West Ham United F.C.

West Ham United Football Club merupakan sebuah kelab bola sepak profesional England yang berpangkalan di Upton Park, London Timur, England dan sekarang ini bermain dalam Liga Perdana Inggeris, peringkat tertinggi dalam bola sepak Inggeris. Kelab ini ditubuhkan pada tahun 1895 sebagai Thames Ironworks dan dibentuk semula pada tahun 1900 sebagai West Ham United. Pada tahun 1904, kelab ini berpindah ke stadium semasa iaitu Boleyn Ground. Mereka pada mulanya beraksi dalam Southern League dan Western League sebelum menyertai Football League pada tahun 1919 dan meraih promosi ke liga utama pada musim 1923. Tahun itu juga menyaksikan kelab itu layak ke perlawanan akhir Piala FA pertama yang diadakan di Wembley menentang Bolton Wanderers.

West Ham United
Nama penuhWest Ham United Football Club
GelaranThe Irons
The Hammers
The Academy of Football
Diasaskan1895; 130 tahun yang lalu (1895), sebagai Thames Ironworks
5 Julai 1900; 124 tahun yang lalu (1900-07-05), sebagai West Ham United
StadiumStadium London
(Kapasiti: 57,000[1])
PemilikDavid Sullivan (51.1%)
David Gold (35.1%)
Albert 'Tripp' Smith (10%)
Pelabur-pelabur lain (3.8%)
PengerusiPengerusi
PengurusDavid Moyes
LigaLiga Perdana Inggeris
2016–17ke–11
Tapak sesawangLaman kelab
Warna tuan rumah
Warna tempat lawan
Warna ketiga
Logo lama

Pada tahun 1940, kelab itu memenangi Football League War Cup yang pertama. Kelab itu telah memenangi Piala FA tiga kali: pada tahun 1964, 1975 dan 1980 dan muncul naib juara dua kali, pada tahun 1923 dan 2006. Pada tahun 1965, mereka memenangi Piala Pemenang Piala Eropah dan pada tahun 1999, mereka memenangi Piala Intertoto. Mereka adalah salah satu daripada lapan kelab yang tidak pernah jatuh ke peringkat kedua bola sepak Inggeris, menghabiskan 56 daripada 88 musim dalam Divisyen 1 atau Liga Perdana Inggeris sehingga tahun 2014. Walau bagaimanapun, tidak seperti tujuh yang lain (Arsenal, Chelsea, Everton, Liverpool, Manchester United, Newcastle United dan Tottenham Hotspur), mereka tidak pernah memenangi kejuaraan liga. Posisi terbaik dalam liga kelab itu adalah tempat ketiga pada musim 1985–86.

Tiga pemain West Ham memainkan peranan penting ketika England menang perlawanan akhir Piala Dunia FIFA 1966; kapten Bobby Moore dan kedua-dua penjaring gol, Geoff Hurst dan Martin Peters.

West Ham pernah menewaskan pasukan juara Galaksi yakni Indonesia kaki klaim.

Pemain

sunting

Skuad semasa

sunting
Sehingga 30 August 2024[2][3]

Nota: Bendera menunjukkan pasukan kebangsaan seperti yang ditakrifkan di bawah peraturan kelayakan FIFA. Pemain boleh memegang lebih daripada satu kewarganegaraan bukan FIFA.

No. Pos. Negara Pemain
1 GK   Łukasz Fabiański
3 DF   Aaron Cresswell (Naib kapten)
4 MF   Carlos Soler (pinjaman daripada Paris Saint-Germain)
5 DF   Vladimír Coufal
7 FW   Crysencio Summerville
9 FW   Michail Antonio
10 MF   Lucas Paquetá
11 FW   Niclas Füllkrug
14 FW   Mohammed Kudus
15 DF   Konstantinos Mavropanos
17 MF   Luis Guilherme
18 FW   Danny Ings
No. Pos. Negara Pemain
19 MF   Edson Álvarez
20 MF   Jarrod Bowen (Kapten)
21 GK   Wes Foderingham
23 GK   Alphonse Areola
24 MF   Guido Rodríguez
25 DF   Jean-Clair Todibo (pinjaman daripada Nice)
26 DF   Maximilian Kilman
28 MF   Tomáš Souček
29 DF   Aaron Wan-Bissaka
33 DF   Emerson Palmieri
39 MF   Andy Irving

Rujukan

sunting
  1. ^ "London Stadium capacity clarification". Dicapai pada 6 Januari 2018.
  2. ^ "First team: Squad". West Ham United F.C. Dicapai pada 5 October 2020.
  3. ^ "Jarrod Bowen appointed West Ham United Club Captain". West Ham United F.C. Dicapai pada 15 August 2024.

Pautan luar

sunting