Buka menu utama

Stefan Reuter (lahir 16 Oktober 1966) merupakan seorang bekas pemain bola sepak Jerman dan kini menjadi pengurus besar bagi kelab FC Augsburg.

Stefan Reuter
Stefan-Reuter-2016-07.jpg
Maklumat peribadi
Tarikh lahir (1966-10-16) 16 Oktober 1966 (umur 52)
Tempat lahirDinkelsbühl, Jerman Barat
Ketinggian1.81 m (5 ka 11+516 in)
Posisi permainanPertahanan/Pemain tengah
Kerjaya remaja
1971–1982TSV 1860 Dinkelsbühl
1982–19841. FC Nürnberg
Kerjaya senior*
TahunPasukanKmncln(Gol)
1984–19881. FC Nürnberg125(13)
1988–1991Bayern Munich95(4)
1991–1992Juventus28(0)
1992–2004Borussia Dortmund307(11)
Jumlah545(28)
Pasukan kebangsaan
1985Jerman Barat B187(0)
1985–1987Jerman Barat B2111(2)
1987–1998Jerman69(2)
* Kemunculan kelab senior dan gol dikira untuk liga tempatan sahaja .
† Kemunculan (Gol).

Beliau sebahagian daripada pasukan kebangsaan Jerman yang meraih trofi Piala Dunia 1990 dan Euro 1996. Beliau turut merangkul trofi Liga Juara-Juara pada tahun 1997 ketika bersama Borussia Dortmund.

Isi kandungan

Kerjaya kelabSunting

Reuter memulakan kariernya bersama TSV 1860 Dinkelsbühl. Pada tahun 1982, beliau bermain untuk 1. FC Nürnberg. Pada mulanya, beliau bersama Nurnberg beraksi di 2. Bundesliga, namun pada tahun 1985, beliau akhirnya beraksi di Bundesliga. Beliau telah bermain untuk Nurnberg lebih 100 perlawanan liga dan menjaringkan sepuluh gol. Beliau kebanyakan diletakkan di posisi bek kanan atau pemain tengah kanan.

Pada tahun 1988, beliau melakukan perpindahan ke Bayern Munich. Beliau beraksi 95 perlawanan liga dan menjaringkan empat gol untuk kelab Bavaria itu. Di samping itu, beliau turut menjulang trofi Bundesliga bersama Bayern pada musim 1988-89 dan 1989-90.

Beliau menolak tawaran perpindahan ke Liverpool berikutan kejayaan Jerman Barat merangkul trofi Piala Dunia. Tetapi sebaliknya, Reuter mengikut rakan senegaranya ke Itali dan beliau berpindah ke Juventus. Pada tahun 1992, beliau kembali ke Jerman dan sertai Borussia Dortmund. Bersama Dortmund, Reuter meraih kejuaraan liga pada musim 1994–95, 1995–96 dan 2001–02 serta meraih trofi Liga Juara-Juara 1996-97. Dortmund turut melangkah ke perlawanan akhir Piala UEFA pada tahun 1993 dan 2002. Secara keseluruhan, beliau beraksi dalam 307 perlawanan untuk Dortmund dan menjaringkan sebelas gol di Bundesliga sebelum bersara pada tahun 2004.

Kerjaya antarabangsaSunting

Pada tahun 1984, Reuter sebahagian daripada pasukan bawah-16 Jerman yang memenangi Kejohanan Eropah B-16. Beliau seterusnya bersama-sama pasukan Jerman merangkul Piala Dunia 1990 dan juga Euro 1996.

Pada tahun 1992, Reuter menjadi pemain pertama dalam sejarah Kejohanan Eropah sebagai pemain gantian lalu dikeluarkan ketika perlawanan antara Jerman dan Scotland. Beliau menggantikan Karl-Heinz Riedle tetapi selepas tujuh minit beraksi, beliau meninggalkan padang kerana mengalami kecederaan sebelum digantikan oleh Michael Schulz.[1]

StatistikSunting

Pasukan kebangsaan Jerman
Tahun Kmncln Gol
1987 7 1
1988 3 0
1989 5 0
1990 9 0
1991 6 1
1992 8 0
1993 0 0
1994 4 0
1995 7 0
1996 12 0
1997 3 0
1998 5 0
Jumlah 69 2

Kerjaya pengurusSunting

Reuter menjadi pengurus buat pasukan TSV 1860 München dari Januari 2006 sebelum dipecat pada 2 Februari 2009.

Pada 27 Februari 2012, beliau dilantik sebagai pengurus besar FC Augsburg.

PencapaianSunting

CatatanSunting

  1. ^ "Germany end Tartan dreams". Diarkibkan daripada asal pada 3 April 2008. 
  2. ^ name="FAZ"
  3. ^ name="FD21"
  4. ^ name="FD21"