Buka menu utama

Pasukan bola sepak kebangsaan Jerman

Pasukan bola sepak kebangsaan Jerman (Bahasa Jerman: Die deutsche Fußballnationalmannschaft) merupakan pasukan bola sepak yang mewakili negara Jerman pada peringkat antarabangsa sejak 1908. Pasukan tersebut ditedbir oleh Persekutuan Bola Sepak Jerman DFB (Deutscher Fußball-Bund) yang telah ditubuhkan pada tahun 1900.

 Jerman
Shirt badge/Association crest
GelaranDie Mannschaft (The Team), digunakan oleh media bahasa Inggeris
PersatuanPersatuan Bola Sepak Jerman
(Deutscher Fußball-Bund — DFB)
KonfederasiUEFA (Eropah)
Ketua jurulatihJerman Joachim Löw
Penolong jurulatihThomas Schneider
KaptenManuel Neuer
Kaps terbanyakLothar Matthäus (150)
Penjaring terbanyakMiroslav Klose (71)
Kod FIFAGER
Kedudukan FIFA 16 (24 Oktober 2019)[1]
Kedudukan tertinggi FIFA1 (Ogos 1993)
Kedudukan terendah FIFA23 (Mac 2006)
Kedudukan Elo7
Kedudukan tertinggi Elo1 (1990–92, 1993–94, 1996–97)
Kedudukan terendah Elo28 (1923)
Warna tuan rumah
warna pelawat
Antarabangsa pertama
 Switzerland 5 - 3 Jerman Jerman
(Basel, Switzerland; 5 April 1908)
Kemenangan terbesar
Jerman Jerman 16 - 0 Rusia Rusia
(Stockholm, Sweden; 1 Julai 1912)
Kekalahan terbesar
England England Amatur 9 - 0 Jerman Jerman
(Oxford, England; 13 Mac 1909)[2]
Piala Dunia
Kemunculan19 (Kali pertama pada 1934)
Keputusan terbaikJuara (1954, 1974, 1990, 2014)
Piala Eropah
Kemunculan12 (Kali pertama pada 1972)
Keputusan terbaikJuara (1972, 1980, 1996)
Piala Konfederasi FIFA
Kemunculan3 (Kali pertama pada 1999)
Keputusan terbaikJuara (2017)

Dari tahun 1950 hingga 1990, pasukan tersebut telah digelar secara tidak rasmi sebagai Jerman Barat kerana sejak Perang Dunia Kedua, DFB beroperasi di Republik Bersekutu Jerman yang pada umumnya digelar Jerman Barat dari 1949 hingga 1990. DFB meneruskan untuk menyenarai pasukan kebangsaan yang kembali diterima oleh FIFA selepas Piala Dunia 1950 dengan mengekalkan semua rekod dan tradisi. Di bawah penguasaan dan pembahagian Kuasa Bersekutu, dua pasukan kebangsaan yang berlainan iaitu Pasukan Saarland (1950–1956) dan Pasukan Jerman Timur (1952–1990) turut diiktiraf oleh FIFA. Kedua-dua buah pasukan tersebut kini telah diserap ke dalam pasukan kebangsaan sekarang, beserta rekod (bilangan penyertaan perlawanan dan penjaring gol). Nama rasmi dan kod "Germany FR (FRG)" telah dipendekkan kembali kepada "Germany (GER)" sejak 1990.

Jerman merupakan salah satu daripada tiga pasukan paling berjaya dalam kejohanan antarabangsa dengan menjuarai Piala Dunia sebanyak tiga kali dan mempunyai tiga gelaran juara Eropah. Mereka juga merupakan antara pasukan yang paling konsisten kerana bukan sahaja mempunyai gelaran juara dunia dan juara Eropah, malah menjadi naib juara sebanyak tiga kali pada kejohanan Piala Eropah dan empat kali di Piala Dunia termasuk tiga kali mendapat tempat ketiga di Piala Dunia. Jerman Timur memenangi pingat emas Olimpik pada 1976. Jerman merupakan satu-satunya negara yang pernah memenangi Piala Dunia bagi kedua-dua kategori lelaki dan perempuan.

