UEFA
Kesatuan Persatuan Bola Sepak Eropah (nama rasmi: L'Union des associations européennes de football; singkatan: UEFA) merupakan sebuah badan pentadbiran untuk persatuan bola sepak, futsal dan bola sepak pantai di Eropah. Walaupun beberapa negara anggotanya terletak di seluruh atau keseluruhannya di Asia. UEFA adalah salah satu daripada enam gabungan benua FIFA yang mengawal badan bola sepak dunia. UEFA juga terdiri daripada 55 ahli persatuan kebangsaan.
Kesatuan Persatuan Bola Sepak Eropah Union of European Football Associations | |
---|---|
![]() | |
![]() | |
Singkatan | UEFA |
Pembentukan | 15 Jun 1954 |
Diasaskan di | Basel, Switzerland |
Jenis | Pertubuhan Bola Sepak |
Ibu pejabat | Nyon, Switzerland |
Koordinat | 46°22′16″N 6°13′52″E / 46.371009°N 6.23103°E |
Kawasan berkhidmat | Eropah |
Ahli | 55 persatuan ahli penuh |
Bahasa rasmi | Inggeris Perancis Jerman (Lain-lain tetapi tidak rasmi: Itali, Portugis, Rusia, Sepanyol)[1] |
Presiden | Aleksander Čeferin[2] |
Naib presiden pertama | Karl-Erik Nilsson |
Naib presiden | Sándor Csányi Luis Rubiales Fernando Gomes Michele Uva |
Setiausaha agung | Theodore Theodoridis |
Organisasi utama | Kongres UEFA |
Organisasi induk | FIFA |
Laman web rasmi | uefa |
UEFA mewakili persatuan bola sepak kebangsaan Eropah, menjalankan pertandingan negara dan kelab termasuklah Piala Eropah UEFA, Liga Negara-Negara UEFA, Liga Juara-Juara UEFA, Liga Europa UEFA, dan Piala Super UEFA, dan mengendalikan hadiah wang, peraturan, dan hak media dalam pertandingan.
Henri Delaunay merupakan setiausaha agung yang pertama dan Ebbe Schwartz adalah presiden pertama. Presiden yang terkini ialah Aleksander Čeferin, bekas presiden Persatuan Bola Sepak Slovenia yang terpilih sebagai presiden ketujuh UEFA di Kongres UEFA Luar Biasa ke-12 di Athens pada September 2016, serta secara automatik menjadi naib presiden badan dunia FIFA.
Sejarah dan keahlianSunting
UEFA ditubuhkan pada 15 Jun 1954 di Basel, Switzerland setelah berunding antara persatuan Itali, Perancis, dan Belgium. Penubuhan itu dijalankan semasa mesyuarat dijalankan dengan dihadiri oleh 25 anggota. Walau bagaimanapun, 6 persatuan lain yang tidak hadir masih diiktiraf sebagai ahli pengasas, menjadikan jumlah persatuan pengasas kepada 31 orang.
KejohananSunting
Pautan luarSunting
- UEFA RANKING AND COEFFICIENTS
- (Inggeris) UEFA
- ^ uefa.com. "How to switch to another language of UEFA.com – Inside UEFA – UEFA.com". UEFA.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-07-09. Dicapai pada 7 Julai 2018.
- ^ "Čeferin elected as UEFA President". UEFA. Dicapai pada 14 September 2016.