Nepotisme atau pilih keluarga bermaksud melebihkan atau mengutamakan saudara-mara serta rakan-rakan yang ada hubungan dan bukannya penilaian objektif bagi keupayaan, meritokrasi atau kekesuaian terhadap pelantikan sesuatu jawatan. Contohnya, tawaran jawatan kosong kepada saudara-mara, walaupun masih ada lagi orang lain yang lebih layak serta sanggup melaksanakan tugas sedemikian. Perkataan nepotisme berasal daripada perkataan Latin nepos, yang bermaksud anak saudara atau cucu.

Jenis sunting

Politik sunting

Nepotisme adalah tuduhan biasa dalam politik apabila saudara seorang tokoh berkuasa naik ke kuasa yang sama seolah-olah tanpa kelayakan yang sesuai. Ungkapan Inggeris sebagai contoh, Bob's your uncle, dianggap berasal apabila Robert Arthur Talbot Gascoyne-Cecil, Marquee Ketiga Salisbury, menaikkan anak saudaranya, Arthur Balfour, ke jawatan Ketua Setiausaha Negara Ireland, yang dilihat secara meluas sebagai perbuatan nepotisme.[1]

Di Indonesia pula, tuduhan nepotisme bersama rasuah dan pakatan sulit (ketiga-tiganya dipendekkan kepada KKN) dalam pemerintahan Orde Baru menjadi sebagai salah satu pencetus gerakan reformasi yang menamatkan pemerintahan Suharto pada 1998.

Organisasi sunting

Nepotisme dalam organisasi membawa kepada monopoli kuasa kerana apabila ahli yang terlibat dalam rangkaan keputusan institusi adalah terkait-kait, keputusan yang dibuat dalam institusi berisiko memihak kepada pihak tersebut.[2]

Nepotisme juga boleh berlaku dalam organisasi, apabila seseorang itu memperoleh pekerjaan semata-mata kerana hubungan kekeluargaan mereka.[3] Ia secara umumnya dilihat sebagai tidak beretika, baik di pihak majikan mahupun pekerja.[4] Salah satu akibat nepotisme dalam organisasi ialah mewujudkan had dalam rangkaian perhubungan organisasi, mengurangkan peluang untuk berunding dengan kalangan sosial lain, yang boleh membawa kepada pengurangan kejayaan dan tempoh organisasi dalam jangka panjang.[5]

Akademia sunting

Nepotisme juga kerap berlaku dalam dunia akademik, di mana profesor kerap mempunyai rakan kongsi mereka, dan kadangkala anak-anak mereka, diupah oleh fakulti yang sama di mana mereka bekerja.[6] Negara yang mempunyai tahap korupsi yang tinggi dan sistem pendidikan tinggi berpersaingan rendah antara universiti secara amnya mempunyai tahap korupsi yang lebih tinggi dalam akademia.[7] Sebagai contoh, Itali telah terkenal dengan tahap nepotisme yang tinggi dalam sistem akademiknya jika dibandingkan dengan negara maju yang lain.[8][9]

Kesan sosial dan ekonomi sunting

Nepotisme dan kronisme menafikan hak orang biasa yang berkelayakan untuk memperoleh pendapatan dan kuasa. Ia seterusnya boleh menyebabkan kesan jangka pendek serta jangka panjang terhadap masyarakat, bergantung kepada sejauh mana amalan tersebut dilaksanakan serta penerimaan masyarakat.

Antara tempat di mana nepotisme dipercayai memberikan kesan buruk termasuklah di sektor perkhidmatan awam serta berkaitan hubungan dalam dan luar kerajaan seperti duta-duta serta badan penguatkuasa.

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ From Aristotelian to Reaganomics: A Dictionary of Eponyms With Biographies in the Social Science, by R. C. S. Trahair, Greenwood Publishing Group, 1994, p. 72. Retrieved online from Google Books, 30 July 2012.
  2. ^ Teixeira da Silva, Jaime A.; Katavić, Vedran; Dobránszki, Judit; Al-Khatib, Aceil; Bornemann-Cimenti, Helmar (2019). "Establishing Rules for Ethicists and Ethics Organizations in Academic Publishing to Avoid Conflicts of Interest, Favoritism, Cronyism and Nepotism" (PDF). KOME. 7 (1): 110–125. doi:10.17646/KOME.75698.87. S2CID 182521936.
  3. ^ Hotho, Jasper; Minbaeva, Dana; Muratbekova-Touron, Maral; Rabbiosi, Larissa (1 September 2020). "Coping with Favoritism in Recruitment and Selection: A Communal Perspective". Journal of Business Ethics (dalam bahasa Inggeris). 165 (4): 659–679. doi:10.1007/s10551-018-4094-9. ISSN 1573-0697.
  4. ^ "Richard Utz, "Beyond Consanguinity," Inside Higher Ed, 24 March 2010.
  5. ^ Michael S. Aßländer; Sarah Hudson, penyunting (2017). The handbook of business and corruption: cross-sectoral experiences. Bingley, UK. ISBN 978-1-78635-445-7. OCLC 1003263368.
  6. ^ "Nepotism in the Academy Raises Serious Questions". Diverse: Issues In Higher Education (dalam bahasa Inggeris). 19 October 2018. Dicapai pada 15 August 2022.
  7. ^ Abramo, Giovanni; D'Angelo, Ciriaco Andrea; Rosati, Francesco (October 2014). "Relatives in the same university faculty: nepotism or merit?". Scientometrics. 101 (1): 737–749. arXiv:1810.13234. doi:10.1007/s11192-014-1273-z. S2CID 6285408.
  8. ^ Allesina, Stefano (3 August 2011). "Measuring Nepotism through Shared Last Names: The Case of Italian Academia". PLOS ONE. 6 (8): e21160. Bibcode:2011PLoSO...621160A. doi:10.1371/journal.pone.0021160. PMC 3149595. PMID 21826195.
  9. ^ Grilli, Jacopo; Allesina, Stefano (18 July 2017). "Last name analysis of mobility, gender imbalance, and nepotism across academic systems". Proceedings of the National Academy of Sciences. 114 (29): 7600–7605. Bibcode:2017PNAS..114.7600G. doi:10.1073/pnas.1703513114. PMC 5530677. PMID 28673985.