Dalam dua perlawanan lepas di peringkat akhir kejohanan utama iaitu di perlawanan akhir Euro 2008Euro 96 dan Piala Dunia 2002 - pemain yang menjaringkan gol penentuan di peringkat separuh akhir sedar bahawa mereka tidak mempunyai peluang beraksi pada peringkat akhir kerana digantung perlawanan. Andreas Möller pada 1996 dan Michael Ballack pada 2002 menerima kad kuning pada peringkat separuh akhir menentang England dan Korea Selatan masing-masing. Möller menjaringkan gol dalam sepakan penentuan penalti menentang England dan Michael Ballack menjaringkan gol tunggal ketika menentang Korea Selatan.

Staf kejurulatihan pasukan kebangsaan Jerman sekarang ialah ketua jurulatih Joachim Löw, penolong jurulatih Hans-Dieter Flick, jurulatih penjaga gol Andreas Köpke, jurulatih atletik Mark Verstegen dan Oliver Schmidtlein, scout Urs Siegenthaler, pengarah teknikal Matthias Sammer dan pengurus pasukan Oliver Bierhoff.

SejarahSunting

Sejarah awalSunting

Antara tahun 1899 dan 1901 terdapat lima perlawanan antarabangsa tidak rasmi yang melibatkan pasukan pilihan Jerman dan Inggeris di mana kesemuanya berkesudahan dengan kekalahan besar Jerman. Lapan tahun setelah penubuhan Persatuan Bola Sepak Jerman (DFB), perlawanan rasmi pertama menentang Switzerland telah diadakan pada 5 April 1908 di Basel. Keputusan perlawan tersebut memihak kepada Switzerland dengan 5-3. Para pemain telah dipilih sendiri oleh DFB kerana ketiadaan jurulatih pada ketika itu.

Otto Nerz, seorang guru sekolah dari Mannheim merupakan jurulatih pertama pasukan kebangsaan dan telah berkhidmat dari tahun 1923 sehingga 1936. Jerman berjaya memenangi tempat ketiga pada penyertaan sulung mereka di Piala Dunia 1934. Dua tahun selepas itu, Sepp Herberger mengambil alih tugas sebagai jurulatih]]. Dalam Kejohanan Piala Dunia 1938, beberapa orang pemain dari Austria telah mewakili pasukan Jerman selepas Austria dimasukkan ke dalam Jerman selepas Anschluss. Mereka telah disingkirkan pada pusingan pertama, satu-satunya pencapaian terburuk Jerman di Piala Dunia.


Pasca Perang DuniaSunting

Jerman Timur 1949–1990Sunting

Pada 1949, sosialis Republik Demokrat Jerman telah dibentuk di kawasan bawah penguasaan Soviet di bahagian timur Jerman. Dari 1952 dan seterusnya diwakili oleh persatuan bola sepak (FA) sendiri dan Pasukan bola sepak kebangsaan Jerman Timur. Jerman Timur ialah satu-satunya pasukan yang mampu menewaskan pasukan Jerman Barat yang telah memenangi Piala Dunia 1974, peristiwa yang sangat simbolik bagi kedua-dua belah pihak. Jerman Timur telah memenangi pingat emas pada Sukan Olimpik 1976. Selepas tembok Berlin diruntuhkan pada tahun 1989, GDR dibubarkan dan Neue Bundesländer menyertai Republik Persekutuan Jerman ketika panyatuan Jerman pada 1990, manakala kelab-kelab bola sepak dan para pemain menyertai DFB.

Das Wunder von BernSunting

Pada Piala Dunia 1954, Jerman Barat yang diketuai oleh Fritz Walter, bertemu dengan pasukan yang pernah menentang mereka dalam perlawanan persahabatan seperti Turki, Yugoslavia dan Austria. Ketika menentang pasukan pilihan, Hungary, pada peringkat kumpulan, jurulatih Jerman, Sepp Herberger, tidak menyenaraikan pemain-pemain utama beliau kerana mereka masih mampu melayakkan diri ke peringkat seterusnya walaupun kalah, sekaligus menyelamatkan mereka daripada kekalahan memalukan 3-8 di tangan Hungary. Jerman Barat akan bertemu kembali dengan Hungary pada perlawanan akhir, bersemuka dengan pasukan legenda Mighty Magyars, yang sedang memegang rekod 32 perlawanan berturut-turut tanpa kalah, rekod yang masih belum dipecahkan sehingga kini. Dalam situasi yang agak mengejutkan, Jerman Barat mengejar kembali kedudukan mata setelah ketinggalan 2-0 dan seterusnya memenangi perlawanan menerusi gol oleh Helmut Rahn ketika perlawanan berbaki enam minit sahaja lagi. Kejayaan tersebut digelar "Keajaiban Bern" (Das Wunder von Bern). Kemenangan mengejutkan itu menerbitkan suasana gembira di seluruh Jerman yang masih berpecah-belah akibat peperangan. Kejayaan merangkul kejuaraan tersebut dikatakan telah memainkan peranan yang penting dalam pengukuhan ideologi penubuhan Republik Bersekutu Jerman pasca perang.

