Raja Zarith Sofiah
Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Al-Mutawakkil Alallahi Shah (Jawi: راج زاريث سوفيه بنت المرحوم سلطان إدريسالمتوقكيل الا الله شه ; diputerakan pada 14 Ogos 1959 di Istana Raja Muda, Teluk Anson, Perak) merupakan Permaisuri negeri Johor Darul Ta’zim dan isteri kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim, Sultan Johor moden yang ke-5. Baginda ialah puteri kepada Sultan Perak ke-33, Sultan Idris Al-Mutawakkil Alallahi Shah ibni Almarhum Sultan Iskandar Shah Kaddasullah dan Raja Perempuan Perak, Raja Perempuan Muzwin binti Almarhum Raja Ariff Shah.
Raja Zarith Sofiah | |||||
---|---|---|---|---|---|
Duli Yang Maha Mulia Permaisuri Johor | |||||
![]() | |||||
Permaisuri Johor | |||||
Tempoh | 23 Januari 2010 - kini (13 tahun, 7 bulan dan 29 hari) | ||||
Kemahkotaan | 23 Mac 2015 | ||||
Didahului oleh | Tunku Puan Zanariah | ||||
Isteri Tunku Mahkota Johor | |||||
Tempoh | 22 September 1982 – 23 Januari 2010 | ||||
Didahului oleh | Tunku Puan Zanariah | ||||
Diikuti oleh | Che’ Puan Besar Khaleeda | ||||
Keputeraan | Raja Zarith Sofiah binti Raja Idris Shah 14 Ogos 1959 Istana Raja Muda, Teluk Anson, Perak, Malaya | ||||
Pasangan | Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Baginda Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj (k. 1982) | ||||
Anakanda | Tunku Ismail Idris (Tunku Mahkota Johor) Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Tunku Idris Iskandar (Tunku Temenggong Johor) Tunku Abdul Jalil (Mangkat 5 Disember 2015) (Tunku Laksamana Johor) Tunku Abdul Rahman Hassanal Jefri (Tunku Panglima Johor) Tunku Abu Bakar (Tunku Putera Johor) | ||||
| |||||
Kerabat | Istana Bukit Serene, Johor Bahru, Johor | ||||
Ayahanda | Sultan Idris Al-Mutawakkil Alallahi Shah ibni Almarhum Sultan Iskandar Shah Kaddasullah | ||||
Bonda | Raja Perempuan Muzwin binti Almarhum Raja Ariff Shah | ||||
Agama | Islam Sunni |
Pendidikan Sunting
Baginda telah mula mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Datin Khadijah, Kuala Kangsar sehingga tamat darjah enam. Setelah pengajiannya tamat, baginda meneruskan pelajaran ke tingkatan satu di Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Perempuan Kelsom, Kuala Kangsar. Selepas itu, baginda belajar di Cheltenhem Ladies' College, Gloucestershire pada usia 13 tahun.[1][2] Pada September 1977, baginda pula belajar di Davies' College, London. Seterusnya, baginda diterima masuk ke Somerville College, yang bertempat di Universiti Oxford setelah lulus peperiksaan Oxford Entrance Examination. Pada Jun 1983, baginda telah mendapat Ijazah Sarjana Muda Sastera atau Bachelor's of Arts dan seterusnya menerima Ijazah Sarjana Sastera atau Master's of Arts selepas tiga tahun iaitu dalam tahun 1986.[3][4]
Keluarga Sunting
Raja Zarith Sofiah anakanda ketujuh dan puteri ketiga Sultan Idris. Bondanya, Raja Perempuan Perak Raja Muzwin binti Raja Ariff Shah mangkat di Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur pada 6 Oktober 2011.[5]
Sultan Ibrahim Ismail telah berkahwin dengan baginda pada 1982. Mereka mendapat lima putera dan satu puteri, iaitu: Tunku Ismail (1984) (Tunku Mahkota Johor), Tunku Aminah (1986), Tunku Idris (1988), Tunku Abdul Jalil (5 Julai 1990 - 5 Disember 2015), Tunku Abdul Rahman (1993), dan Tunku Abu Bakar (2001).
Gelaran diraja Sunting
Ketika menjadi isteri kepada Tunku Mahkota Johor, baginda dikurniakan gelaran Yang Amat Mulia Isteri Tunku Mahkota Johor Raja Zarith Sofiah.
Setelah kemangkatan Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail pada 22 Januari 2010, suami baginda telah dimasyhurkan sebagai Sultan Johor.
Bagi menunjukkan perbezaan status asal baginda yang merupakan puteri langsung kepada DYMM Paduka Seri Sultan Perak, baginda tidak memakai gelaran Sultanah Johor sebaliknya memakai gelaran yang buat pertama kalinya digunakan dalam sejarah Kesultanan Johor iaitu Permaisuri Johor ketika Istiadat Kemahkotaan Sultan Ibrahim pada 23 Mac 2015.
