8 April
tarikh
<< | April | >> | ||||
---|---|---|---|---|---|---|
Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
1 | ||||||
2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 |
9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 |
16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 |
23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 |
30 | ||||||
2023 |
8 April merupakan hari ke-98 (hari ke-99 dalam tahun lompat) dalam takwim Gregorius. Tinggal 267 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan Hanamatsuri di Jepun.
Peristiwa sunting
- 217 - Maharaja Rom Caracalla dibunuh di tepi jalan berhampiran Harran.
- 1271 - Kesateria Hospital menyerahkan Krak des Chevaliers kepada tentera sultan Mamluk Baibars.
- 1341 - Sarjana dan pemuisi bangsa Itali, Francesco Petrarca, mendapat gelaran Penyair Diraja dalam satu upacara di Roma.
- 1767 - Kerajaan Ayutthaya dijatuhkan oleh penyerang-penyerang Burma.
- 1904 - Perancis dan United Kingdom memeterai entente cordiale, bersetuju untuk hidup bersama secara aman selepas berkurun berkonflik.
- 1904 - Dataran Longacre di Midtown Manhattan, Bandar Raya New York dinamakan semula sebagai Dataran Times (gambar).
- 1911 - Ahli fizik Belanda Heike Kamerlingh Onnes menemui keberaliran lampau semasa mengkaji raksa pepejal pada suhu kriogenik.
- 1929 - Gerakan kemerdekaan India: Revolusioner Bhagat Singh dengan bantuan Batukeshwar Dutt mengebom Dewan Undangan Pusat di Delhi.
- 1953 - Pemimpin Pemberontakan Mau Mau Jomo Kenyatta disabitkan bersalah oleh pemerintahan British di Kenya.
- 1957 - Terusan Suez di Mesir dibuka semula selepas berakhirnya Krisis Suez.
- 1981 - Lagu Dari Kota, yang merupakan album kelima penyanyi tersohor Malaysia iaitu Sudirman Haji Arshad dikeluarkan.
- 2008 - Soyuz TMA-12 dilancarkan, membawa Yi So-yeon sebagai orang Korea pertama dan wanita Asia kedua ke angkasa lepas.
- 2008 - Larian obor Olimpik di London, Paris dan San Francisco diganggu oleh pembantah yang membangkang rekod hak asasi manusia China.
Kelahiran sunting
- 1932 - Sultan Iskandar ibni Sultan Ismail, Yang di-Pertuan Agong ke-8
- 1975 - Maudy Koesnaedi, pelakon wanita Indonesia
- 1980 - Katee Sackhoff, pelakon Amerika Syarikat
- 1986 - Tunku Aminah Maimunah Iskandariah, puteri tunggal Sultan Ibrahim Ismail.
- 1990 - Weni Panca, pelakon wanita Indonesia