Kekalahan memedihkan: "Gol Wembley" dan "Perlawanan Abad ini"Sunting

Selepas menamatkan saingan di tempat keempat pada 1958 dan sampai ke peringkat suku akhir pada 1962, Helmut Schön mengambil alih tempat sebgai jurulatih pada 1964. Pada 1966, Jerman Barat sampai ke peringkat akhir, menentang tuan rumah England di Satdium Wembley. Jaringan minit akhir Wolfgang Weber membawa permainan ke masa tambahan, tetapi dua jaringan Geoff Hurst berjaya melengkapkan hatrik, memberi England kemenangan 4-2. Jaringan masa tambahan pertama oleh Hurst, (nama samarannya "Wembley-Tor" (gol Wembley ) di Jerman, masih kekal kontroversi sehingga ke hari ini. Ramai peminat Jerman menyatakan bahawa jaringan tersebut tidak betul, menyalahkan penjaga garisan, dan hasil kajian oleh Universiti Oxford pada 1995 dengan menggunakan video televisyen yang dianalisis menggunakan komputer merumuskan bahawa jaringan itu tidak melebihi garisan gol. Walau bagaimanapun, jaringan penyamaan oleh Weber merupakan satu kontroversi, dengan bola menuju dan terkena tangan pemain Jerman semasa bola tersebut berlegar di kawasan penalti England sebelum beliau menjaringkan bola itu masuk ke dalam gawang gol.

Jeman Barat mengalami derita apabila kalah pada masa tambahan di 1970, kali ini kalah pada peringkat separuh akhir kepada Itali di Stadium Estadio Azteca. Karl-Heinz Schnellinger menjaringkan gol pada masa-masa kecederaan untuk mengikat kedudukan 1-1, dan semasa masa tambahan, berjaya mempertahankan kedudukan masing-masing, sementara Der kaizer (Franz Beckenbauer) masih bermain dengan bahu yang tercedera, tangannya didikat ke badanya. Tanpa diduga Itali menang 4-3, perlawanan ini yang dianggap penuh dramatik dalam sejarah Piala Dunia, dan ia dipanggil Jahrhundertspiel (Permainnan abad ini) di Jerman. Jerman Barat mendapat tempat ketiga selepas membenamkan Uruguay dengan jaringan 1-0, dan Gerd Müller menamatkan saingan pada kejohanan tersebut dengan memenangi penjaring terbanyak dengan 10 gol.

Gelaran Piala Dunia di tanahairSunting

Pada 1971, Franz Beckenbauer menjadi ketua pasukan, dan membawa Jerman Barat ke arah kegemilangan dengan menjadi juara Eropah dan juara dunia. Mereka memulakan langkah berjayanya dengan memenagi Kejuaraan Eropah untuk kali pertamanya pada Euro 72, selepas mengalahkan Soviet Union 3-0 pada perlawanan akhir. Kemudian mereka menjadi tuan rumah kepada Piala Dunia 1974. Mereka berjaya mendapat gelaran kedua Piala Duniauntuk negaranya, selepas membenam Belanda 2-1 pada perlawanan akhir di Olympiastadion.

Dua perlawanan pada kejohanan itu(Piala Dunia 1974) memihak kepada Jerman Barat. Perlawanan peringkat kumpulan menyaksikan pertembungan politik antara Barat dan Jerman Timur, dimana Timur menang 1-0. Perlawanan lain ialah perlawanan akhir menentang pasukan Belanda yang diketuai oleh Johan Cruijff dengan corak permainan Total Football. Ia bermula penuh drama dengan Cruijff berjaya menembusi petak penalti Jerman Barat diikuti dengan larian solo, dan menyebabkan Belanda mendahului dengan penaltiand sebelum pemain Jerman Barat menyentuh bola dengan seminit telah berlalu semasa perlawanan bermula. Walau bagaimanapun, Jerman Barat berjaya mengikat kedudukan melalui penalti oleh Paul Breitner, dan memenangi perlawanan dengan jaringan oleh Gerd Müller sebelum tamat separuh masa pertama. Gol kedua oleh Müller dikatakan offside.

