

RujukanSunting

  1. ^ a b Organisasi kelab, Capaian pada 8 Julai 2014
  2. ^ a b Sejarah kelab, Capaian pada 13 Julai 2014
  3. ^ http://www.fifa.com/classicfootball/clubs/club=1914838/index.html
  4. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-08-14. Dicapai pada 2014-07-13.
  5. ^ "PSV-selectie 2012–2023". PSV.nl. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 January 2015. Dicapai pada 15 August 2022.

Pautan luarSunting