Perhambaan (Mal., Sin.)[1] atau perbudakan (Ind.)[2] adalah sistem sosial-ekonomi di mana manusia tertentu - hamba,[3] budak[4] atau abdi - dirampas atau dinafikan kebebasan dan dipaksa bekerja.

Para penghamba Arab dengan orang tahanan mereka di tenggara Afrika (lukisan dari catatan David Livingstone bertarikh 1886)

Hamba ditahan bukan atas kerelaan diri sendiri daripada masa mereka ditangkap, dibeli, atau selepas lahir. Mereka yang ditahan ini dinafikan hak untuk keluar, hak menolak kerja atau hak untuk menerima bayaran bagi kerja yang dilakukan. Kerana sebab-sebab inilah perhambaan adalah satu bentuk guna tenaga kerja manusia yang tidak adil.

Dalam erti kata yang lebih sempit, perkataan hamba merujuk kepada mereka yang dilayan seperti hak milik orang lain, syarikat atau kerajaan.

Sejarah sunting

Perkataan hamba berasal dari bahasa Mesir Purba Hem (Hm), yang bermaksud 'tubuh'. Sistem hamba abdi ini telah wujud sejak berkurun lamanya. Misalnya piramid di Mesir, telah dibina oleh golongan ini.

Amalan penghambaan di Mesir adalah jauh lebih baik berbanding dari keadaan di Yunani, Rom atau negeri-negeri selatan Amerika Syarikat, di mana hamba abdi tiada diberi sebarang hak kemanusiaan dan boleh diperlakukan dengan sewenang-wenangnya oleh pemiliknya.

Dalam segi penggunaan dalam dunia Melayu, hamba dibahagi kepada dua, iaitu hamba abadi - iaitu hamba yang kelak sepanjang hayat dan hamba - termasuk dapat ditebus selepas membayar hutang dan juga merangkumi golongan hamba abadi.

Sistem hamba dalam Islam sunting

Apabila Islam datang ke dalam masyarakat Jahiliyah, ia telah membantah sebarang bentuk penindasan terhadap hamba abdi. Malah Islam menyamaratakan status manusia, sama ada dari kalangan atasan, hamba, bangsa atau kaum, semuanya sama di sisi Islam. Oleh itu ramai di antara mereka yang mula memeluk agama Islam adalah dari golongan yang miskin dan ditindas. Malah antara orang pertama yang memasuki Islam ialah Bilal, seorang hamba abdi.

Islam menyatakan bahawa hubungan antara tuan dan hambanya bukan bertujuan untuk menindas, menghina atau mengeksploitasi, sebaliknya ia bersifat persaudaraan dan kasih sayang. Kehebatan cara Islam menangani permasalahan hamba sahaya turut mendapat sanjungan pejuang-pejuang salib Eropah. Pejuang-pejuang ini menyatakan bahawa layanan terhadap hamba abdi di zaman permulaan Islam tidak pernah berlaku di tempat-tempat lain sebelum ini di mana hamba yang telah mendapat kemerdekaan enggan berpisah dengan tuan mereka kerana telah menganggap diri mereka sebagai sebahagian daripada anggota keluarga tuan mereka. Rasulullah S.A.W. sendiri melarang tuan punya hamba mengungkit-ungkit status hamba mereka, malah menyuruh tuan punya hamba berkata-kata dengan rasa kasih-sayang.

Perhambaan kini sunting

Walaupun diharamkan di hampir kesemua negara, perhambaan masih wujud dan diamalkan di beberapa tempat di dunia.[5][6]

Menurut Kevin Bales dari kumpulan Free the Slaves (FTS), terdapat 27 juta manusia yang boleh dianggap sebagai hamba pada hari ini di seluruh dunia.[7] FTS mendakwa, hamba zaman moden dijual serendah AS$40 di Mali untuk buruh lelaki muda dewasa atau setinggi AS$1,000 di Thailand untuk wanita muda untuk bekerja di rumah pelacuran. Untuk perbandingan, harga bagi seorang hamba lelaki pada tahun 1850 di Amerika Syarikat pada hari ini dianggarkan AS$38,000 (AS$1,000 pada 1850).

Perhambaan wujud di beberapa bahagian di Afrika, Timur Tengah dan Asia Selatan. Pada Jun dan Julai 2007, 570 orang diperhambakan oleh kilang batu di Shanxi dan Henan, China, tetapi berjaya diselamatkan oleh kerajaan China.[8] Daripada jumlah tersebut, 69 adalah kanak-kanak..[9]

Nota kaki sunting

  1. ^ Rujuk:
    • "perhambaan". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.CS1 maint: date and year (link)
    • "perhambaan". Kamus Besar Bahasa Indonesia. Badan Pengembangan dan Pembinaan Bahasa, Kementerian Pendidikan dan Kebudayaan Republik Indonesia. 2016.
  2. ^ Rujuk:
    • "perbudakan". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.CS1 maint: date and year (link)
    • "perbudakan". Kamus Besar Bahasa Indonesia. Badan Pengembangan dan Pembinaan Bahasa, Kementerian Pendidikan dan Kebudayaan Republik Indonesia. 2016.
  3. ^ "hamba". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.CS1 maint: date and year (link)
  4. ^ Rujuk:
    • "budak". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.CS1 maint: date and year (link)
    • "budak". Kamus Besar Bahasa Indonesia. Badan Pengembangan dan Pembinaan Bahasa, Kementerian Pendidikan dan Kebudayaan Republik Indonesia. 2016.
  5. ^ UN Chronicle | Slavery in the Twenty-First Century
  6. ^ BBC Millions 'forced into slavery'
  7. ^ Kevin Bales, Disposable People
  8. ^ "Convictions in China slave trial". BBC. 17 Julai 2007. Dicapai pada 4 Januari 2008. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)
  9. ^ Zhe, Zhu (June 15, 2007). "More than 460 rescued from brick kiln slavery". China Daily. Dicapai pada 4 Januari 2008. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan); Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)