23 April
tarikh
<< | April | >> | ||||
---|---|---|---|---|---|---|
Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | |
7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 |
14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 |
21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 |
28 | 29 | 30 | ||||
2024 |
23 April merupakan hari ke-113 (hari ke-114 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 252 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan:
- Hari Dunia Buku dan Hak Cipta
- Hari Kedaulatan Kebangsaan dan Kanak-Kanak di Turki
- Hari St George di berbagai-bagai negara.
Peristiwa
sunting- 215 SM - Sebuah kuil yang didedikasi kepada Venus Erycina dibina di Bukit Capitoline untuk memperingati penumpasan Empayar Rom di Tasik Trasimene.
- 1014 - Angkatan bersenjata Ireland yang diketuai oleh Brian Boru (gambar) bertempur dengan Viking dalam Pertempuran Clontarf.
- 1661 - Charles II dimahkotakan sebagai Raja England, Ireland dan Scotland di Westminster Abbey.
- 1827 - Ahli matematik dan fizik William Rowan Hamilton mengemukakan Teori Sistem Sinarannya, yang membantu membuktikan teori gelombang cahaya.
- 1920 - Parlimen satu dewan Turki, Perhimpunan Kebangsaan Agung Turki diasaskan di Ankara di tengah-tengah Perang Kemerdekaan Turki.
- 1923 - Gdynia dirasmikan sebagai bandar pelabuhan Poland di Teluk Gdańsk, di barat daya Laut Baltik.
- 1932 - Kincir angin De Adriaan berusia 153 tahun terbakar sampai ranap di Haarlem, Belanda.
- 1954 - Menghadapi Vic Raschi dari St. Louis Cardinals, Hank Aaron dari Milwaukee Braves memukul lari habisnya yang pertama dalam Besbol Liga Utama.
- 1967 - Misi pertama kapal angkasa lepas Soviet Soyuz, Soyuz 1 dilancarkan dari Kosmodrom Baikonur.
- 1968 - Para pelajar Universiti Columbia di Bandar Raya New York yang membantah Perang Vietnam mengambil alih bangunan pentadbiran, memaksa universiti itu ditutup.
- 1982 - Republik Conch secara berseloroh mengisytiharkan kemerdekaan daripada Amerika Syarikat.
- 1983 - Perdana Menteri Malaysia Mahathir Mohamad dianugerahi Kunci Kota Colombo sebagai lambang penghormatan Sri Lanka kepada Malaysia. Mahathir menganggap penghormatan itu sebagai satu manifestasi hubungan yang rapat antara kerajaan dan rakyat kedua negara.
- 1985 - Coca-Cola menukar formula dan melancarkan produk New Coke. (Malangnya New Coke tidak disambut baik, maka formula asal dikembalikan dalam jangka tidak lebih tiga bulan.)
- 1988 - Album Dark Side of the Moon oleh kumpulan Pink Floyd terkeluar dari carta buat kali pertama setelah berada dalam carta Billboard 200 selama 741 minggu berturut-turut (lebih 14 tahun).
- 1990 - Namibia menjadi anggota ke-160 Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan ahli ke-50 Negara-Negara Komanwel.
- 1993 - Penduduk Eritrea besar-besaran mengundi untuk kemerdekaan daripada Habsyah dalam pungutan suara yang dipantau PBB.
- 1997 - Pembunuhan beramai-ramai Omaria meragut nyawa 42 orang kampung di Algeria.
- 2003 - Beijing menutup semua sekolah selama dua minggu berikutan wabak SARS.
- 2011 - Selepas empat bulan bantahan anti-kerajaan, Presiden Yaman Ali Abdullah Saleh bersetuju meletak jawatan dalam masa 30 hari.
- 2012 - Mark Rutte meletak jawatan sebagai Perdana Menteri Belanda.
- 2013 - Dalam bola sepak, Manchester United memenangi Liga Perdana Inggeris.
- 2013 - Horacio Cartes terpilih sebagai Presiden Paraguay, manakala partinya mendapat kemajmukan dalam Kongres.
Kelahiran
sunting- 1791 - James Buchanan, seorang Presiden Amerika Syarikat ke-15
- 1823 - Abd-ul-Mejid I, Sultan Empayar Uthmaniyyah
- 1897 - Lester B. Pearson, Perdana Menteri Kanada Ke-14
- 1907 - Tunku Ismail Bin Tunku Yahaya, seorang Menteri Besar Kedah ke-2
- 1980 - Mourad Zaoui, pelakon lelaki Maghribi.
- 2004 - Azmi Askandar, pelakon dan penyanyi Indonesia.
Kematian
sunting- 1989 - S. Sudarmaji, seorang pelakon dan pengarah filem Melayu
- 2006 - Abdul Ghafar bin Baba, seorang bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia ke-6.
- 2007 - Boris Yeltsin, seorang Presiden Rusia yang pertama