Kerabat dan Keluarga Sunting
Sultan Ibrahim Ismail yang berkahwin dengan Raja Zarith Sofiah yang dikurniakan dengan 5 orang putera dan seorang puteri.
Nama | Keputeraan | Tempat Keputeraan | Umur | Kemangkatan | Tarikh berkahwin | Pasangan diraja | Anakandanya |
---|---|---|---|---|---|---|---|
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail |
30 Jun 1984 | Johor, Malaysia | 39 tahun, 2 bulan dan 22 hari | - | 24 Oktober 2014 | Yang Amat Mulia Che' Puan Besar Khaleeda binti Bustamam | - YAM Tunku Khalsom Aminah Sofiah - DYAM Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim - YAM Tunku Abu Bakar Ibrahim - YAM Tunku Zahrah Zarith Aziyah |
Yang Amat Mulia Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah | 8 April 1986 | Johor | 37 tahun, 5 bulan dan 13 hari | - | 14 Ogos 2017 | Dato' Dennis Muhammad Abdullah | - Layla Sofiah - Anak kedua (nama belum diketahui) |
Yang Amat Mulia Tunku Temenggong Johor Tunku Idris Iskandar Ismail |
25 Disember 1987 | Johor | 35 tahun, 8 bulan dan 27 hari | - | - | - | |
Yang Amat Mulia Tunku Laksamana Johor Tunku Abdul Jalil Iskandar |
5 Julai 1990 | Johor | 5 Disember 2015 | (umur 25)Tidak pernah berkahwin | |||
Yang Amat Mulia Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman Hassanal Jeffri |
5 Februari 1993 | Johor | 30 tahun, 7 bulan dan 16 hari | - | - | - | |
Yang Amat Mulia Tunku Putera Johor Tunku Abu Bakar Mahmood Iskandar |
30 Mei 2001 | Johor | 22 tahun, 3 bulan dan 22 hari | - | - | - |
Minat Sunting
Selain bahasa ibunda, baginda turut fasih berbahasa Mandarin, Inggeris, Perancis dan Itali.
Sempena Majlis Anugerah Buku Kebangsaan anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia, Raja Zarith Sofiah telah dianugerahi "Ilustrator Terbaik" bagi kategori buku kanak-kanak. Raja Zarith Sofiah juga meneruskan penulisannya di ruang akhbar The New Straits Times Malaysia, setiap dua minggu di bawah tajuk "On Common Ground".
Raja Zarih Sofiah turut menjadi penaung kepada Yayasan Kelab Rotary Tebrau, Johor Bahru, Naib Presiden Majlis Wanita Johor (MAWAR) dan Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Johor.[6]
Terasul dan gelaran Sunting
Gelaran hormat bagi Raja Zarith Sofiah | |
Gaya panggilan | Duli Yang Maha Mulia |
---|---|
Gaya pertuturan | Duli Yang Maha Mulia |
Gaya pilihan | Tuanku |
- 14 Ogos 1959 - 4 Januari 1963: Yang Mulia Raja Zarith Sofiah binti Raja Idris Shah
- 5 Januari 1963 - 22 September 1982: Yang Amat Mulia Raja Zarith Sofiah binti Sultan Idris Al-Mutawakkil Alallahi Shah
- 22 September 1982 - 31 Januari 1984: Yang Amat Mulia Isteri Tunku Mahkota Johor Raja Zarith Sofiah binti Sultan Idris Shah
- 31 Januari 1984 - 23 Januari 2010: Yang Amat Mulia Isteri Tunku Mahkota Johor Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah
- 23 Januari 2010 - 23 Mac 2015: Duli Yang Maha Mulia Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah
- 23 Mac 2015 - kini: Duli Yang Maha Mulia Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah, Permaisuri Johor
Rujukan Sunting
- ^ "Biography for Raja Zarith Sofiah Ibni Sultan Idris Al Mutawakkil Alallahi Shah". SiloBreaker. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Mac 2011. Dicapai pada 5 Jun 2011. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan) - ^ "D.Y.M.M Sultan Johor". Government of Johor. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 Jun 2011. Dicapai pada 5 Jun 2011. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan) - ^ http://syukury.blogspot.com/search/label/Johor
- ^ http://www.johordt.gov.my/kerajaan/page/dymm_sultan_johor/
- ^ http://www.bharian.com.my/articles/RajaPerempuanPerak_RajaMuzwinMangkat/Article/
- ^ http://www.panduputeri.org.my/anugerah/srikandi2002.php