Akhir 1970an dan awal 1980anSunting

Jerman Barat gagal mempertahankan dua kejuaraan besar. Pertama mereka kalah kepada Czechoslovakia pada perlawanan akhir Euro 76 delam penentuan penalti 5-3, selepas perlawanan berakhir dengan keputusan 2-2. Selepas itu, pada Piala Dunia 1978, mereka disingkirkan pada pusingan kedua selepas kalah 3-2 kepada Austria. Schön bersara sebagai jurulatih selepas itu, dan tempat itu diisi oleh pembantunya, Jupp Derwall.

Kejohanan pertama bawah kendalian Derwall agak membanggakan, mereka memenangi Euro 80 selepas membenam Belgium 2-1 pada perlawanan akhir, memenangi kejuaraan Eropah mereka yang kedua. Selepas itu, Jerman Barat berjaya mara ke Piala Dunia 1982 tanpa sebarang kesulitan. Mereka dikecewakan dengan keputusan 2-1 oleh Algeria semasa perlawanan pertama, namun berjaya melepasi pusingan kedua dengan kemenangan kontroversi dengan jaringan 1-0 keatas Austria. Kedua-dua pasukan berjaya mara selepas berjaya membenam Algeria. Kemudian, dalam perlawanan separuh akhir menentang Perancis, mereka berjaya mendahului dengan jaringan 3-1. Kemudian mereka perlawanan berlanjutan sehingga ke masa tambahan. Jerman Barat menang menerusi penalti 5-4. Pada perlawanan akhir, mereka dengan mudah ditewaskan oleh Itali dengan jaringan 3-1.

Kejayaan Beckenbauer sebagai jurulatihSunting

Selepas tersingkir pada pusingan pertama UEFA Euro 84, Franz Beckenbauer kembali ke pasukan kebangsaan dan menggantikan tempat Derwall sebagai jurulatih. Pada Piala Dunia 1986, Jerman Barat berjaya menamatkan saingan sebagai naib johan, selepas mengalahkan Perancis 2-0 dalam separuh akhir, tetapi kalah kepada pasukan yang dipimpin oleh Diego Maradona, Argentina 3-2 semasa perlawanan akhir. Pada Euro 88, harapan Jerman Barat untuk memenangi piala itu di laman sendiri telah digagalkan oleh Belanda. Belanda seperti membalas dendam akiat kekalahan mereka di perlawanan akhir 1974 dengan mengalahkan mereka 2-1 pada separuh akhir.

Pada Piala Dunia 1990, Jerman Barat berjaya memenangi piala dunia mereka yang ketiga selepas dua kejohanan menjadi naib johan. Diketuai oleh Lothar Matthäus sebagai kepten, rentak kejayaan mereka menyerlah dengan membenam Yugoslavia (4-1), UAE (5-1), peserta 1974, Belanda (2-1), Czechoslovakia (1-0), dan England (1-1, 4-3 pada penentuan penalti) semasa laluan mereka ke perlawanan akhir menentang Argentina. Dalam perlawanan yang membosankan, Jerman Barat menang 1-0 dengan jaringan penalti oleh Andreas Brehme pada minit ke-85. Beckenbauer, yang memenangi Piala Dunia sebagai ketua pasukan pada 1974, menjadi orang kedua selepas Mário Zagallo memenangi Piala Dunia sebagai pemain dan juga jurulatih.

Keputusan becampur dalam 1990anSunting

Selepas kemenangan pada Piala Dunia 1990, penolong jurulatih Berti Vogts mengambil alih tugas daripada Beckenbauer sebagai jurulatih kebangsaan. Tambahan pula, dengan penggabungan Penggabungan Jerman bermaknapemain daripada Jerman Timur, seperti Matthias Sammer dan Ulf Kirsten, boleh mewakili pasukan Jerman Barat sebagai Jerman yang bersatu. Pada Euro 92, Jerman berjaya mara ke perlawanan akhir, tetapi kalah 2-0 kepada juara baru Denmark. Sebagai juara bertahan dalam Piala Dunia 1994, mereka dikecewakan dengan kekalahan 2-1 ada suku akhir kepada Bulgaria selepas mendahului.

