FC Barcelona
Kelab Bola Sepak Barcelona, dikenali sebagai Barça (IPA: 'baɾ.sə), merupakan salah sebuah kelab dalam La Liga yang berpangkalan di Barcelona, Catalonia, Sepanyol.
![]() | ||||
Nama penuh | Futbol Club Barcelona | |||
---|---|---|---|---|
Gelaran | Barça atau Blaugrana (pasukan) Culés atau Barcelonistas (penyokong) Blaugranes atau Azulgrana (penyokong) | |||
Diasaskan | 29 November 1899 (sebagai Foot-Ball Club Barcelona) | |||
Stadium | Camp Nou, Barcelona, Sepanyol (Muatan: 98,787) | |||
Pengerusi | Josep Maria Bartomeu | |||
Ketua Jurulatih | Quique Setién | |||
Liga | La Liga | |||
2018/19 | La Liga, Juara | |||
Tapak sesawang | Laman kelab | |||
|
SeteruSunting
El ClásicoSunting
Barcelona mempunyai persaingan yang hebat dengan Real Madrid dan merupakan antara persaingan antara seteru terhebat dalam dunia bola sepak. Barcelona dan Real Madrid merupakan pasukan bola sepak paling berjaya di Sepanyol; bukan sahaja di peringkat domestik malahan juga peringkat antarabangsa. Perlawanan antara kedua-dua pasukan ini merupakan acara sukan paling ditontoni di dunia.
Sejarah bermula dengan kaitan persaingan antara bandar yang terbesar di Sepanyol; iaitu Madrid dan Barcelona dan paling nyata; perbezaan ideologi politik. Real Madrid yang berpengkalan di Madrid; membawa ideologi Nasionalisme Sepanyol manakala Barcelona mewakili Nasionalisme Catalan.
Barcelona dan Real Madrid juga tidak pernah tersingkir dari saingan elit La Liga bersama satu lagi kelab, Athletic Bilbao.
Derbi barceloníSunting
Seteru setempat bagi Barcelona ialah Espanyol di mana kedua-duanya berpengkalan di bandar yang sama.
Tidak seperti Barcelona yang diasaskan oleh Catalan, Espanyol pula diasaskan oleh Espanola. Malah nama penuh Espanyol; Reial Club Deportiu Espanyol sendiri membawa maksud 'Kelab Sukan Diraja Sepanyol'. Hal ini sangat menjengkelkan rakyat Catalonia yang menganggap Espanyol sebagai proksi dan tali-barut Madrid di Catalonia serta berfahaman Anti-Catalanism.
PemainSunting
Skuad semasaSunting
|
|
DipinjamSunting
|
KakitanganSunting
Kakitangan teknikal semasaSunting
Posisi | Kakitangan |
---|---|
Ketua jurulatih | Luis Enrique |
Penolong pengurus | Juan Carlos Unzué |
Pengurus kedua | Robert Moreno |
Jurulatih bantuan | Joan Barbarà |
Jurulatih kecergasan | Rafel Pol Edu Pons Francesc Cos Paco Seirullo |
Jurulatih penjaga gol | José Ramón de la Fuente |
Ketua maklumat antarabangsa | Ariedo Braida |
Ketua maklumat kebangsaan | Carles Rexach |
Ahli maklumat | Isidre Ramón Jesús Casas Jordi Melero Jaume Torras |
Fisioterapi | Jaume Munill Juanjo Brau Xavi López Xavi Linde |
Psikologi | Joaquín Valdés |
Doktor | Ramón Canal Ricard Pruna Daniel Medina |
Badan perhubungan pasukan | Carles Naval |
Pengarah bola sepak | Albert Soler |
Pengarah akademi | Jordi Roura |
B team coach | Gerard López |
Setiausaha | Jordi Calsamiglia |
Bendahari | Enrique Tombas |
Penolong setiausaha | Maria Teixidor |
Setiausaha teknikal untuk pasukan utama | Robert Fernández |
Setiausaha tekinikal untuk pasukan profesional belia | Josep Segura |
GelaranSunting
Saingan DomestikSunting
- La Liga
Juara (24): 1928-29, 1944-45, 1947-48, 1948-49, 1951-52, 1952-53, 1958-59, 1959-60, 1973-74, 1984-85, 1990-91, 1991-92, 1992-93, 1993-94, 1997-98, 1998-99, 2004-05, 2005-06, 2008-09, 2009-10, 2010-11, 2012-13, 2014-15, 2015-16
- Copa del Rey
Juara: (28):1909-10, 1911-12, 1912-13, 1919-20, 1921-22, 1924-25, 1925-26, 1927-28, 1941-42, 1950-51, 1951-52, 1952-53, 1956-57, 1958-59, 1962-63, 1967-68, 1970-71, 1977-78, 1981-82, 1982-83, 1987-88, 1989-90, 1996-97, 1997-98, 2008-09, 2011-12, 2014-15, 2015-16
- Supercopa de Espana
Juara (11): 1983, 1991, 1992, 1994, 1996, 2005, 2006, 2009, 2010, 2011, 2013
- Copa Eva Duarte
Juara (3):1948,1952,1953
Saingan EropahSunting
- Piala Eropah/Liga Juara-Juara UEFA
Juara (5):1991-92, 2005-06, 2008-09, 2010-11, 2014-15
- Piala Pemenang Eropah/Piala Pemenang UEFA
Juara (4):1978-79, 1981-82, 1988-89, 1996-97
- Piala Super Eropah/Piala Super UEFA
Juara (5): 1992, 1997, 2009, 2011,2015
- Piala Keadilan Antara Bandar
Juara (3): 1955-58, 1958-60, 1965-66
Saingan DuniaSunting
- Piala Kelab Dunia FIFA
Juara (3): 2009, 2011,2015