Tunku Aminah Maimunah Iskandariah

Paduka Puteri Sultan Johor

Yang Amat Mulia Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah binti Sultan Ibrahim (diputerakan pada (1986-04-08)8 April 1986 di Johor Bahru, Johor)[1] merupakan anakanda kedua dan puteri tunggal kepada pasangan DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar dan DYMM Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah. Beliau mempunyai enam orang adik-beradik dan mesra disapa sebagai "Tunku Inah".

Tunku Tun Aminah
Yang Amat Mulia Tunku Tun
KeputeraanTunku Aminah Maimunah Iskandariah binti Tunku Ibrahim Ismail
(1986-04-08) 8 April 1986 (umur 37)
Johor Bahru, Johor
PasanganDato' Dennis Muhammad Abdullah (k. 2017)
Anakanda
  • Layla Sofiah
  • Anak kedua (nama belum diketahui)
Nama penuh
Tunku Aminah Maimunah Iskandariah binti Sultan Ibrahim
Nama diraja
Tunku Tun Aminah binti Sultan Ibrahim
KerabatIstana Besar, Johor Bahru
AyahandaSultan Ibrahim
BondaRaja Zarith Sofiah

Kehidupan peribadi sunting

Di sebelah ayahandanya, beliau merupakan cucunda kepada Almarhum Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail dan Almarhumah Enche' Besar Hajah Khalsom binti Abdullah yang juga merupakan wanita berketurunan Inggeris dari Britain.

Manakala di sebelah bondanya, beliau merupakan cucunda kepada Almarhum Sultan Idris Iskandar al-Mutawakkil Alallahi Shah ibni Almarhum Sultan Iskandar Shah dan Almarhumah Raja Perempuan Muzwin binti Almarhum Raja Ariff Shah.

Pendidikan sunting

YAM Tunku Tun Aminah menerima pendidikan awal di Tadika Hiltop, Sekolah Sri Utama Johor Bahru dan Sekolah Convent Johor Bahru. Pada tahun berikutnya, beliau telah menyambung pengajian di peringkat A-Level di LASALLE College of the Arts di Singapura dan di Australian International School Singapore. Beliau juga berjaya mendapat kelulusan Higher School Certificate. Selain itu, beliau juga mula melakukan aktiviti menunggang kuda sejak berumur 11 tahun serta mewarisi bakat bondanya yang suka melukis.[2]

Penglibatan dalam bidang perniagaan sunting

YAM Tunku Tun Aminah telah mengeluarkan rangkaian set penjagaan kulit iaitu “Luvins The Royal Art of Beauty” yang dibuat khusus bagi setiap wanita tanpa mengira had umur. “Luvins” berasal daripada perkataan “Luv Ina”. Produk ini dicetuskan oleh dirinya sendiri dan sebagai tanda kasih dan sayang kepada para pengguna produk tersebut. Produk ini juga telah dikilangkan di Mum Bio-Cos Manufacturing di Johor Bahru.

Beliau juga telah memainkan peranan sebagai pengarah dan pereka bagi Luvins serta mendapat banyak dorongan daripada kedua-dua ayahanda serta bondanya. Beliau menyatakan bahawa dirinya amat meminati bidang perniagaan kecantikan selain daripada menjadi seorang pereka fesyen. Produk ini juga dipasarkan di spa dan salun selain daripada gedung membeli-belah. Salun rambut dan spa Luvins telah direka untuk dibina di Johor Bahru. Di samping itu, beliau juga ingin mempelbagaikan produk ini kepada barangan solekan, wangian dan syampu.[3][4]

Beliau juga telah dilantik menganggotai Lembaga Pengarah Syarikat REDtone pada 3 Mac 2017 yang merupakan pemegang saham utama Syarikat. Beliau mempunyai pengalaman yang luas dalam mengetuai organisasi swasta merentasi pelbagai industri. Pada masa ini, beliau merupakan Pengerusi Berjaya Waterfront Sdn Bhd dan Berjaya Assets Berhad. Beliau juga memegang francais KFC di Stulang Laut, Johor Bahru dan juga merupakan presiden Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (yang lebih dikenali sebagai JDT).

Perkahwinan dan anakanda sunting

YAM Tunku Tun Aminah telah melangsungkan perkahwinan pada 14 Ogos 2017 dengan pasangannya warganegara Belanda Dato' Dennis Muhammad Abdullah atau nama asalnya Dennis Verbaas di Istana Besar, Johor Bahru.[5][6][7]

Pasangan diraja ini dikurniakan anakanda sulung yang diberi nama Layla Sofiah dilahirkan pada 21 Januari 2020. Pada tahun 2022, beliau dan suami dikurniakan anakanda kedua (nama belum diketahui).

Terasul, gelaran, kurniaan dan lambang sunting

Gelaran hormat bagi
Tunku Tun Aminah
 
Gaya panggilan Yang Amat Mulia
Gaya pertuturan Yang Amat Mulia
Gaya pilihan Tunku

Terasul dan gelaran sunting

  • 8 April 1986 - 23 Januari 2010: Yang Amat Mulia Tunku Aminah Maimunah Iskandariah binti Tunku Ibrahim Ismail
  • 23 Januari 2010 - 22 November 2012 : Yang Amat Mulia Tunku Aminah binti Sultan Ibrahim
  • 22 November 2012 - Kini : Yang Amat Mulia Tunku Tun Aminah binti Sultan Ibrahim
  • Jawi: يڠ امت موليا تونکو تون امينه بنت سلطان ابراهيم

Darjah kebesaran sunting

Beliau telah dikurniakan:

Suami beliau, Dato' Dennis Muhammad Abdullah telah dikurniakan:

Rujukan sunting

  1. ^ http://hannyliciousss.blogspot.com/2011/11/johor-royal-family.html
  2. ^ http://syukury.blogspot.com/2011/10/kisah-mawar-merah-kelapan-yang-amat.html
  3. ^ http://beautifultanjungputeri.blogspot.com/2008/01/tunku-aminah-luvins.html
  4. ^ http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0111&pub=utusan_malaysia&sec=keluarga&pg=ke_01.htm
  5. ^ Bernama (16 Julai 2017). "Tunku Tun Aminah bakal langsung perkahwinan 14 Ogos ini". Astro Awani. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-07-18. Dicapai pada 18 Julai 2017. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  6. ^ Mohd Sabran Md Sani (16 Julai 2017). "Tunku Tun Aminah nikah 14 Ogos ini". myMetro. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-07-18. Dicapai pada 18 Julai 2017. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  7. ^ Zulhisham Isahak (16 Julai 2017). "Perkahwinan Tunku Aminah 14 Ogos ini". Utusan Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-07-18. Dicapai pada 18 Julai 2017. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  8. ^ "Lima anakanda Sultan Johor terima darjah kebesaran negeri Johor". Sinar Harian. 22 November 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-11-04. Dicapai pada 8 April 2018.
  9. ^ "TMJ dahului 83 penerima pingat darjah kebesaran Johor". Harian Metro. 31 Mac 2015. Dicapai pada 8 April 2018.
  10. ^ Izlaily Nurul Ain Hussein (23 Mac 2017). "Permaisuri Johor terima SMIJ". Harian Metro. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-06-14. Dicapai pada 8 April 2018.
  11. ^ "Dennis Muhammad Abdullah, diperkenan menerima Darjah Pangkat Kedua Dato' Paduka Mahkota Johor (DPMJ) yang membawa gelaran Dato'". Berita Harian. 23 Mac 2019.

Pautan luar sunting