Raja Muzwin binti Raja Ariff Shah
Raja Muzwin binti Raja Ariff Shah (1 Mac 1929 - 6 Oktober 2011) adalah mantan Raja Perempuan Perak bermula pada 5 Januari 1963 hingga 31 Januari 1984. Hasil perkahwinan baginda dengan Sultan Idris Shah II, mereka dikurniakan dengan 2 orang putera dan 3 orang puteri. Akhirnya baginda mangkat pada 6 Oktober 2011 dan disemadikan di Makam Diraja Bukit Chandan, pada 7 Oktober 2011.
Raja Muzwin | |||||
---|---|---|---|---|---|
Raja Perempuan Perak Darul Ridzuan | |||||
Raja Perempuan Perak ke-33 | |||||
Pemerintahan | 5 Januari 1963 - 31 Januari 1984 | ||||
Pertabalan | 26 Oktober 1963 | ||||
Diikuti oleh | Tuanku Bainun (sebagai Raja Permaisuri) | ||||
Keputeraan | Raja Muzwin Binti Almarhum Raja Ariff Shah 1 Mac 1929 Batu Gajah, Perak | ||||
Kemangkatan | 6 Oktober 2011 Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur | (umur 82)||||
Pemakaman | 7 Oktober 2011 Makam Diraja Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak | ||||
Pasangan | Sultan Idris Shah II (k. 1943; m. 1984) | ||||
Anakanda | Raja Nazhatul Shima (Raja Puan Besar Perak) Raja Iskandar Zulkarnain (Raja Di-Hilir Perak) Raja Zarith Sofiah (Permaisuri Johor) Raja Jamil Ariffin Raja Radziatul Zahar (Mangkat) | ||||
| |||||
Kerabat | Istana Iskandariah, Kuala Kangsar, Perak | ||||
Ayahanda | Almarhum Raja Ariff Shah Ibni Almarhum Raja Harun Al-Rashid | ||||
Bonda | Che Puan Azizah Binti Abdullah | ||||
Agama | Islam |
Pendidikan sunting
Raja Muzwin mendapat pendidikan awal di Sekolah Inggeris Methodist, Ipoh, Perak bermula pada tahun 1936 hingga 1941.
Salasilah sunting
Baginda merupakan kerabat diraja perak dari sebelah ayahandanya iaitu Almarhum Raja Ariff Shah Ibni Almarhum Raja Kecil Sulung Harun Al-Rashid, Almarhum Raja Ariff Shah Ibni Almarhum Raja Kecil Tengah Sulung Harun Al-Rashid iaitu sepupu Sultan Idris II, Raja Kecil Sulung Harun adik Sultan Iskandar II.
Perkahwinan sunting
Perkahwinan baginda dengan Almarhum Sultan Idris Shah II dikurniakan 2 orang putera dan 3 orang puteri iaitu Duli Yang Teramat Mulia Raja Puan Besar Raja Nazhatul Shima (Dulunya dikenali sebagai Raja Puan Mahkota Perak, Tengku Dottie), Duli Yang Amat Mulia Raja Iskandar Zulkarnain, Raja Di-Hilir Perak, Duli Yang Maha Mulia Raja Zarith Sofia (Permaisuri Johor), YAM Raja Jamil Ariffin Shah dan YAM Raja Radziatul Zahar.
Sikap sunting
Raja Perempuan Muzwin dikenal sebagai seorang yang berfikiran terbuka dan sentiasa rendah diri di dalam kehidupan. Baginda juga mempunyai kelebihan yang tersendiri kerana pandai berbahasa Kantonis dan Hokkien, iaitu kedua-dua dialek bahasa ibunda komuniti Tionghua utama di Malaysia.
Mangkat sunting
Pada 6 Oktober 2011, baginda mangkat pada 4:20 petang semasa dirawat di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur. Jenazah baginda dibawa pulang ke Istana Rizwin di Jalan Sultan Azlan Shah, Ipoh pada sebelah malamnya sebelum disembahyangkan di Masjid Ubudiah dan disemadikan di sebelah makam Sultan Idris Shah II pada petang keesokan harinya.[1]
Lihat juga sunting
Rujukan sunting
- ^ [http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1007&pub=utusan_malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_05.htm&arc=hive " Raja Perempuan Perak Raja Muzwin mangkat ". Utusan Malaysia Online, 8 Oktober 2011.]