Jerman menang kejuaraan terbesar sebagai sebuah negara bersatu pada Euro 96, menjadi juara eropah untuk kali ketiga. Mereka membenam England, yang juga tuan rumah pada masa itu. Perlawanan tersebut disudahi dengan penentuan sepakan penalti (6-5, selepas seri 1-1) pada separuh akhir, dan menghampakan Republik Czech 2-1 semasa perlawanan akhir, perlawananakhir yang dijaringkan menerusi gol emas oleh Oliver Bierhoff. Walau bagaimanapun, semasa Piala Dunia 1998, Jerman disingkirkan oleh pasukan kurang ternama ketika itu semasa suku akhir, dengan keputusan 3-0 oleh Croatia. Vogts mengundur diri dan digantikan oleh Erich Ribbeck.

Menjelang abad ke-21Sunting

Menjelang abad ke-21, kedudukan Jerman sebagai salah satu pasukan tersohor di dunia dan sebagai pasukan yang selalu melayakkan diri ke pusingan seterusnya semakin tergugat hasil siri keputusan perlawanan yang mengecewakan. Pada Euro 2000, mereka telah disingkirkan pada pusingan pertama setelah gagal untuk memenangi kesemua tiga perlawanan mereka termasuk kekalahan memalukan 3-0 di tangan pasukan pilihan kedua Portugal. Rudi Völler telah menggantikan Ribbeck sebagai jurulatih, di mana pada asalnya sebagai jurulatih sementara dan kemudiannya dilantik menjadi jurulatih tetap setelah Christopher Daum, jurulatih yang bakal mengambil alih tugas terlibat dalam skandal dadah.

Apabila bermulanya Piala Dunia 2002, kepercayaan yang diberikan kepada pasukan ini menurun, berikutan keputusan buruk mereka semasa peringkat kelayakan, termasuk kekalahan di laman sendiri 5-1 menentang England. Namun, mereka bermula garang dengan menghancurkan Arab Saudi 8-0 semasa perlawanan pertama mereka di kejohanan tersebut. Di peringkat seterusnya, mereka menghasilkan tiga kemenangan dengan jarinagan 1-0, menentang Paraguay, Amerika Syarikat, dan tuan rumah bersama Korea Selatan, dan bertemu dengan Brazil pada perlawanan akhir. Perlawanan Piala Dunia pertama mempertemukan dua pasukan yang paling berjaya dalam sejrah Piala Dunia. Walau bagaimanapun, dengan kehilangan pemain yang sangat penting bagi pasukan ini, Michael Ballack, yang digantung perlawanan akibat mendapat dua kad kuning, Jerman kalah 2-0. Penjaga gawang, Oliver Kahn telah diundi sebagai Pemain Terbaik Kejohanan, mencipta sejarah apabila penjaga gawang pertama dianugerahkan gelaran tersebut dalam sepanjang Piala Dunia berlangsung sejak 1930. Anugerah tersebut diiringi dengan Anugerah Yashin sebagai penjaga gawang terbaik.

Malangnya, Jerman gagal mengekalkan prestasi mereka seperti tahun 2002, dan kegagalan Jerman semasa pusingan pertama pada Euro 2004 dengan tidak memenangi kesemua perlawanan. Völler meletak jawatan selepas itu, dan pasukan negara ini terpaksa mencari jurulatih baru mereka dalam jangka masa enam tahun, selepas mempunyai enam orang jurulatih dalam jangka masa 75 tahun. Selepas calon yang sesuai antaranya Ottmar Hitzfeld dan Otto Rehhagel meletak jawatan, bekas pemain kebangsaan mereka, Jürgen Klinsmann, yang tidak pernah mempunyai pengalaman menjadi jurulatih sebelum ini, dipanggil untuk mengendali pasukan ini. Dengan tugas utamanya untuk membawa pasukan negara ini ke prestasi terbaik dalam Piala Dunia 2006, dimana Jerman gagal untuk mengulangi pencapaian mereka semasa menjadi tuan rumah pada 1974.

