Koordinat: 3°52′N 11°31′E / 3.867°N 11.517°E / 3.867; 11.517

Republik Cameroon merupakan sebuah negara republik unitari di bahagian tengah Afrika yang bersempadan dengan Nigeria di sebelah barat, Chad di timur laut, Republik Afrika Tengah di timur, Republik Congo, Gabon dan Guinea Khatulistiwa di selatan, dan juga Teluk Guinea di barat daya. Negara ini digelar "Afrika kecil" kerana kepelbagaian geologi dan kebudayaannya. Ciri-ciri semulajadi Cameroon termasuk pantai, gurun, gunung, hutan hujan, dan savana. Puncak tertingginya ialah Gunung Cameroon di bahagian barat daya, dan bandar-bandar terbesarnya ialah Douala, Yaoundé, dan Garoua. Cameroon dijadikan tempat tinggal lebih 200 suku etnik dan linguistik yang berlainan. Negara ini dikenali dengan gaya muzik tempatannya, terutamanya makossa dan bikutsi, serta juga pasukan bola sepak negara yang berjaya di pentas dunia. Bahasa Inggeris dan Perancis dijadikan bahasa utamanya.

Republik Cameroon

République du Cameroun  (Bahasa Perancis)
Renndaandi Kamerun  (Bahasa Fula)
Bendera Cameroon
{{{coat_alt}}}
Bendera Jata
Cogan kata: 
"Paix – Travail – Patrie" (Bahasa Perancis)
"Keamanan – Kerja – Tanah Air"
Lagu kebangsaan: 
Ô Cameroun, Berceau de nos Ancêtres  (Perancis)
(Bahasa Inggeris: "O Cameroon, Cradle of our Forefathers")
Location of Cameroon on the globe.
Location of Cameroon
Ibu negaraYaoundé[1]
3°52′N 11°31′E / 3.867°N 11.517°E / 3.867; 11.517
Bandar terbesarDouala[1]
Bahasa rasmiInggeris
Perancus
Bahasa serantau yang DiiktirafBahasa Inggeris Pijin Cameroon, Fula, Ewondo, Camfranglais
Kumpulan etnik
KerajaanRepublik berperlembagaan semipresiden parti dominan unitari
• Presiden
Paul Biya
Joseph Ngute
PerundanganParlimen
Senat
Perhimpunan Kebangsaan
Kemerdekaan daripada Perancis
• Pengisytiharaan
1 Januari 1960
• Kemasukan ke PBB
20 September 1960
• Penyatuan
Cameroon British
1 Oktober 1961
Keluasan
• Jumlah
475,442 km2 (183,569 bt2) (ke-53)
• Air (%)
0.57
Penduduk
• Anggaran 2016
23,439,189[2] (ke-56)
• Bancian 2005
17,463,836[3]
• Kepadatan
39.7/km2 (102.8/sq mi) (ke-167)
KDNK (PPP)Anggaran 2018 
• Jumlah
$95.068 bilion[4] (ke-93)
• Per kapita
$3,820[4] (ke-152)
KDNK (nominal)Anggaran 2018 
• Jumlah
$38.445 bilion[4] (ke-98)
• Per kapita
$1,544[4] (ke-152)
Gini (2014)46.6[5]
tinggi
HDI (2018) 0.563[6]
sederhana · 150th
Mata wangFranc CFA Afrika Tengah (XAF)
Zon masaUTC+1 (WAT)
Bahagian memandukanan
Kod panggilan+237
DPT Internet.cm

Penghuni-penghuni terawal tanah Cameroon termasuk tamadun Sao sekitar Tasik Chad serta suku pemburu dan pengumpul Baka di hutan hujan tenggara. Peneroka-peneroka dari Portugal mendarat di pantai Cameroon sekitar abad ke-15 lalu menamakan tanah ini sbeagai Rio dos Camarões ("Sungai Udang"), iaitu asal-usul nama Cameroon. Askar-askar Fulani menubuhkan Emiriah Adamawa di bahagian utata pada abad ke-19, manakala pelbagai suku etnik di bahagian barat dan barat laut menubuhkan kerajaan-kerajaan kecil tetapi berkuasa. Cameroon menjadi jajahan Jerman pada tahun 1884. Setelah Perang Dunia Pertama, wilayah ini dibahagikan antara Perancis dan British sebagai mandat Liga Negara-negara. Parti politik Union des Populations du Cameroun mendukung kemerdekaan tetapi diharamkan pada 1950-an, lalu mencetuskan perang terhadap angkatan tentera Perancis dan jajahan Cameroon sehingga 1971. Pada tahun 1960, Cameroun Perancis menjadi merdeka di bawah nama Republik Cameroun dan pimpinan Presiden Ahmadou Ahidjo. Bahagian selatan British Cameroons pula bergabung dengan Cameroun pada tahun 1961 untuk membentuk Republik Persekutuan Cameroon. Negara ini kemudian dinamakan semula sebagai Republik Bersekutu Cameroon pada tahun 1972 dan kemudiannya Republik Cameroon pada tahun 1984.

Berbanding dengan negara-negara Afrika lain, Cameroon menikmati kestabilan politik dan sosial. Ini membolehkan pembangunan pertanian, jalan raya, jalan kereta api, dan industri-industri petroleum dan balak yang besar. Namun begitu, sebilangan besar rakyat Cameroon masih hidup dalam kemiskinan sebagai petani sara hidup. Kuasa dipegang kuat oleh Presiden Cameroon, Paul Biya, dan parti Gerakan Demokratik Rakyat Cameroon beliau, dan amalan rasuah amat meluas. Komuniti rakyat Cameroon berbahasa Inggeris makin berasa diasingkan daripada kerajaan pusat, sehingga ahli-ahli politik berbahasa Inggeris menuntut pengagihan kuasa yang besar dan juga pengasingan bagi wilayah bekas jajahan British daripada negara itu.

RujukanSunting

  1. ^ a b "Cameroon". World Factbook. CIA. Diarkib daripada yang asal pada 30 Oktober 2016. Dicapai pada 2 November 2016.
  2. ^ "World Population Prospects: The 2017 Revision". ESA.UN.org (data tersuai diperlukan melalui tapak sesawang). Jabatan Hal Ehwal Ekonomi dan Sosial Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Bahagian Populasi. Dicapai pada 10 September 2017.
  3. ^ "Rapport de présentation des résultats définitifs" (PDF) (dalam bahasa French). Institut national de la statistique. m/s. 6. Diarkib daripada yang asal (PDF) pada 13 August 2012. Dicapai pada 21 July 2012.Selenggaraan CS1: bahasa tidak dikenali (link)
  4. ^ a b c d "World Economic Outlook Database, October 2018". IMF.org. Tabung Kewangan Antarabangsa. Dicapai pada 7 February 2019.
  5. ^ "GINI index (World Bank estimate)". databank.worldbank.org. Bank Dunia. Diarkib daripada yang asal pada 31 March 2018. Dicapai pada 7 February 2019.
  6. ^ "Human Development Report 2019" (PDF) (dalam bahasa Inggeris). United Nations Development Programme. 10 December 2019. Dicapai pada 10 December 2019.

Laman webSunting

Lihat jugaSunting


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.