Rekod KejohananSunting

Piala DuniaSunting

Rekod Piala Dunia
Tahun Pusingan Kedudukan BP M S* K JG GB
  1930 Tidak memasuki
  1934 Tempat Ketiga 3 4 3 0 1 11 8
  1938 Pusingan 1 10 2 0 1 1 3 5
  1950 Diharamkan
  1954 Juara 1 6 5 0 1 25 14
  1958 Tempat Keempat 4 6 2 2 2 12 14
  1962 Suku Akhir 7 4 2 1 1 4 2
  1966 Naib Juara 2 6 4 1 1 15 6
  1970 Tempat Ketiga 3 6 5 0 1 17 10
  1974 Juara 1 7 6 0 1 13 4
  1978 Pusingan 2 kumpulan 6 6 1 4 1 10 5
  1982 Naib Juara 2 7 3 2 2 12 10
  1986 Naib Juara 2 7 3 2 2 8 7
  1990 Juara 1 7 5 2 0 15 5
  1994 Suku Akhir 5 5 3 1 1 9 7
  1998 7 5 3 1 1 8 6
    2002 Naib Juara 2 7 5 1 1 14 3
  2006 Tempat Ketiga 3 7 5 1 1 14 6
  2010 3 7 5 0 2 16 5
  2014 Juara 1 7 6 1 0 18 4
  2018 Pusingan 1 22 3 1 0 2 2 4
  2022 Akan ditentukan
Jumlah Terbaik: Juara 19/21 109 67 20* 22 226 125
*Menunjukkan seri termasuk perlawanan kalah mati ditentukan melalui sepakan penalti.
**Warna emas menunjukkan kejohanan telah dimenangi. Warna merah menunjukkan kejohanan diadakan di negara sendiri.

Kejohanan EropahSunting

Rekod Kejohanan Eropah
Tahun Pusingan Kedudukan BP M S* K JG GB
  1960 Tidak Memasuki
  1964
  1968 Tidak layak
  1972 Juara 1 2 2 0 0 5 1
  1976 Naib Juara 2 2 1 1 0 6 4
  1980 Juara 1 4 3 1 0 6 3
  1984 Pusingan 1 5 3 1 1 1 2 2
  1988 Separuh Akhir 3 4 2 1 1 6 3
  1992 Naib Juara 2 5 2 1 2 7 8
  1996 Juara 1 6 4 2 0 10 3
   2000 Pusingan 1 14 3 0 1 2 1 5
  2004 12 3 0 2 1 2 3
   2008 Naib Juara 2 6 4 0 2 10 7
   2012 Separuh Akhir 3 5 4 0 1 10 6
  2016 4 6 3 2 1 7 3
  2020 Akan Ditentukan
Jumlah Terbaik: Juara 12/15 49 26 12* 11 72 48
*Menunjukkan seri termasuk perlawanan kalah mati ditentukan melalui sepakan penalti.
**Warna emas menunjukkan kejohanan telah dimenangi. Warna merah menunjukkan kejohanan diadakan di negara sendiri.

Piala Konfederasi FIFASunting

Rekod Piala Konfederasi FIFA
Tahun Pusingan Kedudukan BP M S K JG GB
  1992 Tidak layak [3]
  1995 Tidak layak
  1997 Tidak memasuki [4]
  1999 Pusingan 1 5 3 1 0 2 2 6
    2001 Tidak layak
  2003 Tidak memasuki [5]
  2005 Tempat Ketiga 3 5 3 1 1 15 11
  2009 Tidak layak
  2013
  2017 Juara 1 5 4 1 0 12 5
  2021 Akan ditentukan
Jumlah Terbaik: Juara 3/10 13 7 2 3 29 22
*Menunjukkan seri termasuk perlawanan kalah mati ditentukan melalui sepakan penalti.
**Warna merah menunjukkan kejohanan diadakan di negara sendiri.

Nota Semua kejohanan 1950-1990 telah bertanding sebagai Jerman Barat

PemainSunting

Skuad semasaSunting

Skuad Piala Dunia FIFA 2018

Skuad awal 27 pemain telah diumumkan pada 15 Mei 2018.[6] Skuad akhir telah diumumkan pada 4 Jun.[7]

No. Pos. Pemain Tarikh Lahir (Umur) Kaps Gol Kelab
1 GK Manuel Neuer (Kapten) 27 Mac 1986 (berusia 32) 76 0   Bayern Munich
2 DF Marvin Plattenhardt 26 Januari 1992 (berusia 26) 6 0   Hertha BSC
3 DF Jonas Hector 27 Mei 1990 (berusia 28) 38 3   1. FC Köln
4 DF Matthias Ginter 19 Januari 1994 (berusia 24) 18 0   Borussia Mönchengladbach
5 DF Mats Hummels 16 Disember 1988 (berusia 29) 64 5   Bayern Munich
6 MF Sami Khedira 4 April 1987 (berusia 31) 75 7   Juventus
7 MF Julian Draxler 20 September 1993 (berusia 24) 44 6   Paris Saint-Germain
8 MF Toni Kroos 4 Januari 1990 (berusia 28) 83 12   Real Madrid
9 FW Timo Werner 6 Mac 1996 (berusia 22) 14 8   RB Leipzig
10 MF Mesut Özil 15 Oktober 1988 (berusia 29) 90 23   Arsenal
11 FW Marco Reus 31 Mei 1989 (berusia 29) 31 9   Borussia Dortmund
12 GK Kevin Trapp 8 Julai 1990 (berusia 27) 3 0   Paris Saint-Germain
13 MF Thomas Müller 13 September 1989 (berusia 28) 91 38   Bayern Munich
14 MF Leon Goretzka 6 Februari 1995 (berusia 23) 15 6   Schalke 04
15 DF Niklas Süle 3 September 1995 (berusia 22) 11 0   Bayern Munich
16 DF Antonio Rüdiger 3 Mac 1993 (berusia 25) 24 1   Chelsea
17 DF Jérôme Boateng 3 September 1988 (berusia 29) 71 1   Bayern Munich
18 DF Joshua Kimmich 8 Februari 1995 (berusia 23) 29 3   Bayern Munich
19 MF Sebastian Rudy 28 Februari 1990 (berusia 28) 25 1   Bayern Munich
20 MF Julian Brandt 2 Mei 1996 (berusia 22) 16 1   Bayer Leverkusen
21 MF İlkay Gündoğan 24 Oktober 1990 (berusia 27) 26 4   Manchester City
22 GK Marc-André ter Stegen 30 April 1992 (berusia 26) 20 0   Barcelona
23 FW Mario Gómez 10 Julai 1985 (berusia 32) 75 31   VfB Stuttgart

Senarai PanggilanSunting

Pemain berikut juga telah dipanggil untuk skuad Jerman dalam tempoh 12 bulan lepas dan masih boleh dipilih.

Pos. Pemain Tarikh Lahir (Umur) Kaps Gol Kelab Panggilan Terakhir
GK René Adler (1985-01-15) 15 Januari 1985 (umur 34) 12 0   Hamburger SV v.   England, 19 November 2013
GK Ron-Robert Zieler (1989-02-12) 12 Februari 1989 (umur 30) 2 0   Hannover 96 v.   Sweden, 15 Oktober 2013
GK Marc-André ter Stegen (1992-04-30) 30 April 1992 (umur 27) 3 0   Borussia Mönchengladbach v.   Amerika Syarikat, 2 Jun 2013
DF Mats Hummels (1988-12-16) 16 Disember 1988 (umur 30) 28 2   Borussia Dortmund v.   England, 19 November 2013
DF Heiko Westermann (1983-08-14) 14 Ogos 1983 (umur 36) 27 4   Hamburger SV v.   England, 19 November 2013
DF Benedikt Höwedes (1988-02-29) 29 Februari 1988 (umur 31) 18 1   Schalke 04 v.   England, 19 November 2013
DF Dennis Aogo (1987-01-14) 14 Januari 1987 (umur 32) 12 0   Schalke 04 v.   Amerika Syarikat, 2 Jun 2013
DF Philipp Wollscheid (1989-03-06) 6 Mac 1989 (umur 30) 2 0   Bayer Leverkusen v.   Amerika Syarikat, 2 Jun 2013
DF Andreas Beck (1987-03-13) 13 Mac 1987 (umur 32) 9 0   1899 Hoffenheim v.   Ecuador, 29 Mei 2013
MF Thomas Müller (1989-09-13) 13 September 1989 (umur 30) 47 16   Bayern Munich v.   England, 19 November 2013 INJ
MF Sami Khedira (1987-04-04) 4 April 1987 (umur 32) 44 4   Real Madrid v.   England, 19 November 2013 INJ
MF Marco Reus (1989-05-31) 31 Mei 1989 (umur 30) 19 7   Borussia Dortmund v.   England, 19 November 2013
MF Julian Draxler (1993-09-20) 20 September 1993 (umur 26) 10 1   Schalke 04 v.   England, 19 November 2013
MF Sven Bender (1989-04-27) 27 April 1989 (umur 30) 7 0   Borussia Dortmund v.   England, 19 November 2013 INJ
MF İlkay Gündoğan (1990-10-24) 24 Oktober 1990 (umur 29) 8 2   Borussia Dortmund v.   Paraguay, 14 Ogos 2013 INJ
MF Aaron Hunt (1986-09-04) 4 September 1986 (umur 33) 3 0   Werder Bremen v.   Amerika Syarikat, 2 Jun 2013
MF Stefan Reinartz (1989-01-01) 1 Januari 1989 (umur 30) 3 0   Bayer Leverkusen v.   Amerika Syarikat, 2 Jun 2013
MF Nicolai Müller (1987-09-25) 25 September 1987 (umur 32) 2 0   Mainz 05 v.   Amerika Syarikat, 2 Jun 2013
MF Roman Neustädter (1988-02-18) 18 Februari 1988 (umur 31) 2 0   Schalke 04 v.   Amerika Syarikat, 2 Jun 2013
MF Patrick Herrmann (1991-02-12) 12 Februari 1991 (umur 28) 0 0   Borussia Mönchengladbach v.   Kazakhstan, 26 Mac 2013
FW Max Kruse (1988-03-19) 19 Mac 1988 (umur 31) 6 1   Borussia Mönchengladbach v.   England, 19 November 2013
FW Mario Gómez (1985-07-10) 10 Julai 1985 (umur 34) 59 25   Fiorentina v.   Kepulauan Faroe, 10 September 2013
Nota

INJ Pemain menarik diri dari skuad kerana kecederaan

Pemain popularSunting

   

Fritz Walter, Uwe Seeler, Franz Beckenbauer dan Lothar Matthäus merupakan ketua pasukan dihormati (Ehrenspielführer).

JurulatihSunting

Nama Tempoh Perlawanan Menang Seri Kalah Kejuaraan
DFB committee 1908–1927 63 18 13 32
Otto Nerz 1928–1936 70 42 10 18 Tempat ketiga Piala Dunia 1934
Sepp Herberger1 1936–1964 162 92 26 44 Juara Piala Dunia 1954, Tempat keempat Piala Dunia 1958
Helmut Schön 1964–1978 139 87 30 22 Naib juara Piala Dunia 1966, Tempat ketiga Piala Dunia 1970, Juara Euro 72, Juara Piala Dunia 1974, Naib juara Euro 76
Jupp Derwall 1978–1984 67 45 11 11 Juara Euro 80, Naib juara Piala Dunia 1982
Franz Beckenbauer 1984–1990 66 36 17 13 Naib juara Piala Dunia 1986, Juara Piala Dunia 1990
Berti Vogts 1990–1998 102 67 23 12 Naib juara Euro 92, Juara Euro 96
Erich Ribbeck 1998–2000 24 10 6 8
Rudi Völler 2000–2004 53 29 11 13 Naib juara Piala Dunia 2002
Jürgen Klinsmann 2004–2006 34 20 8 6 Tempat ketiga Piala Dunia 2006
Joachim Löw2 2006– 28 20 4 4 Naib juara Euro 2008, Juara Piala Dunia 2014
Jumlah2 808 462 165 181
Nota
  1. Rekod termasuk tempoh pra-Divisyen Jerman (1936–1942 -- 65 perlawanan: 40 menang, 12 seri, 13 kalah) dan Jerman Barat (1950–1964 -- 97 perlawanan: 52 menang, 14 seri, 31 kalah).
  2. Rekod pada 1 Julai 2008.

NotaSunting

  • Jerman tidak mempunyai stadium nasional, dan berputar perlawanan rumah mereka di kalangan pelbagai stadium di seluruh negara.

RujukanSunting

  1. ^ "The FIFA/Coca-Cola World Ranking". FIFA. 24 Oktober 2019. Dicapai 24 Oktober 2019. 
  2. ^ "All matches of The National Team in 1909". DFB. Dicapai 2008-08-01. 
  3. ^ Sebagai Juara Piala Dunia FIFA 1990
  4. ^ Sebagai Juara UEFA Euro 1996
  5. ^ Sebagai Naib Juara Piala Dunia FIFA 2002
  6. ^ "Mit Neuer, ohne Götze: Löws vorläufiger WM-Kader" [With Neuer, without Götze: Löw's preliminary World Cup squad]. kicker.de (dalam bahasa German). kicker-sportmagazin. 15 May 2018. Dicapai 15 May 2018. 
  7. ^ "Finaler WM-Kader: Löw streicht Leno, Tah, Sané und Petersen" [Final World Cup squad: Löw removed Leno, Tah, Sané and Petersen]. DFB.de (dalam bahasa German). German Football Association. 4 June 2018. Dicapai 4 June 2018. 

Pautan luarSunting